setelah Mutiara dan Harris pergi dari kawasan UKM, Athilla mengunci pintu biliknya supaya tidak dapat dibuka dari luar. Athilla kemudian mengeluarkan semua wang tunai dari sampul yang diberikan oleh Encik Harris sebelumnya.
Dia mengira jumlah wang yang ada,
"Wah, ada RM 20,000"bisik hati Athilla. kemudian dia membahagikan wang itu sama rata kepada empat bahagian. Bahagian pertama ni untuk makan dan buat assignment yang kedua ni duit yuran study untuk semester depan, bahagian ketiga ni pula aku nak campurkan dalam akaun simpanan untuk projek masa depan aku dan bahagian terakhir ni pula untuk tolong orang. walaupun sentiasa tidak makan kerana kekurangan wang Athilla tetap menyelitkan sedikit duit yang dia punya untuk berbagi kepada mereka yang memerlukan.
"Bukankah dalam setiap rezeki kita ada hak milik orang lain"fikir Athilla Setelah dia merancang apa yang perlu dia lakukan dengan duit pemberian daripada Mutiara dan Harris itu, Athilla menyambung kerjanya untuk menyerikan pakaian pelanggannya.
"Raz, bila bila free Raz bawalah kawan nama Athilla tu datang ke rumah ok"ujar Datin Ramona.
Bagaikan menerima restu keluarga yang tak berbelah bahagi, Razak diminta oleh Datin Ramona untuk membawa Athilla pulang ke rumahnya untuk berkenalan. Tetapi Razak yakin tidak mudah untuknya menyatakan hasrat ibunya kepada gadis pujaan hatinya itu.
"Well Raz, tak cuba tak tahu kan?"Bisik hati Raz meyakinkannya.
Sewaktu Raz menunggu jambangan bunganya siap dia telah ditegur oleh seseorang.
"Abang ni Abang Raz kan?"suara gadis itu turut disertai dengan tepukan lembut pada bahunya. Razak berpaling ke arah gadis itu.
"Ya betul, saya Raz, adik siapa ya?"soal Razak.
"Kita Shilla la, abang dah lupa ya, Kita anak uncle Roslan"balas gadis itu.
"Tiba tiba penjual Bunga telah menyerahkan jambangan bunga yang siap digubah itu kepada Shilla.
"Eh puan, itukan bunga saya kenapa puan beri kepada orang lain pula?"soal Raz.
"Bukankah bunga tu Encik nak beri kepada gadis bernama Shilla? saya dengar encik sebut nama tu. masa berbual telefon tadi"kata Si penjual Bunga.
"Bunga untuk Shilla, terima kasih Abang Raz, ada masa jemputlah datang ke rumah, mak dan ayah dah rindu pada abang Raz tau"ujar Shilla dan berlalu pergi.
"Puan bunga tu untuk kawan saya bernama Thilla, bukan Shilla, takpelah tolong buatkan satu lagi jambangan bunga yang sama ya"pinta Razak.
POV Shilla,
Kenapa Abang Raz beli bunga ni untuk aku ya?" Ala dia belikan untuk orang lain ni tapi takpelah dia tak cakap apa pun tadi, baik aku simpan jer bunga ni. Sejak Abang Raz di tolong oleh ayah lebih 10 tahun lalu, aku memang suka tengok dia, dan tiba tiba family dia datang bawa dia balik selepas ayah buat report polis tentang penemuan Abang Raz. dan itulah kali terakhir aku. jumpa dia. sehinggalah tadi aku nampak lelaki tampan itu beratur untuk membeli bunga, tak sangka dah semakin kacak bergaya dengan pakaian kerja macam tu, kalau dia kerja pakai uniform mesti lagi gagah perkasa kan?.
POV Razak.
Tak pasal pasal melayang duit aku sebanyak RM 50, tapi takpelah, keluarga budak bernama Shilla tu pernah tolong dan selamatkan aku masa aku di culik sepuluh tahun yang lalu. Masalahnya, kenapa orang yang aku suka tak boleh nak terima aku tapi perempuan yang aku tak layan tulah dok terhegeh-hegeh tunjuk muka.
POV author.
Athilla menerima mesej daripada Razak untuk berjumpanya di hadapan pintu masuk asrama pelajar perempuan, Athilla sudah tak mahu melayan si Razak tetapi Razak sudah membantunya pada malam sebelum ini. Athilla berjalan seperlahan mungkin untuk pergi bertemu dengan Razak.
"Apa mamat tu pegang ya, alamak bunga ke, Aduhai malasnya nak layan playboy ni."fikir Athilla.
POV author.
Razak tersenyum melihat gelagat Athilla dari jauh.
"Bunga cantik ni untuk gadis paling cantik di Uni ni"Razak mengumpan perhatian Athilla.
"Terima kasih" balas Athilla mengambil bunga dari tangan Razak.
"Hari tu you janji nak makan malam dengan I, jom "kata Razak.
"I belum siap lagi, bagi I 20minit ok"Kata Athilla sebelum berpaling dan berlari ke biliknya. Dia ternampak Syahadah di area bilik TV dan menyerahkan jambangan bunga itu kepada Syahadah.
"Apa ni Thilla?"soal Syahadah.
"Dari Raz, for you"balas Athilla.
Athilla menghantar mesej kepada pelanggan dobinya dan meminta tambahan masa untuk menyiapkan kerjanya itu, walaupun duit pemberian daripada Mutiara dmasih utuh tetapi Athilla tidak mahu memberi kejutan kepada pelanggannya yang sudah menyerahkan pakaian mereka untuk dibersihkan.
"Aku settlekan semua pakaian yang ada kemudian aku berhenti ambil upah mencuci pakaian dah"itu yang difikirkan oleh Athilla.
"Kita makan di kedai mamak je boleh tak, situ jer tempat I mampu belanja you"kata Athilla.
"No, kita akan makan malam di rumah I, so you tak perlu keluar duit belanja untuk I"ujar Razak.
Athilla bukan seorang yang kedekut tetapi dia mahu berjimat cermat, walaupun duit pemberian Mutiara masih banyak namun sifat Athilla yang tidak Boros menyebabkan dia tidak mahu menghabiskan kesemua duit yang dia ada.
"Nak pergi ke rumah dia, malunya, tengoklah pakaian aku ni"Bisik hati Athilla.
Datin Ramona sudah menunggu kedatangan Razak dan Athilla selepas Razak menghubunginya untuk memaklumkan bahawa Athilla setuju untuk makan malam di rumah mereka.
"Jom awak, itu mana saya"ajak Razak.
"Besar rumah awak, segan pula saya nak masuk"kata Athilla.
"Sama besar dengan rumah Mommy Jo Dan Ummi Tya" fikir Athilla.
"Ini Athilla ya, jom sayang, kita masuk"ajak Datin Ramona.
Mereka makan malam bersama selepas Encik Dahlan, papa Razak pulang dari tempat kerjanya.
"Makan banyak sikit Thilla, Auntie masak semua ni sendiri tau"pujuk Datin Ramona.
"Terima kasih Auntie"balas Athilla.
"Thilla belajar jurusan apa di UKM?"Soal Encik Dahlan.
"Jurusan perniagaan uncle, mommy cakap bila dah habis belajar Thilla akan ambil alih perniagaan Daddy Althaf"balas Athilla.
"Althaf Muhaimin tu daddy you, uncle kenal dia tapi dah lama dia tak ada di Malaysia kan?"soal Encik Dahlan lagi.
Ya, dia banyak travel sekarang sebab board of directors minta Daddy handle clients dari serata dunia "balas Athilla.
maaf slow sikit update sekarang ni, masa untuk menulis sangat singkat.
Share this novel