Bab 2

Romance Completed 143368

“WHAT? You tak jadi balik hari ni? Apa ni, Zuhayr?” Suara Qistina berubah sebak. Nasib baik tiada sesiapa di laluan kaki lima pejabatnya itu.

Sebentar tadi Qistina teruja nak pulang awal kerana tak sabar nak buat persiapan menyambut kepulangan Zuhayr yang sudah tiga bulan tidak ketemu. Hancur harapannya bila dia menerima panggilan suaminya itu ketika sedang menunggu lif untuk ke parkir kereta.

“I minta maaf, Qis. I tak dapat balik minggu ni. But I janji next week I balik. Lama sikit. I bawa you pergi short vacay,” pujuk Zuhayr lembut dalam talian.

Sekali lagi Qistina dikecewakan oleh Zuhayr. “You mean…you langsung tak balik this week?” tanya Qistina ingin kepastian. Dia fikir Zuhayr tidak dapat pulang hari ini seperti yang dijanjikan tapi tetap akan pulang pada hujung minggu ini.

“Zuhayr…Dalam tiga bulan, sekali pun you tak balik. You tak rindu I ke?” soal Qistina dengan nada getar.

Zuhayr rasa bersalah. Bukan dia tidak rindu nak pulang jumpa Qistina tapi dia tak dapat pulang dalam tempoh tersebut akibat kekangan masa.

“Kalau macam tu I book tiket flight untuk you sekarang. You datang sini, okey.” Zuhayr beri cadangan.

“Tak nak!” Tolak Qistina yang mula rasa meradang. “I tak nak ke sana. You yang patut balik sini jumpa I.”

“Apa bezanya you datang sini atau I balik sana? Kita tetap boleh spend time together,” soal Zuhayr pula.

Ini bukan kali pertama Qistina menolak cadangannya bila dia meminta isterinya yang datang ke Johor.

“Kalau you ada masa nak spend time dengan I…you tak mungkir janji dengan I nak balik hari ni, Zuhayr,” sindir Qistina. “I tak nak mati kutu sorang-sorang kat sana kalau you busy je memanjang. At least kat sini I boleh ajak Areesa keluar untuk hilangkan sakit hati I.”

Zuhayr mengeluh perlahan. Sedaya upaya cuba menahan sabar dengan sikap degil Qistina yang asyik nak ikut cakapnya saja.

“Sabtu ni I kena ikut boss I pergi Singapore. Sehari je. Selebihnya I ada masa untuk you. Kalau I balik KL hari ni, esok malam I dah kena balik JB semula. Kan dah membazir masa je. You juga tak puas nanti kalau I balik sekejap je,” jelas Zuhayr untuk fahamkan Qistina.

“You tak payah bazirkan apa-apa untuk I. Masa you ke atau lagi-lagi duit you. Baik you simpan je duit you tu dari beli tiket flight untuk I. At least I tak bebankan kewangan you sekarang.” Qistina masih tidak termakan pujukan.

Sebenarnya Qistina tak suka perkahwinan jarak jauh tapi pada masa yang sama dia juga tidak mahu ikut Zuhayr berpindah ke Johor setelah perniagaan suaminya itu mengalami masalah teruk mengakibatkan Zuhayr terpaksa mencari pekerjaan baru.

Nasib menyebelahi Zuhayr kerana dia dapat peluang kerja baru dengan cepat di Johor tapi keadaan memaksa dia berjauhan dengan Qistina. Bukan Zuhayr tak pernah pujuk Qistina ikut berpindah ke Johor tapi susah dia nak lawan kedegilan isterinya itu.

“Senang-senang you pindah sini jelah Qis. I pun tak nak terus PJJ dengan you. Baru tiga bulan dah buat I pening kepala nak layan kepala angin you tu. Orang tak dapat balik, marah. Orang suruh datang sini pun tak nak. Apa yang you nak?” Akhirnya kesabaran Zuhayr sudah hilang.

Qistina bertambah bengang dengan Zuhayr. “Nope! I takkan pindah sana. Takkan baru tiga bulan I kerja and then nak resign sebab you paksa I ikut you duduk Johor?”

“Siapa suruh you kerja? Ada I suruh?” soal Zuhayr. “Company I memang bankrupt tapi I still mampu tanggung you. Tak adanya I suruh you kerja semata-mata nak minta tolong bantu I. And sekarang, I dah ada kerja tetap pun. Jadi you tak perlu kerja macam dulu pun tak apa.”

“I kerja sebab I bosan! I bosan duduk rumah sorang-sorang tak ada you.” Qistina tetap tak mahu mengalah.

“Kalau bosan, pindahlah sini. Siang malam you boleh hilangkan bosan you tengok muka I.” balas Zuhayr dengan sindiran. “Apa lagi alasan you, ha?” Nada suara Zuhayr juga mula meninggi bila Qistina tetap terus berdegil.

“You yang patut stay KL dengan I, Zuhayr. You patut cari kerja baru kat KL, bukannya you pergi cari jauh-jauh kat Johor sana tu.”

Zuhayr mendengus kasar dalam talian. “You memang tak tahu bersyukurlah, Qistina.”

“Kalau you rasa dapat isteri tak bersyukur macam I ni…you pergilah cari perempuan yang tahu bersyukur sangat kat Johor tu,” balas Qistina yang seakan mencabar Zuhayr.

Zuhayr cuba mengawal kemarahannya kerana dia tidak mahu terus bergaduh dengan Qistina. Cukuplah tempoh tiga bulan ini dia berhadapan dengan macam-macam masalah jadi Zuhayr tidak mahu menambah masalah baru dengan Qistina.

“Dahlah, Qis. I malas nak gaduh dengan you. I bukan baru setahun dua kahwin dengan you,” ujar Zuhayr perlahan.

Sudah tiga tahun usia perkahwinan mereka, selama itu juga Zuhayr bertahan dan terima baik buruk Qistina sebagai seorang isteri kerana bagi Zuhayr tiada sesiapa pun yang sempurna dalam hidup ini. Dia pun masih berusaha nak jadi suami yang baik.

“Next week I janji I balik. You ambil cuti and then kita pergi short vacay. You pilih tempat mana you nak pergi,” pujuk Zuhayr yang sudah berlembut dengan Qistina. “I’m sorry, okay. I sayang you and of course I’m really miss you so much. I tak pernah rasa tenang tinggalkan you sorang-sorang kat KL tu, sayang. I terpaksa bertahan demi masa depan kita. Please jangan marahkan I lagi.”

Hati Qistina memang sedikit terusik dengan kata-kata lembut Zuhayr. Bukan kerana ayatnya indah tetapi kerana dia tahu Zuhayr bukan lelaki yang suka tunjuk romantis tanpa sebab. Setiap kali dia berkata begitu, itu datang dari tempat yang paling ikhlas. Dahulu, itulah yang membuatkan hati Qistina mudah cair dengan kelembutan Zuhayr, kesabarannya melayan degil Qistina dan cara cintanya tak pernah bersyarat.

Tapi kali ini… rasa itu tidak datang sepenuhnya. Hatinya tidak bergetar seperti dulu. Ada ruang kosong yang dia sendiri cuba tidak pandang. Ada sesuatu yang berbeza, sesuatu yang Qistina sorok jauh-jauh dalam diamnya.

“Hmm, okay,” balas Qistina singkat. Dia sendiri sudah letih mahu berdebat dengan Zuhayr yang jauh dari mata.

Panggilan tamat tepat ketika pintu lif terbuka. Wajah mendung Qistina serta-merta berubah lembut dan penuh makna sebaik matanya terpandang seseorang di dalam lif.

Luqman.

Senyuman kecil muncul di bibir Qistina, senyuman yang hanya dia dan Luqman sahaja yang tahu apa ertinya… dan apa yang disembunyikan di sebaliknya.

JAM pukul enam pagi bila Areesa terjaga dari tidurnya. Lena sungguh dia malam tadi sampai tidak sedar bila Luqman pulang kerana semalam suaminya beritahu akan pulang lewat sikit kerana mahu menziarahi kawannya yang baru saja kematian isteri di Seremban selepas pulang dari kerja.

Luqman siap pesan pada Areesa supaya tidur dulu tanpa menunggu kepulangannya kerana dia tidak mahu isterinya menahan mata yang mengantuk memandangkan Areesa jenis mudah tidur awal sejak hamil.

Bunyi air di bilik air buat Areesa berpaling bila melihat tempat pembaringan Luqman kosong menandakan suaminya sedang mandi.

Areesa duduk bersandar di katil sementara menunggu giliran masuk ke dalam bilik air. Rambut yang serabai diperbetulkan supaya dia boleh hadiahkan pemandangan indah untuk tatapan suaminya kerana setiap pagi selepas bangun tidur, Areesa tetap nak nampak cantik depan Luqman.

“Sayang dah bangun?” tegur Luqman mesra setelah keluar dari bilik air dengan rambut masih basah dan harum semerbak bau syampu suaminya.

“Abang syampu rambut?” tanya Areesa, dahinya berkerut kecil. Ada sesuatu yang tak kena pada rutin suaminya itu. Selalunya Luqman hanya syampu bila mandi selepas balik kerja bukan awal pagi buta macam ini.

“Malam tadi abang balik lewat sangat ke?” sambung Areesa. Dalam kepalanya, hanya itu yang masuk akal. Mungkin Luqman terlalu letih sampai tak sempat syampu malam tadi… atau dia terus tertidur sebaik pulang tanpa mandi seperti biasa.

Luqman yang sedang keringkan rambutnya terhenti. Gerakan tangannya kaku, cuma sesaat namun cukup untuk Areesa perasan kalau dia melihat betul-betul. Dia cepat-cepat mengangkat wajah dan memaksa senyuman nipis, seperti cuba menutup gugup yang tiba-tiba naik ke kerongkongnya.

“Ha… ya,” jawab Luqman, suaranya sedikit lambat daripada biasa. “Abang balik lewat… penat sangat terus tertidur.”

Luqman ketawa kecil, ketawa yang bunyinya tak semanis selalu, kemudian cepat-cepat buka almari pakaian seolah-olah mahu mengalihkan perhatian.

“Kawan abang macam mana?” Pertanyaan Areesa buat Luqman kembali gugup. “Mesti kawan abang sedih sangat, kan? Kalau Reesa pun…Reesa mesti sedih dan Reesa tak boleh bayang macam mana perasaan Reesa kalau hilang abang,” ujar Areesa lirih yang simpati dengan nasib kawan Luqman.

Luqman terkelu. Malam tadi buat kali pertama dia pulang lewat atas alasan dia pergi menziarahi kawannya yang baru kehilangan isteri. Sedangkan selama ini, Luqman tidak pernah pulang lewat, jauh sekali meninggalkan Areesa keseorangan di rumah dalam keadaan isterinya begitu.

“Abang minta maaf,” ucap Luqman yang penuh tersirat. “Abang stay sampai semua urusan selesai. Itu yang abang balik lewat dan terpaksa biarkan sayang sorang-sorang kat rumah. Abang janji lepas ni abang takkan tinggalkan sayang.”

Areesa hanya tersenyum. “Buat apa abang minta maaf? Abang bukan balik lambat, biarkan Reesa kat rumah ni sorang-sorang sebab pergi dating dengan perempuan lain. Abang pergi ziarah orang. Takkan Reesa nak merajuk sampai abang kena minta maaf nak pujuk.”

Luqman rasa tercekik di kerongkong. Entah kenapa apa yang keluar dari mulut Areesa buatkan dia rasa tidak tenang.

“Reesa okay jelah. Isteri abang ni memanglah manja tapi sebab abang yang manjakan Reesa. Bukan sebab Reesa ni langsung tak bagi abang ke mana-mana.”

Itu yang Areesa fikir bila Luqman mengucapkan kata maaf kerana dia ingat Luqman fikir dia akan merajuk bila suaminya pulang lebih lewat walau sudah dimaklumkan terlebih dulu.

“Cuma Reesa pelik je tengok abang tiba-tiba syampu rambut pagi buta sebab abang jenis suka syampu malam. Kalau kita bersama atau abang balik lewat je, baru abang cuci rambut pagi-pagi. Tu yang Reesa tanya abang balik pukul berapa malam tadi. Bukannya Reesa marah,” ujar Areesa lagi.

“Hmm, ya. Malam tadi abang tak sempat cuci rambut sebab ngantuk sangat,” balas Luqman mengiyakan apa Areesa fikir. “Abang nak masuk toilet dulu. Tiba-tiba perut rasa meragam pula,” ujar Luqman yang pantas masuk ke bilik air semula untuk hilangkan rasa gugupnya.

Areesa hanya menggeleng kepala sambil tersenyum kecil. Terpaksalah dia guna bilik air di dapur memandangkan waktu pun sudah menginjak pukul 6.30 pagi.

Hari ini, dia tetap mahu sediakan sarapan untuk Luqman walaupun suaminya itu asyik menegah. Selesai mandi dan menunaikan solat, Areesa terus melangkah ke dapur. Namun, dari tadi kelibat Luqman langsung tidak kelihatan. Suaminya itu masih belum keluar dari bilik sejak dia masuk mandi tadi.

Areesa masuk semula ke bilik untuk memanggil Luqman bersarapan, namun suaminya pula berada di dalam bilik air.

“Abang makan apa semalam sampai perut tu asyik meragam je…” omel Areesa perlahan sambil duduk di tepi katil, menunggu Luqman keluar.

Tiba-tiba telefon bimbit Luqman berbunyi, satu notifikasi WhatsApp. Tanpa berfikir panjang, tangan Areesa spontan mencapai telefon suaminya.

Satu mesej tertera di skrin daripada pengirim bernama Qarim.

Dahi Areesa berkerut. Dia cuba mengingat ada ke sesiapa yang dia kenal dalam kalangan kawan-kawan Luqman bernama Qarim? Entah kenapa pagi ini dia jadi lebih penyibuk daripada biasa, sampai sanggup membuka mesej Luqman yang baru masuk.

Qarim:
-Now I can’t walk. You have to take care of me… it’s your fault.-

Areesa tercengang.

Apa maksud mesej itu?

Dan kenapa bunyinya… begitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience