HSK02-Amaran...jangan mudah percaya

Family Series 10496

Selepas makan malam bersama, Razak menghantar Athilla sehingga ke pintu masuk asrama pelajar perempuan. Setelah Athilla menghilang disebalik tembok Razak berpusing untuk kembali ke Asramanya.

"Raz.. you cari I ke sampai sini?"soal Nina.

"I cari you?, wait, Nin, you dah lupa, kita dah putus, I dah tak sanggup nak jadi boyfriend you lagi, maintenance you tinggi sangat dan sebagai seorang pelajar I tak mampu."ujar Razak.

Nina berlalu dengan perasaan marah bukannya Nina tak nampak Raz berjalan bergandingan dengan Athilla, pelajar perempuan paling miskin di asrama perempuan itu.

Sebaik tiba di asrama Razak membersihkan diri sebelum tidur.

Razak tidur dengan lena pada malam itu, rasanya bagai satu mimpi dapat keluar bersama dengan Athilla dan makan bersama gadis pujaannya.

"You nak makan apa?"soal Razak.

"I tak memilih, apa yang you pilih I akan makan"balas Athilla.

cantik..., penurut..., tak demand dan yang paling penting low maintenance inilah calon isteri idaman aku, Fikir Razak.

Razak pernah berpacaran dengan seorang anak jutawan bernama Nina, hasilnya, Nina cuma mahu makan di restoran mewah yang menyajikan makanan fine dining, Nina cuma akan keluar dengan Razak jika Razak memandu Audi A6 sahaja dan setiap bulan Razak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli baju,beg tangan serta sepatu baru untuk Nina, termasuk juga koleksi alat solek untuk gadis itu manakala setiap tahun semasa ulang tahun kelahiran gadis itu Razak cuma dibenarkan untuk memberikan koleksi barang kemas untuk dihadiahkan kepada anak jutawan itu. Oleh kerana itu Razak lebih suka gadis seperti Athilla, seorang gadis miskin dan tidak demand,

"Geng, mari ke sini semua aku ada satu pengumuman"jerit Andi pada awal pagi, Razak menarik selimut untuk menutup keseluruhan kepala dan tubuhnya bila bunyi bising itu mengganggu tidurnya.

"pengumuman apa tu Andi"soal Elias.

"Ada seorang kawan kita tu dah terpikat pada gadis paling miskin di Uni ni"umum Andi sambil mancungkan bibir ke arah Razak yang masih terbaring di katilnya.

"Betul ke Raz?"soal Elias dihadapan wajah Razak, lalu dibalas dengan anggukan kepala oleh Razak.

"Ini peluang baik untuk kita prank gadis tu,"sahut Azlan.

"Sesiapa pun tak dibenarkan untuk main mainkan Athilla."kata Razak dengan Nada amaran.

"Ala, Raz, tak bawa mati pun, kita prank biasa biasa saja."pujuk Andi.

"Jawapan aku tetap sama, "tegas Razak.

Namun dalam diam Elias, Andi dan Azlan sepakat untuk mempermainkan Athilla tanpa pengetahuan Razak .
Seorang pelajar lelaki mendengar perbualan rahsia itu dan berazam untuk mencari gadis yang dimaksudkan untuk memberi amaran.

Di asrama wanita, seorang gadis cantik sedang membasuh pakaian milik pelanggannya, Nina.

"I dapat berita,you keluar makan malam dengan Boyfriend I Razak, you sedar diri tak, perempuan macam you tak layak untuk lelaki seperti Razak ok, tak selevel"ejek Nina mengganggu tumpuan Athilla yang sedang bekerja.

"Dia yang ajak I makan malam sama sama malam tadi"balas Athilla membela diri.

"You tak sepatutnya terima ajakan Raz, sepatutnya you tolak, tapi... I rasa you mesti terima ajakan Raz sebab you pun sukakan dia dan you nak hidup mewah di sini sebagai kekasih anak seorang hartawan seperti Raz betul tak?"Nina berkata lancang .

"Tak, I bukan macam tu"sanggah Athilla.
"cepat sikit basuh baju I ni kalau you nak bayaran penuh. pukul 6 pagi esok i nak tengok baju ni semua dah siap bergosok dan terlipat kemas atas katil i ok, kalau tidak lupakan hasrat you untuk pegang RM 100 ni"Nina menayangkan note kertas berwarna ungu itu dihadapan wajah Athilla.
"Baju ni semua basuh tangan Nina, i perlu sidai seharian esok untuk keringkannya baru I boleh gosok dan lipat. pagi lusa I boleh letakkan atas katil you ya?"ujar Athilla memohon pertimbangan dari Nina.

"I tak nak tahu proses mencuci yang you kena buat itu kerja You kan?, if I said pukul 6 pagi esok ya pukul 6 pagi esoklah bukan lusa ya, tu seluar dalam i sental kuat sikit kalau masih ada kesan kuning, i tolak rm 10 ringgit untuk setiap satu helai, ada sepuluh helai ok, so you kira sendiri."ugut Nina. Athilla merasakan kemarahannya makin memuncak jika dia tetap berusaha menghabiskan basuhan pakaian Nina malam itu tetap dia tidak akan di bayar, so apa kata dia rendamkan dulu pakaian Nina dan membasuh pakaian pelanggan lain dahulu yang tidak akan menyusahkannya.

"Athilla!" jeritan itu kedengaran sehingga ke bangunan asrama lelaki.

Mila mendekati Nina yang menjerit kuat tadi.

"Kenapa emosi babe?"soal Mila.
"You tengok apa budak miskin tu buat, dia rendam baju I dalam baldi dari tengah malam tadi, you dapat hidu tak bau busuk tu"kata Nina.

"Tapi kenapa dia nak buat begitu, dia tak nak duit ke?"soal Mila kembali.

"Agaknya dia dah besar kepala sebab fikir Raz dah jatuh hati pada dia, "kata Nina menghasut Mila untuk benci Athilla.

"Betul ke Raz jatuh cinta dengan perempuan miskin macam tu,"sindir Mila.
Syahadah berlari ke arah bilik Athilla.
"Thilla apa you dah buat dengan pakaian Nina tu?"soal Syahadah.

"Dia ugut tak nak bayar khidmat i kalau tak siapkan sebelum pagi ni, dia bagi pakaian kotor dia tu pun dah pukul 10 malam, pukul 12 midnight dia kata nak baju by 6 am, siap gosok dan lipat ok, masa bila baju dia nak kering kalau belum sidai, daripada i tak dapat hasil baik basuh baju orang lain dulu ,now you cakap dengan i berdosa tak perbuatan i tu?.

"Satu lagi beb You dan Raz dah bercinta ke?"Syahadah Yang menyimpan perasaan terhadap Raz juga tidak boleh terima kenyataan tersebut.
"Bercinta?, tak adalah, Semalam Raz selamatkan I daripada di ganggu Ali Khan, guard Bangla tu, then dia minta i teman dia makan untuk balas budi, apa i mampu untuk tolak?"kata Athilla..
"Oklah beb, cuma i boleh pesan jaga jaga sikit dengan Nina tu."ujar Syahadah
"Terima kasih atas pesanan tu Sya,
Dan malam itu selepas makan malam bersama Syahadah Athilla menuju ke perpustakaan untuk mengerjakan tugas yang telah diberikan oleh pensyarahnya pada hari itu.

"Hai.... boleh I duduk sini?"seorang pelajar lelaki menegur Athilla
"Ya boleh silakan"balas Athilla.

"Salam kenal Aku Atha Syahputra, pelajar baru kelahiran Jogja"ujar pelajar lelaki itu.
Seharian dia mencari tahu siapakah pelajar yang bernama Athilla itu dan dia melihat gadis itu masuk ke perpustakaan di universiti itu setelah diperkenalkan oleh beberapa orang pelajar di universiti tersebut.

"Jogja,Indonesia?"soal Athilla

"Ya, benar,kamu Athilla kan?"soal Atha.
"Ya Aku Athilla, "balas Athilla.

"Aku cuma ingin menyampaikan pesanan dan amaran. ada beberapa orang pelajar lelaki mahu mempermainkan hati kamu, jadi aku mohon kamu jangan keluar dari bilik untuk beberapa waktu"Pesan Atha.

"Jika aku tidak keluar bilik bagaimana aku boleh makan dan pergi ke kelas, Aku tak mahu ponteng kelas "balas Athilla.

"Tenang aja, aku akan minta tolong daripada rakan sekelasmu untuk mendapatkan materi pelajaran pada hari esok dan untuk satu minggu kedepannya. pokoknya kamu ngak boleh keluar dari bilik asrama kamu ya, soal makan jangan khawatir, Aku akan traktir makanan untuk kamu juga, gratis loh"ujar Atha.

"Bang, maaf, aku tak boleh terima pertolongan daripada kamu dan aku tak kisah jika ada yang ingin mencelakakan aku.. permisi aku pergi dulu "Athilla keluar dari perpustakaan itu.
Azlan dan Andi memberi kod rahsia kepada Elias supaya bersedia. Atha tidak putus asa dan tetap mengikut arah perjalanan Athilla,

Sekarang ini masa yang tepat "fikir lelaki itu
"Athilla!"langkah Athilla mendadak berhenti mendengar suara seorang lelaki memanggilnya.

republished after editing. Che da Cuba untuk tamatkan semua novel secara slow and steady. sebab susah nak cari masa untuk menulis sekarang ni. Che da Mohon jika tiada komen yang baik, sapalah Che da dengan hai atau Assalamualaikum, kita bersilaturahim tak salah kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience