BAB: MAJLIS TUNANG!!

Romance Series 4658

Datin Camelia munda mandir diruang tamu jam dinding berdetak setiap saat dikilas berkali-kali, sudah larut malam jarum pendek pada jam menunjukan pukul sepuluh malam batang hidung anak gadisnya belum kelihatan.Jarang sekali Zehrah balik lewat,dia pasti akan memaklumi ibunya jika keluar bersama rakan-rakanya mahupun ada kerja lain.

Telefon ditatal berkali-kali menghubungi Zehrah namun panggilan tidak berjawab membuat datin Camelia makin runsing.Menghubungi Luna juga tidak mendapat jawaban dari panggilan yang berkali-kali dibuat pelbagai andaian menerajah hingga membuat datin Camelia makin risau.

"Awak jangan lah risau sangat..baliklah anak awak kita tu nanti."
Dato Zain menuruni tangga pening melihat tingkah isterinya dari dia balik hingga sekarang tak senag duduk isterinya.
Dato Zain berjalan menghampiri duduk pada sofa mencapai alat kawalan jauh menyalakan television,tenang seolah-olah tak hirau anak gadis mereka belum pulang.

"Tak risau apanya bang..Zehrah tak angkat call dah malam macam ni jadi apa-apa risau saya bang."Dengan berjalan duduk meghadap suaminya.

"Saya dah pesan dengan awak tadi minta dia balik awal..Kalau Zehrah larikan diri tak nak tunang,malu kita majlis esok."

"Abang anak awak tu tak balik lagi..Fikir kesitu. Patutnya abang risau bukan pentingkan diri abang sendiri."Marah datin Camelia kesal pada sikap suaminya.

"Perangai abang ni buat anak sulung kita tu jarang meluah.Sikit pun nak bercerita apa Zehrah rasa,masalah apa yang sedang dia hadapi."Luahnya terkilan,Dato Zain mematikan television hilang mood menonton rancangan pada tv.

"Saya dah buat yang terbaik untuk dia jangan menghakimi saya sebegini.Itu tugas awak sebagai mummy dia."Ujar dato Zain dengan mengeluh berat.

"Mummy?..iyelah manacm dia tu anak saya sorang je,tapi abang tak tanya nak ke Zehrah jadi isteri Luqman?..Buat keputusan sepihak tak tanya keinginan anak sendiri."Soal datin Camelia merenung suaminya seperti pesalah dikandang mahkamah.Dato Zain lagi geleng kepala dia sudah berfikir sebaik baik untuk kebaikan keluarga namun keputusan yang diambil disalah ertikan.

Zafran meneguk segelas air lalu disimpan kesingki sakit otak mendengar kedua orang tuanya ribut malam-malam begini.
Dari ruang tamu ke ruang dapur masih kedengaran suara datin Camelia walaupun rumah mereka cukup besar.
Dari tadi ibunya memaksa untuk pergi keluar mencari Zehrah,Zafran meminta tunggu sekejap kalau-kalau sebentar lagi kakanya itu akan pulang.

"Ya Allah.."
Kak Mila terkejut melihat keberadaan anak majikanya itu berdiri tegak ditepi singki dapur seperti lembaga hitam hingga beg ketas pada tanganya jatuh ke lantai.

"Kak Mila pegang apa tu."
Tanya Zafran curiga menghampiri wanita baya ibunya itu.

"Takde apa tuan Zaf.."
Laju kak Mila mengambil semula beg tadi disorok kebelakang badanya.Wanita itu senyum cuak fikirnya tadi saat berhati-hati menuruni tangga tidak akan ada yang perasan.
Dia berjaya melepasi dato dan datin tapi tidak dengan Zafran.
Kak Mila berdoa agar perbuatanya tidak akan terbongkar.

"Kak Mila sorok apa..?"
Soal Zafran lagi makin curiga dia melangkah mendekati pembantu rumah mereka berdiri tegak dihadapan wanita itu dengan tayang muka was-was.

"Takde apa-apa tuan.Akak cuma nak buang sampah."

"Malam-malam macam ni.Pelik!!"
Zafran semakin musykil dan mencuba merebut barang yang disorok kak Mila.

Kak Mila mengelek memegang erat beg kertas tadi.
"Kak Mila sorok apa."
Suaranya tegas tidak puas hati.

"Takde apa tuan kak mila dah cakap ini cuma sampah."

"Takkan esok tak boleh buang."
Zafran masih mencuba merebut dan kali ini dia berjaya.Beg kertas tadi dibuka melihat isi beg itu.

"Baju??"
Baju itu seperti tidak asing baginya,baju milik Zehrah.Zafran angkat muka meminta penjelasan dari kak Mila.Kak Mila jadi serba salah untuk memberitahu.

*****

Dengan langkah yang longlai Zehrah melangkah keluar dalam penthouse Hardy menuju lif saat tangan naik ingin menekan butang lif,Hardy menarik pergelangan tangan Zehrah menghadap sepenuhnya pada lelaki itu.

"Biar aku hantar kau balik."Tawar Hardy dengan membetulkan jaket miliknya yang dipakai Zehrah.

"Aku boleh balik sendiri."Mengusap air mata yang jatuh mengalir.Tangan Hardy ditepis dari terus memegang tubuhnya.

"Zehrah..Boleh tak jangan keras kepala,biar aku hantar kau balik."

"Aku boleh balik sendiri mana kunci kereta aku.?"

"Jangan benci aku please aku buat semua ni sebab aku sayang kau."Kata Hardy itu membuat Zehrah berdecit,meremehkan kata-kata itu.Sungguh jijik mendengarnya.

"You dont trust me.?,Aku tahu kau takkan percaya.Maka dari itu please bagi aku peluang untuk aku tebus semua salah sialap aku pada kau."Ujar Hardy cuba meyakinkan dia tidak akan sekali-kali berkutus asa.Mencuba segala upaya untuk Zehrah kembali padanya.

"Aku penat!,Aku tak boleh hadam dengan baik apa kau cakap.Bagi aku balik kunci..!!"
Dengan suara separu meninggi Zehrah meraup wajahnya,dia sudah tidak tahan terus didesak Hardy.

"Zehrah.."

"AKU NAK KUNCI KERETA AKU!"
Kata nya pada Hardy ditekan setiap butir bicaranya agar Hardy lebih faham bahasa.

"Aku takut jadi apa-apa kalau kau drive sorang dah larut malam dengar cakap aku."

"Aku lagi takut kalau lagi lama aku ada dengan kau macam ni."

"Zehrah.."Suara Hardy perlahan.

"Aku tak kisah kau nak buat apa lepas ni Hardy.Kau nak sebar video tu ikut kau.Jangan ganggu aku,aku taknak tengok muka kau.Aku benci kau.."
Jerit Zehrah memukul-mukul bahu Hardy namun Hardy membiarkan saja tanpa menepisnya.Tahu dirinya bersalah Hardy tidak punya pilihan lain lagi.

"Aku sayang kau tolonglah jangan benci aku,jangan buat aku macam ni Zehrah."Suaranya dalam sebak memohon pada Zehrah,namun itu bagai angin lalu tidak mengusik rasa amarah Zehrah menjadi redah.

"Aku dah taknak dengar apa-apa dari mulut kau.Pulangkan kunci kereta aku."

Hardy mengalah masih ada hari lain dia yakin bukan akhir dari semua Hardy menyeluk poket seluar lalu menyerahkan kunci kereta Zehrah semula.
Zehrah menyambar kunci keretanya cepat lalu menekan lif dan melangkah masuk.
Hardy menunduk kecewa melihat tubuh itu menghilang dan langsung tidak sudi melirik kearahnya.

Zehrah parking kereta dibahu jalan.
Telefon pintar dalam beg diselongkar.

Menatal seketika sebelum menghubungi seseorang.Dengan suara yang serak Zehrah meminta pertolongan orang yang dihubunginya.

Sesaat usai memutuskan panggilan tagisnya pecah untuk kesekian kalinya.
Mungkin Zehrah silap dia sepatutnya lari sahaja..Lari dari semua orang,agenda-agenda yang dilakar orang lain hingga dia tersepit ditengah begini.
Tidak ada jalan untuk kembali memutar waktu.Esok adalah majlis tunang,lagi sebulan lebih dia dan Luqman Zead melangsungkan pernikahan.

"Arghhh"Zehrah menjerit menghambur tangis
sakit hati dan malu menyatu dalam emosinya.
Stereng kereta dipukul berkali maruahnya tercemar kesucianya hampir dinodai ankara sikap jahanam Hardy.
Dia tidak habis fikir Hardy lebih setan dari sangkaanya.

Zehrah buang muka kearah rumah banglow dua tingkat milik keluarga nya.
Sayu hatinya,bagaimana jika video yang ada pada Hardy tersebar kedua orang tuanya pasti mendapat malu belum lagi jika sampai kepengetahuan tuan Luqman.
Dengan video itu nasib mereka sekeluarga menjadi taruhan.

Zafran keluar dari pagar belakang rumah membawa beg kertas tadi bersama.
Langkah dihayun laju semaksima mungkin dia ingin sampai ketempat dituju menemui Zehrah.
Seiring melangkah semakin dekat Zafran menghampiri kereta proton s70 warna putih Zehrah yang terpaking kemas di tepi pagar rumah mereka.

Zafran tidak sedap hati dia menduga ada sesuatu yang terjadi pada kakaknya itu.Ditanya kak Mila wanita itu juga tidak tahu hanya ikut arahan Zehrah menghantar baju.

Tok..tokk
Zafran mengetuk pintu kuat dilihat Zehrah sedang ketiduran dengan berbantalkan setreng kereta.

Zehrah celik mata dia hampir terlena baru sesat lalu mata lelap lalu berpaling figure diluar kelihatan kabur,matanya begitu pedih.
Lock cermin diturunkan mata terbuka luas bila yang datang adalah Zafran bukan kak Mila.

"Kenapa Zaf yang datang."Tanya Zehrah dengan cuba menyembungikan ketakutan dalam diri.

"Kenapa lewat balik,mata tu kenapa?"
Zafran balik bertanya,risau!.Tidak lepas dari memandang baju berlapis jaket yang dipakai kakak nya itu.

"Mummy tengah risau akak pergi mana?."
Soalnya lagi dengan meghulur kertas beg pada Zehrah.

"Kereta aku problem dah minta kawan tolong, baju kena minyak hitam sebab tu mintak kak Mila tolong hantar."Jelas Zehrah tidak mahu Zafran bertanya lebih lagi tahu apa yang bermain difikiran adik lelakinya.

"Berhenti berbohong..cakap dengan Zaf perkara sebenar.Ni baju siapa akak pakai.?"

"Dah cakap tadi kereta aku problem."Jawab Zehrah emosi.

"Kau mandi minyak hitam ke sampai baju kau kotor.Akak baru service kereta takkan dah problem.Sorok apa?"Soal Zafran bertubi-tubi tidak puas hati mendengar jawapan tipu dari Zehrah.

"Akak dah cakap takkan tak faham bahasa."
Suara Zehrah meninggi lalu menaikkan cermin kereta.

Zafran menghela nafas panjang panas mukanya membahang.
Marah?..Dia tidak tahu kenapa dia perlu marah walau Zehrah telah memberitahunya dengan jelas.

Zafran bersandar pada pintu kereta dan lagi-lagi mengeluh berat dadanya turun naik menahan sabar.Entah dia tidak mampu menghadam dengan baik merasakan Zehrah berbohong padanya.

Zehrah juga melakukan perkara sama menghela nafas panjang Zafran diluar dipandang dengan rasa bersalah.Terlalu emosi hingga rasa marahnya dilepaskan pada adik lelakinya.

****

Perlahan sinar mentari menembus masuk melalui celah langsir.
Mata dicelik perlahan terasa pedih mencuba menutralkan keadaan diri.

Zehrah bangun dari pembaringan bersandar pada kepala katil.Letih,tenaga nya terasa habis bila terlalu banyak menangis.
Semalaman Zehrah bersoal jawab dengan ibunya walaupun ayahnya banyak diam bercakap sepatah dua patah.
Mujur Zafran membantunya berjaya lepas dari terus-terusan disoal seperti penjenayah.
Zehrah yakin Zafran tahu dia berbohong tapi masih mahu membantunya berbohong menutup sesuatu yang patut disembunyikan.

Telefon pintar atas meja lampu dicapai sudah pukul lapan pagi pada angka digital itu.

Urghhh..Zehrah lepas keluh harinya terasa berat semalam dan hari ini tidak jauh beza.Bagaimana dengan hari-hari seterusnya.

Skrin telefon dipandang lama,sunyi tanpa notif dari Luqman.
Zehrah meraup muka,apa yang diaharapkan dari lelaki itu.Tidak pernah sekalipun Luqman bertanya khabar mahupun menghantar ucapan selamat pagi dan selamat malam berharap dia mimpi indah.Lain cerita jika mereka sedang bercinta lagipula Zehrah sedar perkahwinan mereka nanti bukan berlandaskan cinta bermimpi!.Dia harus sedar jangan terlalu bermimpi lebih jauh.
Lelaki itu hanya menghubunginya jika ada perlu sahaja selain dari itu hanya rasa hambar.

Zehrah turun dari katil melangkah menuju meja solek.

"Oh god..."

"What the.."
Zehrah terkejut melihat matanya kelihatan bengkak dengan muka sembab.
Parah!Bagaimana dia harus menyembunyikan semua ini,hari ini dia adalah orang penting dalam majlis.

Segera Zehrah berlari keluar dari bilik dengan berhati-hati menuruni tangga.Dilihat ibunya awal pagi lagi sudah sibuk bersama beberapa wanita sedang menyiapkan sentuhan terakhir pada pelamin untuk majlis tunang petang nanti.Entah ibunya ada sahaja yang tidak kena mahunya semua kelihatan sempurna.

"What are you looking for."
Tanya Zafran berdiri dibelakang kakak nya hingga membuat Zehrah terjungkit bahu dek terkejut.

"Nothing.."
Zehrah pusing tubuh buat Zafran mengerutkan dahi melihat muka buruk kakaknya.
Nyeh..nyeh semalam tidak teruk.

"Eee apa ni..hodoh sangat."
Kutuk Zafran menahan tawa.Takkan menagis lagi?..teruk sangat kejadian yang dilalui kakaknya itu.
Zehrah picing mata detik berikutnya dia senyum penuh makna.

"What.."
Soal si adik takut melihatnya.

"Can you help me my lil boy."

"Tolong apa pulak ni..?"

"Ambikan ais kiub dont you see my eyes?."

"No hall if you tak keberatan tell me what happend yesterday."Soal Zafran cuba untuk tawar menawar.

"Why you so busybody like makcik bawang
hah?"Marah Zehrah cuba menarik telinga Zafran namun sudah terlebih dahulu mengelak.

"Minta tolong tu buat lah cara minta tolong."
Zafran bebel acah marah dengan menuruni tangga meninggalkan Zehrah yang sedang memerhati dirinya dengan pandangan mahu membuka gelangang gusti.Dasar adik bertuah!

*****

"Jangan Hardy..aku merayu kat kau.."Zehrah memohon dalam esakan yang kuat bibirnya bergetar hebat.

"Kau merayu?..how about me..Aku merayu untuk kita kembali bersama.Kau buat tak endah,kau buat aku macam pengemis terhegeh-hegeh kat kau."
Marah Hardy dengan suara meninggi terus merobek mengoyak-goyak baju Zehrah dengan tangan kiri merakam tubuh gadis itu.

"Aku mohon."Suara Zehrah liri memohon menahan tangan Hardy dari terus melakukan benda yang tidak diingini.

"Please let me go Hardy.."Rayu Zehrah lagi.Hardy menahan dari menyentuh baju dalam Zehrah yang masih tersisa merasakan getaran tangan itu menggigil ketakutan.

Liur ditelan terasa menelan batu bila mata jatuh terpandang lurah Zehrah yang keputihan melepak seakan memanggil nya untuk mengusik area terlarang itu.

"Damn it..fucking stupid.."
Carut Hardy dengan menolak Zehrah hingga terbaring.Zehrah menagis tersedu-seda air mata tak segan silu berlumba-lumba mengalir.

"Im sorry.."
Hardy turun dari katil jaket kulit atas meja dicapai lalu dilontar kearah Zehrah lalu menuju wadrobe memilih t-shirt putih diberi pada Zehrah.

"Tukar baju aku hantar kau balik!"
Arah Hardy pada Zehrah dan berlalu pergi ke bilik air meredahkan emosi yang memuncak.

"Ehhh apa pulak nak nagis ni."
Tegur Luna melihat air mata Zehrah bertakung menunggu saat jatuh.Naik buntu sedaya upaya menaikan seri muka Zehrah yang sembab.Cuba menyembunyikan mata bengkak sahabatnya gadis itu.

Tenang Zehrah dapat bercerita dan meluah pada Luna.Berbakul-bakul sumpahan diberi pada Hardy keparat si buaya tembaga.

"No cry-cry please lah Zehrah patutnya you dah berabis nagis bukan time-time macam ni."
Marah Luna menarik satu dua helai tissue menahan air mata Zehrah jatuh pada kelopak mata.Habislah hasil kerjanya rosak!!.

"You nilah kan..Penat tau I meke up."Bebel Luna tangan lincah menari bersama berus alat solek.Elok make up soft clean menawan macam ni boleh jadi hantu counjering jadinya kalau sahabatnya itu berendam air mata.

Nasib baik ada ais kiub dalam peti dioles pada matanya yang bengkak.
Zehrah tidur sekejap dan sambung mengoles sehinggalah Luna datang menemuinya,itupun Luna memberi amaran jangan menagis kalau tidak mahu dia balik..!

"Sorry lah Luna."
Ujar Zehrah meminta maaf terkenang kejadian semalam boleh buat dirinya trauma tanpa sedar peristiwa itu berputar dalam fikiran.

"No sorry moreyeyy..Lupakan!!!"
Balas Luna menarik bahu Zehrah untuk berdiri dari duduk.
Membelek sahabatnya itu kiri kanan pandang dari bawah hingga ke hujung ranmbut.

"Perfect."
Kata Luna dengan tersenyum bahagia meneliti penampilan Zehrah yang mengenakan soft baby blue kurung satin dengan taburan permata swarovski.
Rekaan simple sahaja tapi oleh kerana Zehrah berbadan tinggi dan mempunyai wajah yang menawan baju itu kelihatan sesuai dengan empunya badan.

"Are you sure?"
Tanya Zehrah was-was dia benar diselubungi rasa taku.Penampilan dirinya dia ragu,bagaimana pula pada sudut pandangan tetamu.lagi jika Hardy tiba muncul tiba-tiba.
Kacau...!!!

"Im sure!,you tak percaya I?Zehrah Andrea dont worry ok,really-really pretty sure you are!!!"
Jawab Luna meyakinkan dengan membtulkan anak rambut yang ditata ikal lalu menarik selendang diletak pada bahu Zehrah.

"Girls."Panggil datin Camelia dengan wajah ceria mendekati kedua gadis itu.

"Im sorry kesian anak mummy."
Pinta datin Camelia memeluk anak gadisnya sebak terasa walaupun Zehrah belum lagi menjadi isteri kepada Luqman Zead.Merasakan dia dan suaminya adalah ibubapa paling kejam dimuka bumi ini mengadaikan kebahagian anak sendiri.

"Mum dont cry..Nanti Luna marah Zehrah make up I luntur."
Ujar Zehrah memeluk ibunya dengan rasa sayang.

"Auchh.."
Rintih Zehrah sakit bila Luna mencubit pinggang kerengganya.

"Dah cepat bersiap"Arah datin Camelia seperti Luna datin Camelia juga melakukan hal yang sama mengimbas penampilan anak gadisnya itu.

"Zehrah Andrea..Luna Qistina."
Mereka bertiga berpaling kearah pintu dua gadis berpakaian angun dengan reaksi ceria.

Surprise!!!

Dua sahabat mereka yang belajar disarawak datang menghadiri majlis Zehrah Andrea.

Zehrah sekadar memberi undangan mulut tidak mengharapkan sahabat mereka itu sanggu datang.

"Merissa!! Calaudia.."
Panggil Zehrah dan Luna teruja,dua gadis itu menghampiri mereka saling berpelukan dan melepas rindu.Sudah sekian lama tidak bertemu kali terakhir mereka reunion sekolah dua tahun lepas.
Kedua gadis itu terlebih dahulu menyalami datin Camelia sebelum bersorak keriangan pada Zehrah dan Luna.

Luna menemani Zehrah keluar dari bilik bersama dua rakan lain yang dijemput menghadiri majlisnya itu.

"I'm very nervous guys."Bisiknya pada Luna Qistina dan dua sahabatnya itu.Kaki serentak menuruni tangga.

"Buat macam biasa je."
Balas Luna dengan tersenyum ramah kepada tetamu yang datang.
Keangunan Zehrah Andrea bak model memperagakan baju membuat para tamu mengagumi kecantikan gadis itu.

Dato Zain dan tan sri Maliq saling berbalas senyum bangga melihat anak dan bakal menantu mereka itu.

Zehrah diringi sahabat-sahabtnya berjalan kearah pelamin.
Pelamin simple tapi sangat anggun,minimalist yang hanya mengambungkan dua warna kuning emas dan putih kertas diserikan dengan lampu dibalik latar tidak terlalu terang,hanya mengunakan cahaya kelam tapi cukup menarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience