Prolog

Mature Content Series 9192

“Madam Ayrabelle Hawra, we need to contact your husband. We’re afraid we couldn’t save your baby.”

Tak! Tak mungkin! Itu cahaya mata pertama mereka. Dia menggeleng laju, wajahnya sudah basah. Air mata bercampur darah.

“Can you call your husband and ask him to come as soon as possible?”

Seorang jururawat berambut perang mendekati katil, menghulurkan telefon bimbit.

Dia menyambut dengan tangan yang menggigil. Sakit, takut, sedih. Segala rasa menyerang dada serentak. Dengan pandangan kabur, jari telunjuknya perlahan menyentuh nombor-nombor di skrin.

“What?” Nada itu dingin, jelas tidak senang dengan gangguan itu.

“S… sayang… I kat…”

“Not right now, Belle. I’m busy…” Belum sempat kata-kata itu dihabiskan, kedengaran jeritan seorang wanita yang jelas sedang menahan sakit di hujung talian. Bunyi kecoh, suara panik dan bunyi geseran kasar roda besi menyusul.

“Sayang! You…”

TUT!

Panggilan diputuskan.

Dia terpaku. Teganya lelaki itu menamatkan panggilan tanpa mendengar apa yang ingin dia sampaikan. Dia sedang bertarung nyawa, anak pertama mereka mungkin tidak mampu diselamatkan. Apa yang lebih penting daripada itu?

Dia cuba menghubungi semula. Baru sekali dering, telefon lelaki itu sudah dinyahaktif. Terkedu. Pandangannya makin kabur. Telefon bimbit hampir terlepas dari genggaman.

Dengan jari yang menggigil, dia mencapai helaian kertas yang dihulurkan jururawat tadi. Hatinya remuk.

“I’ll sign.”

Jururawat itu terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Terbit simpati di wajah, seolah-olah dapat membaca segalanya tanpa perlu dijelaskan.

Dia hampir tidak lagi mampu merasakan sakit ketika anestetik disuntik ke dalam tubuhnya. Saat matanya terpejam perlahan-lahan, segala rasa yang masih bersisa terhadap lelaki itu turut mati bersama.

“MADAM Ayrabelle… are you awake?”

Matanya terbuka perlahan-lahan. Pandangannya kabur, namun jelas kelihatan beberapa wajah asing sedang mengelilingi katilnya. Nafasnya perlahan, dan seiring waktu, ingatan mula datang satu persatu, mengingatkan semula apa yang telah berlaku sebelum semuanya bertukar gelap.

Tiga bulan lalu, dia dan lelaki itu sah bergelar suami isteri. Awal perkahwinan terasa terlalu indah. Segalanya tampak sempurna. Dia benar-benar percaya, dialah wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan lelaki itu.

Namun, kebahagiaan yang disangka akan berpanjangan rupanya tidak lama. Mentari yang disangka akan terus menyinar akhirnya diselubungi mendung di tengah hari.

Semuanya berubah dengan kemunculan gadis itu. Gadis yang pada mulanya datang kononnya sebagai sepupu suaminya. Keluarga gadis itu meminta lelaki tersebut menjaganya sepanjang dia berada jauh dari keluarga. Dan suami yang baru dinikahi itu sungguh-sungguh mahu tunaikan amanah yang dimandatkan hingga mengabaikan isteri sendiri.

“We’re sorry to inform you, madam. We can’t saved the baby.”

Mata dipejam. Pedih. Tapi air matanya sudah kering. Tiada rasa. Kosong.

“Your right arm bone is fractured due to a strong impact, and there are a few glass fragments embedded in your skin. But don’t worry, there are no severe injuries. You just need to rest and avoid any heavy activities for now. With proper care, you’ll make a full recovery.”

Dia diam, hanya mendengar tanpa respons.

“You should ask your husband to come and take care of you. Do you know that the woman who hit you is in the next room and her husband has been by her side the entire time? She only has a few minor injuries, just some scratches on her arm and forehead.”

Dia tersenyum pahit, senyuman yang jelas dipaksa. Tangannya mencapai telefon bimbit di sisi. Sunyi. Tiada satu pun panggilan atau pesanan masuk.

Selepas jururawat keluar meninggalkannya sendirian, dia menekan nombor suaminya. Tidak diletakkan sebarang harapan. Dia cuma mahu tahu… adakah lelaki itu masih peduli, atau semuanya sudah berakhir?

Panggilan itu berdering dua kali kemudian ditolak. Dia tersenyum pahit. Renung telefon bimbit yang sudah gelap skrinnya dengan tatapan kosong.

Dua hari dia terlantar di hospital. Sendirian. Suami? Langsung tidak cuba mencarinya.

Dia akhirnya nekad mahu keluar, walaupun doktor tidak menggalakkannya. Mungkin Tuhan mahu menunjukkan sesuatu, kerana sewaktu dia melangkah menuju ke kaunter pembayaran, langkahnya tiba-tiba terhenti.

Dua wajah yang terlalu dikenal muncul di pandangan. Gadis itu sedang memeluk mesra lengan seorang lelaki. Mereka berdiri di hadapan kaunter, dan lelaki itu jelas sedang membayar bil.

Dia terpaku. Pandangannya tidak berkelip. Mengapa suaminya berada di situ? Dan gadis itu, gadis yang menjadi punca segala derita, mengapa bersama dengan suaminya?

Saat lelaki itu berlalu sebentar dari situ, dan gadis itu kelihatan menunggu dengan senyuman di bibir, dia tidak lagi mampu menahan diri. Tanpa berfikir panjang, dia melangkah terus menghampiri.

“Syasha Hanani!”

Gadis itu menoleh. Tayang wajah terkejut sebelum ukir senyum mesra yang jelas penuh kepura-puraan. “Belle? Dah discharge? Dah sihat ke ni?”

“Kau tahu aku cedera?” Dahinya berkerut halus. Terkejut.

Syasha Hanani menghampiri. Senyum berubah sinis. Wajah dirapatkan ke telinganya. “In fact, aku yang langgar kereta kau, Aryabelle Hawra.”

Dia undur setapak. Tawa halus terletus dari bibir Syasha. Wajah penuh mengejek.

“Kau sengaja?” tanyanya sambil genggam penumbuk.

“That’s what you should pay when he… ignores me.”

“Are you crazy?!” Dia hampir tidak mampu kawal emosi, suaranya naik seoktaf.

“Ada banyak hal lagi yang kau tak tahu, Belle. Misalnya… he doesn’t love you at all. It was a lie. You were just a bet. And… you know what? Sijil nikah korang tu, sebenarnya palsu! Dia tipu kau.”

“Apa?!” tubuhnya sedikit terhuyung, hampir pitam, seolah ada batu besar jatuh dari langit, menghempapnya.

“He doesn’t care about you at all, Belle. You know, aku cuma cedera ringan je tau. Calar sikit je. Dia sungguh-sungguh nak aku tinggal di hospital. Dua puluh empat jam dia temankan aku. And the best part is… kita cuma bersebelahan bilik.”

Dia cuba sedaya yang mampu untuk kawal emosinya. Tubuh menggigil halus. Mata merah, berkaca. Jika saja dia tidak kuat, pasti dia sudah rebah, menangis, meraung bak perempuan gila di situ. Ya! Siapa pun pasti akan jadi gila dengan kebenaran yang baru saja terungkap itu.

Bijak sungguh lelaki itu berselindung di sebalik wajah kacak, kelembutan berbicara dan tingkah berhematnya. Rupanya lelaki itu adalah Lucifer bertopengkan manusia. Tiga bulan dia ditipu hidup-hidup, tinggal sebumbung dan berzina sehingga mengandung.

Wajah jatuh ke lantai. Sebutir air mata gugur jua walaupun berusaha ditahan. Mungkin itulah sebab kenapa Allah ambil bayinya. Supaya dia sedar, bertapa berdosanya dia. Sakit. Derita. Itulah balasan Allah untuknya.

“You know what, Syasha Hanani?” Dia kesat air mata, mendongak, menentang sepasang mata Syasha. “You’re right! He doesn’t care at all. Dan lelaki spesis itu tak layak untuk aku, tak layak jadi rebutan, diperjuangkan.”

Dia merapatkan tubuh. Jari telunjuk menujah kasar dada Syasha. “You can take him, Syasha!”

“You never own him, Belle. He’s mine from the beginning!” bentak Syasha, marah dan mencabar.

“Yes, of course!”

Dia senyum sinis, mata bersinar dengan amaran bahaya sebelum dia putar tubuh. Melenggang pergi tanpa hiraukan wajah bengang Syasha.

Kembali ke apartment yang sudah didiami bersama lelaki yang kononnya suami sahnya selama tiga bulan, dia tiba-tiba rasa mual, jijik memijak lantai, menghirup udara dalam ruang itu. Terasa seluruh tubuh kotor, penuh dengan dosa.

Bersama air mata yang jatuh deras, dia meluru ke bilik mandi. Seluruh isi perut keluar hingga tiada lagi yang tersisa. Semua dimuntah keluar. Dia mandi, sungguh-sungguh menyental seluruh tubuh hingga kemerah-merahan. Seolah mahu menghapus jejak lelaki itu, menghapus semua tentang lelaki itu.

Dia bersiap, mengemas pakaian dan barang peribadi. Tiket penerbangan terus ditempah, hari itu juga. Usai semuanya, hanya sehelai nota ditampal di cermin solek. Telefon bimbit dicapai. Senyum sinis sebelum dia campak ke dalam tong sampah.

Dia... AYRABELLE HAWRA. Dia tak perlukan lelaki. Dia cuma perlukan duit. Tanpa lelaki, dia masih boleh hidup. Tapi tanpa duit, dia pasti mampus. Dan… kalau duit itu datang bersama pakej seorang lelaki sudah senja, why not? Duit… takkan dia lepaskan! Lelaki? Suit yourself.

“Apa?! Nak suruh bapa uruskan nikah kau dengan lelaki kaya tu? Jadi itu tujuan kau balik?” suara parau bergema, memecah kesunyian malam, memenuhi ruang rumah kayu sederhana besarnya itu.

Ayrabelle Hawra angguk yakin, menentang sepasang mata tua itu dengan penuh yakin, tanpa gentar.

“Apa kau dah lupa ke hah? Setahun lalu kau lari dari rumah gara-gara tidak mahu dikahwinkan dengan lelaki tu! Kau kata lelaki tua, dah beranak cucu, silap-silap kau jadi janda berhias, macam-macam kau kutuk.”

“Aku salah, pak. Kali ni, aku dah fikir masak-masak. Aku nak kahwin dengan Tuan Haidar.”

Ayrabelle senyum tipis bila lihat bapanya mengangguk perlahan. Langsung tak sembunyikan riak gembira dan tamak halobanya. Dia tahu, tanah warisan keluarga yang berekar-ekar luasnya jatuh ke tangan Tuan Haidar kerana ketamakan bapanya. Dia juga tahu, bukan setakat itu, ada rundingan kotor belakang tabir yang bapa rahsiakan. Dan itu salah satu penyebab dia lari dari rumah setahun lalu.

Kini dia kembali. Dan dia punya rancangan lebih baik, lebih kotor dari Tuan Haidar, dari bapanya. Yang pasti… dia tidak akan tewas, tidak akan jatuh tersungkur sekali lagi di tangan insan bernama lelaki.

“Baiklah. Esok hari Rabu, orang kanan Tuan Haidar akan turun ke kampung kita untuk pantau pekerja dia. Bapa akan uruskan hal ni secepatnya.”

Fikiran Ayrabelle sudah tidak berada di situ, jauh melayang memikirkan lelaki berusia lewat 60an yang dipanggil orang kampung sebagai Tuan Haidar. Tidak pernah bersemuka, tapi dia banyak dengar orang kampung bercerita mengenai lelaki itu.

Duda kematian isteri, hidup sendirian dengan harta yang melimpah ruah. Punya anak tetapi derhaka. Itu kata orang kampung, tidak tahu sejauh mana benarnya. Orang kata, sewaktu muda, Tuan Haidar terlalu mengejar duit sehingga mengabaikan keluarga. Semakin kaya, keluarganya juga semakin musnah. Kematian isteri jadi titik penamat pada kebahagiaan lelaki itu. Satu persatu anak-anak pergi hingga akhirnya dia sebatang kara di mahligai indah serba mewah miliknya.

SATU susuk tinggi, bahu lebar, lengan berotot mengenakan kemeja licin biru gelap dengan dua butang di dada sengaja dilepaskan, melangkah gontai menghampiri pintu sebuah apartment. Mata kuyu, rambut hitamnya serabai, tak sedikit pun mencacatkan kesempurnaan wajah dengan jawline tajam, kulit putih bersih tanpa cela itu.

Mata jernihnya merenung tajam buat seketika pintu apartment sebelum akhirnya kod kunci dimasukkan. Bunyi KLIK kedengaran. Daun pintu ditolak perlahan. Ketika melangkah masuk, dada tiba-tiba bergetar halus. Dia tersentak. Sepi! Tiba-tiba sepi mencekam jiwanya. Tambah lagi keadaan apartment gelap gelita, seolah tidak berpenghuni.

“Belle?!” suaranya bergema. Tiada sahutan.

Langkah dilajukan mendekati suis lampu. Tiada bayang wanita yang dicari, dia melangkah laju menuju ke bilik utama. Gelap!

“Belle?!” dia panggil lagi. Suis lampu dihidupkan.

Dia terundur setapak. Mata membulat. Pandang sekeliling dengan wajah curiga. Juga terkejut. Sedikit gementar. Gelisah. Pintu almari ternganga. Separuh isinya telah tiada. Meja solek yang dahulu penuh dengan pelbagai alat solek dan set penjagaan kulit kini kosong.

“Belle!”

Mata meliar. Tapi wanita yang dicari tiada di situ. Mata tertancap pada sehelai kertas yang melekat di cermin meja solek. Dia tarik kasar.

Dear hubby,
Aku bukan jenis manusia tak tau bersyukur. Aku tahu kau kaya, duit berkepuk-kepuk, berjurut-jurut keturunan pun takkan kering. Kau kutip aku dari dari dunia pekerjaan yang kau kata tak bermoral tu, tunjuk ikhlas level kayangan kau hingga aku yang konon terharu terus setuju dengan lamaran kau tak fikir panjang kerana aku sangka, Allah titipkan kau hanya untuk aku. Tanpa aku sedar, dunia yang kau kata tak bermoral itu sebenarnya jauh lebih baik dari dunia fantasi yang kau bina. Jantan sial, hadam baik-baik. Don’t ever cross my path again. If you do, I’ll make your life a living hell or worse, I might even kill you. Sebab masa tu, aku akan pastikan duit aku berkepuk setanding kau hingga tiada ruang untuk kau pijak-pijak maruah aku. Hubby dear, I don’t want you anymore!

BAK!

Dia terundur beberapa tapak. Belakang menghentak dinding. Sakit! Dada dipegang. Seperti barusan dihambat dengan sesuatu. Keras. Tanpa belas.

Tak mungkin! Dia geleng laju. Belle cintakan dia, terlalu cinta! Wanita itu tak mungkin mampu tinggalkan dia. Selama ini, Belle cuma ada dia, bergantung sepenuhnya pada dia. Tak! Belle cuma tantrum kerana tak dipedulikan. Nanti bila dia tunjuk tegas, ugut sikit… wanita itu pasti ketakutan. Takut kehilangannya. Belle pasti kembali, menangis, merayu.

Dia kembali senyum. Yakin level maha dewa yang dia takkan ditinggalkan oleh seorang wanita yang langsung tak punya apa-apa.

“Belle, aku tunggu kau kembali di saat kau terdesak… melutut, merayu… saat kau tidak punya apa-apa dan hanya boleh berharap pada aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience