Kring! Kring!
Sofia yang sedang nyenyak tidur, terjaga setelah mendengar deringan telefon bimbitnya itu.
“ Hello.”
“ Akak. Boleh kita jumpa sekejap?” Tanya Hafiz.
Sofia yang sedang menjawab panggilan dari adiknya itu sambil tangannya diletakkan di atas dahi.
“ Ada apa?”
“ Tak apa kak, aku jumpa kau dekat rumah nanti.” Kata adiknya Hafiz.
Sofia tidak memberi sebarang reaksi. Dia berasa malas mahu melayan adiknya itu.
“ Ayah!” Sapa Hafiz kepada ayahnya.
Ayahnya hanya memberikan senyuman kepada anak lelakinya itu sambil mempelawanya masuk ke dalam rumah.
“ Ayah, Hafiz datang sini nak jumpa dengan akak.”
“ Kakak ada di dalam bilik. Hafiz pergi la tengok akak dalam bilik.” Kata ayahnya.
“ Baiklah ayah.”
Hafiz berjalan menuju ke arah pintu bilik kakaknya, lantas membukanya dengan perlahan. Kelihatan Sofia yang masih terbaring di atas katil.
“ Kak. Bangun la...aku dah datang ni.” Kata Hafiz sambil menepuk pipi kakaknya itu.
Sofia yang mendengarkan suara adiknya itu, lalu dia membuka mata.
“ Kenapa kau datang sini?” Tanya Sofia sambil mengikat rambutnya yang sudah kusut itu.
Hafiz tidak menjawab pertanyaan dari kakaknya. Dia seperti sedang mengambil masa untuk bercakap dengan kakaknya.
Sofia yang melihat keadaan adik lelakinya itu, dirinya sudah tahu pasti ada sesuatu yang adiknya mahu katakan.
“ Kalau ada apa-apa, kau cakap je dengan akak. Tak perlu buat akak tertunggu-tunggu macam ni.”
“ Akak. Boleh tak aku nak minta tolong kau?”
Sofia mengerutkan keningnya. Dia tidak tahu apa yang adiknya maksudkan itu.
“ Sebenarnya baru-baru ni, ibu bergaduh dengan suami dia sampaikan dia sanggup naik tangan dengan ibu.”
“ Jadi aku nak minta tolong kau kak. Kau datang rumah ibu, dan bercakap dengan bapa tiri aku.”
Sofia yang mendengarkan itu, lantas tersenyum. Dia berasa permintaan dari adiknya itu membuatkan dia berasa mahu ketawa.
“ Kau nak aku pergi rumah kau, jumpa dengan ibu. Kau tak ingat ke macam mana aku kena halau dulu.” Kata Sofia.
“ Aku tahu kak, kau masih marah tentang tu. Tapi sekarang ni kami betul-betul perlukan kau kak. Aku tak sanggup tengok ibu diperlakukan macam tu.” Kata Hafiz sambil memegang tangan Sofia.
Sofia yang melihat sikap adiknya itu, dia berasa lembut hati sedikit untuk membantunya.
“ Yelaa…tapi kau kena ingat, ini last aku ikut apa yang kau nak.”
Hafiz berasa gembira dengan keputusan kakaknya itu.
********
Sofia dan Hafiz tiba di perkarangan rumah. Mendengar suara seseorang yang sedang menangis dari dalam rumah membuatkan mereka berdua bergegas masuk ke dalam rumah.
Mereka melihat ibunya Puan Alina sedang menangis teresak-esak di kawasan ruang tamu.
“ Ibu. Ibu okay?” Tanya Hafiz dengan nada yang penuh risau.
Sofia yang melihat keadaan ibunya itu,lantas memalingkan pandangannya di satu sudut. Dia melihat sosok seorang lelaki anggaran umurnya hampir 50 tahun sedang melihat mereka.
“ Kau buat apa di sini?”
“ Ini bukan rumah kau!” Kata suami kepada ibunya itu dengan lantang.
Sofia yang mendengarkan suara yang tidak beradab itu, membuatkan dia berasa mahu menumbuk wajah lelaki itu.
“ Kau buat apa dekat ibu aku?”
“ Kenapa kau nak tahu. Dia isteri aku, aku berhak buat apa saja pada dia.”
“ Kau berhak! Kau siapa nak cakap soal berhak dengan aku.” Kata Sofia dengan tegas.
Suami kepada ibunya itu mulai naik berang setelah mendengar kata-kata dari Sofia, lantas dia mencekik leher Sofia.
“ Kau jangan masuk campur dalam urusan rumah tangga aku!”
Sofia berasa marah dengan kata-kata yang telah dikeluarkan oleh lelaki itu, lantas dia melepaskan tumbukannya di bahagian perut lelaki itu.
Lelaki itu jatuh terbaring di lantai dalam keadaan mengerang kesakitan.
“ Sofia! Kenapa kau pukul suami ibu.” Kata ibunya sambil menolak bahu Sofia.
“ Ibu masih lagi nak bela dia. Dia dah pukul ibu, ibu still lagi nak anggap dia suami!”
“ Kau pergi dari sini. Jangan sesekali kau datang ke sini lagi Sofia!” Kata Puan Alina dengan kasar.
Sofia yang mendengarkan apa yang ibunya katakan, lalu dia beredar dari rumah itu.
“ Akak!” Panggil Hafiz.
“ Ibu. Kenapa ibu buat macam tu pada akak?”
Sofia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Dia berasa penyesalan buat kali kedua.
“ Kenapa la aku bodoh sangat ni! Kenapa aku turutkan juga permintaan adik aku sedangkan aku tahu yang ibu memang tak nak berjumpa dengan aku.” Marah Sofia sambil menghentakkan stereng keretanya.
Encik Idris yang berada di laman rumahnya, melihat anaknya Sofia keluar dari kereta dalam keadaan yang marah.
“ Sofia. Awal balik?” Tanya ayahnya itu.
Sofia tidak menjawab pertanyaan ayahnya itu dan berlalu pergi menuju ke arah biliknya.
Ayahnya hanya menggelengkan kepalanya setelah melihat keadaan anaknya itu.
Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu bilik Sofia dari arah luar.
Sofia yang sedang duduk di atas katil dengan muka yang agak marah, mendengar ketukan pintu lantas dia membukanya.
“ Sofia kenapa ni?” Tanya ayahnya.
“ Tak ada apa ayah.”
“ Ayah jarang tengok Sofia marah, and sekarang ni ayah tahu Sofia tengah marah.”
“ Cerita dekat ayah, kenapa?”
Ayahnya memaksa Sofia untuk menceritakan hal sebenar.
“ Ibu halau Sofia sekali lagi.”
Encik Idris agak terkejut sedikit mendengarkan itu.
“ Mulai saat ni, Sofia memang tak akan jumpa lagi dengan mereka.” Kata Sofia sambil marah.
Ayahnya tidak berkata walau sepatah pun kerana dia sudah melihat kemarahan anak sulungnya itu.
“ Tak apa kalau itu keputusan Sofia. Ayah tak akan halang lagi.” Ujar ayahnya sambil menepuk belakang Sofia dengan perlahan.
Kemarahan Sofia masih lagi terasa. Dia seperti mahu melemparkan semua barang-barang yang ada di dalam biliknya itu.
********
“ Ibu! Kenapa ibu halau akak. Ibu tahu tak akak je yang boleh tolong ibu dari kena pukul dengan suami ibu tu!” Kata Hafiz dengan nada yang keras.
“ Kau tak perlu bawa akak kau tu ke sini. Ini urusan ibu, tak ada kene mengena dengan dia.”
Hafiz mengusap dadanya itu setelah mendengar apa yang ibunya katakan.
" Ibu nak bela sangat kan suami ibu. It’s okay ibu.”
“ Hafiz dan Safiya akan keluar dari rumah ni, kami akan tinggal asing dengan ibu. Kami tak rasa tempat ni adalah rumah, sebab langsung tak ada kebahagiaan buat kami, macam mana yang akak pernah rasa dulu.”
“ Ibu tinggal la dengan suami ibu tu.” Kata Hafiz sambil menuju ke arah biliknya.
Setelah beberapa minit, Hafiz keluar dari bilik dengan membawa beberapa beg bagasi yang besar.
“ Hafiz pergi dulu.” Kata Hafiz sambil menghulurkan tangannya untuk menyalam tangan ibunya.
Puan Alina tidak mempedulikan anakya itu.
Hafiz hanya memandang ibunya itu seperti dia sudah tahu bahawa ibunya memang sudah tidak mempedulikan dia lagi.
“ Adik. Aku dah bawa semua barang-barang kau ke rumah sewa kita. Nanti kau terus datang sini je tak perlu balik ke rumah ibu lagi.” Ujar Hafiz di dalam mesej.
“ Okay.” Jawab Safiya.
Share this novel