HSK 01-prologue 01

Family Series 10496

2013,

"Althaf, you are one of the best officer i have hence i would like to offer you a New Executive position in our office in Switzerland, do you accept or do you have any problems with migration?"soal Chief Executive Officer di pejabat Althaf.

"I have no problems with migration but i need to talk to my wife first," balas Althaf.

"Yes, please but you have to remember there will be no second chance if you turned it down," ujar ketuanya lagi.

"Yes I understand sir. I Will call my wife after this," kata Althaf.

Selepas dibenarkan keluar, Althaf mencari rumah perlindungan kanak kanak dan menemui rumah sinar kasih. Althaf segera menghubungi pemilik rumah perlindungan itu dan mendaftar nama Athilla sebagai penghuni untuk 2 tahun. Selepas itu, Encik Althaf menghubungi isterinya, Kejora.

"Kejora, dengar sini. Abang baru dapat tawaran ke Switzerland untuk dua tahun," ujar Encik Althaf.

"Abang dah fikir masak masak kan? Bagaimana dengan Thilla bang?" soal Puan Kejora.

"Abang harap awak setuju. Kita hantar Thilla ke rumah anak yatim cuma untuk 2 tahun," kata Encik Althaf.

"Macam mana kita nak beri tahu pada Thilla soal ni?" Puan Kejora tidak mahu anak sekecil itu sedih dengan berita yang mengejutkan ini.

"Malam ni awak masak semua makanan kesukaan Thilla dan saya akan beritahu dia masa makan malam nanti," arah Encik Althaf.
malam itu tepat pukul 8 malam,

Di sebuah rumah agam lima tingkat, sebuah keluarga kecil dari sepasang ibu, bapa dan seorang anak perempuan berumur lapan tahun sedang menikmati makan malam bersama sama.

"Wah, mommy you are the best!" ujar Athilla menunjukkan 'thumbs up'.

"Tiba tiba puji mommy ni, ada apa Thilla?" soal Puan Kejora.

"Ini semua lauk kesukaan Thilla, hari-hari makan macam ni pun Thilla suka!" balas si kecil itu.

"Thilla ada sesuatu yang ingin mommy dan daddy umumkan." ujar Encik Althaf.

"Ada apa dad?" soal Athilla.

"Daddy baru terima surat pertukaran tugas ke Switzerland, untuk dua tahun, Thilla." ujar Encik Althaf.

Puan Kejora melihat wajah anaknya untuk mendapatkan reaksi dari Athilla. Gadis itu dilihat sedang menahan tangisannya.

"Ala, kena tukar sekolah lagi, bosan lah macam ni, Thilla tak nak tukar sekolah lagi dah." Athilla menyuarakan pendapatnya. Dia sudah beberapa kali bertukar sekolah, dari Malaysia ke Dubai kemudian ke kampung datuk dan neneknya sebelum dia bersekolah di sekolah antarabangsa yang terletak di Kuala Lumpur itu, kini dia perlu berpindah sekolah ke Switzerland pula.

"Daddy tahu sebab itu daddy dah daftarkan Thilla ke sebuah tempat tinggal yang terbaik, malam ni kemas barang barang Thilla okey? Esok pagi pagi, kita bertolak." ujar Encik Althaf.

"Thilla dah agak, mommy dengan daddy pun nak tinggalkan Thilla kan? Macam atuk dan nenek. Mereka berdua juga pernah janji tak nak tinggalkan Thilla tapi mereka pergi juga." lirih anak itu berkata.

"Kami pergi tak lama, lepas dua tahun kami akan kembali
" pujuk Puan Kejora.

"Atuk dan nenek pun janji pergi dua minggu jer, tapi sudah 3 tahun nenek dan atuk tak kembali." kata Athilla sedih.

Datuk dan Nenek Athilla meninggal akibat cuaca sejuk sewaktu mengunjungi Kota Mekah untuk menunaikan umrah pada akhir tiga tahun yang lalu. Puan Kejora dan suaminya yang mengambil alih tugas menjaga Athilla.

ATHILLA,( 8 tahun ) melipat pakaiannya satu persatu lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg luggage miliknya yang berwarna kuning. Beberapa helai uniform sekolah yang baru dan sepasang kasut sekolah turut dimasukkan ke dalam beg itu. Athilla memasukkan juga bantal busuk miliknya dan beberapa teddy bear saiz sederhana. Entah bila lagi Athilla akan menjejakkan kakinya ke rumah mewah bak istana itu.

"Cepat Thilla, kita nak jalan jauh ni!"jeritan Encik Althaf menggegarkan seluruh ruang rumah lima tingkat pada pagi Itu.

Athilla menarik beg luggage itu dan masuk ke dalam sebuah lift peribadi di rumahnya. Bilik Athilla terletak di tingkat empat.

"Mommy Thilla kat mana pula ni?"Encik Althaf membebel. "Oh my darling, where are you???"Encik Althaf melaungkan dengan nyaring seperti watak Hrithik Roshan melalui lagu Oh My Darling Dari filem Bollywood terkenal, Kabhi Khushi Kabhi gam itu.

"I am coming darling"balas Puan Kejora dengan nada yang sama. Dia memakai blaus berbunga bunga dengan scarf kecil berwarna biru muda sekadar untuk melindungi rambutnya daripada kelihatan.

"Bukan main cantik Puan Kejora kita ni kan, Thilla?"soal encik Althaf.

"Barulah sepadan dengan Encik Althaf yang tampan bergaya ni. Orang luar tengok, mesti dorang kata Thilla ni anak angkat mommy dan daddy saja."rajuk anak berusia 8 tahun itu.

"THILLA tak kisah kan tinggal di rumah anak yatim tu nanti untuk sementara waktu?"soal puan Kejora sewaktu dalam perjalanan.

"Tak da beza kan tinggal di rumah kita atau di rumah anak yatim? Thilla tetap sorang sorang juga, tapi di rumah anak yatim tu nanti Thilla boleh dapat ramai kawan."ujar Athilla.

"Tak lama pun okey, cukup dua tahun mommy dan daddy akan balik ambil Thilla.

Tak lama mereka tiba di rumah Sinar Kasih, sebuah rumah anak yatim persendirian dimiliki oleh seorang wanita kaya yang tidak memiliki cahaya mata.
Dato' Aida mungkin sudah memiliki segalanya tetapi bukan kebahagiaan anak. Suaminya juga telah meninggalkan Dato' Aida kerana dituduh mandul oleh mentuanya. Kini Dato' Aida menjaga 200 orang anak yatim pelbagai bangsa daripada usia satu hari sehingga usia 18 tahun. Selepas anak-anak jagaan Dato' Aida menamatkan pengajian di peringkat tertinggi, mereka diserap bekerja di syarikat Dato' Aida dalam pelbagai sektor, baik, bidang masakan, hospitality, konstruction, publication, production house dan sebagainya untuk menimba pengalaman kerja.

Oleh kerana Encik Althaf menerima peluang pekerjaan di luar negara dan mengajak puan Kejora untuk pergi bersamanya, maka terpaksalah mereka berdua meletakkan Athilla di rumah anak yatim itu. Mereka tahu Dato' Aida akan membiayai kos persekolahan dan pertukaran sekolah Athilla termasuklah soal pengangkutan ke sekolah Athilla.

"Thilla, mommy dan daddy balik dulu okey? Ini duit untuk belanja sekolah Thilla, nanti daddy masukkan lagi dalam akaun bank Thilla untuk kecemasan. Ini kad ATM bank Thilla dan ini pula telefon untuk Thilla call daddy, nombor mommy dan Daddy dah ada dalam tu. Ingat ya kalau Thilla dibuli, lapor pada Dato' Aida okey?" pesan encik Althaf.

"Ok daddy, mommy."sahut Athilla.

Encik Althaf dan Puan Kejora meninggalkan Athilla di situ untuk kembali ke rumah, mereka perlu bersedia untuk terbang ke Switzerland. Mereka sengaja pergi sebulan lebih awal untuk bersiar siar di sana terlebih dahulu. Athilla termenung di beranda rumah Sinar Kasih. Umumnya rumah perlindungan itu seperti sebuah rumah kampung yang besar dengan beberapa buah bilik umpama asrama. Ada tiga asrama iaitu asrama lelaki, asrama perempuan dan asrama pekerja perempuan sementara, pekerja lelaki pula tinggal di sebuah rumah asing di dalam kawasan pagar rumah Sinar Kasih. Waktu itu sudahpun masuk waktu makan tengahari, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendekati Athilla.

"Adik jangan sedih okey, Kak Lina akan jaga adik seperti adik kak Lina sendiri. Tapi kalau ibu bapa adik masih hidup, kenapa Adik masuk rumah anak yatim ni?"soal Zalina yang menyaksikan perbualan Atillia dengan Kejora dan Althaf.

"Mereka tu bukan ibu bapa saya, mereka cuma bapa dan ibu saudara saya. Mereka nak pergi bekerja ke luar negara dan saya tak nak ikut lagi dah. penat la Nak pindah pindah sekolah ni, Kak Lina anak yatim ya?"soal Athilla.

"Ya, kak Lina di jumpai oleh Dato' Aida di tempat pembuangan sampah. Sejak Hari itu, inilah dunia akak dan inilah home sweet home Kak Lina. Jom teman Kak Lina makan boleh?"ajak Lina.

Athilla bangun dan pergi bersama Zalina. Setidaknya Athilla ada teman untuk mencurahkan perasaan hatinya.

Di satu tempat yang berlainan;

"Lepaskan aku! Mama, papa, tolong Raz!" jeritan anak kecil itu semakin sayup-sayup kedengaran.

"Huh! Diam pun budak ni dari tadi menjerit. Sakit telinga aku ni!"adu Zamani.

"Apa kita nak buat dengan budak ni, bro?"soal Salim.

"Nanti bila jumpa pondok telefon kau berhenti kejap aku nak call papa dia minta wang tebusan, "balas Zamani.

"Agak-agak kau kan, berapa banyak wang kita boleh dapat?"soal Salim.

"Aku takde nak minta banyak cuma RM 10 juta je. Aku lima juta, kau pun lima juta. Lepas dapat duit, kita lari jauh-jauh. "balas Zamani.

Zamani dan Salim sudah lama mengintip pergerakan anak kepada usahawan terkenal itu. Pagi itu mereka nampak Raz keluar sendirian menuju ke sebuah taman dengan menaiki basikal. Pada waktu itu mereka telah memaksa Razak untuk masuk ke dalam kereta mereka sebelum ditekup menggunakan plastik hitam. Razak menjerit ketakutan dan tiba-tiba membuat keputusan untuk mematikan dirinya sendiri.

"Budak tu diam jer. Cuba kamu Check agaknya dah mati!"arah Salim.

Zamani membuka plastik hitam yang digunakan untuk membungkus Razak. ( 8 tahun ).

" Dia dah tak bergerak la Lim, macamana ni?"soal Zamani.

"Campak keluar saja!" balas Salim.

Zamani melempar Razak yang disangkakan sudah mati itu.

Razak mengeraskan badan, dia tahu badannya akan sakit tapi dia rela asalkan dia dibebaskan.
"Aduh sakitnya, ya Allah!"jeritan Razak sangat kuat dan didengari oleh encik Roslan. Roslan sedang memancing di sebatang anak sungai yang terletak berdekatan dengan lebuh raya itu. Roslan mendengar jeritan anak kecil itu dan menemui Razak yang berbungkus di dalam plastik hitam itu lalu Roslan membawa Razak pulang ke rumahnya untuk dirawat.

RAZAK membuka mata apabila ada tangan kecil menekan hidungnya. Matanya terbuka dan melihat seorang gadis comel mungkin berusia enam tahun sedang tersenyum ke arahnya.

"Abang dah bangun?"soal gadis itu.

"Raz dah bangun lama dah. Raz dahaga, nak minum boleh?"soal Razak.
"Ibu... budak ni nak air "jerit si gadis itu lalu berlari keluar. Kemudian gadis itu kembali bersama ibunya.

"Kamu ingat nama kamu?"soal Puan Zubaidah.
"Nama saya Raz!"balas Razak.

"Kamu ingat apa yang jadi?"soal Puan Zubaidah lagi.

"Raz nak air, dahaga."ujar Raz.

Gadis kecil tadi menyerahkan segelas air kepada Razak.

"Raz nak makan tak?" tanya Zubaidah lagi.

Razak mengangguk.

"Kamu boleh mandi dalam bilik air sana tu nanti makcik bagi baju anak lelaki makcik untuk kamu pakai. Mak cik nak pergi siapkan lauk dulu. Sikit lagi kita makan okey? Pak Cik Lan pun akan tiba tak lama lagi. kata Puan Zubaidah sambil menghulurkan sehelai tuala kepada Razak.

Razak masuk ke bilik air dan mandi. Ada beberapa tempat di badannya luka dan lebam akibat dicampak keluar dari kereta yang bergerak laju semalam.

Sebaik keluar dari bilik air, gadis kecil itu menghulurkan sepasang baju kanak kanak lelaki kepada Razak. "Ibu bagi baju Abang Rosdi ni pada abang." ujarnya.

"Apa nama adik?"soal Razak.

"Nama kita Shilla," balas Roshilla.

2023;

Athilla ( 18tahun )

Athilla mengemas semua barang barangnya yang penuh di atas meja perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buku buku yang sudah tidak diperlukan di simpan ke dalam troli dan ditolak ke tepi dinding, pagi esok pustakawan akan menyimpan buku buku itu di tempat yang sepatutnya. Athilla menjeling jam di tangannya.
"Alamak, sudah jam 10 malam!" kata Athilla pada dirinya. Itulah sifat seorang Athilla bila sudah fokus dengan tugasannya, dia akan terleka dan terlupa akan masa. Selesai mengemas meja yang digunakan olehnya tadi Athilla keluar dari perpustakaan di universiti tersebut. hasil daripada keputusan SPM yang cemerlang Athilla kini sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan pengkhususan TESL, Athilla mahu balik ke rumah anak yatim Sinar Kasih dan menabur bakti sebagai guru di sana. Athilla berjalan di lorong gelap tanpa cahaya sambil mulut terkumat kamit membaca surah surah lazim.

"Baca ayat sebab takut hantu ya cik adik?"suara seorang pengawal keselamatan berbangsa Bangladesh ditangkap oleh telinga Athilla. Dia berharap agar lelaki itu tidak mengganggunya. Namun Ali Khan menganggap tingkah laku Athilla yang berdiam diri itu sebagai panggilan untuknya terus mendekati gadis cantik itu.

"Abang teman adik manis ya? Jom kita minum minum dulu,kita ngete(Ngeteh)."ujar Ali Khan dengan pelat Bangladesh yang kuat.

"Jangan ganggu saya!" suara Athilla naik seoktaf tinggi daripada biasa.

"Woi jangan ganggu dia!" Jeritan pelajar lelaki itu umpama seorang penyelamat bagi Athilla.

Ali Khan berlari menjauhi Athilla.

Saat melihat wajah gadis yang ditolong tadi Andi terkejut. "Kau serius Raz? kau sedar tak siapa yang kau dah tolong ni?" soal Andi.

"Ya aku memang nak tolong dia." ujar Razak.

"Maksudnya, kau memang nak tolong anak yatim miskin ni?" kata Andi.

Ya, Athilla terkenal di universiti tersebut sebagai seorang anak yatim yang miskin. Demi untuk mendapatkan duit bagi membuat assignment, Athilla akan mengambil upah mencuci pakaian daripada pelajar perempuan di universiti itu. Athilla mengambil upah sebanyak RM 10 untuk sehelai pakaian, dan ramai pelajar perempuan yang malas untuk mencuci pakaian mereka sendiri akan menggunakan khidmat Athilla.

Walaupun Encik Althaf sentiasa memasukkan wang kepada Athilla setiap bulan, Athilla tetap memilih untuk bekerja. Dia sedikit pun tidak kisah dengan cacian dan hinaan daripada semua pelajar lain. "Aku buat kerja halal kenapa aku nak rasa malu?" fikir Athilla, Dia sebenarnya sudah ada rancangan dengan semua wang pemberian Encik Althaf yang terkumpul di dalam akaun simpanannya.

***********

"Terima kasih dah tolong saya," ujar Athilla.

"Kenapa balik lewat? Jom saya teman awak sampai ke kolej kediaman awak," ujar Razak.

"Saya siapkan assignment tadi, tak perasan dah lewat malam"balas Athilla.

"Saya Razak, panggil Raz jer okey?Jom teman saya makan malam dulu," ajak Razak. Dia tidak lapar tapi dia tahu gadis itu sedang kelaparan.

"Siapa tak kenal Raz di UKM ni? Awak kan pelajar popular, pintar dan tampan serta kaya, tapi maaf saya tak boleh teman awak."ujar Athilla.

"Awak lapar kan, saya tahu awak belum makan lagi, jomlah saya belanja!" Razak mendesak.

"Hoi, aku ni kau tinggalkan Raz, sampai hati!" rajuk si Andi yang tertinggal di belakang.

"Kau kan anak jantan Andi, mengada betul. Nama awak Ila kan?" soal Razak kepada Athilla.

"Nama penuh saya ialah Athilla. Ikut suka awak nak panggil apa pun tapi jangan panggil 'Woi' atau 'Hoi'macam tadi". sinis jawapan Athilla.

"Ok sayang, jom teman abang makan," ajak Razak lagi.

"Huh!, sayang? Abang?"soal Athilla.

"Awak cakap saya boleh panggil apa apa saja kan?"balas Razak.

"Ok kita pergi makan tapi please panggil saya Thilla saja." ujar Athilla.

Malam itu, Razak berjaya makan malam bersama Athilla, gadis yang sudah lama dikaguminya. Razak suka melihat keaslian wajah Athilla yang bersih daripada semua jenis warna mekap, Athilla memiliki kecantikan yang asli dan tidak sombong. Sudah lama Razak mencari peluang untuk berbual dengan Athilla. Apabila melihat kelibat Athilla menuju ke perpustakaan tadi, Razak sudah mengecamkan warna baju Athilla dan apabila Razak melihat Ali Khan mengganggu gadisnya, dia dengan pantas menghulurkan bantuan kepada Athilla. Razak tahu semua kawan-kawannya tidak menyukai Athilla, gadis yang paling miskin itu. Tetapi Razak dengan pendiriannya sendiri.

republished after editing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience