“IAN!!!”
Suara pekikan seorang gadis kedengaran sebaik sahaja kaki Ian menjejak hadapan pintu lobi bangunan yang menempatkan syarikat empayar perniagaan keluarganya.
Sambil menanggalkan kaca mata hitam, dia menoleh bersama sebelah kening yang terjungkit.
“Ian, I miss you. I really miss you.”
Gadis muda dalam pakaian agak seksi itu menghampiri Ian. Wajahnya yang dihiasi solekan tebal kelihatan seperti agak kurang terurus.
Pembantu peribadi yang berdiri di sebelah Ian dengan segera menghalang apabila gadis itu mahu memeluk tubuh Ian.
“Ian, I nak jumpa you. Please.” Si gadis merayu.
Ian memerhati sekilas pandang. Dia macam pernah bertemu gadis ini. Tapi, terlupa bila dan di mana. Entahlah.
“You siapa? I kenal you?” Ian bertanya.
“Ian, you dah lupakan I? I Amy. Kita baru je jumpa bulan lepas. Sebelum you tinggalkan I…” Di hujung suaranya terdengar sedikit sebak.
Spontan Ian meraup tapak tangan ke kepala. Bulan lepas? Hurm. Kalau gadis yang ditemui dua hari lalu pun dia dah lupakan, apatah lagi yang berhubungan dengannya bulan lepas. Memang dah luput dari ingatan.
Sambil mendengus nafas, Ian memberi isyarat tangan meminta gadis itu menurutinya ke sebuah bilik ‘VIP Lounge’ yang terletak di aras lobi. Mahu berbicara secara privasi. Dia tidak ingin orang ramai yang lalu-lalang terlihat kelibatnya bersama gadis yang entah muncul dari mana ini. Bimbang reputasinya sebagai CEO syarikat korporat terjejas.
“So, you nak apa?” soal Ian ketika punggungnya mencecah sofa empuk di ruang tersebut.
“Ian, I… I pregnant,” ucap gadis itu tanpa berlengah.
Serta-merta bebola mata Ian membesar. Sedikit terkejut. “You pregnant anak siapa?”
“Anak you.” Dengan yakin si gadis menjawab.
Serentak itu Ian tertawa. Bukan dibuat-buat. Tawa yang bersungguh-sungguh. Sehingga membuatkan wajah gadis yang duduk di hadapannya cemberut.
“Actually, you nak berapa? How much?”
Soalan itu diutarakan Ian. Hakikatnya dia sudah masak dengan permainan tipu helah para wanita yang sering mengejarnya. Mereka akan menggunakan alasan yang sama apabila terdesak. Dan dia sama sekali tidak akan terpedaya.
“I nak 100k. Sebuah rumah dan kenderaan. Oh, I nak maid dan driver juga.” Gadis itu cuba mengambil kesempatan.
Ian berdesis sambil menggeleng. Dia mengerling ke arah Patek Phillippe yang berada di lengan kirinya seketika. Sebetulnya dia sudah lewat untuk menghadiri satu sesi mesyuarat penting.
Lalu jari telunjuk Ian memberi satu isyarat ke arah lelaki pembantu peribadi bertubuh tegap yang berdiri tegak di sudut bilik. Lelaki itu mengangguk memahami arahan.
Buku cek dikeluarkan. Sekeping kertas cek yang tertulis angka satu amaun diberikan kepada Ian untuk diturunkan tandatangan. Setelah itu Ian dengan bersahaja mencampakkan kertas cek tersebut ke atas meja di hadapan gadis berkenaan.
Tanpa menanti gadis itu mencapai kepingan cek yang terdampar di atas meja. Raut wajahnya bertukar warna saat melihat jumlah yang tercatat.
“Lima ribu Ringgit je? Mana cukup!” Gadis itu membentak.
Ian terus bangun dari duduknya lalu menghampiri gadis berkenaan. Tangan kekarnya memaut kasar dagu si gadis lalu dihalakan tepat memandang ke arahnya.
“Lima ribu Ringgit ni cukup untuk you gugurkan kandungan you. Dan pastikan you betul-betul pregnant. Kalau tak I akan minta orang suruhan I pregnantkan you. Itu yang you nak sangat kan? Or the worse is I boleh buatkan you tak ‘bernyawa’ lagi.”
Selamba Ian mengugut sambil tersenyum sinis. Mimik muka gadis itu mencerun. Liur diteguk. Terbit perasaan gementar sebaik menerima ancaman daripada Ian. Bukan dia tidak kenal siapa lelaki ini yang sebenar.
“I cuma… I nak bersama dengan you semula, Ian. Please…”
Pautan di wajah si gadis dilepaskan kasar. Jelak mendengar kata-kata rayuan serupa. Sudah acapkali.
“Jangan berani jejak kaki you ke sini lagi. Atau I akan pastikan you takkan ‘keluar’ dari sini dengan selamat. You faham apa maksud I kan?”
“Tapi, Ian… I cintakan you. I benar-benar cintakan you… Tolong terima I semula…” Si gadis terus merayu-rayu dalam suara mendayu.
Sebaliknya langsung tidak dihiraukan Ian. Dia berpaling dan melangkah meninggalkan ruang berkenaan. Masanya yang berharga telah terbuang begitu sahaja. Dibiarkan hal berkaitan gadis itu diuruskan oleh pembantu peribadinya.
Naik ke aras utama, ketibaan Ian disambut oleh setiausahanya sebaik dia keluar dari lif VIP.
“Good morning, Mr Ian. How are you?” Wanita awal 30an itu menyapa sambil menghulurkan secawan kopi untuk bosnya.
“Hemm…” jawab Ian dingin sambil menghirup sedikit kopi panas yang diberikan. Hal yang berlaku di aras lobi tadi sedikit merosakkan suasana paginya.
Melihat reaksi bosnya sebegitu, si setiausaha sudah memahami tentu ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu. Beberapa tahun mereka bekerja bersama, lelaki seperti Ian sejenis yang sukar diduga ‘mood’nya. Salah tindakan boleh melayang fail ke muka. Atau paling teruk boleh diberhentikan kerja serta-merta.
“Saya cuma nak inform bos yang everyone dah ada di dalam meeting room. Including Dato Khalid, our share partner. They are waiting for you. Bos nak mula meeting sekarang?”
Ian mendengus nafas seketika. Cuba melegakan ruang hati yang masih terasa panas.
“Malam ni dinner I di mana?” Ian mengubah topik. Teringat berkenaan satu acara yang perlu dihadiri malam nanti.
“Di Westin Hotel. VIP arrival pukul 8 malam. Saya dah arrange driver untuk standby di depan rumah bos pukul 7 malam. Dress code malam ni semi-formal. Corporate Department akan hantar pakaian ke rumah bos petang nanti.”
Ian mengangguk. Kesibukan dalam urusan kerja kadang-kala membuatkan dia terlupa akan beberapa aturcara penting yang harus dihadiri.
Malam ini ada satu acara majlis formal lagi. Sebagai wakil syarikat dia perlu memenuhi undangan tersebut semata-mata untuk mengekalkan jalinan hubungan perniagaan bersama syarikat besar yang lain.
“Bagi I lima minit. Kejap lagi I join meeting tu,” ujar Ian seraya menghenyakkan tubuhnya ke kerusi empuk di belakang meja kerja.
Setiausahanya mengerti lalu meninggalkan Ian di dalam kamar kerja tersebut. Tidak mahu menganggu. Biarlah lelaki itu ‘sejuk’ dahulu. Kang terbawa-bawa pula mood ‘hangin’nya ke dalam bilik mesyuarat.
Ting!
Bunyi mesej yang masuk ke telefon pintar mengalihkan perhatian Ian. Lantas dipandang ke skrin gajet itu. Terpapar satu mesej daripada nombor tidak dikenali.
‘YOU AKAN MENYESAL, IAN KHALIF!’
Spontan Ian berdecit. Duh! Mesej daripada siapa pula ni? Musuh perniagaan? Kekasih lama? Atau mungkin daripada gadis yang ditemui di lobi tadi?
Ian meneliti seketika ke mesej berkenaan. Ini pastilah mesej daripada seseorang yang sakit hati dengan dirinya.
Ah. Ada dia kisah? Sedikit pun dia tidak peduli. Seorang Ian Khalif tidak pernah berasa gentar menerima ugutan mahu pun ancaman daripada sesiapa. Mesej yang diterima diabaikan.
Lalu dia bangun dari duduk dan mencapai sehelai jaket formal yang tergantung di sudut bilik. Disarungkan ke tubuh sebelum dia berdiri di hadapan cermin tinggi. Membelek fizikalnya yang hampir sempurna. Memastikan penampilannya sentiasa terlihat segak dan rapi. Paling penting sekali adalah wajah tampan yang menjadi igauan para wanita di luar sana.
Seorang Ian Khalif selalu bangga dengan dirinya sendiri. Orang kata dia memiliki sikap dan perilaku ‘narsisis’. Hah, dia langsung tidak peduli akan anggapan orang lain terhadapnya.
Sambil kaki melangkah menuju ke bilik mesyuarat yang terletak di aras yang sama, otak Ian ligat berfikir. Berencana mahu mendapatkan teman pendamping baharu di dalam acara Majlis Gala Dinner yang akan dihadiri malam nanti.
Mungkinkah dia akan menemui seseorang? Mungkinkah dia akan dikejar oleh seorang lagi gadis malam ini? Biarkan mereka mengejar dirinya. Kerana dia tidak akan sesekali mengejar wanita.
Share this novel