BAB 4

Romance Completed 363459

“MALAM ni pukul 8 malam Ian Khalif akan hadir di sana. Dia akan duduk di meja VIP. Selalunya diorang akan spend time di ‘cocktail party’ hingga ke tengah malam. Selagi dia tak dapat ‘someone’, dia takkan tinggalkan party tu.”

Alyka memberi perhatian saat Jesrina menerangkan satu-persatu berkenaan rencana yang sedang mereka aturkan.

“So, apa kelemahan Ian Khalif?” Alyka bertanya. Hanya itu yang dia ingin tahu.

Jesrina menyepi seketika sebelum menjawab. “Dia tak ada kelemahan.”

“What? Haha!”

Alyka menyoal semula sebelum disusuli suara tawa. Tidak percaya. Mustahil lelaki seperti Ian Khalif tidak punya sebarang kelemahan. Mana ada manusia di dunia ini yang sempurna.

“Dia terlalu perfect, Sara. Kau takkan nampak kelemahan dia. Kalau kau bersama dia memang kau takkan dapat elak dari terjatuh cinta pada lelaki seperti dia.” Jesrina meningkah mempertahankan kata-katanya.

Spontan bibir Alyka mencebir. Huh! Apa yang ‘perfect’ sangat? Harapkan rupa je tampan. Tapi, perangai macam ‘syaiton’. Merosakkan perempuan sana-sini. Perfect ke macam tu?!

“Aku tak mungkin jatuh cinta pada lelaki macam tu.” Desis Alyka.

“Yes. Aku harap kau takkan terjatuh cinta pada dia. Sebab kalau itu terjadi, rosaklah plan kita. Make sure kau tutup hati kau rapat-rapat pada dia. Jangan pernah terima cinta dia, Sara.” Jesrina menyelit pesanan.

“Don’t worry, Jes. Aku akan pastikan plan kita berjalan lancar dengan jayanya. Semoga tak ada lagi perempuan yang terima nasib sama macam kau.”

“Thanks Sara, sebab kau sanggup tolong aku. Ini duit pendahuluan untuk kau. Bakinya aku akan bayar bila semuanya selesai nanti okey,” ujar Jesrina sambil menolak sampul berisi sejumlah wang seperti yang dijanjikan ke arah teman baiknya.

Alyka menerima imbuhan itu bersama senyuman lebar yang terukir di bibir. Disebabkan ganjaran lumayan yang akan diperolehi kelak dia sanggup menuruti permintaan Jesrina.

“Thank you, Jes. Aku janji akan selesaikan tugas ni baik-baik.”

“Okeylah, aku balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi. Kau buatlah rumah ni macam rumah kau sendiri,” ujar Jesrina seraya bangun dari sofa dan berlalu ke pintu utama.

Alyka mengangguk sambil menuruti langkahnya dari belakang.

“Take care. Kalau ada apa-apa nanti aku contact kau.”

“Kau tu take care juga. Hati-hati.” Sempat Jesrina memeluk tubuh Alyka sebelum mereka berpisah di situ.

Sebaik pintu utama ditutup, Alyka memerhati seketika ke seluruh ruang unit kondominium berkeluasan 1,500 kaki persegi tersebut. Unit kediaman milik Jesrina ini akan didiami buat sementara waktu sehingga ‘kerjanya’ selesai.

Bukan itu sahaja. Selain unit kondominium ini, Jesrina turut meminjamkan sebuah BMW yang diparkir di tempat letak kenderaan bangunan tersebut. Jesrina yang sememangnya anak orang berada tidak lokek memberikan semua itu untuk dia gunakan dalam menjalankan misi ‘rahsia’ mereka.

Alyka kemudian melangkah menuju ke kamar utama. Pandangannya tertancap pada sehelai ‘dress’ malam berwarna gelap dengan rekaan mewah bersama taburan labuci yang bergemerlapan tergantung di sudut kamar. Di lantai bilik pula tersusun sepasang sepatu tumit tinggi dari jenama terkenal. Pakaian yang akan digayakan di majlis pada malam nanti.

Sejujurnya dia agak berat hati untuk melakukan pekerjaan ini. Banyak hal yang dibimbangkan. Terbayang apakah yang akan berlaku andai misi mereka tidak berjaya dan menemui kegagalan?

Namun, mengingatkan yang dia sudah pun berjanji dengan Jesrina, dia tidak boleh berpatah-balik. Apatah lagi mengenangkan jumlah wang yang benar-benar diperlukan membuatkan Alyka nekad meneruskan misi ini.

Ah, sekejap sahaja dia perlu melalui kehidupan ‘palsu’ seperti ini. Apabila semuanya selesai nanti, dia akan kembali semula ke kehidupan lama. Alyka memujuk hati.

Melewati ke waktu yang ditetapkan, Alyka sudah bersiap sedia. Dress malam rekaan mewah tersarung di tubuh langsingnya. Solekan sedikit tebal dikenakan di wajah. Bulu mata palsu bersama iris mata berwarna coklat daripada ‘contact lens’ serta bibir yang dihiasi lipstik merah merekah. Selain itu, rambut panjangnya yang diwarnakan perang digulung dan disanggul rapi memperlihatkan leher jinjangnya.

Akhir sekali, disarungkan sepatu Manolo Blahnik setinggi empat inci di kedua belah kaki. Memberikan efek tinggi lampai ala supermodel di tubuhnya. Tidak dilupakan ‘clutch’ berjenama Gucci untuk dipadankan bersama dress yang dikenakan.

Alyka memusing-musingkan tubuhnya seketika di hadapan cermin. Seraya bibirnya mengukir senyuman. Berpuas hati dengan penampilan dirinya yang benar-benar berbeza dari rupa asal. Semoga penampilan sebegini mampu mencairkan hati sang jejaka ‘buaya’ yang bakal ditemui nanti. Atau sekurang-kurangnya dapat memukau pandangan mata lelaki kasanova itu.

Jam di dinding dipandang sekilas. Tiba masa untuk dia keluar. Pukul lapan malam dia harus hadir ke lokasi seperti yang telah ditetapkan. Membawa bersama satu misi tugasan besar.

Berdasarkan daripada cerita Jesrina, Alyka tahu Ian Khalif bukan seorang jejaka yang mudah untuk ditundukkan. Dia harus gunakan cara yang berbeza untuk berdamping dengan lelaki itu. Cara yang bagaimana? Hurm, cara yang telah dia rencanakan sendiri. Harap-harap cara itu akan berjaya.

‘See you later, Ian Khalif.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience