Completed
143368
SEPERTI yang dijanjikan, Zuhayr pulang dan mengambil cuti lebih lama untuk meluangkan masa serta melepaskan rindu pada isteri tercinta. Namun dia benar-benar tidak percaya bila Qistina tiba-tiba memberitahu bahawa mereka takkan pergi bercuti seperti yang dirancang.
Walaupun percutian itu idea Zuhayr, dia tetap memberi Qistina kebebasan penuh seperti selalu. Isterinya itu bebas memilih destinasi, mengatur semuanya, malah menggunakan akaun banknya untuk membuat tempahan. Itu memang rutin mereka sejak awal perkahwinan.
Sebab itu berita pembatalan itu terasa janggal… dan sukar diterima.
“You betul ke tak nak pergi bercuti ni? You sendiri cakap nak pergi honeymoon lagi dengan I,” tanya Zuhayr ingin kepastian.
“Buat apa nak bazir duit pergi honeymoon kalau I tengah period sekarang,” cebik Qistina, geram sendiri kerana boleh pula dia datang bulan tepat-tepat masa Zuhayr baru balik.
Zuhayr cuba mengawal riak wajahnya walaupun jelas ada sedikit rasa kecewa. Sudah tiga bulan mereka berjauhan, tentulah dia mengharapkan lebih daripada sekadar luangkan masa bersama. Dia tarik nafas panjang, menelan rasa itu perlahan-lahan supaya Qistina tidak perasan. Dia tahu Qistina mungkin akan rasa lebih tak puas hati bila dia tunjuk rasa kecewanya.
Belum apa-apa lagi, Qistina sudah batalkan percutian mereka hanya kerana datang bulan. Pada Qistina, tak berbaloi kalau mereka tak boleh lepaskan rindu sebagai suami isteri… tapi pada Zuhayr, ada banyak cara lain untuk bersama selain itu.
“Tak apalah… kita still boleh pergi jalan-jalan, cari makan tempat orang,” pujuk Zuhayr lembut, sengaja menggunakan hobi kegemaran Qistina iaitu food hunting setiap kali mereka bercuti. Dia tahu itu selalu berjaya memujuk hati isterinya.
“Tak naklah sayang,” balas Qistina sambil memeluk lengan Zuhayr. “You tahukan kalau I period cramp…I tak ada mood langsung nak enjoys,” rengek Qistina manja.
Hakikat sebenarnya Qistina lebih tidak mahu ambil cuti lama untuk pergi bercuti dengan Zuhayr. Ada sesuatu yang buat dia tidak betah kalau tak masuk pejabat lama-lama.
“Even dengan I?” soal Zuhayr dengan kening terangkat.
Qistina menggigit biar kemudian dia merapatkan tubuhnya pada Zuhayr. Kepalanya dilentok pada dada tegap Zuhayr.
Sesungguhnya, Zuhayr jauh lebih kacak daripada mana-mana lelaki yang Qistina pernah kenali. Aura lelaki itu yang tenang, matang dan penuh keyakinan sudah cukup kuat pada pertemuan pertama mereka sehingga Qistina jatuh cinta tanpa perlu lama berfikir. Dia terus mahu memiliki Zuhayr, walaupun usia perkenalan mereka tidaklah panjang.
Zuhayr pula bukan jenis yang suka bercinta lama. Sebab itu, sebaik Qistina tamat belajar, lelaki itu terus melamarnya. Waktu itu Zuhayr sudah ada kerjaya yang stabil, sesuai dengan usianya yang lebih matang berbanding Qistina yang baru menginjak 25 tahun.
“Of course la mood I lebih happy bila you ada kat sisi I. I lebih suka berkepit dengan you macam ni kat rumah je. You urut I bila perut I cramp macam selalu. Dah tiga kali I period, I kena tanggung sakit sorang diri tau,” adu Qistina manja.
Zuhayr tersenyum kecil, tangannya mula memeluk Qistina. Dia bukan lelaki yang jenis suka tunjuk romantik depan orang lain tapi dia tahu bagaimana nak memanjakan isterinya dengan cara sendiri.
“Okey, kita tak payah pergi mana-mana. Kita stay kat rumah macam ni je even terseksa jugalah I bila berkepit dengan you tapi tak boleh buat apa-apa,” seloroh Zuhayr berbaur nakal.
Merah padam wajah Qistina. “Sorry la, sayang. Tak pasal-pasal buat you kempunan,” ujar Qistina lalu mendongak sambil buat muka comel pada Zuhayr.
Zuhayr tersengih. “Tiga bulan I tahan diri tau. So, I akan pastikan next month I tak salah kira,” usik Zuhayr lagi.
Qistina tergelak kecil. Jangan kata Zuhayr… dia sendiri pun tersalah kira kitaran haidnya bulan ini. Bukan Zuhayr seorang saja yang kecewa tapi dia pun sama, malah mungkin lebih. Sudah tentu dia sendiri rindu pada belaian suaminya… yang selalunya cukup untuk membuat malam mereka bertambah hangat.
“Wait? You cakap next month? So… means you akan balik every month sekarang?” soal Qistina, bila tersedar dengan kenyataan Zuhayr tadi.
Zuhayr menggeleng perlahan, membuatkan Qistina menunggu penuh debar.
“Start next month… I akan balik every two weeks,” ujar Zuhayr bersahaja sambil mencuit hidung isterinya. “So, you tak boleh complain rindu lagi kat I.”
Namun kata-kata itu tidak membuat hati Qistina gembira seperti sepatutnya. Sebaliknya, degup jantungnya tiba-tiba laju dan bukan sebab terharu tapi kerana terkejut.
Dan entah kenapa… berita yang sepatutnya membahagiakan itu membuatkan dadanya terasa berat. Rasa tak selesa itu datang tanpa amaran, seolah-olah hatinya belum bersedia menerima kehadiran Zuhayr yang semakin kerap pulang.
“SAYANG, jom kita shopping baju pregnant. Perut sayang pun dah makin membuncit. Mesti banyak baju dah tak muat, kan?” kata Luqman sambil memimpin tangan Areesa ke arah deretan pakaian maternity yang tersusun kemas di bahagian dalam pusat beli-belah terkemuka.
Hujung minggu memang waktu terbaik untuk luangkan masa di pusat beli-belah seperti pasangan lain, begitu jugalah bagi Areesa dan Luqman.
Areesa tersenyum kecil sambil mengusap perutnya yang masih belum begitu jelas tetapi sudah mula menonjol. “Betul la, bang. Banyak baju Reesa dah tak muat sejak dah nampak baby bump ni. Nampaknya Reesa dah tak boleh pakai saiz S dah…” Dia mencebik manja. “Lepas ni perut Reesa makin membuncit… nanti abang mesti dah tak selera tengok Reesa dengan perut besar macam badut.”
Langkah Luqman terhenti lalu menoleh perlahan ke arah isterinya. Dia tersenyum lembut, senyuman yang hanya dimiliki seorang lelaki yang benar-benar mencintai.
“Sayang… apa yang sayang cakap ni? Reesa nak jadi badut pun, nak jadi apa pun… abang tetap sayang. Kita dah janji kan? Kita nak habiskan hidup sama-sama. Tak ada sebab abang nak rasa tak selera dengan isteri abang sendiri.”
Dia mendekat, memegang pinggang Areesa dan membisik perlahan.
“Lagi satu… milik abang ni…” jari Luqman mengusap pinggang Areesa perlahan, “…memang selalu buat abang turn on bila dekat dengan sayang. Tapi abang kena banyak-banyak sabar… demi kebaikan isteri abang dan baby kita.”
Pipi Areesa terus merona merah. “Tapi… Reesa dah lama tak dengar abang merengek,” bisiknya perlahan. “Tak ada dah abang mengadu rindu… macam tiga bulan lepas.”
Dia tunduk sedikit, suaranya makin lembut. “Reesa tahu abang takkan minta Reesa layan keinginan abang lebih-lebih sebab abang pun faham baby kita masih fragile… tapi at least sebelum ni, Reesa boleh nampak abang tahan keinginan tu… tapi sekarang macam nampak tak kisah aje.” Nada Areesa merendah walaupun tiada sesiapa pun di sekeliling mereka.
Luqman ketawa kecil, mengusap rambut isterinya. “Itu dugaan paling besar abang kena tahan, sayang. Abang sanggup apa pun demi baby kita. Abang takkan ambil risiko. We both waited so long untuk dapatkan peluang ni. Abang impikan saat sayang jadi ibu… dan abang boleh panggil diri sendiri ayah. Ini bukan pasal kita saja, sayang… ini pasal masa depan yang kita nak bina. Sebab tu abang sanggup berkorban keinginan abang sendiri demi melihat keluarga kita makin membesar. Abang sanggup tunggu sampai sayang betul-betul mampu.”
Tersentuh hati Areesa mendengar kata-kata Luqman yang begitu ikhlas berkorban demi membina keluarga kecil mereka. Kenapalah dia sampai rasa kurang yakin dan takut dengan perubahan dirinya sejak hamil… sedangkan dia sepatutnya berbangga kerana mengandungkan zuriat suaminya sendiri.
“Dah… jangan fikir bukan-bukan lagi.” Luqman menarik hujung jari Areesa manja. “Meh sini cepat pilih baju pregnant yang sayang suka. Abang tak sabar nak tengok sayang pakai. Mesti sayang nampak lagi comel… or maybe sexy…” Luqman mengenyit mata nakal.
Pipi Areesa kembali merona, panas tiba-tiba. Dia menolak dada Luqman perlahan sambil mencebik manja. “Abang ni… ngada-ngada betul…”
Luqman hanya tersengih puas sebelum dia turut sama bersemangat memilih dress maternity mengikut citarasanya. Beberapa helai dia ambil, tunjukkan pada Areesa satu persatu sambil mengomel nakal tentang mana yang sesuai untuk isterinya yang paling cantik.
Namun kesungguhannya hanya bertahan sebentar. Fokusnya tiba-tiba terganggu oleh bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya. Luqman sempat menjeling Areesa yang masih tekun memilih baju dan langsung tidak curiga sebelum perlahan-lahan dia menjarakkan diri ke sisi rak pakaian.
Dengan nafas yang bertukar perlahan, dia membuka mesej yang baru diterima itu.
Aircond Service:
Amboi… seronok ya you shopping. Nasib baik I pun shopping dengan my husband. Kalau tak, confirm I jealous. But you know what’s funny? Kita boleh pula shopping tempat sama. Macam tak sengaja tapi… macam memang nak jumpa. Jodoh kita ni… kuat betul, kan Luq?
Luqman menoleh sedikit ke belakang dan sekilas pandang tanpa menarik perhatian sesiapa.
Dari jauh, dia menangkap kelibat seorang wanita yang amat dikenalinya bersama seorang lelaki sedang sibuk memilih pakaian di bahagian baju lelaki.
Wanita itu berpenampilan cantik dengan memakai dress yang Luqman belikan beberapa minggu lalu.
Luqman tersenyum nipis, senyuman yang dia sembunyikan daripada isterinya.
Dia menaip balasan kepada pengirim mesej yang telah ditukar nama samaran itu.
Luqman:
You look gorgeous in that dress I bought. Even with your husband touching you, I still can’t stop looking. You must be enjoying your nights with him… while I stay here, suffering alone.
Luqman tersenyum sambil menaip mesej provokasi itu dengan penuh sengaja.
Tak lama kemudian, balasan datang.
Aircond Service”
Are you jealous?
Luqman:
Of course la. Normal kot kalau I cemburu. I dah dapat apa yang husband you dapat juga. Maybe I dapat lebih lagi.
Mesej balas wanita itu masuk lagi.
Aircond Service:
Too bad. My husband tak lucky macam you sebab dia balik time I tengah period. Lusa pun dia dah kena balik awal sebab ada urgent kerja. Kesian dia. Maybe you yang bertuah sangat.
Luqman tersenyum lebih lebar.
Itu bermakna hanya dia yang “memiliki” wanita itu sekarang… hanya dia yang dapat apa yang sepatutnya suami wanita itu dapat.
Tetapi Luqman tidak boleh terlalu lama melayan mesej tersebut kerana tiba-tiba dia tersedar Areesa mula memandangnya.
“Abang mesej dengan siapa tu?” tanya Areesa. Nadanya tidak curiga tapi lebih penuh tanda tanya.
Luqman cepat-cepat menutup skrin telefon. “Orang office, sayang,” jawabnya bersahaja. “Ada hal kerja sikit.”
Areesa mengangguk dan tidak terus tanya lebih-lebih lagi.
“Reesa rasa cukuplah ni,” ujar Areesa sambil hulurkan beberapa helai maternity dress pada Luqman. “Reesa pun rasa dah penat ni,” adu Areesa manja sambil mengusap perutnya.
“Okey, sayang. Jom pergi bayar lepas tu kita pergi lunch,” ajak Luqman sambil meraih tangan Areesa. Sebelah tangan pula memegang pakaian yang untuk dibayar.
Mereka melangkah menuju kaunter bayaran yang terletak agak jauh dari bahagian pakaian. Baru separuh jalan tiba-tiba Luqman berhenti dan menoleh ke arah Areesa.
“Sayang duduk sini tunggu abang jelah,” ujar Luqman sambil menunjuk kerusi rehat yang disediakan pusat beli-belah. “Abang risau kalau kena beratur lama. Dah hujung bulan mesti ramai orang shopping…gaji dah masuk. Biar abang pergi beratur seorang je. Abang tak nak sayang kena berdiri lama-lama.”
Areesa yang memang sejak tadi mencari tempat untuk duduk hanya mengangguk. Badannya terasa cepat penat sejak kebelakangan ini.
“Hmm, okaylah… Reesa duduk sini.”
“Apa-apa, call abang terus. Jangan pergi mana-mana sendiri,” pesan Luqman sebelum meninggalkan Areesa duduk di kerusi rehat yang ada pengunjung lain juga. Jadi tidak perlulah dia berasa khuatir membiarkan Areesa bersendirian.
Areesa mengangguk dan tersenyum kecil melihat suaminya yang begitu menjaga. Dia bersandar perlahan pada kerusi, cuba meredakan lenguh yang merayap di pinggang dan kakinya.
Dalam hati, sempat Areesa terfikir… bagaimana agaknya bila perutnya makin besar nanti? Sekarang pun dia sudah cepat rasa penat.
Macam mana nanti bila perlu membawa perut yang jauh lebih berat?
SUDAH hampir setengah jam berlalu, namun kelibat Luqman masih belum muncul di kawasan kerusi rehat tempat Areesa menunggunya. Tadi ada beberapa pengunjung duduk di sebelahnya tetapi sekarang hanya tinggal dia seorang. Namun itu bukan perkara yang merisaukannya. Yang lebih membuat hatinya tidak tenang ialah memikirkan Luqman yang mungkin masih terpaksa beratur panjang di kaunter bayaran.
Nasib baik Luqman tidak memintanya ikut sekali. Kalau tidak, dengan keadaan tubuhnya sekarang, memang tidak mustahil Areesa boleh pengsan berdiri lama-lama.
“Kesian abang… Reesa duduk sini relaks… relaks… abang pula kena berdiri lama,” omel Areesa sambil mengusap perutnya perlahan. Dia kemudian membuka telefon bimbitnya.
Tadi mereka sempat berbalas mesej sementara menunggu Luqman di kaunter tapi mesej terakhir Areesa langsung tidak dibaca. Areesa pelik kerana beberapa minit tadi Luqman balas mesejnya sepantas kilat.
Areesa sempat berfikir mahu menelefon suaminya, namun tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki tidak jauh dari tempat duduknya. Lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.
Jantung Areesa seolah-olah terhenti seketika.
Penampilan lelaki itu mencurigakan… dan tatapannya lebih menggerunkan. Tambah pula langkahnya yang tiba-tiba menjadi pantas, seolah-olah menuju terus ke arah Areesa.
Areesa pantas berdiri, niatnya mahu beredar dari situ.
Namun sebelum sempat dia melangkah, seseorang tiba-tiba duduk di sebelahnya.
Gerakan itu membuatkan lelaki mencurigakan tadi berhenti serta-merta sebelum berpura-pura melihat ke arah lain dan beredar perlahan.
Areesa terkejut.
Dia menoleh kepada orang yang tiba-tiba duduk di sebelahnya.
“Zuhayr?”
\"Mereka bukan jatuh cinta. Mereka jatuh dalam luka yang sama… dan memilih untuk membalasnya bersama.\" - #AreesaZuhayr Hai, jemput baca novel baru Dia Suami Ganti setiap hari, pukul 12.00 pm ya. Selamat membaca!
Share this novel
Curang yg di cari, yg tersakiti org yg pernah kau syg.. sakit pulak hati tengok perang dua ekor tu?