"Hai Hazul!"
Hari-hari aku dengar suara dia panggil aku. Dah laa budak ni banyak buat hal. Nasib tak gila je kerja dengan dia.
"Kau nak apa?" Terpaksa jugak bercakap dengan dia.
"Aku suka kau." Aku rasa satu company ni tahu kau suka aku.
Aku pelik betul dengan dia ni. Dah laa kuat melawan. Bising je kerja dia. Sakit telinga hari-hari dengar suara dia. Aku tak laa benci dia cuma dia punya jujur tu bahaya betul. Tak ada tapis langsung. Macam manalah company ni boleh ambil dia kerja?
"Malas aku nak melayan kau ni." Sengaja aku tak layan bila dia duduk sekali di pantry.
Dia duduk di sofa yang agak jauh dari aku. Itu buat aku tertanya-tanya. Dia kata dia suka aku, tapi duduk jauh sebatu. Normal kalau kita sukakan seseorang tu, kita akan duduk dekat dengan dia. Tapi budak ni ada aneh sikit. Kenapa dia duduk jauh kalau betul suka?
"Yasha~" satu suara lelaki panggil namanya dengan lembut dari luar.
Laju kepala aku toleh dekat pintu. Timbul muka Muslimin, datang dengan segelas air kopi.
"Oii...apa-..wow! Kopi laa!" Muslimin ketawa sambil menghulurkan gelas kopi kepada Yasha.
Muslimin duduk di sebelah Yasha tanpa sebarang penolakan. Tak senang pulak mata aku tengok. Tahulah kawan baik. Tak payah laa duduk rapat-rapat macam tu.
"Sedap kan? Tadi Yuha nak turun beli satu untuk kau tapi aku dah buat satu."
"Nak rasa tak?" Yasha menghulur supaya Muslimin rasa sendiri kopi buatannya.
Dah kenapa nak kongsi gelas? Tak boleh buat sendiri ke si Muslimin ni?
"Tak payah laa. Kau minum je."
Aku rasa kalau mata aku ni boleh bercakap, tak lama Muslimin ni dah bertukar jadi lobak dah aku kerjakan.
"Yang kau ni jeling-jeling aku dah kenapa? Nak minum cakap. Nanti aku buatkan."
Kadang-kadang aku pun tak tahu. Muslimin ni betul- betul lurus ke atau sengaja nak bagi aku sakit hati. Si Yasha ni pun satu. Kata suka kat aku tapi dengan Muslimin macam pasangan.
"Tak nak aku merasa air tangan kau. Bukan sedap pun." Muslimin buat muka toya je.
"Yasha~"
Ada lagi suara dari luar panggil nama Yasha. Sampai aku rasa macam nak suruh je Yasha tutup telinga. Manusia dalam pejabat ni tak ada niat nak panggil orang lain ke selain Yasha?
Diakui. Yasha memang peramah dengan semua orang dalam company ni. Dia boleh buat kawan dengan semua orang, walaipun baru pertama kali jumpa. Tanyalah ceruk pejabat mana sekalipun, sebut nama Yasha, semua kenal. Ada satu ayat dalam pejabat ni yang diorang kata, siapa tak kenal Yasha, mesti baru keluar gua. Tak pun, budak baru atau perisik dari company seberang jalan.
"Kau ni, panggil-panggil budak Yasha ni macam kekasih kau pulak." Muslimin membaling bantal di sofa ke arah Yuha yang baru masuk.
"Eh suka hati aku laa. Kau bukan bapak dia." Yuha membalas balik.
"Sayangggggggggg!" Serentak kami berempat toleh ke pintu.
Ah sudah! Bala datang!
"Kau jangan nak macam-macam! Aku cekik kau nanti!"
Bala yang dimaksudkan ialah sepupu beradik Yasha, Abi Nazuin. Ini bukan bala sebarang bala. Bala ni bila jumpa Yasha, ibarat bertemu buku dengan ruas. Dua orang ni kalau sayang, tak nak sakitkan langsung. Kalau bergaduh, rela jual yang lagi sorang. Memang betul-betul satu dalam sejuta.
Sebab dua-dua suka cari pasal sama sendiri.
"Panggil sayang pun tak salah. Mama aku mama kau jugak. Ibu susuan kan?" Abi cuba nak peluk Yasha tapi Yasha awal tunjuk kaki pada si gila tu.
"Ibu susuan tak ibu susuan. Kau jangan dekat dengan aku. Bukan aku tak tau otak kau tu. Kalau tak cari gaduh dengan aku tak sah."
"Ala kau ni. Aku nak mintak peluk sikit je. Sini laa."
Dari situ, terdengar laa sorang jerit tak nak dipeluk, yang sorang gila nak peluk sorang. Pening kepala aku dengan budak dua orang ni. Kalau tak sebab diorang ni sepupu beradik, aku rasa aku dah cepuk dah si Abi ni, bagi dia jauh-jauh, jangan nak peluk orang ikut suka hati dia.
"Kau boleh duduk diam-diam tak? Sakit otak je aku tengok korang berdua ni." Laju tangan aku tarik leher baju Yasha yang bersilat mengelak Abi dari memeluk dia.
Berpeluh dia terduduk sebelah aku semata-mata nak mengelak Abi. Abi pula bila tak berjaya peluk Yasha, Muslimin pula jadi mangsanya. Nasib laa Muslimin bagi muka sepuluh sen. Sengaja cari gaduh dengan Abi.
'PERHATIAN KEPADA YASHA ILHAM. SILA PERGI KE BILIK PENGURUS DENGAN KADAR SEGERA.'
Bunyi speaker bergema di setiap sudut.
"Haa, apa pulak kau buat kali ni?" Kecik besar je mata aku menengok dia ni.
Boleh pulak dia senyum kambing. Belum sempat dia menjawab, terdengar lagi sekali bu yi speaker, tapi suara yang lembut tadi dah bertukar macam bunyi bapak gorilla.
"Yashaaaa!!!! Kau tak atur tayar kereta aku, siap kauu!"
Kami dalam pantry tu semua toleh ke arah Yasha yang buat tak tau saja. Aku tak tau nak ketawa ke atau nak marah. Dia ni baru setahun dekat sini, tapi boleh bagi pengurus kami tu tinggi darah.
Dan aku tak tau kenapa tu menarik di mata aku.
Comel kan Hazul marah-marah?
Share this novel