Athilla...! tunggu, panggil pemuda itu.
Athilla menghentikan perjalanannya lalu berpaling sambil tersenyum melihat ke arah insan yang memanggil namanya.
"Raz...hai,"sapa Athilla.
"Tak pergi ke library ke?"soal Razak melihat haluan langkah Athilla menuju ke arah asrama pelajar perempuan.
"I dah mula rasa bosan nak study di library, so I fikir nak balik dulu"balas Athilla.
"Jom teman I pergi minum dulu"Razak mahu mencapai tangan Athilla tetapi Athilla menarik tangannya ke belakang tubuh. Razak tergamam dengan tindakan Athilla itu.
"Mengapa Athilla menjarakkan diri daripada aku, aku ada buat salah ke?"fikir Razak.
"No, sorry, I dah kenyang lepas makan malam tadi, I baru dapat bayaran daripada beberapa orang pelanggan I so dapat makan nasi goreng USA hari ni. siap order teh o ais juga, dah lama tak makan sedap"kata Athilla menepuk nepuk perutnya yang sedikit membuncit itu. Razak tersengih melihat gelagat Athilla yang selamba itu.
"Sayang... please teman I dinner, I belum makan lagi"pujuk Razak.
"Ok, boleh, you tunggu disini ok, I pergi tukar baju sekejap."kata Athilla.
"Razak tersenyum. dia mahu meluahkan perasaan cinta terhadap Athilla selepas mereka makan malam. Razak mahu menambat Athilla dalam satu hubungan percintaan yang tulus dan suci sehinggalah selepas mereka berdua menamatkan pengajian... Razak mahu melamar Athilla untuk dijadikan sebagai isteri .
"Dia anak yatim mudah sikit urusan pernikahan nanti"monolog Raz memerhati Athilla berlari lari kecil ke asrama pelajar perempuan.
****
"Macam mana Lias?"soal Andi.
"Raz dah datang dulu kacau aku nak menjalankan misi."lapor Elias.
"Sudahlah Lias tak berani cakap tak berani tak perlu Beri alasan ada Raz pula"cabar Azlan
"Yo guys buat apa?"Razak menyedari kawan kawan sebiliknya berada berdekatan perpustakaan yang sangat tidak boleh untuk dipercaya.
"Raz... jom"tersentak Razak mendengar suara itu. Kepala Razak digerakkan secara perlahan lahan ke belakang. Nina tersenyum meleret. di belakang Nina Athilla tersenyum sambil berpeluk tubuh.
"N nak p pe per pergi mana Nin?"soal Razak gugup.
"Athilla beritahu I you nak belanja I makan so I am here sebab I perlu temankan you.But lepas dinner kita tengok tayangan larut malam nak tak"kata Nina.
Razak menjeling geram kearah Athilla.
"Thilla you boleh balik ok, pakaian I you boleh send sebelum pukul 6 pagi tak?"soal Nina.
"Ya boleh, balik kelas petang tadi I tengok baju you dah kering semua sekarang I nak pergi gosok dan lipat baju you, dan I akan semburkan pewangi pakaian semasa menggosok untuk menghilangkan semua bau yang tidak menenyenangkan akibat rendaman sebelum ini"ujar Athilla"Kalau you boleh siapkan Malam ni I bayar you lebih,"balas Nina melebarkan senyumannya.
Perbualan itu didengar oleh Elias lalu dia berkata.
"Semua pelajar masuk universiti untuk mendapatkan ijazah bukan untuk mencari duit duit secara haram begini, perbuatan kau ni memalukan nama baik UKM ni tahu tak?"selar Elias..
"Elias, jaga mulut kau "arah Razak geram.
"Kalau aku tak nak jaga mulut aku kau nak tolong jagakan ya?"soal Elias.
Athilla berlalu dari situ dengan cepat. Nina bergayut di lengan Razak sebaik Athilla pergi.
"Jom baby, I dah lapar ni"ajak Nina.
"I dah tak ada duit dan I sebenarnya cuma nak makan roti tisu di kedai mamak depan tu "kata Razak.
"Kedai mamak Biy,No no no, Biy tak boleh makan kat situ, you tak tengok video tiktok ada tikus makan ayam goreng di salah sebuah kedai mamak,"kata Nina dengan ekspresi geli.
"Kejadian itu bukan berlaku di kedai depan ni, video tu di ambil di tempat lain. lagipun I dah tak ada duit "kata Razak.
"Biy kenapa bawa Honda, Audi you mana?"soal Nina.
"I hantar service, tak nak naik pun takpe, Andi pinjam superbike kau jap "ancam Razak.
"Bike! Hell No Raz!. ok let's go,"Nina masuk ke dalam kereta seat sebelah pemandu setelah dibukakan pintu oleh Razak.
"Raz, jom makan di the chicken rice shop, no worries I belanja"ujar Nina.
Setelah tiba di kedai pilihan Nina dan Nina telah masuk ke dalam kedai tersebut, Razak memandu pergi ke kedai mamak meninggalkan Nina di situ.
Tak lama telefon Razak berdering.
"Raz you pergi mana I dah order nasi combo untuk 2 orang"kata Nina.
'I dah cakap I nak makan di mamak, so you makan makanan you dan I will be eating mine"balas Razak.
"Macamana I nak balik ni?"soal Nina,
"You ada duit kan, tahan jer teksi or order Uber Nina...
Nina nak mengamuk bila mendapat balasan itu tetapi membatalkan hasratnya. Nina membuat panggilan kepada seseorang.
Nina, melihat Jam di telefon pintarnya.
Dia mula merasa marah kerana orang yang ditunggu-tunggu masih belum tiba Nina sudah pun mendaftar masuk ke sebuah hotel untuk menunggu selingkuhannya itu.
tak lama bell bilik hotel berbunyi. Nina memasang senyum manis dan membuka pintu.
"Masuklah" ajak Nina, lelaki itu memeluk dan menyambar bibir Nina.
"Bila You nak tinggalkan Raz baby, dia dah tak ada apa apapun , Bisnes ayah dia pun dah tak berapa nak untung. Dan kalau You nak tahu Audi Raz pun dia dah jual Untuk buat belanja semester ni. "ujar lelaki itu.
"Kenapa dia bodoh, kenapa dia tak jual kereta lHonda tu saja" kutuk Nina.
"kereta Honda tu milik sepupu dia,itu kereta pinjam saja baby "ucap lelaki itu lagi.
Nina memeluk lelaki itu dengan lagak manja. Kalau I tinggalkan Raz you boleh bagi apa saja yang i nak kan?"soal Nina.
"Anything for you baby."balas si jejaka penuh menggoda.
Nina menyambar bibir selingkuhannya itu. Si lelaki bertindak menggigit bibir Nina akibat geram dengan aksi menggoda Nina.bibir Nina terluka akibat ulah lelaki itu.
Razak kini sudah berada dihadapan asrama pelajar perempuan dan meminta seorang pelajar junior untuk memanggil Athilla.
Athilla terpaksa pergi berjumpa Razak kerana Razak meng ugut akan menceroboh masuk ke dalam asrama pelajar perempuan jika Athilla tidak keluar bertemu dengannya.
Seorang pelajar perempuan telah menyelinap masuk ke dalam bilik Athilla dengan niat jahat setelah melihat Athilla berlalu keluar dari biliknya. Dia memerhati sekeliling bilik Athilla dengan menutup hidung menggunakan tangan.
"Bilik busuk panas lagi macamana dia boleh tidur dalam bilik begini"fikir si penceroboh.
***
"Ada apa nak jumpa I?"soal Athilla mendatar.
"Sayang.. kenapa ni, apa salah yang Raz dah buat pada Sayang ni?"soal Razak memasang wajah hampa.
"Siapa yang awak panggil sayang. kat mana awak dah buang Nina, itu kan sayang awak, "selar Athilla.
"I dah cakap dengan you bahawa I cintakan you Thilla dan ianya tulus ikhlas dari lubuk hati I yang paling dalam."Ujar Razak sedikit merayu.
"Siapa yang You nak bodohkan Raz, Nina dah cerita semuanya pada I,you cuma Pura pura baik untuk mempermainkan hati dan perasaan I sahaja. I tak sepatutnya keluar dengan you dari awal, dah ramai yang beri amaran pada I supaya tidak rapat dengan you,now can you go, I have works to do"kata Athilla.
****
"Babe cepat keluar dia dah nak naik ke bilik"suara dari kawan yang sedang memerhatikan Athilla tidak mengejutkan si penceroboh. Dia tetap santai berada di dalam bilik Athilla.
Athilla membuka pintu biliknya dan bertanya.
"Macam mana You boleh masuk dalam bilik i?"soal Athilla.
"You tak kunci pintu ke keluar tadi masa i sampai pintu bilik you tak berkunci so I tunggu dalam ni risau ada orang menceroboh.
"No!!!!!!"jerit Athilla.
republished after editing.
Share this novel