Bab 2

Romance Series 4504

STEFANY menahan suaranya walaupun jelas ada sesuatu yang menekan di dada. Senyuman yang terukir tidak benar-benar mencerminkan apa yang dia rasa. Sambil jarinya menyentuh bibir cawan, dia memandang Melissa seketika sebelum akhirnya mengalihkan pandangan.
Melissa pula mengangkat wajah dan sudah bersedia dengan keputusan yang lama disimpan.
“I serius.” Kata-kata itu ringkas, cukup untuk membuatkan Stefany menarik nafas perlahan sebelum akhirnya bersandar ke belakang kerusi.
Dia diam beberapa saat, seakan cuba menyusun ayat yang tidak akan terdengar terlalu keras.
“You sedar tak apa yang you tengah buat ni?” soalnya hampir tidak bernada.
Melissa tidak terus menjawab. Dia memandang ke luar kafe, melihat orang ramai berlalu tanpa menyedari perbualan berat yang sedang berlangsung di sudut itu.
“You bagi ruang untuk suami you, pandang perempuan lain.”
“I tahu,” jawab Melissa, tenang. Jawapan itu membuatkan Stefany memejam mata seketika. Dia menghela nafas panjang sebelum kembali memandang Melissa.
“Kalau begitu, kenapa?” tanyanya. Kali ini, nada suaranya lebih letih daripada marah. Melissa menunduk, memandang air di dalam gelas yang sudah lama tidak berais.
Dia sendiri tidak pasti bila perasaannya mula terasa begitu tawar.
“I cuma nak tengok,” katanya lalu tersenyum. Stefany pandang pada senyuman itu.
'Huh, dari cara you tersenyum pun I dah boleh detect lah...'
“By the way, apa yang you nak tengok sangat? Jangan kata nak tengok dia berkepit dengan perempuan lain!” Stefany bertanya, tidak berputus asa.
“Kalau dia berubah.”
Stefany tersenyum nipis, senyum yang lahir daripada kefahaman yang pahit.
“Lis… lelaki bukan setia sebab kuat,” katanya perlahan.
“Ada yang setia sebab tak diuji.”
Melissa diam. Dadanya terasa berat, namun dia tidak tahu bagaimana hendak menyusun rasa itu menjadi ayat.
“I penat,” luahnya kemudian.
"Hah? Apa yang membuatkan you terasa penat? Khalis? Dia buat apa kat you sampai you penat sangat ni?" tanya Stefany memerli.
“Penat jadi orang yang sentiasa faham.”
Stefany mengangkat wajah, memandangnya lama, kali ini tanpa mengelak.
“I tak nampak Khalis buat apa-apa yang salah.”
“Dan sebab itu I lagi keliru,” balas Melissa pula.
“Kalau semuanya nampak baik, kenapa hati I rasa kosong?”
Sunyi menyelit di antara mereka. Bunyi sudu dan cawan dari meja sebelah terasa terlalu terlalu nyata.
“You sedar tak risiko yang you ambil ni?” Stefany menyambung, serius.
“You tak takut ke kalau perempuan tu jadi pilihan dia?”
Melissa mengangkat bahu sedikit. Gerak kecil itu cukup untuk menunjukkan dia sendiri tidak pasti.
“I cuma nak tahu apakah diri I ni masih jadi pilihan dia atau sekadar perkataan cuma ada," balas Melissa mendongak. Stefany tetap lemparkan senyum tapi tika yang sama, menggeleng perlahan.Nafasnya kian berat.
“Cara you ni kejam, Lis.”
“Bukan niat I,” Melissa membalas segera.
“Tapi kesannya tetap sama," tukas Stefany benar-benar tak boleh terima. Ini bukan permainan!
Melissa menarik nafas panjang sebelum menyambung dengan suara yang lebih terkawal.
“Dia bukan alat. I tak pernah anggap begitu.”
“Pilihan? Dan perempuan itu pula umpan, right?” Stefany menyambung. Sinis.
Melissa tidak menjawab. Dia hanya memandang meja, seakan jawapan itu terlalu rapuh untuk disebut. Stefany bersandar semula dan menutup mata seketika.
“You tak kesiankan Khalis?” soalnya selepas itu.
“Soalan tu yang buat I buat semua ni,” jawab Melissa.
“Kalau dia masih pilih I, kenapa hati I rasa macam tinggal sorang?”
Stefany menolak gelas ke tepi, jelas resah.
“You dah ada calon?”
Melissa terdiam. Tangannya menyentuh tas tangan sebelum berhenti. Stefany panjang tengkuk. Ingin benar dia mahu melihat apakah ada gambar wanita itu.
“Belum kenal rapat,” katanya jujur.
"Tak kenal tapi dah berani serahkan suami sendiri?"
“Tapi?”
“I nampak.”
“Nampak apa?”
“Cara dia pandang.”
Stefany menarik nafas perlahan.
“Dan Khalis?”
“Dia tak buat apa-apa,” Melissa berhenti seketika sebelum menyambung.
“Tetapi dia juga tak menjauh.”
Stefany mendiamkan diri, membiarkan kata-kata itu tergantung di antara mereka.
“Lis… benda ni tak ada jalan selamat,” katanya penuh makna berharap agar wanita itu mengerti.
“I tahu," jawab Melissa.
“Kalau semua ni terbongkar?” Stefany makin mencabar. Melissa genggam hujung skirt.
“I dah fikirkan,” jawab Melissa sambil mengangguk perlahan. Dia mendongak.
“Jadi kenapa teruskan?”
Melissa menatap meja, jari-jarinya menggenggam tepi cawan.
“Sebab kalau I berhenti sekarang… I akan terus hidup dengan sangkaan.”
Stefany memandangnya lama. Ada sesuatu di wajah Melissa yang sukar ditafsirkan.
“Dan kalau kebenaran tu sakit?” tanya Stefany. Nampak gaya kawannya itu benar-benar mengundang masalah.
“Sekurang-kurangnya ia jujur.”
Sunyi kembali menyelubungi mereka, kali ini lebih berat daripada sebelumnya.
“You sedar tak,” Stefany bersuara dan Melissa sekadar angkat keningnya saja.
“Jiwa paling mungkin hancur nanti bukan Khalis? Bukan juga perempuan umpan you tu...you nak tahu siapa?" provok Stefany cuba melunturkan semangat gila rakan baiknya itu.
“I tahu tu. I tahu siapa," jawab Melissa kekal setenang air di kali.
“So, dah tahu kan? By the way, kenapa you pilih I untuk dengar semua ni?” tanya Stefany benar-benar ingin tahu.
Melissa mengangkat wajah.
“Sebab you tak akan sokong.”
Dan Stefany tersenyum kecil, pahit.
“Betul. But kalau I tak sokong pun you tetap akan buat jugakkan? So, for what? Sekadar jadi kaunter aduan?”
Melissa tidak menjawab, namun pandangannya sudah cukup memberi jawapan. Stefany menghela nafas panjang.
“Janji satu benda, boleh?Jangan buat perempuan tu jatuh hanya sebab you nak jawapan.”
Melissa mengangguk perlahan.
“I janji.”
Stefany bangun sambil mengambil tas tangannya.
“I tak setuju,” katanya sebelum melangkah.
“Tapi I takkan tinggalkan you.”
Melissa memandangnya.
“Terima kasih kerana memahami..."
Stefany berhenti seketika sebelum berlalu.
“Nope. Ni bukan I faham you.And one more thing I nak you tahu...kadang-kadang cinta takkan punah hanya sebab orang ketiga...melainkan..."
Melissa dengar. Dia menelan liur.
“Orang pertama terlalu jadi pemendam.” Usai menuturkan kata-kata mendalam itu. Stefany angkat kaki dan berlalu pergi.
Hanya Melissa yang kekal duduk di situ, tangannya menyentuh telefon di dalam tas yang masih gelap. Dia tekan lagi sekali lalu terpaparlah wallpaper dia dengan Khalis.
"Kadang-kadang cinta takkan punah hanya sebab orang ketiga...melainkan..." ungkapan itu bermain-main di fikiran dia kini.
"Lis, you sedar tak yang you tu sedang cuba bermain api? Rentung tau tak kalau terbakar. You nak ke rentung? Think deeply, honey..."
"I perempuan. You juga perempuan. Your 'umpan' juga perempuan. Don't you think sekiranya hati dia betul-betul dah jatuh cinta pada suami you dia takkan melepaskan..."
"I juga tak lepaskan suami I..." sangkal Melissa bagaikan lawan bicaranya tadi ada saja.
"I cuma nak uji. Uji!" Nekad dia lagi. Gelas erat tergenggam.
"Tapi kalau benar Khalis pun jatuh cinta pada umpan kau tu? Kau sanggup?" tanyanya pada diri sendiri.
Melissa melepaskan cawan itu perlahan. Bunyi pinggan yang disentuh cawan terasa terlalu nyata, seperti gema yang menjerit dalam kepalanya. Uji. Perkataan itu berputar tanpa henti.
Telefonnya bergetar. Bukan panggilan mahupun mesej penting. Hanya notifikasi biasa. Tapi jantungnya berdegup terlalu laju. Dia menyandar ke belakang kerusi.
'Kalau aku tak buat apa-apa, aku akan terus tertanya-tanya.
Kalau aku tak hantar mesej itu pula, aku akan terus tergantung antara apa yang aku mahu dan apa yang aku patut. Tapi kalau aku hantar… adakah aku menghancurkan sesuatu yang tak sepatutnya?'
Wajah Khalis muncul dalam mindanya. Senyumannya yang lembut. Lelaki itu terlalu sempurna. Dan itu menakutkan.
“Kalau dia jatuh… itu pilihan dia,” bisiknya, lebih untuk menenangkan diri sendiri. Tapi suara Stefany di kepalanya menjerit.
“Lis… kau kejam! Kau bodoh!”
Melissa menutup mata. Jemarinya menari di skrin telefon. Mesej yang belum pernah dibalas tersusun di situ. Nama perempuan itu muncul.
Dia menggigit bibir...
“Lis, kau tahu apa kau buat ni?” Suara di kepalanya semakin menekan.
“Kau takutkan diri sendiri tapi kau juga takut kehilangan dia. Kau nak semua ni selesai tapi dengan cara yang salah.”
Dia menekan skrin. Satu ayat ditaip ringkas tidak mengundang dan tidak menutup juga. Dihantar.
Dada Melissa terasa kosong sebaik mesej itu hilang dari skrin.
“Kenapa kosong?” dia bertanya.
“Kenapa aku rasa… aku dah buat sesuatu yang salah tapi aku tak tahu salah tu kat siapa?”
Dia menyarung tas ke bahu dan berdiri. Di hadapan cermin kecil dekat kaunter, dia menatap pantulan sendiri.
'Melissa… kau nak apa sebenarnya?' bisiknya pada diri sendiri.
'Kau nak Khalis atau kau cuma nak rasa tak bodoh?'
Langkahnya berat keluar dari kafe. Angin petang menyapa lembut tapi sejuknya, tak mampu menyejukkan jantung yang berdegup tak menentu.
Tiba-tiba telefon bergetar lagi. Melissa menatap skrin. Hati berdebar lebih laju daripada sebelumnya. Sebuah nama muncul bukan seperti yang dia jangkakan.
“Tidak… bukan sekarang,” bisiknya tetapi jemarinya bergerak sendiri, membuka mesej itu. Satu ayat ringkas tapi membawa ribut yang tak mungkin dia hentikan.
Melissa menarik nafas dalam.

Apa sebenarnya yg ada di prmikiran Melissa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience