"Masuk!"
Ajak Luqman Zead.Zehrah kebil-kebil mata bila tanpa sedar Luqman memandangnya dengan wajah datar.Sejak bila?..Ralat sungguh dia mengagumi lelaki itu.
Adakah Luqman Zead menemuinya untuk berbincang soal perjodohan mereka.
"I takkan masuk,I tak kenal you"
Bantah Zehrah,kecut perut mendengar suara Luqman Zead.
"So why are you here?"
Tanya Luqman dengan jari telunjuk mengetuk-getuk dahi tajam memandang Zehrah.
Tidak punya pilihan Zehrah akur pada Luqman.
Aniq mulai memandu,detik-detik berlalu Luqman dan Zehrah berada dalam kereta tanpa bicara.
Zehrah mengeluh halus memandang lelaki itu sibuk dengan dunia sendiri lalu membuang muka keluar jendela,tidak faham mengapa lelaki ini ingin berjumpa tapi diam membisu.
"Waste my time"
Suranya pelan saja tapi masih boleh ditangakp cupig telinga Luqman.
"Japanese food?"
Luqman bertanya tanpa memandang Zehrah.
"Hah"
"I tanya you,makan tak japanese food?"
"Ah' ya"
Jawab Zehrah pendek terasa lembab otaknya berfungsi bila dekat dengan Luqman.
Sepuluh minit pemanduan mereka tiba disebuah restaurant makanan jepun.
Penyambut tamu membawa mereka berdua keruang tertutup, privercy.
"Degree pentadbiran perniagaan?"
Tanya Luqman Zead membuka perbualan mereka.
"Yup"Jawab Zehrah Andrea pendek,dia terasa kaku berbual berduaan lagi bila mana usia mereka sangat jauh berbeza.
"you know about me?"
"I know...a little,daddy told me about you."Jawabnya dengan mata berputar kiri ke kanan kalau pun dia pandang Luqman itu ke telinga lelaki itu bukan kearah anak mata.Entah lelaki lain elok sahaja bertantang mata lain jadinya bila dengan Luqman Zead,tanya soalan pun random sangat.
"Will you marry me?"
Tanya Luqman Zead menyilang jemari bertongkat siku pada meja.
Zehrah kedip-kedip mata bingung dengan ucapan Luqman Zead padanya.Luqman Zead melamarnya.?
Mahu menjawab staf restaurant membantutkan niatnya.Dua pelayan membawa hidangan makan mereka menu sukuyaki,tempura,sushi dan berapa hidangan lainya telah dihidang kemas diatas meja.Zehrah kedip mata lagi semua itu adalah makanan kegemaranya.
"I call datin Camelia tanya your favorite food,tanya kut you ada alahan ke apa."
Jawab Luqman bila melihat kebingungan pada riak Zehrah.Padahal dia berbohong,Luqman telah meminta Aniq mengkaji selidik bakal isterinya itu.
"So back to my question!..Will you marry me?"
Luqman menyambung semula.
"You know,I takde pilihan lain so kenapa nak tanya soalan macam tu."
"Jarak umur,you tak kisah?"
Tanya Luqman
"You rasa I boleh memilih?"
Zehrah balik bertanya sebelum menyambung lagi.
"Perkahwinan ini bukan atas dasar rasa cinta..I tak tahu kenapa tuan Luqman nak khwin dengan I"
"Who say I wanna marry you?"
Pangkah Luqman Zead.
"Sama macam you I takde pilihan..I surrender Zehrah Andrea"
Jawab Luqman dengan menyepit sushi masuk kedalam mulutnya.
"Yes,kita surrender.I meyerah sebab nak tolong parents I and I tak tahu how about you?,and I really tak tahu.."
"I perlukan zuriat."
Uhukk..uhukkk..
Jawab Luqman membuat Zehrah tersedak liurnya.
"You jangan polos sangat Andrea!"
Timpalnya lagi tak hirau muka merah padam Zehrah.
"Bila you dah terima harap you takde sesal dikemudian hari!"
Luqman memberi peringatan.
"I dah pernah gagal dalam perkhawinan sebelum ni,cinta pun takkan menjamin kebahagian.Maybe sesetengah orang kat luar sana tidak mempermasalahkan soal zuriat."
"Kalau tuan taknak,kenapa setujuh?"
Tanya Zehrah berharap ada sinar Luqman menolak dan membantu ayahnya tanpa imbalan.
"I ada segalanya tapi I hilang cinta hanya kerana masalah macam ni jadi isu dalam rumah tangga I"
"Tuan yakin ke you akkan mendapatkan zuriat bila memilih I."
"I akan berkerja keras Andrea sampai ada ada pewaris keluar dari rahim you."Jawabnya enteng tanpa riak masih begitu expresi kacak itu datar.
"Tak perlu malu,nanti kita akan berkongsi segalanya."
'Gila'
Kutuk Zehrah bila Luqman memancingnya dengan ucapan berkias-kias lelaki itu.
"Lets eat"
Ajak Luqman bila Zehrah hanya diam tidak membalas kata-katanya.
"Lepas ni I akan hantar you pergi butik mama akan teman you pilih baju tunang nanti."
"Okey..!"
Zehrah menjawab tanpa ada bantahan.
"Save my number,you have..Senang I nak berhubung dengan you."
"Okey.."
*****
Usai kelas Zehrah memutuskan untuk pergi ketasik isi fikiranya terlalu kusut,hendak pulang ke rumah melihat persiapan majlis tunang juga dia tidak punya hati.
Zehrah duduk bersandar memerhati manusia sekeliling sedang melakukan aktiviti masing-masing.
Mata ditutup membiarkan angin petang menyapa pipi mulus,hatinya tenang Zehrah merasakan ketenangan.
"Sorang je?"
Zehrah celik mata suara itu tidak asing baginya.
"Tuan Az.?"
Ujarnya pendek sedikit terkejut dengan kehadiran pensyarah kacak itu.
"Boleh saya duduk?"
"Oh ya..Sure.!"
Zehrah mencapai beg casual dialih ke pangkuan mempersilakan tuan Azrin duduk.
"Tuan buat apa kat sini?"
"Jalan ke rumah saya ikut taman ni nampak kereta awak tadi so singgah jap."
Ujarnya memberitahu.Zehrah calit senyum geli hati takkan lah lelaki ini sanggup berhenti cuma untuk bertemu denganya.
"I See.."
"Tak ajak Luna?."
"Luna ada hal."
"Saya tengok awak latelly asyik duduk sorang-sorang suka mengasingkan diri.Awak ada masalah?."Tanya Azrin namun jawabanya itu hanya dibalas senyum hambar dari Zehrah.
"Takde apa cuma masalah biasa."
Jawabnya pedek,dia tahu pensyarah itu menyimpan perasaan padanya.Dia ingat setahun lepas mereka menjadi dekat dan boleh berborak santai bila Tuan Azrin membantu menukar tayar keretanya yang pancit.
Segala pertolongan dan kisan bahasa cinta yang cuba disampaikan Zehrah buat tak hirau.
"Duduk kampung mesti seronok kan?"
Tanya Zehrah mengubah topik dia teringin merasai suasana kampung lagi.
"Zehrah takde kampung ke?"
"Ada tu ada.,Sejak arwah nenek meninggal kitorang satu family dah tak balik padang perai tiga tahun lepas."
"Kalau macam tu awak nak tak ikut balik kampun saya?"
Pelawa tuan Azrin itu membuat tawa Zehrah pecah.
"Tak manis saya ikut tuan balik..Nanti apa kata orang-orang kampung."
"Betul jugak cakap awak."
Ujar tuan Azrin ikut tersengih..Mungkin jika Zehrah mahu menerimanaya dia akan membawa gadis itu menegelilingi kampung.
"weekend ni awak free tak?.Wanna join me hang out."
"Bukan nak menolak but really sorry saya ada hal tuan."
Tolak Zehrah di hari itu dia akan menjadi tunag kepada tuan Luqman Zead.
"Sokey"
Azrin angguk kepala memaklumi kesibukan gadis itu.Mungkin Zehrah tidak ingin diganggu minggu lepas dia melihat Zehrah dan Luna di pusat membelih belah.
*****
Makan malam keluarga yang diadakan dirumah tan sri Maleq dengan menjemput bakal besanya dato Zain sekeluaga berjalan dengan harmonis.Hidangan menu santapan mereka dimasak sendiri puan sri Baizura cukup menyelerakan.
Usai makan malam kedua belah pihak keluarga berkumpul diruang tamu berborak dengan suasana hati keriangan.
Zehrah tidak ikut serta dia awal lagi sudah melarikan diri setelah usai menjamu selera,mungkin semua orang berselera tapi tidak denganya bila mana tuan Luqman menikam memerhati setiap gerak tubuh badanya tadi.
Mengimbas kembali Zafran adik lelakinya asyik mengusik hingga membuatnya tersedak dimeja makan lagi galak seisi keluarga berseloroh mengusik Zehrah dan Luqman.
"Ada yang memerhati,mungkin terlihat menyelerakan."
Bisik Zafran bersahaja membuat Zehrah tersedak laju puan sri Baizura menyua air dengan menepuk perlahan bahu bakal menantunya itu.
"Zehrah are you ok?"
Tanya tan sri Maliq bimbang bila wajah gadis itu merona merah.
"Dua beradik ni memang macam ni..Zehrah and Zafran please behave."Tegur datin Camelia bukan dia tidak kenal dengan perangai anak-anaknya itu sudah besar panjang perabgai macam budak-budak bila bersua.
Tegur datin Camelia.
Luqman diam sahaja tidak bersuara cukup gerak mata berbicara dengan situasi sekeliling.
Bila dia rasa ingin bercakap dan saat tidak perlu.
"I hantar you balik."
Suara Luqman Zead menyedarkan Zehrah dari terus melamun,dia berpaling sebelum mengalih pandang kekolam renang.
"I datang dengan Zafran."
"Nanti I bagitau diorang you balik dengan I"
"Sokey I boleh balik dengan adik I nanti menyusahkan tuan Luqman,puan sri cakap you gila kerja of course banyak kerja yang you kena sattelkan."Tolak Zehrah lagi.
"Good..you kena faham I dari sekarang tapi tak bermaksud I kena 24jam hadap kerja.Sekarang I nak hantar you and dengar cakap I should learn,patuh.!"Balas Luqman panjang dan pergi meninggalkan Zehrah.
Zehrah pandang bahu lebar itu kian menjauh darinya.
"Yeah..should I,orang muda kena dengar cakap orang tua"Kutuk Zehrah,Luqman berhenti menghayun langkah.
"I can hear you Andrea!"Balasnya dan patah balik semula.Zehrah undur setapak demi setapk bila badan sasa itu kian mendekati tubuh munggilnya.
"What you say just now?"Luqman bertanya setapak dia mendekat setapak Zehrah undur langkah.
"Nothing"
Jawabnya berbohong.
"Mungkin bagi you usia I terlalu jauh tua dari you but jiwa I penuh dengan pengalamna so you nak yang macam mana?"
"Arghhhh"
Zehrah berteriak panik dia hampir jatuh kedalam kolam saat mendengar ucapan Luqman Zead sebentar tadi,munjur tangan kekar Luqman laju menyambar tubuhnya.
Dengan lengan kanan Luqman melingkar dipinggang kerengga milik Zehran dan tangan kiri memegang bahu gadis itu.
Zehrah buka mata bila nafas hangat Luqman menyapa pipinya,anak mata saling bertaut pandang tanpa kedipan dari keduanya.Bibir pinky Zehrah sedikit terbuka membuat darah Luqman naik ke umbun kepala.Kecantikan dan keseksian raut Zehrah saat ini mengoda dirinya.
"You should listen to your mum..always behave Zehrah Andrea."
Ujarnya dan melepas tautan mereka dan berlalu pergi.Zehrah telan liur dengan susah payah,betul! lelaki itu boleh membuatnya kehilangan oxigen.
Luqman Zead yang sedang memandu mencuri pandang kearah Zehrah yang sudah tertidur disebelahnya.
Jauh beza penampilan bakal isterinya itu dengan Syifa Aulia yang lebih terbuka,Zehrah kelihatan lebih sopan dengan blouse modern lebih lagi keterampilan gadis itu selalu mengunakan warna-warna yang menarik.
Bunyi deringan telefon milik Zehrah membangunkan gadis itu dari tidurnya.
Luqman berdehem tidak lagi mencuri pandang pada Zehrah lebih memfokuskan pada pemanduanya.
"Hello.."Jawab Zehrah pada si pemanggil.
"..."
"Aku balik dengan tuan Luqman.."
"...."
"Ikut akulah..."
"..."
"Manalah akak tahu kau pergi mana tadi."Dari cara Zehrah menjawab telefon Luqman sudah jelas dapat mengagak itu Zafran.Satu sikap gadis itu yang Luqman dapat simpulkan Zehrah sedikit kasar.
"...."
"I dont care.."Balas Zehrah lalu menutup panggilan.
"What time now?"
Luqman bertanya pada diri sendiri melihat jam pada pergelangan tangannya.
"Ada lagi lima minit sebelum nak sampai,why you rasa fifteen minutes were wasted ke?"
"I didn't say it,you yang cakap macam tu..Lima belas minit tak setanding dengan seumur hidup untuk dinikmati bersama."
Jawab Luqman mengerling Zehrah sekilas gadis itu membals dengan lirikan tajam.
Luqman senyum kacak tidak terbayang dek akal bagaimana warna kehidupan rumah tangga mereka.Zehrah kelihatan cepat melenting namun cepat surut jua.
Share this novel