12 tahun kemudian….
“ Lagi! Lagi! Tumbuk kuat lagi Sofia.”
Suara seorang jurulatih Muay Thai kedengaran di sekitar gelanggang.
Sofia yang kini sudah pun berumur 23 tahun. Hidupnya berdikari dan menjadikan dirinya seorang wanita yang lebih kuat.
“ Kakak!” Panggil seseorang dari arah belakang.
Sofia yang sedang berlatih mendengar suara yang dia kenali lantas menoleh ke belakang.
“ Safiya…Hafiz…”
Safiya merupakan adik bungsu yang sudah pun berumur 18 tahun manakala Hafiz berumur 20 tahun.
“ Kenapa korang datang sini, ada apa-apa ke?” Soal Sofia sambil membetulkan ikatan kain padan tangan kanannya.
Kedua-dua adiknya itu tidak berkata apa-apa sambil memandang antara satu sama lain.
Sofia yang melihat adik-adiknya itu berasa aneh.
“ Kenapa ni?” Soal Sofia lagi.
“ Sebenarnya kak, kita orang datang sini ada sebab.” Ujar Hafiz.
Sofia hanya memandang mereka berdua.
“ Kami nak akak jumpa dengan ibu.” Kata Safiya dengan nada yang perlahan.
Sofia yang mendengarkan tentang ibunya, lantas dia bangun dan memasuki gelanggangnya semula untuk menyambungkan latihannya itu.
“ Akak, sampai bila akak nak bermusuh dengan ibu. Sejahat mana pun ibu, dia tetap ibu kita kak, itu ibu akak!” Kata Hafiz.
“ Jadi, korang berdua datang sini nak suruh aku buat apa?”
“ Kami nak akak jumpa dengan ibu, lagi pun sudah 12 tahun akak tak jumpa dengan ibu.”
“ Korang tahu tak, ibu tinggalkan aku bertahun tahun, sekali pun dia tak pernah tanya tentang aku. Sekarang ni kenapa tiba-tiba korang nak aku jumpa dengan ibu pula.” Kata Sofia dengan nada yang agak keras.
Suara Sofia yang agak keras itu membuatkan kedua-dua adiknya tidak mampu berkata apa-apa.
“ Kak! Itu semua perkara yang dah lepas, apa salahnya kalau kau pergi jumpa dengan dia. Aku taknak kau jadi anak yang derhaka kak!” Ujar Hafiz.
Safiya hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak mampu bercakap dengan kakaknya Sofia, kerana dia tahu apa yang telah dialami oleh kakaknya itu.
“ Aku taknak dengar lagi tentang ni. Lebih baik korang berdua balik.” Kata Sofia sambil menghela nafas panjang.
“ Tapi kak…”
“ Balik!” Tengking Sofia sehingga membuatkan dua orang adiknya itu terkejut.
Dua beradik yang mendengarkan jerkahan dari kakaknya itu, lantas pergi meninggalkan Sofia tanpa berpaling walaupun sekali.
Sofia keluar dari gelanggangnya, lalu duduk di kerusi sambil termenung. Dia berasa agak bersalah dengan kedua adiknya itu kerana sudah menengking mereka.
“ Abang macam mana sekarang ni, kakak still lagi tak nak jumpa dengan ibu?” Tanya Safiya.
“ Kakak tu keras kepala, sama ego dengan ibu.” Ujar Hafiz sambil menggelengkan kepalanya.
“ Salah ke apa yang aku buat. Hati aku ni masih sakit lagi dengan apa yang ibu dah buat.” Ujar Sofia dalam hatinya.
*********
Encik Idris yang sedang menunggu Sofia di ruang tamu dan melihat jam di dinding yang sudah pun menunjukkan jam 10 malam.
“ Assalamualaikum.” Sofia memberikan salam sambil membukakan pintu.
“ Wa’alaikumussalam.”
“ Aikk ayah, ayah tak tidur lagi?"
“ Tak, ayah tunggu Sofia.”
“ Sorry ayah, Sofia lambat sikit balik. Ada urusan tadi.”
Encik Idris menganggukkan kepalanya.
“ Sofia, duduk sekejap. Ayah ada sesuatu nak cakap dengan Sofia.”
“ Apa dia ayah?” Tanya Sofia sambil meletakkan begnya di tepi sofa.
“ Tadi adik-adik kamu datang jumpa dengan ayah.”
Sofia yang mendengar nama adik-adiknya, dia segera bangun dari sofa.
“ Mereka datang jumpa dengan ayah, mereka nak apa?”
“ Mereka nak ayah pujuk kamu untuk jumpa dengan ibu.”
Sofia hanya tersenyum sinis setelah mendengar tentang itu.
“ Sofia, dah 12 tahun kamu tak berjumpa dengan ibu. Ayah tak nak satu hari nanti Sofia akan menyesal.” Kata Encik Idris.
Sofia tidak membalas apa-apa saat mendengarkan bebelan dari ayahnya itu.
“ Ayah tahu, Sofia masih lagi ingat apa yang ibu buat dulu. Ayah pun terkejut bila tahu apa yang ibu dah buat dengan Sofia, tapi itu biarlah jadi urusan antara ibu dengan Allah.”
“ Ayah tak nak Sofia juga ada sikap yang sama macam ibu. Kalau Sofia juga ada sikap yang sama, jadi apa beza Sofia dengan ibu.” Kata ayahnya.
Sofia terkaku saat mendengar apa yang telah diucapkan oleh ayahnya itu. Hatinya seperti terkena panah, berasa sakit sekali.
“ Tak apalah ayah, Sofia nak masuk bilik dulu.”
Sofia menghela nafas sambil duduk di atas katilnya.
“ Betul juga apa yang ayah cakap itu.”
“ Aku tak nak jadi anak yang derhaka.”
Sofia membuka zip begnya, lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari nombor telefon adiknya Hafiz dan menelefonnya.
“ Hello. Esok akak akan jumpa dengan ibu.”
“ Okay akak, esok aku tunggu di rumah.” Jawab Hafiz dengan nada yang gembira.
Sofia yang mendengar suara gembira adiknya itu, membuatkan dirinya juga gembira.
Jam menunjukkan 9 pagi, Sofia bergegas mengikat rambutnya dan menyarungkan jacketnya yang berwarna hitam.
“ Ayah, Sofia dah nak keluar ni.”
“ Aikk, bukan ke hari ni Sofia tak ada training?” Tanya ayahnya.
“ Yap, tapi Sofia nak pergi rumah ibu, nak jumpa dengan dia.” Kata Sofia.
Encik Idris yang mendengarkan itu, lalu dia tersenyum dan hatinya berasa agak sedikit lega kerana anaknya itu mendengarkan apa yang dia katakan semalam.
“ Sofia pergi dulu ye ayah.” Kata Sofia sambil menyalam tangan ayahnya.
Encik Idris memberikan senyuman kepada anaknya itu.
********
“ Ish! Betul ke apa yang aku buat ni?” Tanya Sofia yang sudah pun berada di laman rumah ibunya.
“ Apa-apa jelah.”
Sofia lantas keluar dari keretanya itu dan menuju ke pintu rumah.
“ Assalamualaikum…”
“ Wa’alaikumussalam. Akak…” Jawab adiknya Safiya.
Sofia yang berada di hadapan pintu memberikan senyuman setelah melihat adik perempuannya itu.
“ Mari masuk kak.” Pelawa adiknya.
Sofia melangkah masuk ke dalam rumah itu, lalu duduk di sofa yang berada di ruang tamu.
Sofia yang melihat sekeliling ruang di dalam rumah itu, lantas menoleh ke kiri setelah melihat kelibat ibunya.
“ Ibu.” Sapa Sofia sambil menghulurkan tangannya.
Puan Alina tidak memberikan sebarang reaksi terhadap Sofia malah memberikan tatapan yang agak serius kepada Sofia seperti kehadirannya tidak disukai.
Sofia menghela nafas dengan perlahan. Dalam hatinya mahu sahaja dia pergi dari rumah itu, tetapi mengenangkan apa yang ayahnya katakan, dia ikut juga.
“ Ibu, Safiya dan abang yang ajak akak datang ke sini. Kita kan dah lama tak jumpa.” Ujar Safiya sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.
Sofia tidak berkata apa-apa, dia berasa agak janggal apabila berada di situ. Dia seperti berada di tempat yang asing.
“ Ibu sihat?” Tanya Sofia.
Puan Alina masih lagi tidak berkata apa-apa.
“ Sabar Sofia…sabar.” Kata Sofia di dalam hatinya.
“ Ibu. Ibu jangan la macam ni, akak datang nak jumpa dengan ibu, lagi pun dah lama kan kita tak jumpa.” Kata Hafiz.
“ Siapa cakap aku nak jumpa dengan dia!” Kata Puan Alina dengan tegas.
Sofia yang mendengar suara ibunya yang agak tinggi itu membuatkan dia berasa tersentak.
“ Ibu taknak jumpa dengan dia. Suruh dia balik.”
Setelah mengatakan itu kepada kedua orang anaknya, lalu Puan Alina masuk ke dalam bilik.
“ Sudah!” Kata Sofia sambil bangun dari sofa.
“ Akak dah cakap kan, hubungan ibu dengan akak memang tak akan sama macam kamu berdua. Ibu itu tak suka dengan akak. Kenapa kamu berdua paksa akak datang ke sini.”
“ Akak. Kami minta maaf, kami tak tahu semua ni akan terjadi.” Kata Safiya sambil memegang tangan kakaknya.
“ Korang dengar sini. Ini kali terakhir akak datang ke sini. Jangan sesekali minta akak jumpa lagi dengan ibu. Faham!”
Sofia yang berasa marah dengan apa yang telah terjadi, dia bergegas keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam kereta. Hatinya berasa sakit, malah lebih sakit lagi.
Hafiz dan Safiya tidak tahu mahu berbuat apa setelah melihat kemarahan kakaknya itu.
********
Sofia memasuki tempat parking di hadapan gymnya itu.
“ Sofia! Kenapa kau datang sini hari ni, bukan ke kau cuti?” Tanya jurulatih yang berada di ruangan gym.
“ Saja. Aku nak release stress sekejap.” Kata Sofia.
Jurulatih Sofia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Sofia menggenggamkan tanggannya dengan kuat, lalu menumbuk punching bag dengan bertubi-tubi seperti dia mahu melepaskan geramnya, tambahan pula ayat yang telah dilepaskan oleh ibunya itu masih lagi segar dalam ingatannya.
Share this novel