2 Asing

Mature Content Series 9126

Ayrabelle memandang dingin jejaka tampan di hadapannya. Hujung rambut ke hujung kaki. Lengkap pakej. Perfecto!

“Let’s go inside.”

Nada itu dingin, tiada kemesraan tapi Hafiy Aden tetap balas dengan senyuman mesra.

“Baik, Cik Belle.”

Ayrabelle kerling. Cik Belle? Siapa bagi kebenaran lelaki itu panggil dia macam tu? Mereka orang asing, jauh sekali rapat.

“From now on, I’m your boss, Aden. Don’t simply call me whatever you like. You should address me as your provider. Your benefactor.”

Aden angguk tenang. Senyum manisnya tak lekang di bibir. “I understand.”

Ayrabelle renung wajah tampan itu seketika. Belum sempat singgah rasa puas hati, tiba-tiba Hafiy Aden menyambung kata…

“Let’s go inside, my provider. They’re waiting.”

Ayrabelle terpaku. Kata-kata Hafiy Aden seolah mencabar walaupun nadanya bersahaja. Mahu balas tapi entah mengapa mata melirik ke sebatang tubuh sasa berhampiran mereka berdua, sedang membelakangi, sibuk bercakap dalam telefon. Batin mendongkol. Laju dia buang wajah, memandang kembali Hafiy Aden sebelum mengangguk dingin.

Hafiy Aden tersengih. Beri isyarat kepada Ayrabelle untuk jalan dahulu. Ayrabelle menonong pergi.

“Did you find anything?” suara tenang tapi tegas lelaki yang masih sibuk dengan telefon bimbitnya itu bergema.

“What? That evil woman! I swear I’m going to make her pay for every cent she spent. Damn it!”

Menyeringai bengis sebelum panggilan dimatikan. Tubuh berpaling. Mata meliar, mencari kelibat seseorang.

“Damn!” seraya menyumpah, jemari menggenggam erat. Mata menikam tajam ke arah pintu kelab. “Ayrabelle Hawra… are you kidding me?!”

Sementara itu, di dalam kelab, kelihatan Ayrabelle dan Hafiy Aden sedang mengekori seorang pelayan wanita yang masih muda, awal 20an.

“Parti tu diadakan di bilik VIP 5, tingkat dua. Ikut saya, nanti saya tunjukkan.” Beritahu pelayan wanita itu.

Keadaan dalam kelab itu agak sesak malam itu. Mereka terpaksa menyerusup di tengah-tengah orang ramai. Suasana bising, keadaan sekeliling samar, lampu warna warni berkelip-kelip mengikut rentak muzik rancak yang berdentum-dentum buat kepala Ayrabelle pusing, telinga berdengung dan dada sesak.

Hafiy Aden mendahului langkah Ayrabelle, beri isyarat supaya dia ikut rapat di belakang. Lelaki itu bertindak pantas sebagai seorang pengawal peribadi, membuka laluan di tengah orang ramai untuk Ayrabelle lalu.

“Belle!”

Belum sempat menoleh, lengan Ayrabelle ditarik oleh seseorang. Sekelip mata, kelibat Hafiy Aden hilang dari pandangan. Dia terus ditarik menuju ke satu sudut yang agak lengang.

“You gotta be kidding me!” Suara itu kasar, sekasar pemiliknya.

Bahu Ayrabelle ditekan kasar sebelum didorong ke belakang hingga tubuh melanggar dinding. Sekelip mata, tubuhnya dikunci oleh sepasang lengan sasa. Ayrabelle mendongak, menentang sepasang mata yang sedang merenungnya dingin, marak dengan emosi yang berbaur.

“Don’t you dare give me that look, Belle!”

“Why? Kau tercabar?”

“Damn!” Tangan sasa itu menghentak kuat pada dinding. Terbakar. Tercabar. “What am I to you, huh?! A stupid joke? A plaything you can just throw away when you’re bored?”

“Are you?”

“Ayrabelle Hawra!”

Tangan sasa itu kini melekap di tengkuk Ayrabelle, menekan tanpa belas. Ayrabelle tetap tenang. Hanya mata menikam tajam, seolah mahu membunuh jiwa insan di depannya.

“Jangan cabar aku, Belle. Kau nak aku tunjuk sisi syaitan aku?” lelaki itu menyeringai, bengis dan sinis. “Kau lupa? Aku kutip kau dari dunia kotor tu. Aku bagi kau kasih sayang, tempat berteduh, makan, pakaian, semuanya cukup, Belle. Tak ada kurang! But what did I get in return? You left! Kau kembali ke dunia kau yang bergelumang dosa ni! Are you that desperate?”

“What if I say… your world sucks, lame, boring, and I’m sick of it? My world now is so much better without you. So, what are you going to do, huh… Ezra Ashraff? Are you going to kill me?”

Kening hitam tebal yang terukir sempurna itu hampir bercantum. Terbakar. Cengkamannya di batang tengkuk Ayrabelle semakin menguat. Wajah Ayrabelle mula pucat, nafasnya tersekat-sekat. Namun ekspresinya tetap sinis, benar-benar mencabar seketul Ezra Ashraff.

“You think I don’t have the guts to kill you? I can take your life in the blink of an eye, Belle. Don’t push me to my limits.”

Ayrabelle malah menyeringai. Ejek. Mencabar. “Then, do it, Ezra!”

Rahang Ezra Ashraff menegang. Mata marak menyala. Cengkaman semakin menguat. Ayrabelle sudah hampir tidak dapat menarik nafas.

“Kau rasa kau layak ke?” Wajah tampan itu terlalu dekat, bibirnya hampir menyentuh kuping telinga Ayrabelle. “Perempuan macam kau…” senyum sinis terpeta melihat Ayrabelle mulai gelisah walaupun jelas cuba disembunyikan. “… hanya layak berada di tempat macam ni.”

Usai kata, Ezra Ashraff melepaskan cengkaman lalu menolak kasar tengkuk Ayrabelle, memaksa wajahnya terngadah. “Tak tahu bersyukur, tamak, haus perhatian! Perempuan macam kau… tak berbaloi, Belle. I was stupid.”

“Fine then, we're strangers.”

Ezra terpaku. Matanya menikam tajam, sarat amarah tertahan. Ayrabelle menolak kasar bahu sasa Ezra. Jari telunjuk naik, menujah dada itu.

“Stranger, aku tak kenal kau, so… back off!!!” Ayrabelle tersenyum sinis, menolak rambut ke belakang sebelum melangkah angkuh, sengaja langgar kasar bahu lelaki itu.

Beberapa langkah, dimatikan. Menoleh, memandang tajam Ezra Ashraff yang masih terpaku dengan rahang menegang.

“Let’s hope our paths never cross again, Ezra! I don’t want your bad luck to affect me.” Ayrabelle sengih sinis sebelum meneruskan langkah.

“Damn!” Ezra menyumpah keras. Wajah dipaling. Dinding jadi mangsa dia lepaskan amarah yang tak sempat dihambur keluar.

Ayrabelle mendengus. Leher yang masih terasa pedih digosok perlahan. Jantan tak guna! Ikut hati mahu saja dia gasak lelaki tu sampai lunyai. Tapi… tak mungkin. Dia cukup kenal siapa Ezra Ashraff. Dia bukan tandingan lelaki itu. Lagi pula, lelaki itu tiada kepentingan. Dia kena selesaikan hal yang lebih penting dahulu.

“Belle!”

Ketika menaiki tangga menuju ke tingkat dua, lengan Ayrabelle disambar seseorang.

“Where have you been? Kenapa tiba-tiba hilang macam tu je?”

Ayrabelle memandang tenang sebelum tunduk, perlahan melepaskan pegangan lelaki itu.

“Aku okay, just lost a while and met a psycho.”

“A psycho? Where?” Hafiy Aden tersentak. Matanya melilau sekejap. “Sebab tu kau kena follow aku rapat-rapat. Aku dah bagi isyarat tadi kan?”

“I can handle that.” Ayrabelle memandang dingin. “Soft reminder, Misteri Aden. There’s a huge boundary between us. Don’t touch me. Don’t tell me what to do. Are we clear?”

Hafiy Aden terdiam. Bibir dikemam. Dia lupa, wanita di depannya bukan wanita biasa-biasa. Terkenal dengan sikap dingin, tidak mesra alam dan jahat.

“Understood, my ruler.”

“What did you call me?”

“Silakan, bos. Mereka sedang tunggu bos.”

Ayrabelle ketap rahang. Celaka! Menahan marah, langkah diteruskan. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Dan seperti yang dia jangkakan, kemunculannya di parti itu membawa aura lain macam. Tiba-tiba semua yang hadir jadi sopan santun. Gaya jelas gugup dan kekok.

Ayrabelle hanya duduk di salah satu sofa, diam memerhati. Pelaburan 10K hanya untuk sebuah parti berhibur, makan-makan, menari sakan, melalak-lalak kalah remaja yang pertama kali dibenarkan keluar rumah waktu malam. Ayrabelle senyum sinis, geleng perlahan.

Percayalah, semua itu sudah dia lalui dulu. Kerana memberontak pada keluarga, juga desakan hidup. Dia bukan gadis baik, tapi dia tak telan benda haram, buat perkara melebihi batas. Dia tahu hukum hakam meski dia pernah mencari rezeki di tempat sebegitu.

Tempat yang menjanjikan kepuasan bagi yang dahagakan hiburan, perhatian dan yang terbeban. Tapi juga, boleh membinasakan jika tersilap langkah. Dan yang pastinya, kepuasan itu hanya sementara.

Dia tahu apa yang berlaku. Selama ini, mereka nampak dia macam tak kisah, tapi sebenarnya dia memerhati. Nigina, perancang utama parti itu sedang tertekan kerana masalah rumah tangga. Dia tahu. Dia pernah lihat Nigina menangis selepas bercakap dalam telefon.

“Lelaki, kalau sekali buat silap, masih boleh dimaafkan. Tapi kalau berulang kesilapan yang sama, simpan air mata tu. Move on. He’s not worth it!”

Itu yang dia kata pada Nigina ketika itu. Anehnya, Nigina terus jauhkan diri. Syakilla hanya ketawa bila dia ceritakan.

"Jangan terlalu prejudis pada lelaki, Belle. Tak semua lelaki jahat."

Itu nasihat Syakilla. Tapi langsung tak beri kesan di hati. Lukanya terlalu dalam sehingga tiada ruang untuk berkompromi dengan pengkhianatan. Beberapa bulan selepas itu, dia dengar dari staf yang Nigina dalam proses mahu bercerai.

Dan lihatlah wanita itu sekarang. Berpakaian seolah tak cukup kain, berdandan cantik seperti wanita bujang, seolah mahu tarik perhatian seseorang.

“Belle…” Hafiy Aden bersuara apabila melihat Ayrabelle mengangkat punggung.

Ayrabelle jeling tajam. Lelaki sorang ni memang jenis tak makan saman ke apa? Masih panggil dia macam tu, seolah mereka teman rapat. Hafiy Aden sengih, buat tak faham jelingan maut itu.

Ayrabelle menghampiri Nigina yang sedang rancak berbual dengan salah seorang staf.

“Nigina, know your limits. Walaupun esok cuti, kebanyakan staf yang hadir sudah berkeluarga, pastikan majlis selesai awal. Aku tak nak nama syarikat dikaitkan jika ada masalah yang timbul nanti.”

Nigina angguk laju. Ayrabelle memandang tajam sebelum berlalu. Dia berniat mahu terus beredar dari situ, tetapi matanya tertancap ke meja hidangan. Langkah dibawa ke situ. Gelas-gelas yang sudah siap berisi air koktail tersusun kemas. Dia ambil segelas lalu dibawa ke hidung.

Tepat pada ketika itu, pintu dibuka oleh seseorang. Nigina lebih dulu menyedari, kelam-kabut dia bangun lalu menghampiri lelaki yang baru muncul itu.

“Guys!” Nigina bersuara lantang. Wajah bersinar ceria. “Kenalkan, CEO ARTEKZ, Mister Ezra Ashraff.”

Ayrabelle yang sedang menghidu air dalam gelas terbatuk keras. Hampir terlepas gelas yang dipegang. Seriously? Pantas dia pusing tubuh dan saat itu juga, pandangannya terus bertaut dengan lelaki itu. Lelaki yang sedang berdiri di muka pintu, di sampingnya, Nigina.

“CEO ARTEKZ? Seriously? I thought he was an old, bald man.”

“Kan? Tak sangka dia masih muda… and ridiculously handsome.”

Bisikan-bisikan halus mula kedengaran. Ezra Ashraff kekal tenang, tapi senyum sinis yang terukir di hujung bibirnya cukup jelas pada mata Ayrabelle. Tanpa sedar, Ayrabelle mencebik. Pandangan mereka bertaut seketika sebelum Ayrabelle sendiri mengalih wajah, malas melayan.

“Wah, tak sangka CEO ARTEKZ muda macam ni. Tuan Ezra Ashraff ni… dah kahwin ke?” soal salah seorang staf lelaki, selamba macam mereka kawan lama.

Wajah Ezra berubah sedikit. Sekejap sahaja sebelum dia melempar pandangan ke arah Ayrabelle. Senyum tipis, senget, seolah-olah memerli.

“Kahwin? Yes. But unfortunately… I’m getting a divorce soon.”

Ayrabelle kerut kening. Mata lelaki itu. Smirk penuh mencabar yang dilemparkan, ya Allah… buat dia hampir mahu meletup! Ayrabelle larikan wajah, tarik nafas, cuba kawal emosi. Jangan layan lelaki psiko tu.

“Oh, really? Unfortunately…” Nigina menyampuk, suaranya meleret manja, senyum paling manis diukir. Ezra Ashraff tidak membalas. Sebaliknya, dia melangkah terus menuju sofa.

“Tuan Ezra nak minum apa? Biar saya ambilkan,” tawar Nigina, setia mengekori. Dari tingkahnya, jelas niat tersembunyinya.

Ezra menjatuhkan tubuh di salah satu sofa. Bersandar malas namun dinginnya terserlah. Kaki terlipat, postur kemas, tangan naik bersilang di dada. Matanya bergolek perlahan kembali ke arah Ayrabelle yang ketika itu sudah meletakkan cawan kertas dan bersedia mahu beredar.

“I want that servant to serve me.” Nada yakin, angkuh, dan jari telunjuknya terarah tepat pada Ayrabelle.

Seluruh ruang sepi. Ada yang hampir rebah. Ramai yang jatuh rahang. CEO ARTEKZ nak Miss Cruella yang garang tu serve dia?

“Er… tuan CEO, saya rasa tuan salah faham. Cik dekat sana tu bukan pekerja kelab ni. Dia…”

“Bukan pelayan? A GRO? Someone special I need to book for her service?”

Sepi. Tiada lagi yang berani bersuara. Masing-masing tunduk, tapi mata mencuri pandang ke arah Ayrabelle. Hairan. Ayrabelle masih tetap beku. Tenang. Tak seperti kebiasaan. Menyinga. Menempelak. Menengking dengan kata-kata tajam yang bisa buat seseorang mahu bunuh diri.

“Tuan Ezra, dia tu…” Nigina cuba bersuara, mahu betulkan salah faham yang entah dari mana puncanya. Tapi kata-katanya tersekat apabila Ayrabelle melangkah tenang, lenggok tubuh anggun memikat, menghampiri mereka.

Wajah tenang, senyum di hujung bibirnya cukup menakutkan semua staf yang sudah biasa hadap bos kejam mereka itu, tapi tidak berkesan untuk seketul Ezra Ashraff. Sampai depan lelaki itu, Ayrabelle membongkok, sebelah tangan ditopang di muka meja kopi, wajah hanya beberapa jengkal dari wajah Ezra Ashraff.

“Want to buy me?” sinis, menikam terus ke sanubari.

Entah kenapa, seolah aura wanita itu terlalu kuat, tanpa sedar tubuh Ezra terdorong sedikit ke belakang.

“Your price? I bet a cheap woman like you…”

“ARTEKZ… I want it!”

Ezra Ashraff tergamam. Damn! Dari mana wanita ni dapat keyakinan, keberanian? Tak sembunyikan langsung sikap mata duitan, tamak halobanya. So bold!

“ARTEKZ…. And I’m at your service.”

Welcome back to myself hehehe... cite ni kena guna coins ya☺️☺️ hopefully you enjoy??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience