BAB 19

Romance Completed 344019

ALYKA melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Diperhati ke segenap ruang. Sebelum ada seseorang datang menghampirinya.

“Alyka?” Gadis genit itu bertanya.

Alyka mengangguk.

“Come, follow me.” Gadis itu membawa Alyka ke satu sudut yang sedikit privasi.

Di sebuah meja bulat itu, sedang menanti dua orang lagi gadis lain. Yang menyambut Alyka di pintu masuk tadi kemudian mengambil tempat di sebelah dua gadis itu.

Alyka merenung ke arah mereka bertiga dalam kerutan di dahi. Sekali pandang nampak macam kumpulan trio gadis gedik dan nakal dalam filem Mean Girls.

“Have a seat, Cik Alyka,” ujar gadis paling jelita yang berada di tengah-tengah antara mereka bertiga.

Alyka mengambil tempat di kerusi bertentangan. Pandangannya masih memerhati ke arah ketiga gadis berkenaan.

“So, which one is Ian Khalif’s fiancee?” Alyka bertanya. Tidak mahu membuang masa. Sementelah memang itu tujuan utamanya ke sini.

Dan seperti dijangka, Mia mula mengeluarkan ‘taring’ waktu itu. Pertemuan bersama gadis yang tidak tahu diuntung ini memang sudah lama dinantikan.

Namun, saat melihat dari dekat raut wajah Alyka, perasaan Mia bertambah sakit. Dia harus akui yang gadis ini sememangnya cantik. Jauh lebih cantik berbanding dirinya sendiri. Adakah disebabkan itu Ian jatuh cinta terhadap gadis ini? Argh! Jealous!

“I Mia Riana, tunang dan BAKAL ISTERI Ian Khalif!”

Mia menuturkan ayat itu dalam nada tinggi. Mahu menegaskan kenyataan siapa dirinya yang sebenar agar gadis yang duduk setentang dengannya ini sedar diri!

Saat itu baru Alyka mengerti. Oh, inilah gerangan orangnya yang menjadi tunang kepada Ian Khalif.

Hurm, no wonder. Cantik. Jelita. Seksi. Dan agak ‘dumb’. Watak tipikal untuk seseorang yang bergelar tunangan kepada lelaki berstatus tinggi seperti Ian. Well, perempuan sebegini selalunya menjadi watak ‘tempelan’ sahaja dalam drama-drama TV.

“So, Cik Mia Riana nak jumpa saya berkenaan apa?” Alyka mengajukan soalan.

“I nak you PUTUSKAN apa saja hubungan dengan Ian Khalif. I tak nak you ganggu BAKAL SUAMI I lagi!”

“Saya tak pernah ganggu bakal suami orang lain.” Alyka membalas dalam nada bersahaja.

“I tahu you jalinkan hubungan sulit dengan tunang I. I pernah nampak you keluar berdua-duaan dengan dia. Berhenti menjadi PENYONDOL. Atau I akan buat you menyesal!”

Gelaran ‘penyondol’ membuatkan telinga Alyka berdesing. Sakit pula hati dilempar tuduhan sedemikian.

“Dengar sini Cik Mia Riana. Saya ada satu nasihat. Selagi awak belum rasmi bergelar isteri kepada Ian Khalif, awak bukan sesiapa pun. Awak harus bersedia ditinggalkan oleh Ian. Well, mungkin tempat awak tu akan digantikan dengan orang lain. Kalau bukan saya, mungkin ada perempuan lain yang jauh lebih cantik dan jelita berbanding kita berdua? Who knows?” Alyka sengaja mengungkapkan ayat itu untuk menyakitkan hati gadis ‘poyo’ ini.

Wajah Mia terus bertukar kemerahan menahan marah. Kecik besar kecik besar aje dia nampak si Alyka. Rasa nak hempok Hermes kesayangannya ke muka gadis ini. Mulut boleh tahan biadap!

“Tak akan ada perempuan lain dalam hidup Ian. Hanya I satu-satunya! You or mana-mana perempuan lain boleh GET LOST!”

Alyka menjulingkan bebola mata ke atas. Urgh, ingat dia ‘desperate’ sangat ke mahukan si Ian tu? Ramai lagi lelaki lain yang jauh lebih bagus dan menguntungkan ada di luar sana. Kalau bukan sebab satu misi dan tugasan, tak adanya dia sanggup nak menempel dengan si Ian yang sama ‘poyo’ macam perempuan ini. Agaknya semua golongan atasan seperti mereka memang bersikap tak ‘semenggah’.

“Well, kalau itu je yang you nak cakap pada I… I think I’d better go right now. Masa I dah terbuang banyak dengan jumpa you. Kalau you sayangkan sangat Ian, you suruhlah dia kahwin cepat-cepat dengan you. Sebelum I rampas takhta BAKAL ISTERI Ian Khalif tu.” Sinis Alyka berkata sambil menjungkitkan kening.

“You!” Mia menunding jari telunjuknya ke arah Alyka. “I bagi amaran pada you. Jangan pernah berangan nak rampas kedudukan I sebagai bakal isteri Ian!”

Ugutan itu langsung tidak menakutkan Alyka. Sebaliknya dia terus bangun dari kerusi mahu meninggalkan meja tersebut. Buang masa sahaja datang bertemu dengan perempuan ‘bimbo’ ini.

Bagaimana pun ketika Alyka berpusing dan ingin berlalu pergi, langkahnya terbejat tatkala melihat seorang lelaki tampan sedang menuju ke arahnya. IAN KHALIF.

“Aly, are you okay?”

Ian menyoal dalam nada cemas sambil melihat ke atas dan bawah tubuh Alyka. Ingin memastikan gadis kesayangannya itu tidak apa-apa. Bimbang andai Alyka disakiti.

Sebetulnya tadi Ian terus bergegas ke sini selepas dimaklumkan oleh pembantu peribadinya tentang pertemuan di antara Alyka dan Mia. Ian memang sudah mengetahui perangai tunangnya yang gemar ‘mengancam’ mana-mana gadis yang menjadi saingan. Dan kali ini emosi Ian sukar dikawal apabila melibatkan gadis yang dia cintai.

Alyka sekadar menggeleng kepada Ian, memberi isyarat bahawa dia tidak apa-apa. Semuanya baik-baik sahaja. Tak sangka pula Ian akan muncul di sini pada waktu begini.

Ian yang belum berpuas hati kemudian berpaling ke arah Mia dalam riak muka yang menyinga.

“You buat apa dekat Aly? You sakitkan hati dia?!”

Seperti dijangka, reaksi Ian membuatkan mimik muka Mia bertukar merah menyala menahan amarah. Bertambah berang dan sakit hati. Geram sangat saat melihat tunang sendiri lebih risaukan gadis lain.

“So, you mengakulah dia perempuan simpanan you?!”

“Aly bukan perempuan simpanan I!” Ian membalas semula.

“Kalau bukan perempuan simpanan, then what?!”

Sambil memaut erat bahu Alyka agar rapat ke sisinya, Ian menjawab soalan berkenaan. Alang-alang si Mia ni dah cari pasal, lebih baik dia mengaku je terus.

“Aly kekasih hati I. Gadis yang I cintai. Dan juga bakal isteri I.”

Serentak itu bebola mata Mia seakan ingin tersembul keluar. Mulutnya ternganga. Begitu juga dua orang gadis yang duduk di sisi Mia. Masing-masing terperanjat dengan pengakuan berani mati berkenaan.

“Ian Khalif, I tunang you. Dan I satu-satunya bakal isteri you!!” Mia bertempik tanpa peduli sekeliling.

“I’m sorry, Mia Riana. Anggap yang pertunangan kita dah putus. I won’t marry you.” Dalam reaksi bersahaja Ian menuturkan ayat itu.

Rahang Mia terus jatuh. Dia tersandar di kerusi. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja Ian ungkapkan.

“How dare you, Ian Khalif?!”

Kata-kata Mia tidak dipedulikan Ian. Dia mencapai jemari Alyka lalu menarik tangan gadis itu agar mengekorinya keluar dari restoran berkenaan. Membiarkan Mia yang masih terpinga-pinga.

“Ian Khalif!!”

MASUK ke dalam kenderaan yang diparkir di hadapan restoran, Ian dengan penuh rasa bersalah memohon maaf kepada Alyka. Dipaut dan dikucup jemari gadis itu berkali-kali.

“I’m really sorry, Aly. Please forgive me.”

Ian sebenarnya amat takut kehilangan Alyka. Dia tidak mahu Alyka pergi meninggalkan dirinya setelah mengetahui bahawa dia sudah mempunyai tunangan.

“Well, saya baru tahu awak dah ada tunang. Awak bakal mengahwini gadis lain. Then, buat apa awak terkejar-kejar saya selama ni?” Alyka sengaja menyoal begitu untuk menguji Ian.

“Aly, let me explain. I dan Mia sebenarnya ditunangkan oleh family kami. I tak pernah cintakan dia. Sumpah!” Ian mengangkat lima jarinya sebagai tanda bersumpah.

“Oh, really? Zaman sekarang masih ada ye kisah dipaksa kahwin?” Alyka menyindir ingin melihat reaksi Ian.

Hakikatnya memang agak lucu memikirkan dalam zaman serba moden ini masih ada kisah jodoh aturan keluarga. Lebih kelakar apabila melibatkan lelaki angkuh seperti Ian.

“I tak tipu you, Aly. I cuma cintakan you seorang. Hanya you satu-satunya gadis yang I cintai. I love you so much. I will do anything for you,” ucap Ian bersungguh-sungguh.

Alyka memerhati ke wajah Ian. Terlihat keikhlasan lelaki itu dalam tutur bicara dan kelakuannya.

“You will do anything for me? Really?” Sekali lagi Alyka menguji jawapan Ian.

“Yes, my dear. Kalau you tak percaya, I akan bawa you ke satu tempat sekarang. You ikut I.”

“Ke mana?”

“You akan tahu kejap lagi,” ucap Ian penuh makna lalu menghidupkan enjin dan memandu kereta mewahnya masuk ke jalan utama.

Sementara Alyka yang duduk di sebelah meneguk liur. Ke mana Ian ingin membawanya pergi? Janganlah tempat yang bukan-bukan. Aduh, seram pula.

Takpe-takpe. Kalau si Ian ni apa-apakan dia, bersedia untuk hadiahkan mamat ni ‘flying kick’. Dush!

SETENGAH jam kemudian, kereta dipandu Ian membelok memasuki sebuah kawasan banglo besar yang terletak di Bukit Tunku. Kenderaan tersebut berhenti di sudut halaman.

Alyka memerhati sekeliling dalam riak tertanya-tanya. “Kita kat mana ni?”

Sambil mengukir senyuman Ian menjawab. “Rumah my parents.”

“Hah?” Alyka mempamerkan reaksi terkejut. Aduh, dah kenapa dia dibawa ke sini?

“I nak kenalkan you pada my parents. I nak buktikan pada you yang I betul-betul cintakan you. I serius nak kahwin dengan you.”

Bulat mata Alyka memandang ke wajah Ian. Oh no! Lelaki ini benar-benar di luar jangkaan.

Alyka terasa ingin angkat kaki dan berlari pergi dari tempat itu. Namun, tak sempat apabila Ian terlebih dahulu sudah membuka pintu kenderaan di sebelah penumpang lalu menjemputnya keluar sambil menghulurkan tangan.

Dalam ragu-ragu Alyka terpaksa menuruti langkah lelaki itu menuju ke dalam kediaman tersebut. Jantungnya dipalu debaran kencang. Risau dan bimbang ingin berhadapan dengan kedua ibu bapa Ian. Bagaimanakah penerimaan mereka terhadapnya nanti?

Kalau Datuk Ismail tu memang dia pernah bertemu di pejabat. Tetapi, dengan ibu Ian belum pernah Alyka berjumpa. Takut pula nak mengadap ‘bakal’ mak mentua. Bakal?

Melangkah sahaja ke sudut ruang tamu, kehadiran Ian dan Alyka disambut oleh Datuk Ismail dan Datin Nurain. Keduanya memandang ke arah mereka dengan mata terkebil-kebil.

Bagaimana pun, renungan mata Datuk Ismail tertancap pada raut gadis yang berdiri di sisi anak lelakinya. Dia terkesima. Wajah ini bagai membawa dia kembali ke masa lalu.

“Siapa ni?” Datin Nurain mendahului suaminya untuk bertanya gerangan gadis di sebelah Ian.

“Papa, mommy… Ian nak kenalkan someone. This is Alyka, my future wife.”

“Hah?!”

Seperti dijangka keduanya sama-sama terperanjat. Tidak memahami maksud setiap patah perkataan yang baru terucap dari mulut Ian.

“What do you mean by ‘your future wife’?” Datin Nurain segera memintas.

“I mean I will marry Alyka,” jawab Ian sambil memandang ke wajah Alyka bersama senyuman.

“What? Ian! Habis, Mia macam mana?” Datin Nurain masih belum hilang rasa terperanjatnya.

“Kami dah putus.” Bersahaja Ian memberikan jawapan.

“Putus?!”

“Ian dah putuskan pertunangan dengan Mia. I won’t marry her.”

“Ian Khalif! Are you out of mind?!”

Datin Nurain menjegilkan biji mata sambil bercekak pinggang ke arah anak terunanya. Berang dan marah. Masakan semudah itu sahaja Ian berbicara.

“Ian dah cakap dari dulu kan yang Ian tak pernah cintakan Mia. Papa dan mommy yang sibuk sangat pergi meminang dia dulu.” Ian mempertahankan haknya.

“Abang, tengok apa anak awak cakap ni!” Datin Nurain berpaling ke arah suaminya meminta agar lelaki itu masuk campur.

Sebaliknya Datuk Ismail hanya duduk bersandar di sofa sambil meraup muka. Tak tahu nak cakap apa. Hanya gelengan kepala dipamerkan. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja si Ian ni bawa balik gadis lain dan dimaklumkan sebagai bakal isteri.

Namun, hakikat sebenarnya Datuk Ismail masih terkedu saat bertemu sekali lagi dengan Alyka. Dia percaya gadis ini ada kaitan dengan seseorang yang pernah dikenali suatu masa dahulu. Nak ditanya waktu ini macam tak sesuai pula.

“Nurain, sabar. Malulah awak jerit-jerit depan orang luar macam ni.”

Datin Nurain kian menyinga apabila suaminya seolah-olah mempertahankan gadis itu pula.

“Apa yang nak malunya? Ni, perempuan ‘murahan’ mana si Ian ni bawa balik?!”

Wanita itu kemudian berpaling pula ke arah Alyka.

“You cuma nakkan harta keluarga ni je kan?! Tak malu ke menempel pada bakal suami wanita lain? You nak jadi perampas? Penyondol?!”

Alyka yang masih berdiri di sebelah Ian tersentap. Sekali lagi dia digelar sebagai ‘penyondol’. Aduh, ingat dia haiwan ke nak sondol-sondol orang? Tak kuasalah!

Bagaimana pun, Alyka sekadar mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan. Tidak sopan jika dia ikut mencelah. Kerana yang mencetuskan ketegangan ini adalah si Ian. Biarkan lelaki itu selesaikan sendiri masalah yang dia cipta.

Manakala Ian yang sakit hati apabila kekasih pujaan hatinya dihina sedemikian mula menyinga.

“Mommy jangan hina Aly macam tu. Kalau mommy tak suka dia it’s okay. Tak penting pun. Bukan mommy yang nak kahwin. Tapi, Ian. Suka hati Ian lah nak pilih siapa untuk jadi my wife!” Ian membentak semula.

“What?! Berani Ian tinggikan suara pada mommy disebabkan perempuan ni? Abang, please say something to your son!” Nada amarah Datin Nurain semakin meninggi.

Datuk Ismail akur dengan suara bingit isterinya. Lantas meminta anak tunggalnya itu memikirkan semula tindakan yang diambil.

“Ian, please. What’re you doing? Wedding kamu dengan Mia dah tak lama. Jangan malukan papa dan mommy di depan keluarga Tan Sri Rahmat!”

“I don’t care. Ian takkan kahwin dengan Mia. Apa pun berlaku, Ian cuma akan kahwin dengan Alyka. Full stop!”

Wajah Alyka mencerun saat menyaksikan drama pertelingkahan anak-beranak itu. Serba salah pula. Adakah dia yang menjadi punca?

“Ian… calm down…” Alyka cuba menenangkan Ian.

Sebaliknya Ian terus menarik tangan Alyka agar pergi meninggalkan kediaman berkenaan. Berang apabila keputusannya dihalang orang lain. Dan sekali lagi Alyka terpaksa menuruti langkah lelaki itu.

Jujur bukan niat Alyka untuk mengacau-bilau dan memecah-belahkan keluarga Ian. Dia hadir cuma seketika ke dalam hidup lelaki ini. Tiba masa nanti dia akan berlalu pergi.

Di sepanjang perjalanan selepas keluar dari kawasan Bukit Tunku, Ian memaut erat jemari Alyka tanpa lepas. Dia tahu pasti Alyka terluka dengan layanan keluarganya tadi.

“Don’t worry okay. I will always be with you for the rest of my life. I tak peduli kalau orang lain tak terima you. Tapi, I dah nekad nak kahwin dengan you. I love you, Aly.”

Sepenuh perasaan dan setulus hati Ian menuturkan ucapan itu. Walau apa pun rintangan dia tidak peduli lagi. Cinta matinya kini hanya kepada Alyka.

Manakala Alyka tidak dapat menolak apabila ruang hatinya dipagut rasa terharu dengan segala perilaku Ian hari ini. Tiada lelaki lain pernah mempamerkan kesungguhan sebegini. Mampukah dia meninggalkan jejaka ini seperti yang direncanakan kelak?

Wahai hati, janganlah kau terpesong dari landasan sebenar. Namun, jika itu yang berlaku bagaimana? Hurm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience