"Yasha Ilham!"
Bergema satu koridor dengan laungan pengurus aku.
Aku? Buat apa tunggu? Dah dia kejar, lari laa. Gila agaknya nak berdiri tegak macam tengah nyanyi lagu Negaraku sambil kena kejar dengan harimau mengaum tu!
"Bagi laa saya rehat, Encik! Dah sebulan saya tak rehat!"
Kau ingat pengurus aku peduli? Jiwa dia tu lagi kebal dari-BUKK!
Dah dinding mana pulak yang aku langgar ni?!
Tengok depan. Warna hitam. Ini manusia ke, dinding?
"Ehh..hai Hazul!" Terlanggar dia beribu kali sampai lebam pun takpa kalau macam ni. Yang penting Hazul!
Dia tengok je aku jatuh? Kawan-kawan dia elok je, gentle je tolong tarik tangan aku berdiri elok-elok. Tak ada perasaan langsung!
"Apa pulak yang kau buat kali ni?" Nadanya sinis tapi berbaur ingin tahu.
"Ala kau ni. Rilek laa. Kerja ni tak boleh serius sangat tau. Nanti stress." Sempat aku pintal-pintal tali beg dia macam tak cukup kerja.
"Awak ok ke? Langgar dia ni bukan setakat macam langgar dinding. Macam langgar kontena pun ada ni." Sempat Yuha menyindir Hazul.
"Aku ok je. Bak sini beg tu." Tapi Yuha lebih cepat menyangkut beg aku di bahu.
"Awak ni. Tak apa laa. Saya tolong bawakkan. Awak jalan je bawak diri."
Memandangkan dah tengahari, jadi tujuan kami semua ke arah yang sama. Kafe makanan pejabat! Elok berjalan ke kafe, dari jauh ternampak kelibat geng si Hazul menggamit untuk duduk sekali.
" Ehh, apa kau buat? Aku dengar mengamuk si Mirul." Kawan baik aku, Muslimin bersuara setelah aku duduk sebelah dia.
Aku perasan Hazul duduk sebelah aku tapi aku tak ambil pusing pun sebab kami ni selalu bertukar-tukar tempat duduk.
"Aku mintak cuti. Dia tak nak luluskan sebab tak ada orang ganti. Aku koyakkan dokumen atas meja dia."
Besar biji mata Muslimin dengan Yuha. Ketawa besar dua sekawan tu.
"Eh dia tu saja je kan. Habis tu kitorang ni? Bukan orang ke nak backup kerja kau?"
Rasanya satu pejabat berbulu dengan pengurus aku tu. Cuti bukan tak ada orang ganti. Dah ada dah depan mata, pun tak nak approve. Sakit otak agaknya pengurus aku tu.
Sempat aku toleh Hazul di sebelah. Aku boleh kata, dia sangat handsome. Walaupun bercermin-mata, tapi nampak jelas dia seorang yang tampan. Pakaiannya kemas. Berkulit putih lagi. Tipu laa kalau orang melintas tak toleh dua kali. Ramai perempuan yang tergila-gilakan dia, terutamanya perempuan-perempuan yang single dalam pejabat ni, termasuk laa aku.
Aku dengan Muslimin berkawan dari universiti dan masa tu aku tak tau pun dia ada kawan sehandsome Hazul. Sejak aku tau dia berkawan dengan Hazul, boleh kata tiap hari aku cakap dengan Hazul yang aku sukakan dia. Sekarang ni, rasanya semua orang tahu aku sukakan Hazul.
"Nak rasa sikit?" Terliur je aku tengok makanan Muslimin.
Baru Muslimin nak suap aku, ada sudu lain yang sampai dulu di mulut aku. Blur kejap aku. Aku toleh manusia seketul di sebelah aku.
"Macam tak boleh makan makanan sendiri."
Baru nak bahagia sebab Hazul suap aku. Tapi rupanya makanan aku sendiri. Cis! Aku nak makan makanan dalam pinggan Muslimin. Mana sama dengan makanan aku? Kecik besar je aku tengok dia sekarang ni. Walaupun aku suka dia, kadang-kadang rasa nak cepuk je.
"Yasha..." Tengah sibuk aku menggerutu dalam hati, muncul satu tangan Yuha di depan matanya untuk menyuap aku.
Bila tengok lauk tu, laju aku bukak mulut. Sedap!
"Uih..sedap laa."
Kalau tak disebabkan aku jumpa Hazul dulu dan dah tersuka kat dia dulu, rasanya tak beragak aku jatuh hati kat Yuha. Yuha pun boleh tahan handsome. Boleh kata sebijik Hazul. Cumanya aku jumpa Hazul dulu.
Kalau ikutkan perangai, Yuha lebih sweet dan lebih manusia dari Hazul. Lebih lembut dan lebih gentleman. Lebih manusia dalam erti kata lebih senang didekati kerana sikapnya yang peramah. Hazul pulak muka ketat 24 jam, sekali tak ada perasaan. Macam manalah aku boleh tersuka dekat makhluk muka batu ni?
"Eh, dia ni bukan budak kecik laa kau nak suap macam tu." Muslimin dari sebelah membantah bila Yuha suap aku.
Mengekek aku dan Yuha ketawa sebab tahu sangat, Muslimin geli tengok aku dilayan macam puteri raja sedangkan aku ni kasar macam lelaki.
Yang aku tak perasan, mata lelaki sebelah aku ni asyik merenung aku dan Yuha dari tadi.
Kalaulah aku nampak dari mula...
Share this novel