Nekad

Romance Series 1897

Marini tersenyum menikmati sesudu aglio olio di hadapannya. Aromanya menggugah selera, dan rasanya sungguh memikat.

"Sedapnya, Sarah! Pandai betul sayang mama ni masak," puji Marini, matanya bersinar.

Sarah tersenyum malu. "Mestilah sedap, mama yang ajar. Kalau tak, tak mungkin jadi macam ni."

"Mama cuma bagi arahan sikit-sikit je. Selebihnya, air tangan Sarah yang membuatkan masakan ni sedap. Untung siapa yang dapat kahwin dengan Sarah nanti. Cantik, pandai masak pula tu," sambung Marini, nada suaranya penuh kebanggaan.

Hati Sarah bergelora mendengar pujian ibu tersayangnya itu. Tersenyum gadis itu dari telinga ke telinga.

Tanpa berlengah, Sarah mengambil dua pinggan dan mula mencedok aglio olio itu ke dalamnya. Satu pinggan diserahkannya kepada Marini.

"Sarah, maaf ya. Mama kena makan dengan Ashraf kat atas. Dia masih belum boleh turun tangga," ujar Marini, wajahnya sedikit serba salah. "Boleh tak Sarah makan seorang kat dapur?"

Serta-merta, air muka Sarah berubah. Ada rasa hampa yang mencengkam hatinya. Dia cuba menyembunyikan kekecewaan itu.

"Its ok, mama. Ambil ke dua-dua pinggan ni. Bawa naik ke atas. Kesian Ashraf," jawab Sarah, suaranya cuba dikawal agar tidak bergetar.

"Terima kasih, sayang. Mama janji, nanti kita makan tengah hari sama-sama ya," balas Marini, senyumannya lebar.

"Tak apa, mama. Lagipun, Ashraf kan masih injured. Sarah ok je. Don't worry," sahut Sarah, walaupun hatinya berbisik lain.

Marini tersenyum lega dan mengambil kedua-dua pinggan dari tangan Sarah. Dengan langkah ringan, dia meninggalkan Sarah di dapur.

Sarah hanya mencedok sedikit sahaja aglio olio ke dalam pinggannya. Seleranya hilang entah ke mana.

Hanya dua suapan, makanan itu sudah habis. Sarah termenung sendirian di dapur yang sunyi. Pinggan kosong itu direnungnya dengan pandangan kosong. Berkali-kali dia cuba memujuk hatinya. "Aku tak sepatutnya rasa begini. Aku tak patut marah atau cemburu. Ashraf itu suami mama. Ashraf itu suami mama," bisiknya berulang kali.

Sarah tahu, dia tidak sepatutnya menaruh sebarang perasaan terhadap bapa tirinya itu. Perasaan itu salah. Dia harus membuang jauh-jauh perasaan itu. Dan jika boleh, dia tidak mahu lagi berdua-duaan dengan Ashraf. Jantungnya berdegup kencang setiap kali lelaki itu berada dekat dengannya. Dia takut dengan apa akan terjadi nanti. Takut dia tidak boleh mengawal nafsunya lagi, sangat takut.

Tiba-tiba telefon bimbit Sarah berdering, memecah kesunyian dapur.

Sarah membuka aplikasi WhatsApp dan terus berkerut dahinya apabila melihat mesej dari nombor yang tidak dikenali. Apa lagi dia nak hantar ni? tanya Sarah dalam hati, hatinya berdebar-debar.

Dengan perasaan bercampur baur, Sarah membuka mesej itu. Sebuah video pendek dimainkan secara automatik.

Dalam video itu, Khalid, teman lelakinya, sedang makan malam dengan seorang perempuan lain. Mereka kelihatan gembira, ketawa dan berbual mesra. Perempuan itu, wajahnya sama dengan perempuan yang dilihat Sarah berpelukan dengan Khalid di kelab malam tempoh hari.

Darah Sarah menyirap sampai ke ubun-ubun kepala apabila melihat Khalid memegang tangan perempuan itu dan mengusap-usapnya manja. Setitis air mata mengalir dari mata Sarah. Patutlah senyap sahaja malam tadi, rupanya tengah beromen dengan perempuan lain!

Kali ini, Sarah nekad. Hubungannya dengan Khalid tamat hari itu juga. Dia juga bertekad untuk mengetahui siapa dalang di sebalik mesej itu.

Sarah cuba menghubungi nombor itu, tetapi panggilannya ditolak. Dia mencuba lagi, tetapi tetap sama.

Amarahnya memuncak. Mukanya merah padam. Dengan jari terketar-ketar, Sarah menaip satu mesej balasan.

"Kau dah dapat apa yang kau nak! Kau nak aku putus dengan Khalid kan? Okay, fine! Hari ni kami officially break. So now kau nak apa? Nak reward? Baik kau cakap siapa kau ni! Atau aku block kau!"

Selepas menekan butang "Send", Sarah mencampakkan telefon bimbitnya ke atas meja dan melepaskan nafas berat. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering lagi. Satu notifikasi WhatsApp terpapar di skrin. Nombor yang tidak dikenali itu lagi.

Dengan dahi yang berkerut, Sarah membuka mesej itu dan membacanya.

"Jumpa aku kat McDonalds Sunway Pyramid pukul 2 petang. Come alone. Aku pakai hoodie merah dengan jeans biru."

Tanpa teragak-agak, Sarah membalas. "Okay, jumpa di sana."

**********

Di McDonald's, Sunway Pyramid, suasana begitu sibuk, bising dengan gelak tawa dan perbualan pengunjung, namun Sarah merasakan dirinya terasing di tengah-tengah keramaian itu.

Di satu sudut, mata Sarah liar mencari. Mencari sesiapa yang memakai hoodie merah dan seluar jeans biru. Jari runcingnya mengetuk skrin telefon, kemudian menjeling jam tangan berjenama Fossil di pergelangan tangan. Baru pukul 1.50 petang. Janji temu yang misteri ini benar-benar menguji kesabarannya.

Sebelum bertolak, Sarah ada mengirimkan pesanan ringkas, cuba memancing nama si pengirim. Tiada balasan. Dia bertanya, lelaki atau perempuan? Juga bisu, hanya tanda 'Blue Tick' yang terpampang, membangkitkan rasa ingin tahunya.

Walaupun geram dengan sikap dingin si penghantar mesej, dia cuba bertenang. Hasratnya terlalu membara. Dia perlu bertemu dengan individu ini. Ucapan terima kasih yang tulus ikhlas perlu dilafazkan. Tanpa video-video yang dihantar, dia mungkin masih hidup dalam kepompong penipuan, tidak sedar Khalid bermain kayu tiga di belakangnya.

Sekali lagi, jam tangan menjadi tumpuan. 1.56 petang. Jantungnya berdegup kencang. Sarah menaip pesanan ringkas, memaklumkan dia sudah tiba. Dia turut menerangkan pakaiannya: T-shirt biru dan skirt labuh hitam.

Masih 'Blue Tick'. Sarah mengeluh berat, bahunya terasa lemah. Matanya tertancap pada meja kosong di sudut restoran. Dengan langkah pantas, dia menuju ke sana, berharap dapat menenangkan diri sebelum detik pertemuan.

Sebaik punggungnya mencecah kerusi, satu suara menyapa, memecah lamunannya.

"Sarah?"

Darahnya berderau. Khalid! Lelaki itu berdiri tegak di hadapannya, riak wajahnya sukar ditafsir.

Sarah mengerutkan dahinya, bingung. "Khalid, apa you buat sini?"

Khalid tersengih macam kerang busuk. "I baru nak tanya you apa you buat sini, you dah tanya dulu."

Sarah pantas bangun, menjenguk-jenguk di belakang Khalid, mencari susuk tubuh yang dicari. Hoodie merah dan seluar jeans biru. Namun, tiada.

Khalid menoleh, mengikuti arah pandangannya. "Sarah, you cari siapa ni?"

Wajah gadis itu merona merah. Gadis itu menjawab dengan nada geram, "Yang you sibuk ni kenapa? Apa you buat sini?"

Khalid menjawab acuh tak acuh, "I jumpa kawan I lah. You pulak, datang dengan siapa? Nak jumpa siapa?"

"Apa yang you sibuk nak tahu ni?" balas Sarah, suaranya meninggi. "Hey! You tahu tak, I dapat video lagi satu. Video you makan mesra-mesra dengan perempuan lain malam semalam. Seious lah Lid. Kalau you nak sangat dengan perempuan tu. You pergilah kat dia. Jangan kisahkan I lagi!"

Muka Khalid merah padam. Dengan wajah berkerut, dia merapatkan wajahnya ke wajah Sarah. "You baik bilang I siapa yang hantar video-video ni semua. Biar I pecahkan muka dia. Suka jaga tepi kain orang."

Sarah terpaksa mengundur setapak. Lelaki itu merenung tajam tepat kearahnya, seolah-olah mahu memakan nya. Sarah mula merasa cuak. Kalau boleh dia nak tolak Khalid ketepi dan lari dari situ secepat mungkin dan di saat itu, telefonnya berdering. Notifikasi WhatsApp terpampang. Dengan perasaan berbaur, dia membuka mesej tersebut:

'I told you to come alone right. Deals over.'

Khalid, yang curi-curi membaca, bertanya sinis, "Siapa mesej you tu? Skandal you eh?"

Sarah, hilang sabar, darahnya meledak. Kini dia yang mengambil selangkah kehadapan sehingga Khalid terpaksa mengundur. "You are a damn idiot lah, Lid! Now it's all your fault! You know what? We are done! We are 100% done! So, from now on, it's none of your business I nak jumpa siapa ke, keluar dengan siapa ke. Faham!"

Dengan sekelip mata, Khalid meraih tangan Sarah, merayu. "Sarah, please Sarah. Don't do this. I love you."

Sarah merentap tangannya, air matanya bergenang. "Yeah, right asshole!" 

Kali ini, dia betul-betul menolak Khalid ke tepi sehingga lelaki itu terjatuh atas kerusi dan berlari keluar McDonald's, hatinya hancur berkecai. Hoodie merah itu tetap menjadi misteri, dan kebenaran yang dicari terasa pahit di lidah. Segalanya berakhir di McDonald's itu.

Khalid kelam-kabut bangun. Mata-mata di sekelilingnya memerhati dengan penuh minat. Dia melilau mencari kelibat Sarah, tetapi wanita itu sudah hilang entah ke mana. Tangannya dikepal erat. Geram. Khalid berjanji, dia akan mendapatkan Sarah kembali, dengan apa cara sekalipun. Dendam mula bersemi di hatinya.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-05-30 10:59:52 

siapa hoodie tu? suspen plak


NovelPlus Premium

The best ads free experience