POV Athilla,
Aku tak tahu nak memanggil kejadian yang berlaku baru-baru ini sebagai satu bala atau keberuntungan.
Semasa aku diganggu oleh Ali Khan, security guard asal Bangladesh itu, muncul seorang lelaki yang gagah membantu aku. Lelaki yang aku kenal sebagai Razak ni memang seorang husband material, selain berwajah kacak persis hero filem dan model dari Turkiye, Razak juga anak seorang usahawan terkemuka tanah air. kerap kali aku menemui kumpulan pelajar perempuan yang bercerita tentang Razak.
"Kalau aku nak pilih suami, semua Ciri ciri yang aku mahu ada pada Raz"ujar seorang pelajar perempuan.
"Kau suka dia sebab dia tampan bergaya atau sebab duit dia?"soal kawan kepada pelajar tadi.
"Suami aku tak tampan pun tak pe, supaya tak ada perempuan lain boleh sondol dia,tapi yang paling penting ni,ni, ni mesti tebal"balas gadis pertama tadi menepuk nepuk peha di bahagian poket seluar Jeans yang dipakainya beberapa kali. Aku tahu dia memaksudkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Razak.
Malam itu Razak mendesak aku untuk menemaninya makan. Walaupun aku sedar kawan baik Razak yang sedang bersamanya ketika itu memandang aku dengan pandangan jijik tetapi Razak tetap melayan aku dengan baik, bohong jika aku kata perasaan dan naluri kewanitaanku tidak tersentuh dengan perhatian sebegitu. Aku masih seorang wanita muda yang menanti kehadiran cinta. dan imam untuk diriku sendiri.
Razak meluahkan perasaan suka kepadaku, Aku gembira tetapi tidak menunjukkan riak suka itu kepadanya dan pada malam itu juga Bilik aku didatangi oleh Nina. pelajar perempuan paling kaya dan paling cantik di Universiti aku itu.
Aku tahu niat Nina datang bukan untuk berkawan atau beramah mesra dengan pelajar paling miskin di sini.
"Aku datang nak minta kau tolong cucikan baju aku ni boleh?"Soal Nina, kasar.
"Maaf Nina, masih banyak pakaian milik pelajar lain yang perlu saya cuci"balas aku.
"Halah halah, Aku bayar kau seratus, Ni tengok ni"Nina melayangkan kertas berwarna ungu itu di depan muka. Aku masih perlukan RM 100 Untuk menyelesaikan tugasan Encik Farouk lalu aku mempertimbangkan semula keputusan untuk mencuci pakaian Nina demi untuk mengumpul modal demi tugasan kuliahku. Sudah lebih 3 bulan daddy tak mengirim wang belanja tapi mujur Aku sudah memulakan perniagaan cuci pakaian di asrama ni.
Apalah agaknya Yang sudah berlalu keada mommy dan daddy diNew Zealand Sana tu"batinku bermonolog.
Althaf dan Kejora cuma berada di Switzerland untuk 2 tahun, kemudian Althaf ditugaskan ke beberapa buah negara lain setelah itu, kini keduanyasedang berada di New Zealand pula.swjak memasuki sekolah menengah, Athilla meminta agar Dato' Aida menghantarnya ke sekolah berasrama supaya dia dapat belajar dengan lebih tenang. kini semuanya mudah bagi Athilla setelah lebih dari 10 tahun hidup berdikari di asrama,iairu sedari umurnya 8 tahun lagi.
"Baiklah saya akan cucikan"balas Aku.
Nina keluar dari bilik aku dan masuk kembali dengan satu bakul pakaian kotor.Aku sebenarnya mengenakan kadar bayaran sebanyak RM 10 untuk sehelai pakaian namun dalam bakul itu nampaknya ada lebih dari 10 helai.
"Nina, maaf, kadar bayaran saya RM 10 untuk sehelai pakaian, lagipun saya cuci, keringkan , gosok dan lipat semua pakaian sebelum diserahkan kepada pelanggan saya, pakaian yang awak bawa ni terlalu banyak. saya akan pilih 10 helai saja untuk di basuh boleh? soal ku.
"Menjalankan perniagaan cuci baju secara haram pun demand tinggi ek kau ni, apa agaknya tindakan chansellor dan warden bila tahu ada pelajar Buat perniagaan haram di universiti ini, Apatah lagi jika sudah disiarkan melalui media cetak, satu negara akan memandang buruk kepada pihak pengurusan UKM tahu tak?"ugut Nina.
Dan aku terpaksa menyetujuinya kerana dia mempunyai Ibu bapa yang berkuasa, sedangkan aku cuma dianggap sebagai seorang anak yatim yang miskin.
Tidak cukup dengan provokasi di dalam bilik aku Nina mengganggu aktiviti mencuci aku di bilik cucian.
Katanya untuk melihat adakah aku mencuci pakaiannya dengan betul atau tidak. Namun kemudian Nina mempertanyakan tentang makan malam aku bersama Raz.
"You tak sepatutnya terima ajakan Raz, sepatutnya you tolak, tapi... I rasa you mesti terima ajakan Raz sebab you pun sukakan dia dan you nak hidup mewah di sini sebagai kekasih anak seorang hartawan seperti Raz betul tak?"Nina berkata lancang .Nina sedang menghina aku, "i bukan macam tu"jerit aku
"cepat sikit basuh baju I ni kalau you nak bayaran penuh. pukul 6 pagi esok i nak tengok baju ni semua dah siap bergosok dan terlipat kemas atas katil i ok, kalau tidak lupakan hasrat you untuk pegang RM 100 ni"Nina menayangkan note kertas berwarna ungu itu dihadapan wajahaku.
"Baju ni semua basuh tangan Nina, i perlu sidai seharian esok untuk keringkannya baru I boleh gosok dan lipat. pagi lusa I boleh letakkan atas katil you ya?"Aku cuba memohon pertimbangan dari Nina.
Tetapi dia tetap memprovokasi aku dengan meminta aku menyental seluar dalamnya sehingga bersih.
"Bukankah Nina anak jutawan dan kononnya moden, apa dia tak pernah tahu tentang panty liner yang boleh digunakan untuk mengelakkan seluar dalam menjadi kekuningan?"kutuk aku cuma di dalam fikiran ku.
Akibat provokasi itu aku merendam pakaian Nina tanpa sabun dari pukul 12 tengah malam dan dia menyedarinya hanya pada pukul 6 pagi. Keras jeritan Nina, memanggil namaku dan aku baru sahaja mengucapkan salam untuk solat fardhu subuh ketika itu. Syahadah satu satunya kawan yang aku punya datang bertanyakan tentang Nina dan Razak.
Aku tahu Syahadah menyukai Razak, berbinar matanya bila menyebut nama Razak. keesokan harinya Aku kembali ke perpustakaan dan duduk di tempat biasaku, seorang pelajar lelaki kelahiran Jogja mendekatiku dan cuba memberi amaran tentang suatu komplot untuk menjahiliku.
Apa dia fikir aku tidak tahu semua orang di sini tidak menyukaiku dan selalu mencari cara untuk melakukan kejahatan kepadaku. Lelaki ini seperti memiliki identiti berganda, aku perlu berwaspada. Semasa aku mahu kembali ke asrama untuk menggosok pakaian Nina yang telah kering,
Razak memberhentikan aku .
Ya aku cuma merendam pakaian Nina untuk memberikan pelajaran kepadanya supaya tidak menindas sewenangnya. Pakaiannya telah siap aku cuci dan sidai, petang tadi aku sudah angkat jadi malam ini aku akan menggosok dan melipat pakaian Nina itu. Namun kini Razak menahan aku cuma Untuk menemaninya makan malam.
Aku lantas bersetuju tapi memberi alasan bahawa aku mahu tukar pakaian terlebih dahulu.
Aku berlalu ke asrama pelajar perempuan dan menemui Nina.
"Nina... Razak cakap dengan I dia nak ajak you pergi makan malam"ujar ku, Aku mahu menunjukkan kepada Nina bahawa Aku tidak tergila gilakan Razak seperti tuduhannya sebelum ini.
"wow really,kat mana Raz sekarang?"soal Nina.
"Depan vending machine susur ke library sana"balasku
"Temankan I kesana please 'rayu Nina.
"I nak gosok dan lipat baju you Nina"ucapku memberi alasan.
"You bagi pada hujung minggu pun tak apa I tak rushing nak guna baju baju tu"pujuk Nina.
Aku nampak tatapan tajam Razak selepas melihat Nina tiba di tempat dia menungguku. Aku meminta diri untuk menggosok baju Nina
Kata kata tajam seperti mata Gillette dilontarkan oleh Elias, salah seorang buddy Razak. tetapi Elias sendiri bukan seorang anak orang kaya seperti yang dia perbesarkan. Bapa Elias cuma seorang pengawal peribadi kepada Perdana menteri Malaysia, oleh kerana bapa Elias berjalan bahu membahu bersama Perdana Menteri, Elias merasakan keluarganya setanding dengan semua keluarga hartawan yang ada di Malaysia.
Aku baru selesai menggosok baju Nina dan mahu melipatnya tetapi Mazleen, junior dari bilik sebelah memberitahu bahawa Razak sedang menunggu aku berdekatan kafeteria asrama. Aku pergi juga kerana menurut kata Mazleen, Razak akan menceroboh masuk ke dalam asrama jika aku tidak pergi menemuinya.
Sekali lagi Razak membuat aku rasa geram dengan tindakannya. Aku naik semula ke bilik selepas berjumpa dengan Razak, sebaik pintu dibuka, Syahadah sedang elok berbaring diatas katil aku, tidak ada yang mencurigakan bagi aku kerana Syahadah memang selalu datang ke bilik ini. Tiba tiba aku melihat pakaian Nina dalam keadaan yang kusut dan sekarang aku perlu menggosok semula pakaian Nina dan melipatnya dalam tempoh 35 minit.
Tok... tok... tok...
"Thilla, Nina ni, baju I dah siap ke?"suara Nina terdengar dari balik pintu.
Alamak Nina dah sampai apa perlu aku lakukan sekarang, tadi dia kata boleh hantar pada hujung minggu, kenapa pula ni?"fikirku.
apakah yang perlu Athilla lakukan sekarang. update esok petang sikit ya, ada komen tak setakat ini. Che da dah ambil keputusan untuk tak lock novel ini tapi next novel akan di locked.
Share this novel