"Aaaahhhhhhhhhh!"
Aku tak tahu berapa kali dah aku menjerit dalam rumah aku ni. Disebabkan 'keberanian' aku siang tadi bercakap macam doktor falsafah depan Hazul, sekarang ni aku rasa lebih rela jadi burung unta. Apa-apa hal, tanam je kepala dalam tanah.
Sejak balik petang tadi sampai laa jam 8 malam ni, aku terbaring saja di katil sambil merenung siling yang aku rasa kalau boleh bercakap, dah lama aku ni kena tampar dek siling tu.
Aku lebih suka menyendiri bila di rumah. Aku jarang keluar kalau tak ada orang mengajak. Aku hanya akan keluar untuk membeli barang rumah atau cuci mata bersendirian dan aku bukanlah sejenis manusia yang suka berada di tempat-tempat yang sesak.
Aku tiada ahli keluarga. Aku hilang mak ayah masa aku berusia 16 tahun. Sekarang aku dah berusia 26 tahun. 10 tahun berlalu dan aku hanya mampu redha dengan apa yang Allah dah aturkan. Aku tiada adik beradik. Yang aku ada sekarang hanyalah Abi Nazuin dan ibunya. Ayah aku dan Mama Abi hanya dua orang beradik dan Abi juga satu-satunya anak lelaki dari 3 beradik. Menjadikan Abi satu-satunya wali yang aku ada sekarang. Mak juga anak tunggal, tiada adik beradik. Atuk dah lama meninggal.
Sebut pasal wali, teringat balik usul si Hazul. Aku tepuk dahi. Kenapalah tu jugak yang aku ingat?
Ding dong!
Loceng bunyi ni, kalau tak hantu si Abi datang hantar makanan, atau Muslimin datang ajak keluar makan. Malas betul. Berjalan ke pintu ni pun aku rasa macam dari Malaysia, singgah ke Bangladesh, lalu India, lintas China, sampai Kutub Utara nak pergi Laut Merah dah aku rasa.
Bila aku buka pintu, aku rasa macam aku di alam mimpi.
Blink. Blink. Tutup pintu.
Blink. Blink. Buka pintu.
Hazul Nazim.
Bukan berseorangan. Yuha, Muslimin sekali dengan Abi pun ada. Apa mimpi manusia 4 ketul ni datang rumah aku sekaligus ni? Jarang diorang datang serentak macam ni.
"Sebelum kau cakap apa-apa, baik kita masuk dalam. Jangan risau, mama datang kejap lagi. Mama kat bawah." Laju Abi selamatkan keadaan.
Mau tak takut? Tak pasal-pasal kena tangkap kering nanti.
"Aku tunggu mama kau." Selamba aku berdiri kat koridor, tunggu Mama Abi.
Lebih baik beringat sebelum kena! Seronok pulak aku main dengan selipar jepun aku sambil dengar mereka 4 orang komplen itu ini.
"Sha, kenapa kat luar?" Muncul Mama Abi.
"Semua lelaki Ma. Kena laa tunggu kat luar. Nanti tak pasal-pasal je mendapat."
Memang aku panggil Mama Abi macam tu dari kecik.
"Kenapa tiba-tiba ni, Ma?"
"Kenapa apa? Abi ajak pergi sini katanya. Lama dah tak datang rumah Sha."
Terus aku jeling Abi. Lama apa kebenda? Baru semalam si mangkuk ni datang sini nak menyusahkan kehidupan aku! Abi buat tak tahu je. Ehh budak ni kang. Aku tolak terjun laut baru tahu.
"Jeling-jeling, juling baru tau." Naik menyampah aku tengok muka bahagia dia nak kenakan aku.
"Eleh, juling-juling pun perempuan tetap suka kat aku."
"Tak termasuk aku ehh!"
"Kamu berdua ni kalau tak sebab adik beradik, lama dah mama kahwinkan kamu berdua."
Senyap terus Abi. Seram dengan mamanya mungkin tapi aku tak takut pun pada Mama Abi sebab Mama Abi sayang aku lebih! Dan aku perasan ekor mata satu lagi makhluk ciptaan Tuhan yang bermuka batu 24 jam. Aku perasan matanya tak beralih antara aku dan Abi. Tak tahu apa yang dia fikir dan pandangan mata dia tu buat aku terasa sesuatu yang aku pun tak boleh nak tafsir.
"Ew, tolong laa Ma. Bagi free pun tak nak."
Meriah rumah aku malam ni. Semua sibuk berjalan ke sana-sini dalam rumah, sampai laa satu masa, aku dan Hazul cuma berdua di dapur. Aku tak mahu bercakap dengan dia. Walaupun aku sukakan dia, percayalah, buat masa sekarang ni aku tengah tak suka dia!
"Aku tau kau tak nak bercakap dengan aku, tapi aku nak bagitau kau, aku tetap dengan keputusan aku."
Aku tarik nafas dalam-dalam. Hembus. Dalam ramai-ramai manusia, kenapa laa aku sukakan dia? Aku pandang muka dia. Kenapa laa muka kau ni handsome? Kalau ikutkan, Yuha lagi handsome. Tapi aku dah jumpa Hazul dulu sebelum Yuha. Dan dalam ramai-ramai manusia dalam company ni, dia laa yang paling tetap pendirian. Dia takkan ubah apa yang dia cakap hanya kerana orang lain. Dia cuma akan ubah apa yang dia nak kerana hati dia sendiri. Aku pandang dia.
"Apa yang aku dapat kalau aku setuju?"
Sebab aku tahu, tiada apa-apa untuk aku kalau aku setuju. Dia senang laa boleh elak orang lain suka dia. Aku? Aku nak elak siapa? Dah aku pulak sukanya kat dia. Eee, rasa nak menyesal sukakan dia pun ada.
"Aku bagi kau kebebasan untuk tinggal kat rumah kau sendiri kalau kau perlu masa. Dan aku benarkan..." terhenti sekejap. Nampak roda dalam otaknya berjalan.
"Aku benarkan kau mengurat aku sampai aku sukakan kau balik. Tak ada syarat."
"Kalau aku tak berjaya?"
Besar kejap mata aku bila dia dekatkan bibir ke telinga aku. Terasa macam jantung aku tengah buat kuak dada 100m. Bisikan dia buat aku rasa macam nak terjun masuk sinki.
"Try me."
Nighties~~~ Ada sesiapa nak komen apa-apa tak pasal novel ni? Bak tahu review pembaca juga. Ada yang perlu ditambah baik ke? Kalau ada, boleh komen ya.❤️
Share this novel