"No!"
Dia memang sukakan aku jadi tak salah aku buat usul macam ni. Kan?
"Kenapa tidak? Kau suka aku kan?"
"Memang laa aku sukakan kau tapi bukan macam ni caranya! Kau ingat benda kahwin ni senang ke?"
"Memang senang pun. Pergi kursus, daftar nama, nikah. Mana susahnya?"
Ya. Aku, Hazul Nazim yang muka tak ada perasaan ni, tengah ajak Yasha Ilham kahwin. Atas tujuan? Nak selamatkan diri dari godaan staf perempuan yang bakal pindah ke cawangan tempat kerja aku sekarang.
"Sesedap rasa kau je kan? Memang. Memang aku sukakan kau tapi jangan la pergunakan aku untuk manfaat kau. Aku tak suka dipergunakan."
Dia tersandar di kerusi kerjanya. Kebetulan di pejabat sekarang ni cuma ada aku dan dia saja. Yang lain semua keluar dan aku gunakan masa ni untuk bercakap dengan dia.
"Okay. Kalau macam tu, aku ubah sikit usul aku." Dia diam, menanti apa yang bakal keluar dari mulut aku.
Belum pun sempat aku bercakap, pintu terbuka. Muncul Yuha. Kadang-kadang aku rasa macam nak halau je budak Yuha ni. Dah laa suka menggendeng kat Yasha. Sikit-sikit Yasha, apa-apa Yasha. Memang dalam pejabat ni tak ada perempuan lain ke yang dia nak rapat?
"Yasha, kau dah makan?"
"Dia keluar dengan aku lepas ni. Kau makan sorang laa."
Yuha teleng muka pada aku. Nampak reaksi dia tu macam aku ni baru keluarkan jongkong emas dari mulut aku.
"Hairan bin seribu ajaib! Sejak bila pulak kau rajin nak bawa Yasha keluar? Dah buang tabiat?"
Kadang-kadang aku rasa macam tak ada fungsi laa aku berbincang dengan mereka bertiga malam tadi. Yang ini slow betul otaknya nak menangkap maksud aku. Padahal malam tadi siap berbincang nak bagi usul aku ni kat Yasha.
"Ada hal sikit." Bila aku jawab macam tu sambil bagi isyarat mata, baru nampak menyala mentol di kepalanya.
"Ohhh...ada hal ehh? Hal apa tu?" Budak ni sorang kan, ada jugak yang melekat kat pintu kejap lagi.
"Ehh sibuk laa kau."
Terus aku tarik lengan baju Yasha untuk ikut aku turun. Yang budak ni sorang, terkebil-kebil je mengikut. Silap-silap kalau aku bawak terjun sungai, mengikut jugak ni karang.
"Kalau dah kau nak kahwin sangat, kenapa tak kahwin je dengan staf perempuan tu? Dia pun sukakan kau jugak kan?"
"Kau nak ke tengok aku kahwin dengan dia?"
Bisu. Ha, lagi kau. Aku masuk dalam lif, tapi dia tak ikut pun. Dia takut ke?
"Masuk je laa. Kita turun bawah, bincang." Dia jeling.
Comel.
"Bincang apa kalau kau tu nak menang je?" Dia masuk lif hentak-hentak kaki.
Mungkin dia tak perasan tapi mata aku ni melekat je kat dia. Mulanya aku tak layan pun dia bila dia kata dia suka kat aku. Tiap hari tak jemu mengurat aku sampai aku kadang-kadang rasa rimas. Tapi bila dia tak ada, aku rasa sunyi sangat.
Pernah sekali dia demam, tak masuk pejabat dua hari, aku tertunggu-tunggu dia berbunyi dalam group whatsapp. Tapi dia tak berbunyi langsung. Susah hati aku bila tak nampak bayang dia. Mungkin sebab dah terbiasa.
Pada aku, dia bukan tak cantik. Cantik dan dia ada masanya boleh jadi comel. Cuma yang tak tahan tu bila dia mengurat aku terang-terangan depan orang lain. Malu laa aku. Aku pun nak puji dia macam Yuha dan Muslimin tapi ego aku ni tinggi.
"Macam yang aku bagitau tadi, aku ubah sikit usul aku. Kita kahwin. Memang aku nak mengelak staf tu sebab aku tak suka dia. Aku bagi kau peluang untuk mengurat aku sepanjang kita kahwin. Setuju?"
"Maksudnya, kalau aku tak berjaya mengurat kau, tak berjaya bagi kau jatuh hati kat aku, kita berpisah. Macam tu?" Nampak roda dalam otaknya berputar, tapi muka masam macam limau. Rasa nak tersengih tapi takut nanti tak pasal-pasal dia lari pulak.
Sengaja aku dekatkan diri dan dia melekap di dinding, gelabah. Sengaja aku lekapkan tangan di sisi kepalanya sambil aku tenung muka dia yang dah gelabah habis. Aku nak ketawa tapi aku tahan. Kalau aku ketawa, tak sampai laa mesejnya nanti.
" Ada ke aku cakap kita akan berpisah? Kau ingat aku ni sejenis manusia yang tak berfikir ke hadapan ke?"
"Perkahwinan bukan suatu benda yang kita boleh buat main atau cuba-cuba. Aku ni perempuan. Selangkah aku masuk ke alam perkahwinan, aku akan hilang banyak benda, Hazul. Jadi kalau kau ingat kahwin ni untuk lari dari masalah, fikirlah panjang. Aku tak nak korbankan hidup aku semata-mata nak tolong orang yang aku suka. Aku pun sayangkan diri aku."
Bila mata dia tengok tepat ke mata aku, aku tahu Yasha tengah serius. Dan aku tahu, Yasha tak pernah berani pandang lelaki tepat ke mata sebab dia takut pada lelaki. Itu yang aku pasti. Tapi sekarang ni, Yasha tengah tengok tepat ke mata aku dan aku tak tahu kenapa pandangan mata dia tu menusuk ke jiwa.
Dan dia tak pernah sebut nama aku.
"Kau dah kenal aku dekat dua tahun, Yasha Ilham. Kau nampak aku ni jenis lelaki yang tak bertanggungjawab ke? Dah berapa lama di syarikat ni, kau pernah nampak aku gagal buat apa yang aku cakap ke?"
"Jangan samakan urusan syarikat dengan urusan nikah kahwin, Hazul Nazim. Tak sama."
Tu dia. Nama penuh dia sebut. Terasa tegang urat aku bercakap dengan dia. Bukan penat memujuk, cuma aku tak pernah nampak sisi matang dia. Dia tak pernah tunjuk dan selama ni aku cuma nampak seorang staf baru yang suka melawan dan buat hal.
"Kau lelaki. You lose nothing even if you get married to how many women you want. But me, a woman, lose everything once I got married. Everywhere and everything I do, need your permission. And I don't even know if helping you will worth my prettiest year. I love myself a lot more than you think."
Aku terpaku bila pintu lif terbuka. Yasha keluar begitu sahaja. Tak ada ruang untuk aku membidas. Bila pintu lif tertutup semula, aku terasa macam aku bukan bercakap dengan Yasha. Terasa ada 'orang lain' di sebalik Yasha Ilham.
Aku tersenyum sendiri bila aku teringat pandangan mata dia. Tak tahu rasa apa, tapi pandangan tu terasa menikam ke jantung. Bukan pandangan yang menyakitkan hati. Tapi satu pandangan yang aku sendiri tak pernah nampak Yasha bagi pada siapa-siapa.
Dan aku dah buat keputusan.
Hai semua...terima kasih untuk reader yang sudi tune in untuk Novel Crush On You.❤️
Share this novel