Matahari hampir tenggelam, mewarnakan langit Kuala Lumpur dengan warna jingga dan ungu yang menyala-nyala, mencipta kanvas alam yang indah. Perkarangan rumah banglo itu, sebuah tersergam indah di pinggir kota, dihiasi dengan lampu-lampu cantik yang memancarkan cahaya keemasan. Bunga-bunga segar pelbagai warna, terutama orkid dan hibiskus, wangi semerbak memenuhi udara. Udara sejuk malam bercampur dengan riuh rendah percakapan dan tawaan tetamu yang memenuhi halaman, meraikan majlis perkahwinan mewah Marini dan Ashraf.
Di tengah-tengah keramaian itu, berdiri dua gadis jelita, Sarah dan Azuin. Mereka berdua memandang ke arah pasangan pengantin baru yang sedang bergambar, kelihatan bahagia dan berseri-seri. Pengantin perempuan, Marini, ibu kepada Sarah, tersenyum manis mengenakan gaun merah anggun yang menawan, menonjolkan kecantikan semula jadinya. Di sebelahnya, Ashraf, lelaki yang kini menjadi bapa tiri Sarah, memandang isterinya dengan penuh kasih sayang, sepasang mata berkilauan seakan menjanjikan satu ikatan yang abadi. Ashraf, dengan ketinggian dan tubuh sasa yang menarik perhatian, tampak gagah dalam sut hitamnya yang kemas.
"Sarah, untungnya kau ni. Dapat bapak tiri hot macam Ashraf tu!" bisik Azuin, menyiku lengan sahabat baiknya itu.
"Oi, sakit lah! Kenapa kau ni?" balas Sarah, mengusap lengannya yang terasa sedikit pedih.
Azuin mengukir senyuman nakal. "Kau tu dah kenapa? Termenung jauh nampak. Fantasize pasal Ashraf ke?"
Sarah menerbeliakkan matanya ke arah Azuin sebelum terketawa kecil. Masak benar dengan seloroh kasar kawan baiknya itu.
"Ish kau ni. Itu kan suami mak aku. Bukan suami aku. Giler nak fantasize pasal dia," jawab Sarah, nada suaranya sedikit defensif.
"Iya lah tu. Tak habis-habis cakap Ashraf tu hot lah, sexy lah. Kau ni, memang ada crush kat dia kan?" Azuin mengejek.
Sarah tidak mengendahkan kata-kata kawannya. Dia mencuri pandang ke arah Ashraf. Lelaki itu memang tampan. Wajahnya dihiasi hidung mancung, rahang tegas yang menonjolkan ketegasannya, dan sepasang mata yang tajam namun mempesonakan. Tinggi, tegap, dan bertubuh sasa, bahu lebar dan dada bidang menonjolkan postur tubuhnya yang menunjukkan kekuatan yang terpendam. Dalam diam, Sarah terbayang-bayang lelaki itu; bayangan Ashraf mendukungnya, membawanya ke...
"Ish! Berbual dengan kau ni macam berbual dengan tembok. Dahlah, aku nak masuk," kata Azuin, sedikit merajuk.
Tanpa menunggu balasan daripada Sarah, Azuin mengorak langkah menuju ke dalam rumah.
"Haih, merajuk pulak makcik ni," gumam Sarah, kemudian mengekori sahabatnya ke arah pintu hadapan rumah.
Tiba-tiba, suara maskulin yang sedap didengar memecah kesunyian. "Sarah, tunggu sekejap!"
Langkah Sarah terhenti. Dia kenal sangat dengan suara itu. Dengan pantas dia berpaling. Berdiri tegak di situ ialah Ashraf, senyuman lebar menghiasi wajahnya. Pakaian pengantin yang ketat menonjolkan tubuhnya yang kekar, dan matanya yang tajam memandang mereka dengan penuh perhatian. Cahaya lampu-lampu taman menyinari wajahnya, menambahkan lagi daya tarikannya.
Sarah membalas senyumannya, sedikit gugup. "Tahniah, Abang Ashraf. Selamat pengantin baru."
Lelaki itu tersenyum lagi, kini lebih manis, lesung pipitnya kelihatan jelas.
"Terima kasih, Sarah. By the way, jangan lah panggil Abang Ashraf. Sekarang kan kita dah jadi keluarga?"
Sarah teragak-agak. "Oh ye tak ye eh... Hmmm... Nak panggil Abang Ashraf apa? Hmmm... Ayah? Bapak?" Soalannya kedengaran canggung, sedikit kekok. Dia masih belum dapat menerima hakikat bahawa lelaki kacak di hadapannya ini kini bapa tirinya.
"Apa kata, kita panggil Daddy? How about Daddy Ash?" sampuk Azuin, muncul entah dari mana. Dia kelihatan gembira dengan idea itu, sambil menahan gelak.
Ashraf merenung Sarah seketika, memerhatikan reaksi gadis itu. Kemudian, dia tersenyum. "Sounds good, oklah. Daddy Ash it is, ok?" katanya sebelum berlalu pergi, meninggalkan Sarah termenung, hatinya berdebar-debar, dengan persoalan baru yang mula bercambah dalam dirinya.
Share this novel