“ Ehh Sofia!” Panggil salah seorang dari rakan sekelasnya.
Sofia yang sedang duduk di mejanya lantas menoleh ke kiri setelah mendengar seseorang memanggilnya.
“ Ada apa Mira?” Soal Sofia.
“ Ehh! Aku tengok tadi kau berbual dengan Isya, kawan baik Firah.”
“ Jadi, kenapa?”
“ Kau tanya aku kenapa, kau itu tak ada kawan, jadi tak perlu nak berbual dengan kawan orang lain!”
“ Kau itu tak layak berkawan dengan sesiapa pun, jadi kau buat hal kau.” Kata Mira sambil menarik tudung Sofia.
Sofia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia bukannya tidak mahu melawan, tetapi tidak mahu mencari masalah sahaja.
********
Selepas beberapa jam, tamat sesi persekolahan.
“ Assalamualaikum ibu.” Sofia memberikan salam lalu masuk ke dalam rumah.
Puan Alina yang sedang masak di dapur melihat Sofia masuk ke dalam biliknya.
“ Sofia! Mari makan.” Panggil Puan Alina.
Sofia yang berada di dalam biliknya, mendengarkan panggilan dari ibunya membuatkan dia rasa tenang sedikit.
“ Ye ibu, kejap lagi Sofia datang.”
Sofia menghampiri meja makan dan duduk di sebelah adik lelakinya.
Puan Alina yang berada di dapur untuk mengemas setelah memasak mendengar seolah-olah ada pinggan pecah, lantas bergegas ke meja makan.
“ Sofia! Kau buat apa!”
Sofia terkejut mendengar suara lantang dari ibunya.
“ Sofia tak buat apa-apa pun ibu, adik yang jatuhkan pinggan.” Jawab Sofia.
“ Kau mari ke sini!” Panggil Puan Alina sambil meletakkan kedua belah tangannya di pinggang.
“ Aku mahu kau kemaskan semua ni, aku tak nak tengok ada serpihan pinggan di atas lantai.” Arah Puan Alina.
Sofia hanya turutkan sahaja arahan ibunya itu sambil mencangkung untuk mengutip sisa-sisa nasi di atas lantai.
Rumah yang dihuni oleh Sofia dipenuhi dengan jeritan dan tangisan sahaja. Kegembiraan sebagai seorang kanak-kanak sudah lagi tidak ada baginya.
“ Sofia…Safiya…Hafiz…” Panggil ayah mereka dari luar rumah.
Sofia dan dua orang adiknya mendengarkan suara ayahnya itu, lantas bergegas ke luar dari rumah menuju ke arah ayahnya.
Kelihatan di tangan ayahnya mempunyai plastik berwarna biru dan berisi keropok dan aiskrim.
“ Terima kasih ayah.” Ujar Sofia dengan gembira kerana dia masih lagi tidak makan sejak pulang dari sekolah.
Encik Idris berasa gembira melihat anak-anaknya begitu teruja apabila dia membelikan makanan kegemaran anak-anaknya itu tanpa dia mengetahui kejadian sebenar di dalam rumah sewaktu dia tidak ada.
“ Abang!” Panggil Puan Alina.
Encik Idris menoleh ke arah isterinya setelah dipanggil.
“ Abang, saya ada sesuatu mahu bertanya kepada abang.” Ujar Puan Alina.
“ Apa itu?”
“ Sebenarnya, saya mahu minta izin abang untuk bekerja.”
“ Abang izinkan tak?” Tanya Puan Alina.
Suaminya hanya mendiamkan diri sahaja setelah mendengar pertanyaan dari isterinya itu.
“ Kalau awak kerja, anak-anak di rumah siapa yang akan menjaga?”
“ Sofia kan ada, lagi pula Sofia sudah pun berumur 11 tahun, jadi tak ada masalah untuk dia jaga adik-adiknya.”
Sofia yang berada di dalam bilik, secara tidak sengaja mendengarkan perbualan di antara ibu dan ayahnya.
“ Baiklah, abang izinkan.” Kata Encik Idris sambil menghela nafas panjang.
Puan Alina berasa gembira setelah mendapatkan keizinan dari suaminya itu.
Bermula lah hari-hari di mana Sofia yang perlu mengambil alih tugas-tugas di rumah termasuk menguruskan adik-adiknya.
Malam sudah pun menjelma, Sofia masih menantikan kedua orang tuanya yang masih lagi tidak pulang ke rumah.
Vroom! Vroom!
Kedengaran bunyi enjin motosikal milik ayahnya berada di luar, lantas dia berlari menuju ke pintu hadapan.
“ Sofia, ibu kamu masih belum balik lagi?” Soal ayahnya.
Sofia menggelengkan kepalanya.
Encik Idris melihat jam dinding yang sudah pun menunjukkan jam 9 malam.
Setelah satu jam berlalu, bunyi enjin kereta berada di luar rumah menandakan Puan Alina sudah pulang.
“ Lambat awak balik hari ini?”
Puan Alina yang berada di atas kerusi di ruang tamu, lantas menoleh ke arah suaminya.
“ Banyak kerja sikit hari ni.” Ujar Puan Alina.
Ayah Sofia hanya menganggukkan kepalanya.
Setelah beberapa bulan kemudian, keadaan di dalam rumah itu menjadi semakin renggang, ibu Sofia juga menjadi seorang yang tidak mempedulikan Sofia dan dua orang adiknya.
“ Ibu, boleh tak ibu masakkan untuk Sofia?”
Puan Alina yang berada di atas sofa sambil memegang telefon bimbit mengalihkan pandangannya ke arah anaknya itu.
“ Kau ni kan, boleh tak sehari je kau tak ganggu aku!”
“ Kau tahu tak aku ini penat kerja, kau nak makan kau pergi buat sendiri!” Ujar puan Alina sambil menundingkan jarinya.
Sofia yang telah mendengar kemarahan ibunya itu, lantas menuju ke arah dapur.
Sofia memanjat satu almari besar yang berada di penjuru dapur dan membuka almari.
“ Cuma ada roti je.”
“ Takkan nak bagi adik-adik makan roti sahaja.”
Sofia hanya mengeluh melihat cuma ada sebungkus roti di dalam almari.
“ Tak apalah, roti pun roti lah, janji kita makan dan kenyang.” Ujar Sofia.
Puan Alina hanya melihat anak-anaknya yang sedang berada di dapur dengan sebungkus roti di atas meja makan.
“ Sofia, ibu nak keluar. Kau duduk rumah jaga adik-adik kau.” Ujar Puan Alina dengan tegas.
“ Ibu nak pergi mana, boleh tak kalau kami nak ikut. Sofia dengan adik-adik bosan duduk rumah.”
“ Kau ingat aku keluar jalan-jalan ke, aku ada kerja. Sudah kau duduk rumah, jangan nak keluar mana-mana.” Kata Puan Alina.
Sofia hanya menundukkan kepalanya.
“ Sofia, mana ibu.” Tanya ayah kepada Sofia.
“ Tak tahu ayah, ibu tak cakap pula tadi nak ke mana.”
Encik Idris berasa sangat hairan kerana sejak akhir-akhir ini, isterinya sering keluar rumah tanpa pengetahuannya.
Share this novel