BAB: WEDDING DAY!

Romance Series 4658

"Perempuan tu aku dah rasa..bekas aku takkan kau nak.."
Tergiang-giang setiap butir bicara Hardy tadi petang hingga membuat Luqman sukar untuk tidur.

Seakan mantera kata-kata itu terus berputar dalam isi kepalanya.
Benarkah Zehrah sudah tidak suci,sebegitu lalai kah Zehrah menjadi hamba cinta hingga sanggup mengorbankan kesucianya.

Seharusnya dia tidak termakan dan percaya pada Hardy namun entah mengapa jika itu bersangkut paut akan hal Zehrah Luqman mudah termakan semuanya meski tidak tahu kesahian dibalik kisah itu.

Jika bertanya pada Zehrah mungkin akan membuat mereka malah semakin bertengkar lagi.
Pentingkah itu semua?..jika dalam hitungan hari lagi mereka akan diijab kabulkan.
Ah'Dia tidak sedar diri sebenarnya..Luqman sedar dia bukan teruna mana untuk gadis itu.
Mengapa dia perlu persoalkan itu semua.

Lebih baik jalankan saja kehidupan yang mendatang dan berserah pada takdir.
Belajar menerima baik buruk pasangan,biarkan antara dia dan Zehrah menyimpan masa lalu masing-masing.

Luqman bangkit dari pembaringan mengeluh panjang pada malam yang kelam.

Dia menukar baju tidur diganti dengan t-shirt hitam dan jeans biru tua lalu mencapai kunci kereta.

"Luq nak keluar ke?"

Saat menutup pintu bilik Luqman ditegur satu suara membuatnya sedikit kaget dengan kehadiran ibunya puan sri Baizura.

"Ha'ah ma keluar ambik angin jap..mama nak solat ke?"Soal Luqman melihat ibunya mengenakkan telekung melihat pada waktu satu pagi pasti ibunya baru selesai mengerjakan solat tahajud.

"Baru siap solat,dah malam Luq duduk diam-diam ajelah kamu tu bakal pengantin tak manis keluar malam buta macam ni nanti jadi apa-apa susah."
Pesan puan sri Baizura bimbang pasti ada yang menggangu fikiran anak lelakinya itu.

Jarang sekali Luqman terlihat kacau kali terakhir saat sering bertengkar dengan Syifa Aulia pasti Luqman akan pergi meninggalkan rumah untuk menenangkan diri.

"Luq cuma nak ambik angin kejap je ma."

"Takpelah kalau Luq dah cakap macam tu,degil sunggu kamu ni!."
Ujar puan sri Baizura bergerak pergi menuruni tangga menuju dapur.
Dulu sesalnya tak kesudah mencampuri hubungan anak menantunya itu.

Mana kan tidak bekas menantunya yang susah ditegur kuat merokok meski cuba menyorok akhirnya diketahui jugak,mana dengan perangai suka keluar malam balik pagi.

Di tegur benda baik untuk kebaikan diri ada saja senjatanya untuk melawan balik.Itulah ciri menantu perangai hantu.

Luqman menarik nafas dalam melihat bayangan ibunya pergi meghilang.
Kenagan menjentik masa lalu dulu Luqman sering meninggi suara pada ibunya membela Syifa Aulia.Besar sunggu dosanya hanya kerana seorang wanita.

Dia kembali membuka pintu niat untuk keluar sudah tidak jadi.
Rasa bersalah pada ibunya mengigat mereka pernah kehilangan salah seorang ahli keluaraga perginya adik tersayang yang mengalami kemalangan jalan raya pada ketika itu sedang belajar di united states Amerika syarikat.

Namun disebalik semua itu ternyata adik lelakinya mengalami serangan tumor otak saat memandu yang saat itu sengaja disembunyikan dari mereka bertahun-tahun lama tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Dan pada detik-detik hembusan akhir saat sel-sel kanser adiknya menyerang mereka gagal ada disaat waktu terpuruk insan tersayang dalam hidup mereka.

Walhal dalam beberapa minggu pada ketika itu adiknya akan menerima segulung ijazah ibu dan ayahnya sudah beriap-siap untuk terbang ke California.

Tubuhnya dibaringkan atas katil semula telefon dibuka menatal isi galeri telefon pintarnya.
Kini baru menyedari tidak banyak foto yang disimpan bersama keluarga kebanyakan yang disimpan hanya kenagan bersama bekas isterinya.

Matanya menekan gambar mereka tiga beradik sewaktu sekolah menegah dimana pada ketika itu adik perempuanya Ammera masih sekolah rendah.
Segaris senyum hambar terbit pada wajah kacaknya dengan mata yang sedikit berkaca-kaca.

Dia sangat merindui kenangan pergi balik sekolah dijemput pemandu keluarga.Rayyan yang suka membuli Ammera sering menagis padanya mengaduh pada abang sulung dengan perangai abang kedua yang suka membuat Ammera menagis.

*****
Beberapa waktu berlalu usai mengenakkan inai pada jari jemari kaki dan tangan Zehrah Andrea duduk pada gazebo yang telah dihias ditutupi helaian langsir warna putih.

Lengkap mengenakan baju opah kedah dan kain sarung.
Menjadi tumpuan saudara dan rakan-rakan yang hadir melihat dirinya bermandikan bunga.

Menanti ibunya yang sedang mencedok air bunga dalam tempayan yang penuh dengan bunga-bunga segar untuk menyiram tubuhnya.

Saat air bunga jatuh menguyur tubuh terasa haruman bunga semerbak membasahi tubuhnya begitu segar.

"Anak mommy yang cantik.."
Puji datin Camelia terbit senyum bangga memiliki anak gadis secantik Zehrah.

"I tak boleh nak kata lebih lah harap mandi bunga ni buat aura you menebar semerbak hari akad nanti.."
Ucap Luna dengan renyai tawa saat giliranya tiba menyirami Zehrah.Zehrah hanya mampu tersenyum di atas kata Luna padanya itu.

"Sedih hati I you tinggal I."
Ujar Luna membantu Zehrah mengeringkan rambut sahabat nya itu.

Zehrah tersenyum melihat pantulan mereka berdua pada cermin.Muka masam mencuka Luna jelas terlihat.

"I kahwin je Luna bukan nak pergi berperang risau sangat lah minah ni."

"Iyelah I single sorang-sorang mana aci."
Ujar Luna dengan tanganya mengajayun hair drayer,Zehrah diam melihat tubir mata Luna bertakunga air menanti saat untuk jatuh.

"Ololo..manja dia ni meh nak peluk sikit."
Zehrah mengambil hair drayer dari Luna mematikan alat itu lalu menarik tubuh Luna kedalam pelukanya.
Satu-satunya sahabat yang enggan berenggang denganya dua belas tahun suka tawa dan menagis bersama.

Tangis Luna pecah dulu mengigat Zehrah menagis meraung saat melihat Hardy membonceng gadis lain tepat dihadapan mereka.Luna tidak tahu kedepanya bagaimana harap gadis secanti dan sebaik Zehrah tidak dipersia-siakan lagi untuk kedua kalinya.

"Janji dengan I you kena bahagia,kalau ada yang cuba nak rampas kebahagian you semula lawan balik jangan lemah."

"Thanks for being a good friend to me Luna Qistina.I akan dengar semua nasihat you."
Jawab Zehrah dengan mengusap lembut belakang Luna.

Drama sungguh sahabatnya yang satu ini,
Nasib lah sayang!.

*****
Tanggal keramat hari pernikahan Luqman Zead dan Zehrah Andrea telah pun tiba.

Saat pintu venue hotel terbuka lighting tertumpu pada Zehrah Andrea diapit datin Camelia dan Luna Qistina berjalan menuju pelamin disingah sana.
Seakan pesta cahaya dengan chandelier memancar megah tergantung pada venue.
Kehadiran tamu tentunya bukan dari kalangan orang biasa-biasa.

Sepanjang berjalan atas karpet biru yang berhias bunga orked unggu dah mawar putih Zehrah begitu gugup menjadi perhatian ratusan orang yang menghadiri majlis.

Lagi mata helang yang menikam sempat berlaga mata denganya duduk menghadap dibangku akad nikah bersama dato Zain,Luqman yang kelihatan segak mengenakan baju melayu berwarna putih tak lepas pandang pada Zehrah.

Luqman dengan riak datar tanpa expresi namun siapa tahu di balik mata kokonya begitu terpancar bintang berkelipan melihat sang bidadari terbalut gaun bertaburan permata.

Anggun,menawan cantik rupawan tidak ada kata begitu mengagungkan kecantikan paras gadis itu.
Bisikan tetamu yang menyerikan majlis nikah mereka duduk pada meja tamu dengan pujian-pujian antara kedua mempelai.

Luqman masih memikirkan kata-kata Hardy hingga ke hari ini.
Entah apa yang salah dengan dirinya hingga begitu berat menerima Zehrah sudah menyerahkan diri pada lelaki lain.
Sisa,tidak mungkin dia merasakan gadis itu adalah sisa dari orang lain jika dia adalah lelaki yang begitu berani mengangkat akad untuk meraih Zehrah Andrea.
Luqman hela nafas panjang meyakinkan diri berkali-kali untuk mengabaikan itu semua.

"Bukan kali pertama muka tu jangan tegang sangat."
Tegur Izzamir pada Luqman entah apa yang bermain dalam fikiran sahabatnya itu.

Luqman hanya membalas dengan senyuman hambar pada kata Izzamir.
Meski sempat melihat air muka dato Zain yang agak gusar mungkin bimbang Luqman akan membatalkan pernikahan ini.

Saat Zehrah duduk atas pelamin yang dipenuhi bunga seakan duduk dalam taman bunga merimbun Zehrah bagaikan bunga yang kembang menyerlah begitu mekar.

Sekali lagi mata Zehrah dan Luqman berlaga kali ini agak lama sebelum Zehrah terlebih dahulu mengalihkan pandangan,Tahu Luqman sedikit pun tidak mengalih pandang darinya sejak dari tadi.

"Hurmm untung nya jadi Zehrah Andrea kahwin dengan duda pun bukan kaleng-kaleng."Ujar Luna pelan dengan mengipas Zehrah yang anggun duduk atas pelamin.

"Apa yang untung nya kahwin dengan duda Luna maybe test perampas laki orang sesuai lah kahwin dengan duda-duda ni."
Zehrah tidak ingin kalah menidas,entah apa yang dibisikan tetamu yang hadir pasti mengira dirinya mata duitan gadis muda mengahwini lelaki yang lebih tua dari dirinya malah duda.

"How lucky you are marry a man like him.Handsome,segak lengkap dengan pekej anak jutawan."Masih dengan pujian melambung mata Luna melihat Tuan Luqman Zead bagaikan pengeran untuk Zehrah Andrea.

"Luqman Zead Bin Maliq Hassani"

"Ya saya!"
Jawab Luqman dengan menjabat tangan dato Zain.Meski bukan untuk pertama kalinya tetap Luqman bertebar memikul satu tanggungjawab besar dalam hidupnya.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Zehrah Andrea binti Zain dengan mas kahwinya dua ribu tiga ratus ringit tunai."
Lafaz dato Zain pada Luqman Zead.

"Aku terima nikahnya Nur Zehrah Andrea Binti dato Zain dengan mas kahwin yang tersebut."
Jawab Luqman mengangkat menerima akad yang diberilan dato Zain padanya dengan sekali lafaz.

"Sah.."
Tanya dato Zain kepada saksi yang ada.

"Sah..."
Jawab para saksi dengan serentak.

Setelah disaksikan beberapa saksi dan tetamu yang datang maka sah lah akad yang terlafaz.Kini Zehrah Andrea hak mutlak Luqman Zead.

Kedua mereka saling menyarunkan cincin dan Zehrah menyalami tangan Luqman ada kejangalan antara keduanya begitu terasa terlebih lagi Luqman yang begitu kaku terhadap Zehrah.

Seketika mata Zehrah terpejam saat Luqman dengan begitu lama mencium dahinya.
Hangat terasa entah mengapa air matanya mengalir begitu saja menerima tanda sayang itu.

"I ada buat salah ke.?"
Soal Zehrah saat mereka duduk atas melamin untuk acara merenjis.

"You rasa ada buat salah apa.?"
Luqman balik bertanya,Izzamir dan Luna hanya menjadi pemerhati antara kedua mempelai itu.

"Tak..Kut lah you ada benda nak tanya or nak bincang."

"Nak bincang apa atas pelamin"

"Nothing to talk about if benda tu adalah rahasia yang perlu disimpan untuk diri sendiri."
Jawab Luqman dengan senyuman yang sengaja diukir begitu lebar,mereka perlu kelihatan begitu manis dihadapan jurugambar dan tetamu yang datang.

*****
Zehrah menaiki tangga rumah dengan agak susah paya dia berkeras untuk tidak menginap dihotel.

"Patut nya tukar dulu baju."
Terdengar suara Luqman belum sempat berpaling Zehrah merasakan tubuhnya melayang saat Luqman mengangkat dan mendukung dengan gaya bridal.

Zehrah terdiam dalam posisi begitu tangnya refleks melingkar dileher Luqman haruman lelaki itu menyerbu rongga hidungnya.
Debar dihati terasa berirama tak keruan memainkan nada yang begitu megasyikkan.

"Apa you buat ni malu lah nanti mommy dan daddy nampak."
Marah Zehrah namun tetap dengan nada lembutnya lagi risau jika Zafran yang melihat mereka dalam keadaan begini.Mahu dibahan dibutanya budak itu suka membuat orang lain sebagai bahan hiburanya.

"Don't worry your parents still kat hotel hurmm macam kita pulak yang tetamu awal balik."
Ujar Luqman mula menaiki tangga.

"Turunkan I..I boleh jalan sendiri."
Zehrah memberontak tidak selesa diperlakukan begitu.

"Sure..jangan jadi nagka busuk tergolek sudah,tak menyesal I boleh turunkan you sekarang.?."Luqman tergelak terbayang kembali bertapa gadis itu begitu susah payah menaiki tangga dengan memegang gaun yang menyapu lantai.

"You kalau takde benda elok nak cakap baik takpayah bercakap..menyakitkan hati je kerja."
Kesal Zehrah dengan memukul bahu Luqman.
Luqman hanya sengih menerima kekesalan Zehrah padanya.

"Dah jadi suami ni suka-suka je nak pukul-pukul orang,nakal tangan tu tak reti diam.Mana satu bilik you ni."Tanya Luqman dengan melihat ke arah Zehrah.

"Ingat tak berat ke angkat nagka dalam guni ni."
Sambungnya lagi.
Zehrah semakin kesal lalu memaksa Luqman menurunkanya dengan meronta-ronta hingga dengan sengaja Luqman menjatuhkanya atas lantai.

Gedebukkk!!
Bunyi kuat tubuh itu menyapa salam pada lantai.

"Sakitt.."

"Opss kan dah cakap."
Ujar Luqman dengan bercekak pingang kesian pulak dia melihat Zehrah begitu.

"Mommy sakit."
Zehrah mengaduh sakit dengan mengusap punggung nya yang mencium lantai.

"Eee apa yang teruk sangat you ni sakit lah pak cik!!"

"Nak sedap jom atas katil.!"
Jawab Luqman sengaja mengoda sungguh dia suka dan begitu candu melihat pipi tomato Zehrah.

"Ohhh god..eee hodoh perangai lelaki tua tak sedar diri..miang."
Zehrah mengerdik geri mukanya kemerahan dia pulak yang malu mendengar Luqman berkata begitu.

Luqman membungkuk.

"Next time dengar cakap orang tua ni."
Balas Luqman memicit hidung Zehrah dan kembali mengangkat Zehrah membawa gadis itu dalam dakapnya.

"Mana bilik you.?"
Kali ini dia bertanya dengan serius mukanya kembali datar.

Zehrah diam..Jari telunjuknya naik menunjuk arah biliknya berada.
Takut pula dia bila Luqman berubah begitu cepat.

Luqman mendaratkan tubuh Zehrah atas katil
Saat dia ingin berpatah semula keluar dari bilik ingin mengambil pakaian nya dalam kereta.
Zehrah memanggil hingga langkah nya terhenti.

"I harap you boleh terima diri I seadanya."

"Kita berdua tak nak pernikahan ni terjadi tapi jangan ada sesal antara kita"Zehrah berkata dengan nada yang begitu pelan.Terasa dirinya begitu kerdil dan tidak layak bergandingan dengan lelaki seperti Luqman.

"So betulah.."
Luqman memutar tubuh semula dengan melabuhkan duduk disebelah Zehrah tanganya naik menyentuh pipi cantik itu.

"Boleh terima diri you seadanya?"
Soal Luqman menikam beradu pandang dengan Zehrah.

Zehrah diam dengan mengigit bibir dia ada salah cakap menyesal pulak dia berkata begitu pada Luqman.

"I tak sangka you perempuan yang macam tu."
Sambungnya lagi dengan hidung menyentuh leher hingga pada tulang belikat Zehrah menghidu haruman yang begitu memabukan membangkitkan nafsu lelakinya.

Zehrah bingung dengan apa yang dikatakan Luqman juga takut dia belum siap jika betul dugaan nya Luqman inginkan hak nya sebagai suami malam ini juga.

Tangan Luqman begitu nakal naik menarik zip gaun putih itu.

Zehrah menahan dada Luqman menghentikan perbuatan suaminya.

"Give me time..I tak sedia lagi."
Terang Zehrah dengan begitu gugup.

Luqman berdesis sakit pulak hatinya bila Zehrah menolak haknya.Entah dia tidak begitu sabar ingin membuktikan atas kata-kata Hardy tempoh hari.

"Takut..?.."Ujarnya seperti kata sindiran pada gadis itu lalu Luqman bangun,melirik Zehrah dengan tatapan tajam sebelum berlalu pergi meninggalkan Zehrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience