"Lain macam je makcik ni. Dari tadi tersengeh macam orang mabuk cinta," Azuin meluncurkan badannya ke kerusi bertentangan Sarah, mata bundarnya penuh curiga. Cafe yang riuh rendah itu seolah-olah senyap seketika, hanya menyisakan bunyi cawan berlaga dan gumaman perlahan perbualan lain.
Sarah, yang sedang asyik mengacau kopi susunya, tersentak. "Takde apa-apa lah," jawabnya, cuba menutup perasaan yang bergelora dalam dadanya.
Azuin, dengan senyum sinisnya, menyoal, "Ye ke takde apa-apa? Ke dah jatuh cinta dengan daddy hot ke?"
Dahi Sarah berkerut. "Mana ada. Merepek lah kau ni!" nafinya keras, walau jantungnya berdegup lebih laju.
"Yelah tu," balas Azuin, tidak percaya.
"Betul. Itu kan suami mak aku. Giler lah," Sarah menegaskan, cuba meyakinkan Azuin dan mungkin juga dirinya sendiri.
Azuin merenung Sarah dengan pandangan yang penuh makna. "So, amacam? Dapat tengok body Ashraf ke belum?" Nada suaranya kedengaran penuh usikan.
Sarah tidak menjawab. Dia hanya menunduk, menyembunyikan senyum yang tidak dapat ditahannya. Tangan kanannya bermain-main dengan hujung rambutnya, tingkah yang cukup membongkar rahsianya.
Azuin terbeliak mata. "Ish! Dah agak dah. Patutlah kau ni nampak macam minah gila bayang je dari tadi!"
Sarah meletakkan jari telunjuknya di bibir, memberi isyarat supaya Azuin diam. Kemudian, dia tersenyum nakal. "Jangan kuat sangat. Nanti orang dengar."
"Hot tak body Ashraf?" Azuin berbisik, matanya membulat.
Sarah menarik nafas dalam. "Macam body Chris Hemsworth campur Zac Efron. Hot giler. Kalau bukan bapak tiri, macam nak jilat satu badan," bisiknya pula, kali ini dengan konfiden yang terang.
Azuin menekup mulutnya, terkejut. "Gatal jugak kau ni kan? Tapi...kau dapat tengok dick dia tak?"
Sarah berkerut dahi. "Apa tanya macam gitu pulak?" tegurnya, namun pipinya merona merah.
Selepas hening seketika, Sarah menyambung, "Dapat tengok dari luar je."
Mata Azuin terbeliak lagi. "Kau biar betul. Besar tak?"
Sarah mengangkat bahu. "Entah. Masa aku nampak time tu Ashraf pakai boxers, cuma nampak bonjolan je. Tapi dari firasat aku, hmmm... macam besar je."
Azuin tergamam, mulutnya ternganga.
Tiba-tiba, kedengaran suara lelaki bertanya, "Apa yang besar?"
Senyuman Sarah mati serta-merta. Dia cukup kenal suara itu. Perlahan-lahan, dia menjeling lelaki yang berdiri di belakangnya. "Besar dosanya untuk orang yang suka menipu!"
Azuin menekup mulutnya untuk menahan dirinya dari ketawa.
Lelaki itu menarik kerusi dan duduk di sebelah Sarah. "Hi Azuin," sapanya sambil melambai sekali. Azuin hanya mengangguk dengan wajah mendatar. Lelaki itu, Khalid, adalah bekas teman lelaki Sarah.
"Apa yang besar tadi?" Khalid mengulangi soalannya, matanya tertancap pada Sarah.
"Takde apa-apa lah, jangan masuk campur kita berbual. Sebok je!" jawab Sarah, dingin.
Khalid mengeluh berat. "Jangan lah sombong sangat. Lid datang kan dengan cara baik, tanya pun baik-baik."
Sarah menarik nafas panjang. "Jom pergi tempat lain. Rimas lah," ajaknya kepada Zura.
Khalid menghalang. "Jangan lah gitu. Lid tak nak gaduh. Lid nak cakap baik-baik je. Please," rayunya, menyentuh lengan Sarah.
Sarah duduk kembali, terpaksa. Dia memberi isyarat kepada Azuin untuk meninggalkannya. Azuin menjeling kearah Khalid dan berpesan kepada Sarah, "Kalau ada apa-apa, cepat-cepat call aku."
Kemudian, dia beredar.
"Kenapa Sarah tak nak balas mesej Lid? Call pun tak nak angkat," tanya Khalid, suaranya perlahan dan penuh harapan.
"Tak block tu dah bagus," balas Sarah, sinis.
"Ish. Tak habis-habis lah Sarah ni. Kan dah berapa banyak kali Lid nak explain yang Lid tak buat apa-apa malam tu," Khalid menegaskan, cuba membersihkan namanya.
"Yelah. Masuk disko peluk-peluk dengan perempuan lain tu takde apa-apa. Cakap dengan Sarah ngantuk lah, penat lah, nakntidur lah. Cukup masa masuk disko dengan perempuan lain," Sarah membalas, nada suaranya meninggi. "Bila tanya siapa perempuan tu, Lid tak nak jawab pulak"
Khalid mengeluh lagi. "Lain kali kalau Lid ajak Sarah, pergilah." Khalid cuba menyalahkan Sarah pula.
"Sarah tak akan pergi tempat-tempat gitu. Bising, membazir, Dahlah sesak dengan orang. Langgar sana. Langgar sini" sanggah Sarah, tegas.
"Oklah, Lid mintak maaf. Tak senang tidur tau dibuatnya kalau tak dapat berbual dengan Sarah macam dulu" Khalid merayu, mendekatkan dirinya dan cuba memegang tangan Sarah.
Sarah pantas menarik tangannya. "Nak maafkan macam mana sedangkan nama perempuan tu pun tak nak cakap."
Khalid mengusap belakang tengkuknya, resah. Seboleh-bolehnya dia tak nak ngaku kesalahan dia "Sarah. Siapa yang ambik video Lid masuk dalam disko tu?" tanyanya, matanya memandang Sarah, mencari jawapan.
"Kenapa Lid nak tahu sangat? Nak pukul dia?" balas Sarah, dengan nada mencabar.
"Tak lah. Tanya je," jawab Khalid, walau dalam hati dia benar-benar geram dengan si penyebar video itu.
"Kalau Lid tak nak ngaku salah. Tak nak bilang siapa nama perempuan tu, Sarah pun tak akan bilang siapa ambil video tu. Ok?" Sarah membalas, berpeluk tubuh.
Sarah bangun dari kerusinya dan meninggalkan Khalid terpinga-pinga di situ, bersama seribu persoalan yang berlegar di fikirannya.
Sebaik sahaja Khalid hilang dari pandangan, Sarah membuat panggilan kepada penghantar video tersebut tapi panggilannya di'cancel' buat sekian kalinya.
Sarah mengeluh berat. 3 mesej yang dihantar sebelum ini mendapat "bluetick" tetapi langsung tidak dibalasnya. Tertanya-tanya siapa itu yang menghantar video tu. Bila ditanya tak nak dijawab pula.
Gadis itu mengeluh. Akhirnya dia menutup aplikasi WhatsApp itu dan menyimpan telefon bimbitnya dalam beg.
"Suka hati kau lah nak" dia berbisik dalam hati.
Share this novel
wah chris tu ke? ensem tu