3 Cabar

Mature Content Series 9126

“ARTEKZ?” Senyum di wajah tampan itu bukan senyum biasa. Senyum yang mengundang cabar. “Kau memang dah tak reti nak sembunyikan sikap mata duitan kau tu ke?”

Tenang, Ayrabelle balas tatapan Ezra Ashraff. Wajah sinis, jelas terpancar jahatnya.

“If you’re not willing, don't ever cross the line, Mr Ezra Ashraff.”

Dan dengan sengaja, tangan Ayrabelle menepis cawan kertas berisi air koktail di atas meja kopi, terpelanting ke arah Ezra Ashraff. Senyuman Ayrabelle melebar.

“Ops, my bad!”

Ezra Ashraff membungkam. Tangan yang masih bersilang di dada digenggam erat. Bukan kerana separuh pakaiannya basah. Tapi wajah jelita itu, senyum tipis penuh mencabar itu… membakar seluruh tubuhnya. Liuk tubuh itu saat diputar ke belakang, juga saat melenggok pergi… mencabar kelelakiannya. Semua tentang wanita itu… hampir buat dia gila!

“Belle, wait!”

Ezra Ashraff tersentak. Mata tajam menikam sebatang tubuh sasa yang sedang mengejar Ayrabelle. Mata terpicing. Siapa lelaki itu? Punggung hampir terangkat, mahu kejar tetapi niat segera dibantutkan apabila lihat beberapa pasang mata yang ada di situ terpaku ke arahnya.

“Belle, tunggu!” Hafiy Aden kejar tergesa-gesa.

Ayrabelle tidak perlahankan langkah walaupun jeritan Hafiy Aden jelas di pendengaran, malah semakin dilajukan.

Ayrabelle menghampiri keretanya. Baru hendak menarik pemegang pintu kereta, satu tangan menahan pintu dari terbuka. Pantas Ayrabelle menoleh. Wajah macam mahu terkam orang.

“What the hell, Aden?!”

“Listen here, Miss Belle. Since aku yang diberi tanggungjawab untuk jaga keselamatan kau, ada benda yang aku nak kau dengar.” Pandangan mereka bertaut beberapa saat.

“This isn’t an order, Belle. This is a request. First, don’t ever leave without notifying me. And lastly… stay close. At the very least, one meter from me.”

Ayrabelle menjurus tatapan tajam sebelum tersenyum sinis. “Starting tomorrow… you are fired, Hafiy Aden!”

Hafiy Aden menghadiahkan senyuman manis. Pengalaman cukup mengajarnya. Api jika dibalas dengan api, yang tinggal hanyalah kemusnahan. Tetapi jika api dilawan dengan air yang tenang, sejuk, dan sabar mengalir… api itu akhirnya akan padam.

“Are you sure you want to fire me? I’ve got something you wanted, Belle.”

“And what’s that?” Ayrabelle acuh tak acuh. Malas melayan.

“Satu-satunya anak lelaki Haidar.”

Ayrabelle tersentak. Dua tahun dia dan Syakilla cuba mengesan jejak lelaki itu, tidak pernah berjaya walaupun khidmat seorang penyiasat profesional digunakan. Lelaki itu buat hanya dalam beberapa hari, mustahil!

“Apa maklumat yang kau dah dapat?”

“Later, Belle. Tak sesuai bincang di sini. Go home, have a good rest.” Dengan penuh gentleman, Hafiy Aden menarik pintu kereta, membukanya luas lalu beri isyarat untuk Ayrabelle masuk.

Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata, marak menyala yang sedang tajam memerhati.

“Ayrabelle Hawra, how dare you…” jemari mengepal erat.

PAGI itu, Ayrabelle keluar rumah agak tergesa-gesa. Ada mesyuarat penting yang perlu dihadiri. Langkah lajunya mendadak mati apabila sebatang tubuh sasa, begitu santai menyandar di badan keretanya. Kemeja kelabu, slack licin hitam, cap baseball hitam dan cermin mata gelap. Sekali pandang, macam ketua kawasan. Dua kali pandang, macam model runaway. Tiga kali? Ah, Ayrabelle buang wajah.

“Morning, Miss Belle. Nak ke pejabat?”

Ayrabelle mendengus halus. Langkahnya tenang ketika dia mendekati Hafiy Aden.

“Kenapa datang? Tak jelas ke apa aku cakap semalam?” Sinis, tubuh dibongkokkan, wajah sengaja dirapatkan.

Hafiy Aden hanya senyum tenang. Dan ketenangan itu makin membakar Ayrabelle.

“Miss Belle, you don’t have the right to fire me. Aku sign kontrak dengan Syakilla. Kontrak tu cuma terbatal dengan persetujuan kami berdua. Basically, you’re the client. Just a client.”

“Really? Duit aku yang bayar kau, Aden!”

“My client, it’s normal to pay for my service. I don’t provide free service.”

Damn this man! Ayrabelle menyumpah dalam hati. Atas bawah dia pandang Hafiy Aden, dah macam mahu telan orang ekspresi wajahnya ketika itu.

“Kau fikir aku tak boleh ubah semua tu? Aden, semua tu cuma kontrak atas kertas.”

“Still… breaching the contract will only hurt your reputation, Belle.”

Ayrabelle ketap rahang. Dada berombak halus. Nafas tak sekata. Hafiy Aden tersenyum, melirik jam di tangan.

“Kalau kau tak gerak sekarang, kau mungkin akan terlambat. Kau sangat tegas tentang pengurusan masa pada staf kau kan?”

Ayrabelle pandang tajam sebelum bergegas masuk ke dalam perut keretanya. Bibir terherot menahan berang. Siapa sebenarnya lelaki itu? Diam-diam dia curi pandang melalui cermin pandang belakang. Harus dia akui, lelaki itu memang bijak. Bijak mematahkan setiap ayatnya. Damn!

USAI bermesyuarat bersama klien penting, Ayrabelle didatangi oleh Nigina yang sedang mengepit sebuah fail di celah lengan.

“Bos, ni detail meeting bersama ARTEKZ nanti.”

Dengar je nama syarikat tu, dada terasa kembang semacam. Ayrabelle jeling sekilas fail yang Nigina letak di atas mejanya. “Kau boleh handle meeting tu, Gina.”

Nak ulang bertentang empat mata dengan lelaki tu? Never! Kecuali takdir memang mahu terus mempermainkan dia.

“Mesyuarat ni penting bos, untuk menjamin kelancaran projek bersama tu nanti. Lagipun, ARTEKZ mahu bos turut serta.”

“You’re in charge, Gina. You should know better about the project. Do you think I have the time to sit there and listen to all your discussions? Just give me the report when it’s done.”

Nigina diam sebentar sebelum angguk perlahan. “Baik, bos.”

Ayrabelle hempas tubuh di penyandar kerusi selepas Nigina beredar. Bibir terjongket di hujung bila seraut wajah tampan muncul di layar minda. Ezra Ashraff… apa mahu lelaki itu? Dia rela pergi, lepaskan lelaki itu. Kenapa perlu muncul semula? Mahu susahkan hidup dia?

Sedang berfikir, telefon bimbit berlagu. Ayrabelle geser lambang sambut panggilan sebaik saja lihat nama yang terpampang.

“Cik Cruella busy ke?”

“Aku baru je selesai meeting, Killa. Why?”

“Let’s have dinner tonight. Kau tahu kan Aden jumpa sesuatu?”

Ayrabelle gigit perlahan bibir. Ah, dia hampir terlupa tentang itu akibat terlalu sibuk.

“Kat mana?” Ayrabelle tanya, tanda yang dia setuju.

“Semestinya tempat yang agak privasi dan sedap, menepati citarasa kau. I’ll send you the location later. Ah, by the way, Aden akan join.”

Belum sempat jawab, Syakilla dah matikan panggilan. Ayrabelle mendengus, melirik jam di tangan sebelum cepat-cepat selesaikan kerja yang tertangguh. Ketika bersiap-siap mahu tinggalkan pejabat, telefon bimbit berdenting, menandakan ada pesanan masuk.

‘Cik Belle, I’ll leave first. Drive straight home. See you tonight, Aden.’

Berkerut dahi Ayrabelle baca. Dia tak pernah beri arahan supaya lelaki itu jaga dia dua puluh empat jam. Dia tak pernah minta lelaki itu melaporkan keberadaannya, apa yang dilakukan. Urgh, semak! Bebola mata diputar. Telefon dilempar semula ke meja kerja. Tiada niat mahu balas.

Malam itu, Ayrabelle berdandan seadanya, tetapi penampilan tetap diteliti dengan rapi. Gaun tanpa lengan paras atas lutut warna pastel lembut dipadankan dengan kasut tumit tinggi bertali. Simple tetapi tetap anggun.

Ketika kaki memijak lantai sebuah restoran hotel yang terkenal dengan keenakan juadahnya dan paling penting, menitikberatkan privasi pelanggan, kelihatan Syakilla sudah menunggunya di meja yang ditempah.

“God, Belle… you’re stunning as always.”

Ayrabelle melabuh punggung bertentangan, hanya senyum simpul menerima pujian itu.

“Sorry, am I late?” satu suara maskulin menyapa di belakang.

“Nope, duduklah Aden.” Pelawa Syakilla.

Hafiy Aden terus menarik kerusi, bersebelahan dengan Ayrabelle.

“Hi, Belle.” Sapa Aden mesra, sejurus selepas punggung berlabuh.

Ayrabelle kerling sekilas. Hi Belle? Adakah mereka semesra itu? Wajah dingin ditayang. Tapi Hafiy Aden tetap tersenyum, seolah tak faham isyarat kurang senang yang ditunjukkan.

Tidak lama kemudian, makanan yang siap dipesan oleh Syakilla dihidangkan di atas meja.

“So, what did you find out, Aden?” sambil makan, Syakilla aju soalan. Tak betah dengan kesepian yang mencengkam di antara mereka.

“Hayden, pasif dan nerd. Sering dibuli masa sekolah sehingga Haidar dan isterinya pindahkan ke sekolah swasta. Selepas kematian ibu, sikap Hayden berubah seratus peratus. Lari dari rumah. Sumber sahih, Hayden bekerja di kapal laut sebelum hilang jejak.”

“Mati?” tebak Syakilla.

“Nope, he changed his identity.” Hafiy Aden mengeluarkan sesuatu dari sebuah sampul. Sekeping gambar lama. “Lelaki ni tak ramai kawan. Hanya gambar ni je aku dapat dari seorang kawan lamanya. Tu pun dah pudar sikit.”

Pantas Syakilla tarik. Dia tenung lama. “Mana satu anak Haidar?”

“Kaca mata bingka hitam.”

Syakilla angguk. “Memang budak nerd.” Kemudian dia hulurkan gambar kepada Ayrabelle.

“Wajahnya tak jelas sangat, Belle.”

Ayrabelle tenung sebentar. Tiada yang istimewa tentang anak Tuan Haidar, wajah kurang jelas, rambut dan penampilan ala Charlie Chaplin, kurus tinggi. Gambar itu diambil ketika anak lelaki Tuan Haidar masih di sekolah menengah. Dah terlalu lama.

“Any clue where is this damn guy now?” Ayrabelle pandang tajam ke arah Hafiy Aden. Gambar lama itu tak bererti langsung jika lelaki itu masih kekal misteri.

“Not yet.”

Ayrabelle picit dahi, menahan sabar. Dia buang masa hanya untuk sekeping gambar lama yang tak jelas? Ridiculous!

“Tak mati, tukar identiti. Nekad sungguh lelaki tu mahu putuskan hubungan dengan bapa kandung dia. Dahlah dia hapuskan semua bukti kewujudan dia. Nak cari sekeping gambar lelaki tu pun macam haram jadah. Inikan pula nak cari jejak dia.” Syakilla berhenti sebentar, memandang Ayrabelle. “Belle, kau rasa… lelaki itu akan muncul tak untuk rampas balik harta peninggalan bapa dia?”

Ayrabelle tersenyum sinis. “That’s better. Aku dah penat main kejar-kejar. One thing for sure, I won’t make it easy.”

Perbualan mereka terbantut apabila telefon bimbit Syakilla berdering. Selepas beberapa saat bercakap dalam telefon, Syakilla buru-buru bangun, menarik handbag lalu memandang Ayrabelle dan Hafiy Aden dengan wajah serba salah.

“Sorry guys, I have to leave you. Ada hal penting aku kena selesaikan.”

Ayrabelle dan Hafiy Aden berbalas pandang. Ayrabelle kerling jam di tangan. Tinggal berduaan dengan Hafiy Aden bukan perkara menyenangkan. Ayrabelle bingkas bangun. Pantas, Hafiy Aden menahan.

“Nak ke mana?”

Ayrabelle buang dengus halus. Mata menikam tajam. “Balik.”

Hafiy Aden memandang makanan yang masih banyak di atas meja. Mengeluh perlahan. “Cik Belle, makanan masih banyak ni. Tak elok membazir. Kita habiskan dulu.”

Ayrabelle pandang dingin. Tetap mahu melangkah tetapi lengan Hafiy Aden menghalang laluannya.

“At least cuba habiskan. Jangan sia-siakan nikmat yang Allah berikan. Surah Al-Isra : Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara-saudara syaitan. Membazir, bukan sekadar tabiat buruk tetapi mencerminkan sikap yang jauh daripada nilai syukur."

Ayrabelle diam, terkedu dengar ceramah percuma Hafiy Aden. Kembali melabuh punggung. Terpadam terus niatnya mahu pergi. Sudu dicapai, menyauk sisa makanan dalam pinggan lalu dibawa ke mulut. Dia kunyah perlahan. Wajah kelat, mata marak.

"Jangan buat muka macam tu depan rezeki, Belle. Seolah tak bersyukur atas rezeki yang Allah beri."

Ayrabelle dongak, menentang mata Hafiy Aden. Serius? Lelaki ni penyiasat peribadi ke penceramah agama? Ke lelaki ni masih keliru dia sebenarnya berada dalam bidang apa?

"Kau nak jadi penceramah agama pula?"

Hafiy Aden ketawa halus. “I’ve worked many different jobs, Belle. Nak panggil aku ustaz? Boleh je."

Ayrabelle diam. Malas mahu ulas. Setiap patah katanya pasti dengan mudah dibalun oleh lelaki itu. Selesai makan, Ayrabelle bingkas bangun. Hafiy Aden ikut berdiri.

“Biar aku hantar sampai kereta.” Pelawanya tanpa dipinta.

Ayrabelle meneruskan langkah tanpa sepatah kata. Hampir tiba di ambang pintu, mereka terserempak dengan sebuah keluarga yang baru mahu masuk. Ayrabelle berundur sedikit, memberi ruang kepada wanita yang mendukung bayi.

Namun dia tersilap langkah. Kasut tingginya terpeleot. Tubuh hilang kawalan. Dalam sekelip mata, satu tangan melingkar di pundak, menahan tubuhnya daripada terhempas ke lantai.

“Careful, Miss Belle.”

Hafiy Aden, wajah lelaki itu terlalu hampir. Cukup untuk membuat seluruh kulit muka Ayrabelle terasa seperti sedang dipanggang. Panas!

Dan pada saat itu juga, satu susuk tegap melintas di hadapan mereka. Langkahnya perlahan, sebelum berhenti tepat di depan Ayrabelle.

“What a great show, Belle.”

Tersentak, Ayrabelle mendongak pantas. Pandangannya bertembung dengan mata itu. Dingin, keras, menikam.

“So cheap,” getus lelaki itu lagi. Tatapannya… ya Allah. Seolah-olah dia sedang memandang kucing kurap.

Tercabar. Tatapan itu benar-benar mencabar seketul Ayrabelle.

“Cheap?” nada itu sarat mencabar. Dan tanpa lengah, Ayrabelle memaut mesra tengkuk Hafiy Aden. “So what?”

Menegang urat wajah Ezra Ashraff. Geraham bergeser. Jemari menggengam erat. Tubuh diputar. Meluru pergi.

“Damn!”

Hanya beberapa langkah… kemudian terhenti. Ezra Ashraff berdiri kaku beberapa saat. Bahu turun naik tidak sekata, nafas yang jelas memberat. Jemari mengetap dalam genggaman. Urat besar timbul garang pada lengan berkemeja yang dilipat hingga ke siku.

Tiba-tiba Ezra berpaling, dia meluru kembali, menyambar lengan Ayrabelle. Cengkaman yang kuat, sarat dengan emosi yang sedang ditahan.

“Ezra!”

“You come with me, now Belle!”

Dan tanpa beri ruang, Ezra Ashraff terus menarik Ayrabelle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience