YASHA ILHAM

Romantic Comedy Series 126

"Nama saya Hani. Mohon beri tunjuk ajar."

Ini rupanya staf baru tu. Cantik. Terus aku curi tengok muka Hazul. Tak nampak pulak dia kisah.

"Rasanya semua dah kenal dengan Hani kecuali Yasha kan? Hani, yang hujung sekali tu Yasha Ilham. Staf paling baru kat sini. Yasha, Hani ni dah lama dengan kita cuma dia di cawangan lain. Harap semua boleh bekerjasama laa."

Aku tersenyum saja. Nampak juga Hani tersenyum. Tak pulak nampak macam pengganggu macam yang Muslimin cakap.

"Semua boleh bersurai."

Aku ingatkan apa laa kena panggil masuk bilik meeting. Rupanya staff baru lapor diri je pun. Aku baru nak menyimpang ke pantry, tiba-tiba zappp, tangan aku kena tarik masuk bilik fail. Nasib aku tak jerit.

Aku rasa nak tarik je rambut pelaku ni. Bagi botak. Ingat aku ni kayu ke nak tarik sebarang?

"Jangan pegang sebarang boleh tak?"

"Aie..nak pegang tangan bini sendiri pun nak kena minta izin ke?" Selamba singa je dia cakap eh.

"Masalahnya kita kat pejabat. Kalau orang nampak..."

"Apa masalahnya? Kita dah kahwin. Dah halal dan..." dia tarik pinggang aku rapat ke badannya. Jantung aku kalau boleh bercakap, silap-silap menangis Hazul.

"...lebih dari tu pun kita boleh buat." Memang sengaja je nak bisik-bisik kat telinga aku. Ingat aku tak tau dia sengaja?

"Memang laa halal cik abang sayang. Awak ingat, saya ni tak pandai ambil kesempatan ke? Hati-hati. Bahaya." Sengaja aku letakkan tapak tangan di di dada dia.

Laju!

"Setakat ni belum cair. Tapi boleh ditingkatkan lagi." Dia buat muka toya je? Tapi jantung laju! Eleh, cakap je laa tergoda dengan aku. Jual mahal!

"Elehh...jual mahal. Tak laku baru tau."

"Yang tolak-tolak tangan ni kenapa?" Kening Hazul berkerut bila aku tolak-tolak dada dan tangan dia dari pinggang aku.

"Lepas laa. Kita kat pejabat Tak manis kalau orang tengok."

Bukan aku tak suka. Gila tak suka? Laki kau peluk kot. Tambah lagi aku sukanya kat dia, memang bertambah suka laa hati aku. Tapi aku tahu lagi batasan di khalayak ramai.

"Kalau saya tak nak?" Hai laa laki aku ni. Masa-masa macam ni jugak dia ni nak buat perangai.

Elok aku nak mengurat, terus rasa nak putus nyawa bila dia tengok tepat ke anak mata aku. Bila aku rasa muka dia makin dekat ke muka aku, laju aku tolak dia jauh-jauh. Jantung tak payah cakap. Benci dah dengan aku sebab bagi dia buat kerja lebih masa.

Aku lari keluar, bertembung dengan Yuha dan Muslimin.

"Kau kenapa? Berpeluh semacam." Yuha hulur tisu, dan masa tu jugak laa Hazul keluar dari bilik fail dengan muka tak bersalahnya.

Tapi nampak pandangan dia agak lain pada Yuha. Kenapa?

"Tu. Si gila tu ada dalam satu ruang. Sebab tu panas." Sengaja aku mengapi-apikan tapi Hazul tak senyum
pun.

Dia buat tak layan. Aku pun malas nak cakap banyak. Aku sibukkan diri sepanjang hari dan sepanjang hari tu laa dia tak layan aku. Walaupun aku mengurat dari meja depan dia.

"Yang, keluar jum." Datang Abi nak merosakkan dunia aku.

"Geli laa telinga aku dengar kau panggil aku macam tu. Nak pergi mana?" Aku jawab juga sambil aku perasan bunyi keyboard komputer Hazul senyap sekejap.

"Pergi site dengan aku. Yang aku nak buka baru tu."

"Ehh...situ kan jauh. 2 jam kan?"

"Ha'a...sebab 2 jam laa aku ajak kau. Yang lain mana sanggup. Kau je selalu yang sanggup. Jom?" Abi masih mengharap. Melilau mata aku tengok sekeliling, cari yang lain. Masa-masa macam ni, semua lesap tak nampak bayang.
"Siapa lagi yang ikut?"

"Yuha dengan Muslimin."

"Kalau macam tu..." Aku toleh ke arah Hazul dan dia dah pandang aku dari tadi rupanya.

"Aku tak izin dia ikut. Fullstop. Kau wali ke apa, aku tak izin bini aku keluar dengan lelaki lain selain aku."

Aku tersentak dengar suara Hazul. Agak keras dan aku pun sedar status aku sebagai isteri dia. Baru nak minta izin dia tapi dia tak bagi pulak.

"Kau ni tak sporting laa. Bukan aku nak pergi kahwinkan dia dengan makhluk dua orang tu."

Abi berseloroh tapi pandangan mata Hazul tu makin tajam pulak aku tengok. Aku rasa kalau lagi Abi sambung ayat dia tu, mau jadi sate dah si Abi.

"Awakk, kan nak pergi site. Pasal kerja kan?" Aku cuba berdiplomasi.

"Kalau awak nak ikut jugak, awak ikut saya. Jangan ikut diorang."

Aku tak tahulah laki aku ni salah bangun tidur ke apa pagi tadi. Tengok dia sarapan pagi tadi elok je. Keluar dari bilik dia pun tak senget sebelah bahu dia.

"Kau ni memang hati batu betul. Bukan nak culik bini kau pun."

"Bini siapa?" Terpelanting semua benda kat tangan alu dengar suara bertanya dari belakang kerusi aku.

Hani rupanya yang bertanya. Gelabah sekejap aku. Nasib baiklah hampir semua staf pejabat ni tahu yang Hazul dah kahwin. Cuma yang diorang tak tahu, akulah isteri mat jambu tu.

"Ni si Hazul ni. Tak bagi bini dia keluar kalau Hazul tak ada."

Abi pulak laju je buat kerja. Hazul tundukkan kepala, berpura-pura sibuk di depan komputer. Aku pulak tak tahu nak buat-buat sibuk jugak atau nak lari je. Nampak muka Hani betul-betul terkejut. Berubah terus air mukanya.

"H-Hazul dah kahwin? Bila?"

"Baru sebulan lepas." Hazul angkat tangan kanan, tunjuk cincin perak di jari manis. Hati aku terasa bangga sekejap sebab sekurang-kurangnya dia mengaku dah kahwin walaupun dia tak ada perasaan kat aku.

"Ohh. Dengan siapa?" Aku perasan mata Hani tertumpu ke jari manis aku juga. Dan aku bernasib baik sikit sebab aku tak suka pakai cincin emas. Cincin tu aku tinggalkan dalam laci meja bilik aku.

"Adalah. Sibuk nak tahu." Abi menyambung dan sesungguhnya aku berterima kasih sebab Abi jawab macam tu. Kalau tak, mati akal aku nak menjawab.

"Eleh. Nak tahu jugak, betul ke tidak dah kahwin. Sebab tak nampak macam orang dah kahwin pun. Yasha dah kahwin?"

Ah sudah! Aku pulak yang ditanya. Apa aku nak jawab? Nak jawab belum kahwin, Hazul di depan ni tengah elok menjeling nak dengar jawapan aku. Nak cakap dah kahwin, kena soal macam-macam pulak lepas ni dengan perempuan ni.

"Sibuk je laa kau ni nak tahu hal peribadi orang." Muslimin yang baru datang terus menolak kerusi aku ke meja, tak bagi aku jawab soalan Hani.

Pukul 3.30 petang, aku tunggu di parking. Muslimin, Abi dan Yuha satu kereta. Aku tak ada pilihan selain ikut Hazul satu kereta. Nak naik kereta Abi, silap-silap Hazul satekan aku nanti. Dah jelas dia tak bagi izin aku keluar dengan lelaki lain.

"Saya nak ingatkan satu benda dalam perkahwinan kita. In case awak lupa. Kita dah kahwin, dan saya tak suka awak keluar dengan lelaki lain. Tak kira laa Abi ke atau sesiapa saja." Aku diam sekejap sebelum menjawab.

"Takkan tak boleh kompromi pasal kerja? Kalau ada apa-apa urusan yang memerlukan macam mana?"

Diam sekejap sebelum dia tarik nafas panjang.

"Untuk keadaan yang memerlukan sahaja. Kalau yang macam ni, staf lain ramai lagi boleh pergi. Awak, saya tak bagi izin. Kalau dengan perempuan, saya bagi." Baru aku nak bersorak, dia sambung lagi.

"But not Hani. Dia tu bahaya sikit. Nampak macam innocent, tapi akal dia jahat sikit. Jangan rapat dengan dia."

"Ee...memang tak laa nak rapat dengan orang yang sukakan awak tu." Menyampah pulak aku dengar dia sebut nama perempuan tu.

"Cemburu ke?" Kau jangan nak usik-usik aku eh.

"Mesti laa cemburu. Saya kan suka awak. Takkan nak tengok je perempuan lain sukakan suami saya. Awak tu. Bila nak jatuh hati kat saya? Ingat tak penat ke mengurat?"

Sengaja aku cakap macam tu, terus dia brek mengejut. Nasib baik tak ada kereta kat belakang atau kat depan. Dan aku terasa sakit di leher. Tercekik seatbelt. Sakit sampai aku tak boleh bersuara.

"Awak okay?!" Panik Hazul dari sebelah bila dia cuba tarik seatbelt.

Aku dah tak dapat nak bersuara. Menangis tu tak laa tapi rasa macam nak pengsan.

"Awakk...sakit!" Tu je yang aku mampu keluarkan dari mulut aku.

Dan benda sekecil ni berakhir di katil hospital dengan aku retak tulang selangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience