ZEHRAH ANDREA menaiki tangga rumah dengan langkah longlai seharian beraktivas dikampus membuatnya kelelahan.Menghadam butir bicara pensyarah yang boleh membuatnya lama kelamaan pecah otak.
Dia bukanlah budak pandai seperti anak berada yang lain mampu melanjutkan pengajian keluar negara.Belajar ala kadar cukup lepas bajet buat dirinya tidak memalukan diri depan keluarga.
"Zehrah"
Langkahnya mati dianak tangga kelima mata menekur jemarinkaki lalu membawa pandang kearah ibunya.Dia mengeluh rasanaya dia sudah jauh memanjat anak tanggat kenapa masih disini.
"Yes mum.."Ujarnya lemah.
"Mummy dan daddy ada benda nak cakap dengan kamu."Datin Camelia melihat anak dara suntinya itu sungguh letih namun ada hal mustahak yang perlu mereka bincangkam.
"About what?,Daddy tak pergi offis ke"
"Daddy balik awal.Come.!"
Ujar datin Camelia berlalu ke taman belakang rumah.Zehrah mengikut langkah ibunya semakin terlihat bayangan ayahnya yang sedang khusyuk membaca surat kahbar disatu sudut.
"You will marry soon in two mounth."
Dato Zain bersuara belumpun anak gadisnya itu melabuhkan punggung untuk duduk.
"Hah..what,dengan siapa?..I tak setuju."
Laju Zehrah menolak..Mendadak begitu ayahnya sudah pasti gila.Dua bulan!
Dato Zain melipat bacaanya,nafas berat terluah.
"I didn't ask for your permission.Daddy just nak bagitahu."Ujarnya tegas mengambil amblop disebelah kerusi lalu mencampak sampul warna coklat itu atas meja.
"Him..Luqman Zead Ceo Angsana Mh your future husband."
"No way..Ze hanya akan kahwin dengan orang yang Ze cinta."Ujarnya tidak suka atas keputusan sepihak yang dibuat oleh kedua orang tuanya.
"This is modern era..Cinta dah tak boleh pakai
Ze."
Ujar dato Zain dunia makin berkembang cinta saja tidak memadai untuk menjamin masa depan Zehrah.
"Daddy kena selamatkan syarikat sebelum muflis."Ujarnya dengan riak keruh begitu berat menanggung beban terhadap perniagaan.
"You pun mesti tak sanggup hidup merempat.Lipas,tikus Zea tak kisah?"Tanya dato Zain menduga kesangupan Zehrah.Datin Camelia hanya diam mengunci mulut,dia jugak tidak daya untuk berbuat apa.
"How could you do this to me.Don't you..oh god."
Zehrah meramas rambutnya frutasi.Ayahya menjadikan masadepanya sebagai taruhan dalam dunia perniagan.Sampul atas meja ditarik kasar dan berlalu pergi.
Zehrah menghempas badanya kasar ke atas katil lalu mencapai bantal ditekup pada muka,berteriak sekuat hati.Sungguh ini diluar kesangupanya.
Terasa pehanya disentuh lembut Zehrah alih bantal melihat ibunya duduk disisi memandang dirinya hibah.Tidak sedar bila datin Camelia masuk kekamarnya.
"Mummy harap Zehrah bertabah..Dengar cakap daddy sayang"
Ujar datin Camelia memujuk.Zehrah bangun dari pembaringan menghadap air muka ibunya.
"Mummy! Nonsense..tahu tak daddy buat benda mengarut semua ni."
"Tak mengarut sayang!..Ini untuk kebaikan you jugak.Kebaikan kita semua."
"Ze tak nak! mummy tolonglah pujuk daddy tu.Ze muda lagi."
"Daddy tak boleh tarik balik.Mummy daddy dah setujuh you khawin dengan Luqman Zead."
"Mummy."
"Takde penolakan..Dia dari keluaraga terpandang..Mummy daddy tak pernah salah mengacuh kamu so memilih jodoh yang terbaik adalah tak salah."
Ujar datin Camelia tegas.Tidak mahu Zehrah terus-terusan mendesak menolak.Datin Camelia bangkit sempat berpesan sebelum melangkah keluar dari bilik Zehrah.
"Minggu depan majlis tunang."
Zehrah terdiam dengan kata-kata ibunya.Tidak adil baginya diperlakukan begini.
Zehrah bangun menuju meja soleknya sampul tadi dibuka seketika dia terdiam melihat dua tiga keping gambar Luqman Zead.Cukup sempurna untuk menjadi kegilaan perempuan diluar sana.Full pakage,hati gadisnya cair tapi jiwa dan perasanya masih kukuh mengatakan tidak.
****
Luqman Zead diam tanpa expresi,sekeping gambar ditangan ditatap lama seperti begitu setiap malam.Pelbagai rasa menyelubungi hari-harinya semenja sosok itu memutuskan pergi dari hidupnya.Luqman masih mengharapkan kembalinya Syifa Aulia disisi mendampingi dan memberi semangat.
Secebis harapan perempuanya kembali meski tahu menyimpan harapan rajuk Syifa tidak boleh dibujuk lagi.Mereka berpisah dengan cara tidak baik pertengkaran besar telah terjadi sehingga Syifa memintanya untuk dilepaskan untuk bebas membawa diri kebenua jauh nun disana.
'You are 37 years old Luq.'
Suara ibunda tercinta tergiang.
'Kamu perlukan pewaris,kamu akan menua tidak selamanya akan berkerja hingga ke tua'
Permintaan ibunya dia bernikah lagi sudah dua tahun dia dan Syifa bercerai.Dan inilah salah satu punca utama membubarkan ikatan suci mereka.
Mungkin sudah saatnya dia melupakan dan berlarutan hanyut dalam perasaan yang sia-sia.
Jika dia tidak mencuba dia tidak akan tahu bahagia apa yang menantinya.
Luqman tahu kedua orang tuanya inginkan cucu,oleh kerana itu dia berserah sahaja memberi kepercayaan penuh pada ibunya melilih calon yang tepat.
"Zehrah Andrea"
Nama itu meniti pada bibirnya nama yang indah tapi adakah nama figura seorang Zehrah mampu menyinkirkan Syifa Aulia dihatinya.
Ibunya puan sri Baizura ingin bermenantukan pengusaha perabot rumah,namun malangnya syarikat Furniture co'mengalami krisis dana kewangan akibat persaingan sengit.
Anak perempuan diserahkan dari meneylamatkan syarikat lingkup.Kejam!
Dunia,bukan tentang diri sendiri memberi dan berkorban.
Ayahnya menghulur tangan tapi Zehrah Andrea sebagai galang gantinya.
Buku tebal kulit warna hitam dibuka menyelit gambar Syifa Aulia semula lalu menutup semula laci.Luqman Zead kembali menyambung kerjanya menata setiap butir fail atas meja kerjanya.
Tapi fokusnya teralih jari jemari mengetuk -getuk meja tanpa berfikir Luqman Zead tergelak lucu,seakan mengejek perjodohon dirinya dan Zehrah Andrea.Gadis 25 tahun disanding dengan dirinya dia cukup tua untuk gadis seperti Zehrah,usia mereka terpaut jauh.
Apa yang diangankan keluarga mereka mampukah gadis itu menerima.
*****
Zehrah Andrea melangkah penuh gaya kesebuah kedai kasut berjenama mahal bersama sahabat baiknya Luna Qistina.
Dengan gaya lengak lengok menawan menilik setiap design pada rak sebelum keduanya duduk anggun di sofa empuk.
Pembantu jurujual berseragam hitam menghampiri keduanya siap melayani pelanggan elit kedai mereka.Dengan berbasa-basi memberi pujian-pujian kecil menambat hati pelanggan.
"We want to see the latest design releases"
Luna Qistina bersuara, hatinya berdebar tidak sabar menyarung kasut keluaran terbaharu dari brand antarabangsa itu.Tapi tidak bagi Zehrah Andrea sekalipun brand mahal dicampak padanya tidak akan membuat hatinya bersorak suka.
"Sure..I will bring it"
Wanita itu berpamitan pergi meninggalkan keduanya.
Luna pandang Zehrah,kelihatan gadis itu sedang tidak ada mood melihat tingkah gadis itu membelek halaman majalah seakan mahu disobek sahaja.
"Are you ok?"
"Ok by what..Aku serabut tau"
Zehrah mendegus hatinya tak tenteram sejak dua menjak bila kedua orang tuanya menjodohkan dirinya dengan duda.
"Kita keluar nak hilangkan serabut kau tu.So lupakan semuanya untuk saat ini..!,Enjoy"
"I tak boleh enjoy tau tak.Rasa everytime nafas tak sampai kerongga.,I sesak."
"Ceh..tak jumpa lagi dah sesak"
Luna gelak kecil menyakat Zehrah.
"Sesak bagi you."
"Aku rasa kau ni tak waras lah weii.Luqman Zead anak pengusaha yang mempunyai cabang tembus dari pelbagai cabang perniaggan."Ujar Luna pandang sekilas Zehrah yang tak kisah dengan pendapatnya itu.Luna keluh pendek sebelum sambung mengagungkan kekayaan keluarga Luqman.
"Kalau kau nak aksesori jewels,unit condo sekalipun kau nak kikis duit dia pergi keluar negara cuma nak membeli belah tak jatuh miskin Luqman Zead tu."
"Daddy aku bukan jutawan macam keluarga dia.Tapi cukup lah nak tunjuk aku ni dari keluarga kaya-kaya.Kaya on the way nak jatuh miskin."
Baru sahaja ingin membidas pegawai pembantu pelanggan itu sudah kembali bersama staf lain membawa design yang mereka minta.
******
Kelas petang sudah selesai rakan kelasnya sudah mengosongkan dewan kuliah.Zehrah duduk diam dimeja kampus membelek-belek buku pentadbiran perniagaan setebal iman,tidak cukup perjodohan yang dipinta kedua orang tuanya prof Azrin malah memberi tugasan tak henti seakan memintanya jadi arwah cepat.
"Pufff.."
Keluhan beratnya terluah.Zehrah bangkit dari duduknya mengemas buku dan alat tulis.Bunyi pesanan wahatsapp mengentikan kerja mengemasnya dan melihat siapa yang menghantar pesan,nomber asing membuat dahinya berkerut halus.
~I'm Luqman Zead I tunggu you kat parking kampus,I tak suka menunggu so in 5 minutes I want you to be here.~Zehrah geleng kepala baca pesanan Luqman Zead dari mana lelaki itu dapat number nya.Dia gelak sakit hati.
~Mana kau dapat number aku?????~
Zehrah balas balik dengan tidak sopannya.
Sementara di satu sisi Luqman Zead memicing mata membaca.Berani!,Eh minah ni.
Typing..
Zehrah turun naik nafas sudah hampir seminit tak kunjung tiba..
'Kau buat karangan apa pak cik.'
Gerutinya dalam hati.
~You have 4minutes only..~
Lagi Zehrah ketawa lucu sakit hati bersatu.Punya lama nak menaip itu sahaja yang dihantar dasar lelaki tua.
~Kalau I taknak!!!!~Tolaknya lagi.
~I will come there~Zehrah berdecit geram
Zehrah mengemas lahu barang miliknya dan keluar dari bilik kuliah.
"Cik Zehrah Andrea.!!"
Dia berpaling kebelakang ingin melihat gerangan si pemanggil.
Hardy dari fakulti perundangn bekas kekasih lima bulanya hubungan mereka tidak berlanjutan lama.Hardy kaki perempuan terlalu frendly tidak menjaga perasaanya.
"Hardy.."
"Lajunya nak pergi mana."
Tanya Hardy pandang Zehrah tak berkedip senyum kacak turut dilempar.
"Nak balik dah ke??"
Dia bertanya lagi bila tidak mendapat balsan dari pertanyaanya.
"I ada hal sorry."
Ujar Zehrah cuba melepaskan diri laju melangkah tanpa menoleh lagi.Hardy kepal penumbuk Zehrah masih begitu masih tidak ingin berlembut denganya walhal dia masih inginkan gadis itu.Sungguh!
Sampai sahaja ditapak parking Zehrah menatal telefon pintar cuba menghubungi belum sempat menekan seorang lelaki datang menghampiri.
"Cik Zehrah Andrea?"
Zehrah pandang lelaki itu pelik..Takkan dia?.
"Iye saya.."
"Saya Aniq secretary Tuan Luqman Zead..Mari!"Jawab Aniq perkenalkan diri dan mempersilakkn Zehrah menuju ke kerata Marcedes benz warna hitam yang terletak tiga metter dari mereka.
Sampai sahaja dekat dengan kereta Aniq membuuka pintu penumpang dan mempersilakkanya masuk.
Zehrah diam melihat lelaki kemeja putih lengan berlipat dengan butang collar sedikit terbuka sedang bersilang kaki sibuk menatal skrin tablet seakan tidak peduli dengan kehadiranya.
Pandangan itu cukup mengoda dirinya..
"Masuk!"
Ajak Luqman Zead.Zehrah kebil-kebil mata bila tanpa sedar Luqman memandangnya dengan wajah datar.Sejak bila?..Ralat sungguh dia mengagumi lelaki itu.
Share this novel