Angkara Bee Hoon

Romance Series 1897

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Sarah mengerutkan dahi. Siapa pula yang mengganggunya pagi-pagi begini?

Sarah menggeliat kecil. Cahaya matahari pagi yang mencuri masuk menerusi celah langsir memaksa matanya untuk terbuka. Dikerdipkan beberapa kali, dia mencapai telefon bimbit di meja sisi katil. 8:30 pagi. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Terlalu penat rasanya untuk bangun.

"Sarah? Bangunlah, nak. Dah pukul berapa ni?" Suara Marini, kedengaran dari balik pintu.

Sarah menggosok matanya, cuba menghalau sisa-sisa kantuk. "Ya, mama. Sarah dah bangun ni." Dia bangkit dari katil dan menuju ke pintu.

Marini berdiri di hadapannya, wajahnya sedikit berkerut. "Apa punya anak dara bangun lambat macam ni? Dah besar panjang pun, masih liat nak bangun."

Sarah tersengih. "Sarah penat sangatlah, mama. Semalam kan kerja keras"

Marini mengangguk faham. "Mama dengan Ashraf nak bertolak ke airport pukul 10 pagi nanti. Turunlah bawah sekarang sarapan. Ashraf dah goreng beehoon. Sedap tau."

Saat nama Ashraf disebut, darah Sarah berderau. Jantungnya berdegup kencang. Semalam... bayangan kejadian semalam menerjah ke benaknya. Perbualan mereka di ruang tamu, sentuhan Ashraf yang... tidak sepatutnya. 

"Sarah? Kenapa diam ni?" Marini menyoal, hairan melihat perubahan air muka anaknya.

Sarah cuba mengawal riak wajahnya. "Tak ada apa-apa, ibu. Eh, mama... Bila nak repair water heater dalam bilik mandi tingkat dua tu? Lecehlah, setiap kali nak mandi kena pergi bilik mandi kat tingkat satu." Dia sengaja mengubah topik perbualan.

"Alah, sabarlah. Nanti bila mama balik dari Istanbul, mama panggil orang repair. Ibu pun tak sempat nak uruskan sekarang ni."

"Ashraf kat mana sekarang, mama?" pertanyaan itu terpacul begitu sahaja dari bibirnya.

Marini mengerutkan kening. "Kenapa tanya?"

Sarah tergagap. "Err... sa... saja. Sarah segan nak turun bawah. Muka selekeh baru bangun pagi. Segan dengan Ashraf." Alasan itu kedengaran begitu bodoh di telinganya sendiri.

Marini ketawa kecil. "Mengada-ngada! Ashraf tu bukannya orang lain. Dia dalam bilik dia tu, tengah kemas barang."

Sarah mengangguk. Jantungnya masih berdegup tidak keruan. Dengan senyuman paksa, dia berkata, "Okaylah, mama. Sarah nak mandi dulu. Nak pergi bilik mandi kat tingkat satu lah jawabnya." Dia mencapai tualanya dan berlalu.

Sarah kelam kabut menuruni tangga dan terus menapak laju ke bilik mandi yang terletak di sudut dapur. Dia tidak mahu Ashraf melihatnya dalam keadaan selekeh, rambut berserabai lepas bangun tidur. Entah mengapa, dia menjadi begitu segan, bahkan gugup, di hadapan bapa tirinya itu. Perasaan yang aneh dan baru mula berputik dalam hatinya.

Lima belas minit kemudian, Sarah keluar dari bilik mandi dengan senyuman terukir di bibirnya. Mandi pagi yang menyegarkan itu memberinya keyakinan untuk berhadapan dengan Ashraf. Rambutnya yang panjang mengurai bebas, wajahnya walaupun tanpa secalit mekap kelihatan segar dan berseri .

"Selamat pagi"

Tiba-tiba, bahunya terjongket kecil mendengar suara garau seorang lelaki di belakangnya. Sarah berpusing dan terpandang Ashraf berdiri bersandar di dinding dapur, berpeluk tubuh. Dia kelihatan begitu kacak. Rambutnya tersikat rapi, mukanya licin bersih tanpa sebarang misai atau janggut. Walaupun hanya mengenakan sehelai t-shirt merah yang membaluti tubuhnya yang tegap, menampakkan otot-otot lengannya yang berurat, aura maskulinnya begitu menyerlah.

Ashraf menghirup kopi hitam panas sambil matanya menatap Sarah yang jelas kelihatan tersipu malu. Jantung Sarah berdegup kencang.

"Nak kopi?" tanya Ashraf, suaranya rendah dan tenang.

Sarah tersenyum kecil. "Tak... Sarah tak minum kopi pagi-pagi. Sarah suka Horlicks."

"Oh, ya? Dekat mana simpan Horlicks tu? Biar daddy buatkan," balas Ashraf, menawarkan diri.

"Tak payah, daddy. Nanti Sarah buat sendiri," jawab Sarah, cuba menyembunyikan perasaannya.

"Okay, daddy take note. Nanti daddy buatkan Horlicks untuk Sarah setiap pagi," kata Ashraf, matanya nakal merenung Sarah.

"Tak payahlah susah-susah, daddy," balas Sarah, nada suaranya lembut. Pipinya semakin membahang.

Ashraf mengalih topik. "Makanlah bihun goreng ni. Daddy dah cedokkan dalam pinggan tu." Tanpa menunggu balasan Sarah, Ashraf mengambil secebis bihun menggunakan garfu. "Sini, rasa. Sedap ke tak?"

Seperti dipukau, Sarah perlahan-lahan mendekati Ashraf. Dia membuka mulutnya dan Ashraf menyuap bihun itu ke dalam mulutnya. Mata mereka bertaut, pandangan yang terasa begitu dalam dan bermakna.

Ada sehelai bihun yang terlekat di bibir Sarah. Tanpa teragak-agak, Ashraf menggunakan ibu jarinya untuk mengesat bihun itu dari bibir Sarah. Sentuhannya sangat lembut, sensual, membuat tengkuk Sarah meremang. Ashraf kemudian memasukkan bihun itu ke dalam mulut Sarah. Gadis itu tanpa sedar menghisap seketika hujung jari Ashraf. Jantungnya berdebar semakin kencang.

"Sedap tak?" tanya Ashraf, suaranya berbisik. Sarah tidak menjawab, hanya mengangguk sekali. Sepanjang masa itu, mata mereka tidak lepas bertaut.

Ashraf menghulurkan pinggan bihun itu kepada Sarah. "Okay, makan kenyang-kenyang, ya? daddy nak bersiap."

Tanpa menunggu balasan dari Sarah, Ashraf berpusing dan melangkah keluar dari dapur, meninggalkan Sarah yang masih terpukau di situ. Dia berdiri kaku, merasakan sentuhan lembut Ashraf masih membekas di bibirnya. Perasaan aneh dan mendebarkan yang tadi hanya berputik, kini terasa seperti sudah mula berakar di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience