“ Sofia!” Panggil ayahnya.
“ Ye ayah.”
“ Ayah nak minta tolong sikit, ayah nak Sofia dan adik-adik masuk ke bilik sekejap.” Arah Encik Idris.
“ Okay ayah.”
Sofia yang berada di dalam biliknya tidak tahu kenapa ayahnya menyuruhnya untuk masuk ke dalam bilik.
Sementara itu, Encik Idris dan Puan Alina yang berada di ruang tamu seperti sedang berbincang sesuatu.
Setelah beberapa jam, Sofia melihat ibunya itu masuk ke dalam bilik sambil sedang berbuat sesuatu.
“ Ibu, ibu nak pergi mana?”
“ Kenapa ibu kemaskan barang-barang ibu?”
Banyak tanda persoalan yang berada di dalam fikiran Sofia sambil melihat ibunya sedang mengemaskan barang-barangnya dalam keadaan tersenyum.
“ Sofia, jangan ganggu ibu. Ibu nak kemaskan barang-barang ibu.” Ujar ayahnya.
Lebih membuatkan Sofia berasa hairan dengan apa yang ayahnya katakan.
Selepas beberapa minit, Sofia yang berada di ruang tamu, melihat ibunya keluar dari rumah dengan membawa beberapa beg baju yang besar.
“ Ayah, ibu nak pergi mana?”
“ Sofia, mulai saat ini ibu tak akan tinggal dengan kita lagi, dalam rumah ni cuma ada ayah, Sofia dan adik-adik saja.” Ujar Encik Idris sambil memeluk erat Sofia.
Sofia hanya melihat ibunya melangkah keluar dari rumah tanpa menoleh ke belakang bersama dengan seorang lelaki yang sedang menunggu di dalam kereta. Dirinya berasa sedih seperti ibunya telah membuang dia, ayahnya dan adik-adiknya begitu sahaja.
*******
Setahun sudah pun berlalu, kini Sofia sudah pun berumur 12 tahun.
Dengan usianya yang masih kecil, Sofia memikul segala tanggungjawab di rumah serta menjaga adik-adiknya sementara ayahnya bekerja.
Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan di pintu hadapan. Sofia yang berada di dapur lantas menuju ke pintu hadapan untuk membukanya.
Setelah membukanya, Sofia berasa agak terkejut sedikit melihat seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu.
“ Ibu!”
Puan Alina melihat Sofia sambil memberikan senyuman.
“ Ibu buat apa dekat sini?”
“ Ibu datang sini nak tengok anak-anak ibu, takkan tak boleh.” Ujar ibunya.
Puan Alina yang berada di luar lantas masuk ke dalam rumah.
“ Sofia macam mana, sihat?” Tanya Puan Alina.
Sofia hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu mahu memberikan reaksi apa kerana sudah setahun ibunya pergi meninggalkannya dan adik-adiknya. Hubungan sebagai seorang anak dan ibu itu seperti sudah lama tidak ada.
“ Ibu datang sini, nak ambil Sofia dan adik-adik tinggal dengan ibu.”
Sofia berasa terkejut mendengarkan apa yang diperkatakan oleh ibunya itu.
“ Tak nak!”
“ Apa. Sofia cakap apa?”
“ Sofia tak nak tinggal dengan ibu. Sofia nak tinggal dengan ayah.”
“ Sofia, aku datang sini dengan cara baik, aku taknak marah dengan kau.”
“ Kau lebih pilih hidup dengan ayah kau, sedangkan aku yang mengandungkan kau, melahirkan kau, jaga kau masa kecil. Kau lebih pilih ayah kau berbanding dengan aku ibu kau.” Kata Puan Alina dengan lantang.
Sofia tidak menjawab sepatah perkataan pun setelah mendengar suara lantang dari ibunya.
“ Ehh Sofia, kau nak tinggal dengan ayah kau, ayah kau takkan mampu bagi apa-apa dekat kau. Aku yang mampu bagi segala-galanya dekat kau!”
Sofia menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak bersetuju untuk tinggal dengan Ibunya itu.
“ Tak apa, kau tak nak tinggal dengan ibu, ibu akan bawa adik-adik kau. Ibu tak nak adik-adik kau nanti tak cukup makan.”
Sofia masih lagi tidak berkata apa-apa.
Puan Alina yang masih marah dengan kelakuan Sofia, lantas bangun menuju ke bilik adik-adiknya untuk mengemaskan barang-barang.
Berat ujian yang telah menimpa Sofia. Berada di dalam situasi broken family, diuji berjauhan dari adik-adiknya, amatlah berat baginya dan kini hanya dia dan ayahnya.
********
Kringgg!!!
“ Ehh dah habis waktu rehat la, kena cepat-cepat susun buku ni.” Ujar Sofia yang berada di dalam perpustakaan.
Sofia segera keluar dari perpustakaan dan memakai kasut sekolahnya, lantas bergegas menuju ke kelas.
“ Kawan-kawan! Anak yatim ni sudah datang!” Kata Mira sambil mentertawakan Sofia.
Sofia yang mendengarkan hinaan dari kawan sekelasnya itu hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja.
“ Sofia, kesian kan kau ni, sudah la jadi anak yatim, mesti hidup kau tak sempurna macam kami kan.”
“ Ehh Firah. Nanti balik mak kau masak apa ye? Masakan mak kita sedap kan. Kesian orang sebelah ni, tak dapat rasa masakan dari seorang ibu.” Kata Mira dengan nada yang mengejek.
“ Betul tu. Kesiannya jadi dia….apalah yang dia makan bila balik nanti. Entah-entah makan pasir dengan daun je.” Kata Firah sambil ketawa.
Sofia masih lagi bersabar dengan hinaan yang sudah diberikan oleh rakan-rakan sekelasnya itu.
“ Assalamualaikum.” Sofia memberikan salam ketika memasuki rumahnya sambil melihat sekeliling.
Hidupnya berasa sunyi. Dia berasa dia tidak mempunyai keluarga, dan dia melalui fasa di mana dia dibesarkan oleh ayahnya sahaja selama bertahun tahun sehinggalah dia meningkat dewasa.
Share this novel