Diketuk berkali-kali tetap tidak ada sahutan yang diterima membuat datin Camelia menahan rasa sabar sebaik mungkin,kesabaran diri yang kian menipis.
Anak gadisnya tidak lama lagi akan menjadi isteri kepada anak jutawan ternama jika tak diubah perangai dan tabiat bangun lewat nya itu boleh menjatuhkan air muka dibuatnya.
Seorang Zehrah tidak sesekali bangun awal kecuali ada hal-hal yang memungkinkan dirinya menyapa dipagi hari.
"Zehrah.."
Panggil datin Camelia tangan masih betah mengetuk pintuk bilik anak gadis.
"Yes mom.."
Balas Zehrah dengan membuka daun pintu.
"Ya Allah..apa yang hodoh sangat perangai ni."
Marah datin Camelia dengan mengekori hayunan langkah si anak gadis geleng kepala dibuatnya melihat zehrah berkemban tuala kepala berlilit tuala.
"Bathrobe takde kak Mila basuh kut."
"Takkan semua pembantu rumah basuh."
"Dah takde sehelai satu pun sangkut takkan keluar telanjang nya mommy auchhh.."Aduh Zehrah dihujung bicara bila datin camelia mencubit bahunya yang terdedah.
"Sakit lah mommy."
"Menjawab je kerja,sakit kamu cakap..Hati mummy ni lagi sakit dengan perangai kamu ni."
"Ze buat apa?"
Tanya Zehrah tidak puas hati berjalan kearah wadrobe memilih pakaian yang sesuai keluar dengan Luqman Zead.
"Yang kamu tu buat muka masam hari majlis tunang kamu nak tunjuk sangat kat semua orang yang daddy dan mummy ni orang tua yang macam mana.Semalam sampai jatuh tergolek anak orang Ze dan Zaf buat."
"Dah salah dia takkan nak salahkan kitorang pulak.Apa yang takkena lagi kat mata mommy ni..Tak cukup ke pengorbanan Zehrah berkorban untuk keluarga kita.Ze korbankan kebahagian sendiri untuk menjadi isteri Luqman Zead."
"Bukan mommy tak hargai pengorbanan kamu.Mommy cuma nak pesan nanti esok-esok dah jadi bini orang buang sikit tebiat bangun lewat kamu tu kalau boleh sebelum jadi isteri tu rajin-rajinlah masuk dapur belajar masak dengan kak Mila dan bik Nat."Bebel datin Camelia dengan mengutip majalah dan baju yang berselerakan pada lantai bilik.Berdenyut kepala melihat pemandangan yang diciptakan anak gadisnya itu,aduhai Zehrah macam mana lah nasib kamu jadi isteri orang nanti.
"Ze bukan kahwin jadi pembantu rumah si Luqman tu,apa guna kahwin orang kaya.Zehrah nak goyang kaki je."
"Tengok tu orang nasihat bukan nak dengar ini untuk kebaikkan Ze jugak.".
"Yelah mommy ku sayang.Ze nak pakai baju bersiap so.."
"Cepat sikit Luqman ada kat bawah tu."
Arah datin Camelia dan berjalan keluar dari bilik.
"What.."
Tanya Zehrah melopong mendengar bicara ibunya malah pintu sudah tertutup rapat.Demi apa lelaki itu datang awal.
Zehrah garu kepala yang tidak gatal aduh part paling tidak disukai bila kena bersiap cepat-cepat.
"Ah' lantaklah biar jadi bubur menunggu,siapa suruh datang mengejut."
Bebelnya lalu segera memilih baju yang sesuai untuk keluar nanti si Luqman pun satu keluar tak bagitau nak pergimana,mana nak tahu baju apa yang sesuai nak pakai.
"Cakap pukul dua."
Zehrah buka bicara usai menutup pintu kereta nasib baik ayahnya tidak masuk ofice hari ini ada kesempatan bersiap walaupun agak lama sementara lelaki itu berborak dengan ayahnya.
"I banyak kerja kena buat so I kena sattel mana yang penting dulu."
Jawab Luqman Zead menarik gear kereta dan mulai memandu membawa Zehrah keluar meninggalkan kediaman dato Zain.
"Takde kelas ke hari ni.?"
Soal Luqman dengan melirik sekilas Zehrah disebelahnya.
"Sebelah petang..Ingat nak ponteng tadi tapi since you dah datang awal so tak jadi kut."
"If I nak bawak you keluar balik malam you still nak skip kelas jugak ke."
"Entah I tak plan untuk itu,takde dalam perancangan..so maybe tak kut."
Jawab Zehrah membuat Luqman angkat kening dengan menjuih bibir merahnya tak lepas dari pandangan Zehrah.
'Bibir merah yang sexy!'
Monolog dalam hati dan sembunyi senyum.
'Wake up Zehrah!..wake up dia manusia paling sempurna bagaimana jika Hardy menyebarkan video itu nanti.'
Kali ini suara hatinya membuat Zehrah tergeleng dan mengusik fokus Luqman disebelah.
"Why.."
"Takde apa."
"Sure..?"
Tanya Luqman perihatin dengan gadis muda yang bakal jadi isterinya.
"Yeah pening sikit tak sempat breakfast."
"You nak sarapan apa?..kita pergi sarapan dulu."
"Tapi you dah sarapan kan tadi takkan semata nak teman I."
"Why not..you bakal isteri I.But satu I pesan jangan terlau berharap dan menyimpan perasaan terlau dalam pada I takut you kecewa."Pesan Luqman riak yang tidak teguh sesekai datar juga kelihatan manis.
"Wow percaya dirinya..siapa nak cinta you sedalam-dalamya laut india,cinta setingi gunung everst.Semua tu dalam mimpi."
"Confident tu simpan sikit."
Pesan Zehrah suaranya kedengaran marah namun comel seperti anime lagi Luqman meraup mulut menahan senyum.
Suasana keduaya kembali hening dalam kebisuaan dan Luqman tidak mahu suasana awkward itu berterusan.
"You smell so good I like it."
Puji Luqman bila Zehrah hanyut dalam fikiran sendiri membuang pandang keluar jendela itu kebiasaan yang Luqman sedari dari Zehrah.
"So you nak cakap selama ni bau I kurang menyenagkan pada deria you,macam tu?."
Jawab Zehrah,dan Luqman hela nafas panjang mendengar balasan gadis itu.
"Cik Andrea..Andrea kenapa cepat sangat melatah ni.Why not say thank you sebab I dah puji."
"I puji tak bermaksud selama ni you tak wangi but sometimes kita kena memuji pasangan kita untuk mewujudkan satu suasana yang romantis dan nyaman.Faham?"
"Whayever."
"Hahhaha..you terlalu budak untuk I atau I yang tarlalu matang untuk you."Renyai tawa Luqman kedengaran begitu mengejek pada deria Zehrah.
"Hello I dah 25 tahun."
"Tapi bagi I you tak macam tu."
Balas Luqman Zead dia tidak tahu bagaimana menghadapi Zehrah sebagai seorang tunang yang bakal menjadi isteri nya.
"Oh yeah...begitu?..you terlalu tua untuk I sangat!!."Balas Zehrah tidak puas hati.
"You cepat terpancing emosi Andrea."Jawab Luqman tenang dilihat air muka Zehrah kemerahan mungkin gadis itu sedang kesal padanya.
"You yang start dulu."Suara lunak yang kesal cemberut pada pipi tomato nya dan berpeluk tubuh kembali membuang wajah pada luar jendela.Luqman lagi dan lagi geleng kepala katakanlah seperti apa kehidupanya bersama gadis ini.
****
"Welcome."
Luqman pandang Zehrah sekilas reaksi gadis itu biasa saja.
"Our home!!!"
Terang Luqman bila kereta masuk kehalaman rumah yang tidak berkunci pagar sudah terbuka luas menyambut kedatangan mereka.
"Besarnya..Kita duduk berdua je!"
Ujar Zehrah melihat pada banglow dua tingkat itu.
"Sekarang berdua..Oneday mungkin satu team bola cukup memeriahkan rumah ni."
Jawab Luqman tenang dengan impian dilakarnya itu mengundang side eye dari Zehrah Andrea.
'Amboi dia ingat aku kilang buat anak ke apa!'
"Kenapa pandang I macam tu I ada salah cakap ke?"Soal Luqman dan mematikan enjin kereta.
"I cakap mungkin satu hari nanti tapi kalau you takkank anak yang ramai kita boleh merancang right cik tunang.But I preffer anak yang banyak sebab I pun ada tiga beradik sama macam you cuma dua beradik?"
Terang Luqman dengan senyuman sinis tersembunyi melihat kearah perut Zehrah yang rata sedang memegang perutnya.
"I tak terfikir ke tahap tu lagi."
Jawab Zehrah dengan memegang perutnya yang rata sedikit memulas kelaparan.
Tadi Luqman berkeras singgah sebentar disebuah cafe untuk sarapan namun rugi baginya berkeras menolak mengatakan dia sudah tidak lapar.
"Itulah tujuan I khawin dengan You cik Andera!..jangan buat-buat lupa I tahu You still belajar dan I tak menolak sebarang kemungkinan tapi first I mintak utama kan I,faham?.."Ujar Luqman penuh penekanan harap Zehrah tidak pernah lupa mengapa keluarga mereka masih bertahan sehingga kini apa pertukaran yang telah mereka terima.
Luqman Zead hela nafas panjang bila Zehrah tidak menjawab dari pernyataan darinya dan bergerak keluar dari kereta.
"Boleh tak you masuk dulu I follow kemudian."Ujar Zehrah masih betah duduk dikerusi sementara Luqman sudah membuka pintu kereta untuknya.
"I dah pesan sarapan dulu you degil see dah jadi macam ni."
"Mana I tahu..Tadi tak meragam ni jadi lapar balik."Jawab Zehrah cemberut.
"Dah jom sarapan dulu lepas ni kita datang balik."
"Takpelah kalau macam tu I ikut."Zehrah keluar dari kereta.
"Pulak."Luqman angkat kening dibalas Zehrah rolling eyes.Tidak mahu baginya menjadi beban pagi-pagi lagi sudah menyusahkan lebih baik pergi ke tujuan utama.
"I anggap je ni bulan puasa."Jawab Zehrah dan berjalan terlebih dahulu sebelum Luqman menyusul dari belakang usai menutup kereta.
Zehrah berdiri dimuka pintu menanti Luqman membuka kunci sementara itu mata memutar menyapu mengamati landskap kawasan luar rumah.
"I ingat nak hantar katalog pada you biar you sendiri yang pilih nak rumah konsep macam mana dan dekorasi ikut citarasa you sendiri tapi I fikir you tak kisah lagipun rumah ni dah dua tahun I beli tak duduk sayang."Terang Luqman lalu mempersilakan Zehrah masuk.
"Beli untuk ex-wife?"Soal Zehrah menduga tidak memandang Luqman mata tertuju pada dekorasi rumah yang berkonsep kan inggeris modern itu.
"No and don't salah faham.Sebelum ni I dan ex wife I duduk dengan my parents but I dah plan nak tinggal asing ingat nak supprise kan dia buat rumah yang lumayan gah but lepas cerai I dah jual dia tak tahu pun rumah tu wujud."Jawab Luqman duduk beraandar pada sofa bersilang kaki dengan berpeluk tubuh.
Zehrah berjalan kearah dinding hingga ke meja mengusik perabot yang sepertinya baru dibeli.
Diteliti setiap inci rumah ini kembali menyapu jari pada dinding.
Gerak gerinya itu tak lepas dari pandangan Luqman.
"Jangan risau rumah ni I tak beli dan biar macam tu je,ada orang yang bersihkan every week."
Jelas Luqman merungakai ketidak selesaan Zehrah.
"Ouhhh okk."
Jawab Zehrah pendek dan ikut melabuhkan punggung.
"Lepas kita kahwin I akan tukar penama pemilik atas nama you."
"Wow dapat apa lagi lepas I jadi isteri you nanti."
Tanya Zehrah sengaja menduga.
"Dapat I."
Dengan melempar senyum kacak pada Zehrah.
"Cehhh.."
Zehrah mencebik.
"Taknak tour rumah you ni dulu tuan rumah."
Soal Luqman tak berkedip mata sedetik melihat Zehrah buat gadis itu tidak selesa.
"I rasa tak perlu kut rumah ni dua tingkat je bukan mall sampai I boleh sesat bagai cukup you explain I dengar takkan I tak boleh beza dapur dan bilik tidur."
"Ok fine....Seperti yang cik Zehrah nampak belah kiri dari ruang tamu ni adalah dapur.Area bawah ni ada dua bilik kosong tidak termasuk sebuah bilik tamu yang bersebelahan dengan satu ruang stor."
Terang Luqman dibalas anggukan kecil dari Zehrah.
"Tingkat dua ada tiga bilik termasuk ruang bilik kerja I nanti."
"Ok kalau macam tu I nak naik atas nak lawat kawasan kut lah tuan Luqman letak cctv ke kat mana-mana."
"For what I buat macam tu."
Soal Luqman dengan nada tidak senangnya.
"I say kut lah!!"
Balas Zehrah lalu bangkit dari duduknya.
"Naik atas belah kanan itu bilik kita sweet heart!..So bila dah jejak kaki kat rumah ni jangan buat-buat sesat pulak."Pesan Luqman dengan memetik-metik ibu jari dan telunjuk yang membuat langkah Zehrah terbantut seketika.
Zehrah tutup pintu bilik setelah usai masuk kebilik yang dikatakan Luqman adalah bilik tidur mereka nanti.
"God..Berdua dalam rumah ni dengan mamat ni nanti hushhh sekarang pun aku dah rasa nak pengsan."
Ujar Zehrah bersandar pada daun pintu dengan menipas wajahnya yang terasa membahang berada dekat dengan Luqman.Situasi janggal yang cuba di natural kan dekat dengan tuan Luqman benar-benar membuat Zehrah seakan tercekik.
Kemudian lagi wajahnya membahang bila pandanganya jatuh pada katil king saiz dihadapnaya itu.
Ohhh Noo.
Kepalanya ikut tergeleng dan melangakah melabuhkan duduk pada katil.
"Ewwwuu..geli lah."
Masih dengan fikiran buruknya dengan apa yang akan terjadi jika dia sudah duduk sebumbung dengan lelaki itu.
"Stupid..Zehrah Andrea.Auchh.."
Memarahi diri sendiri dengan fikiran kotornya reflek mengadu sakit bila tanpa sengaja spontan menapar pipinya.
Bagaimana fikiranya jauh hingga ke situ.
Detik kemudian segala khayalan konyol itu lenyap bila bunyi deringan telefon pintarnya dalam beg tangan membuatnya sedikit terkejut.
"Siapa pulak ni."
Marah Zehrah melihat number yang tidak dikenali menyala pada skrin telefon.
"Hello."
"Hello baby girl.."
Jawab sipemanggil bila talian tersambung,spontan Zehrah berdiri mendengar suara disana yang tidak asing menyapa halwa telinganya.
"Congratulations baby girl kenapa tunang tak invite I."
Suara husky itu sengaja menduga dirinya.
"Hardy mana you dapat number I hah?"
Soal Zehrah dengan suara yang bergetar lagi parah Hardy tahu dia sudah bertunang.
"Tenang sayang! rasiah you aman dengan I takkan ada mana-mana lelaki tahu belah kiri lurah you ada tahi lalat."Hujung kata-kata Hardy dengan gelak jahat membuat darah Zehrah naik ke kepala.
"Hell Hardy sial,padam gila.."
Jerit Zehrah frutasi dengan ugutan Hardy padanya.
"Tidak akan terjadi.,Tidak semudah itu Zehrah sayang..putuskan pertunangan dengan lelaki itu and I akan lenyapkan video tu."
Hardy cuba tawar menawar berbaur ugutan pada Zehrah.
Zehrah picit kepala terasa kepalanya berdenyut sakit.Pandanganya kian berbalam-balam.
"Fikir baik-baik Zehrah sayang.."
Ujar Hardy lagi sebelum menamatkan panggilan.
"Hardy...!!"
Panggil Zehrah bila talian sudah terputus begitu saja tanpa sempat berkata apa.
Detik kemudian satu pesanan masuk Hardy menghantar video padanya dan detik itu juga daun pintu terkuak membuat kulit Zehrah makin pucat lesi melihat Luqman menghampirinya.
"Are you okey Andrea."
Soal Luqman dan sempat memaut bahu Zehrah yang hampir rebah.
Share this novel