BAB 1

Romance Completed 363459

PAGI di Kuala Lumpur. Suasana hiruk-pikuk mula kedengaran seawal jam enam pagi. Hujan gerimis yang turun sedari malam tadi masih belum berhenti.

Ian mencelikkan mata saat ‘alarm’ di telefon pintar berbunyi. Rutin waktu yang sama untuk dia bangun setiap hari.

Seraya ditoleh ke sisi. Wajah gadis kacukan Melayu-Cina yang nyenyak tidur itu masih berlabuh di lengan sasanya. Tangan si gadis merintangi dada bidangnya. Sementara tubuh mungil gadis itu rapat menempel di tubuhnya yang tidak berlapik seurat benang pun.

Ian menghembus keluhan. Perlahan-lahan ditarik lengannya yang menjadi alas kepala gadis itu. Lalu dia bingkas bangun. Membiarkan gadis tadi berbaring sendirian.

Sambil mencapai helaian pakaiannya yang terdampar di lantai, Ian melihat sejenak ke skrin telefon pintar. Membaca beberapa mesej yang masuk. Setelah itu dia menyarung kembali pakaian ke tubuh sebelum mengatur langkah ingin keluar dari ruang kamar tersebut.

“Ian…”

Suara serak rengekan si gadis merencatkan langkah Ian. Lantas ditoleh ke belakang. Dilihat gadis yang ditidurinya sepanjang malam tadi sudah bangun dan sedang menatap ke arahnya dalam kerutan.

“You nak pergi mana?”

“I have to go. I ada meeting pagi nanti di office.” Ian menutur alasan.

“And then you akan balik sini?”

Kepala digeleng bersama satu jawapan. “No.”

“Bila you akan balik? Petang? Malam nanti?”

Ian berdesis. “No. Not evening. Not tonight. Not forever.”

Gadis itu bingkas bangun sambil menarik gebar menutupi sebahagian tubuhnya yang tidak berpakaian. Raut wajahnya tampak keliru.

“What do you mean?”

Ian mengetap bibir sambil meraup tapak tangan ke kepala. “Ini kali terakhir kita jumpa. Selepas ni kita tak ada apa-apa hubungan lagi.”

“What? I tak faham, Ian. Why?”

“I dah bertunang. Dan akan kahwin tak lama lagi. So, we better end our relationship.”

Mata si gadis membuntang. Tidak percaya.

“Tapi, you cakap you cintakan I selama ni. I’m the only woman in your life. I dah serahkan everything pada you. You tak boleh buat I macam ni, Ian!”

Ian tergelak kecil. Bukan kali pertama dia berada di dalam situasi sebegini. Kata cinta yang diucapkan selama ini sekadar lafaz yang tidak memberi sebarang makna.

“I tak pernah paksa you jatuh cinta pada I. Dan I juga tak pernah paksa you serahkan diri you pada I.” Bersahaja tutur kata Ian.

“But… I buat semua ni sebab I cintakan you. I really love you, Ian.” Suara si gadis mula bertukar sebak. Dia tidak mengharapkan hubungan mereka berakhir begini.

“Well, I tak cintakan you. I tak pernah cintakan you.”

“No! I tak percaya. You cintakan I kan? You cintakan I!” Si gadis mula menangis sambil menggogoi lengan Ian.

Duh! Ian mula hilang sabar. Tangannya menepis kasar pegangan si gadis.

“You ingat I akan jatuh cinta pada perempuan murah macam you? Never!”

Si gadis menggeleng laju. Tidak dapat menerima kenyataan yang disebut Ian. Esak tangisannya semakin kuat.

“Ian, please. Jangan tinggalkan I. You lelaki pertama yang tiduri I. I sanggup serahkan semuanya untuk you. You janji akan kahwin dengan I. Please, Ian. I cintakan you. I benar-benar cintakan you!”

Sebaliknya Ian tidak peduli. Dia menghubungi seseorang melalui telefon pintar. Sebentar kemudian pintu kamar diketuk dari luar. Dan seorang lelaki bersut serba gelap muncul. Spontan Ian memberi arahan kepada lelaki itu.

“Macam biasa. Settlekan dia.”

Lelaki itu mengangguk. Lalu bertindak menarik tubuh si gadis menjauhi Ian.

“Ian, no. No. IAN!!!”

Tanpa mempedulikan raungan si gadis, Ian berlalu meninggalkan kamar hotel lima bintang itu. Dia menyarung kaca mata hitam sambil menyisir rambut pendeknya dengan celahan jari. Bibirnya tersenyum sinis.

Seorang Ian Khalif tidak akan pernah berasa bersalah meninggalkan wanita setelah memperoleh apa yang dia mahukan. Tiada istilah cinta di dalam kamus hidupnya. Wanita hanya sekadar objek untuk dia memuaskan keinginan semata-mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience