Series
Terbitan setiap hari, jam 12.00 tengah hari. Mulut kata cinta, tapi hati tak pernah mampu setia. Remuk hati seorang isteri bila mengetahui suami yang dicintai sepenuh jiwa sanggup berlaku curang dan lebih perit bila pengkhianatan itu berlaku bersama kawan baiknya sendiri. Namun Areesa enggan terus hanyut. Cinta Luqman yang membutakan mata dan perasaannya selama ini sudah tidak bernilai lagi. Kali ini, dia cuma ada satu tujuan, membalas dendam. Dan dalam masa yang sama, dia mahu Zuhayr tahu bahawa Qistina juga tidak setia. “Isteri awak ada hubungan sulit dengan suami saya, Zuhayr. Qistina curang di belakang awak.” – Areesa Zuhayr bukan lelaki bodoh. Dia cuma silap menguji isterinya sendiri. Disangkanya kesetiaan Qistina dapat diukur dengan kemewahan, rupanya jarak dan kesepian membuatkan wanita itu mencari bahagia pada suami orang. “So, you nak I lakukan hal yang sama macam you? Ceraikan Qistina? I bukan semudah tu melafaz talak.” – Zuhayr Raees Bila kebenaran terbongkar, dendam Zuhayr tidak berhenti di situ. Luqman dan Qistina pula ibarat pasangan gila talak namun anehnya hati Zuhayr masih belum puas. “Luqman dah macam orang gila talak, Qistina dah macam meroyan… tapi entah kenapa hati I masih tak puas. So, why not? Kita bukan saja jadi rakan kongsi… kita jadikan diri kita rakan serumah.” – Zuhayr Raees Lamaran itu bukan lamaran biasa. Ia sebuah perjanjian. Sebuah pelan balas dendam yang disusun kemas untuk mengajar dua hati yang pernah mengkhianati mereka. Areesa mula tertanya, sejauh inikah dia mahu membalas dendam atas kehilangan yang tiada galang gantinya? Jika dulu berkahwin kerana cinta pun akhirnya tidak menjamin bahagia, apa salahnya menerima lamaran daripada bekas suami penyondol suaminya sendiri?
Update 01 December 2025