BAB 20

Romance Completed 344308

ARAS ‘rooftop’ sebuah bangunan tinggi di tengah pusat bandar dikunjungi. Alyka mengatur langkah menghampiri seorang gadis berambut panjang yang sedang berdiri di satu sudut.

Seakan mengetahui kehadiran temannya, Jesrina lantas berpaling dan mengukir senyuman. Pandangan matanya jatuh ke tangan kiri Alyka. Dia yakin gadis itu pasti datang membawa apa yang dimahukan.

“Kau takde tempat lain yang lebih baik ke nak jumpa aku? Penat aku cari lokasi tempat ni.” Sempat Alyka merungut sambil memerhati sekitar tempat itu. Kosong. Kerusi pun tak ada nak duduk.

“Well, kat sini tempat paling sesuai untuk pertemuan sulit kita. Manalah tahu kalau ada orang-orang suruhan Ian ternampak kita berjumpa,” ujar Jesrina.

Ada logiknya juga jawapan Jesrina. Tapi, kalau si Ian tu nak mengintip pergerakan mereka sudah lama dia boleh lakukan. Lelaki itu mempunyai berbagai kemudahan dan kelebihan termasuk orang-orang suruhan yang boleh diarahkan untuk memantau ke mana sahaja dia pergi.

Tapi, semestinya Alyka sudah bersedia sedari awal untuk memastikan dirinya tidak akan tertangkap atau disyaki. Datang bertemu Jesrina ke sini pun dia mengenakan pakaian serta penampilan yang berbeza daripada biasa. Cermin mata rabun, topi serta tubuh berbalut jaket tebal. Harap-harap tak akan terkantoi dengan sesiapa.

Tanpa membuang masa, Alyka menghulurkan sekeping sampul bersaiz A4 yang dibawa kepada Jesrina.

“Dalam sampul ni ada maklumat peribadi berkenaan Ian Khalif macam yang kau minta tempoh hari.”

Seperti dijangka bebola mata Jesrina membesar bersama senyuman yang kian meleret di hujung bibir. Sampul yang bertukar tangan itu cepat-cepat dibuka sebelum isi kandungannya dibaca. Yes! Memang ini yang dia mahukan. Dan ini juga peluang untuk dia benamkan hidup Ian Khalif!

“Wow. Jadi betullah Ian Khalif bukan anak kandung Datuk Ismail? Dia cuma anak angkat. Oh My God. Kalau berita ni tersebar, sekelip mata dia akan jatuh.”

Alyka memerhati ke wajah ceria Jesrina yang sedang teruja membaca satu-persatu maklumat seperti yang tertera di lampiran kertas berkenaan. Jujur ada rasa bersalah di hatinya kerana tega membocorkan maklumat peribadi Ian Khalif ke tangan orang lain. Namun, demi tugasan serta janji yang telah dimeterai antara mereka, dia terpaksa melakukan semua ini.

“So, job aku dah selesai kan? Semua maklumat yang kau minta dah dapat.”

“Good job, Sara. Kau lakukan tugasan dengan excellent! Then, kau ada information juga tentang siapa anak kandung Datuk Ismail?”

Sebaliknya Alyka menggeleng. “Yang itu aku tak dapat cari. Seems like Datuk Ismail sebenarnya memang tak ada anak lain selain Ian. Cuma di mata umum Ian diumumkan sebagai anak kandung dan pewaris dia. Mungkin untuk mengelakkan ada pihak cuba merampas aset dan kekayaan Datuk Ismail.”

Jesrina mengetap bibir. “Hurm takpe. Maklumat yang ada ni pun dah cukup. Thanks so much, Sara. Aku akan pass maklumat yang kau dapat ni kepada boyfriend aku.” Tutur Jesrina dengan gembira.

“By the way, boleh aku tahu. Siapa sebenarnya boyfriend baru kau? Dan dia berdendam apa dengan Ian?”

Jesrina senyap seketika sambil meraup jemari ke rambut panjangnya yang mengurai ditiup angin.

“Well, kau tak perlu tahu siapa dia. Yang penting tugas kau dah selesai.”

Alyka akur apabila temannya itu keberatan untuk berkongsi hal berkenaan. Tak mengapalah. Bukan penting pun.

“So, sebab job aku dah selesai, aku dah boleh tinggalkan Ian kan? Dan seperti yang kita telah persetujui dulu, I want my final payment,” ujar Alyka sambil mendepakan tapak tangan.

Jesrina pantas mengherotkan bibir. “Laju je kau nak tuntut bayaran kan?”

“Eh, mestilah. Kerja aku dah selesai. And aku nak guna duit tu cepat.”

“Hurm, kau nak guna untuk apa? Travel ke oversea?”

“Adalah. Mana boleh bagitahu kau.” Jawab Alyka penuh misteri. “Cepat! Transfer sekarang.”

Sambil mendengus nafas, Jesrina menuruti permintaan Alyka. Janji tetap harus ditepati. Melalui sentuhan di skrin telefon pintar miliknya, gadis itu memproses baki bayaran upah seperti yang dikehendaki Alyka.

“Done. So, sekarang aku dah tak berhutang apa-apa pada kau ye.”

Alyka mengukir senyuman lebar sebaik sahaja melihat jumlah baki di dalam akaunnya yang bertambah. Sesuatu yang ditunggu-tunggu sejak dulu. Akhirnya hidupnya akan bebas daripada sebuah lakonan pentas dunia yang harus dijalani selama ini. Paling utama sekali dia akan bebas daripada lelaki bernama Ian Khalif.

“Thank you, Jes. It was my pleasure working with you,” ucap Alyka dengan raut yang penuh ceria.

“Kalau aku perlukan khidmat kau lagi, aku akan contact kau okey.”

“Ops. Kalau untuk terlibat dengan Ian Khalif sekali lagi, aku tak nak. Sorry.” Cepat-cepat Alyka membantah sambil menyilang kedua tangannya berbentuk huruf X.

“Why not. Dia dah betul-betul jatuh cinta pada kau kan?”

Saat itu Alyka terdiam seketika. Ya, Ian sudah jatuh cinta yang sebenar-benarnya terhadap dirinya. Namun, Alyka tidak pernah ceritakan kepada Jesrina bahawa Ian sudah pun melamar dia menjadi seorang isteri. Tidak perlu. Biarlah hal itu menjadi rahsia sahaja. Kerana pada akhirnya nanti dia dan Ian akan berpisah jua.

“So, what’s your next plan?” Jesrina bertanya setelah melihat Alyka senyap sahaja.

Alyka menghembus keluhan perlahan. “Aku akan berjumpa Ian buat kali terakhir dalam minggu ni untuk tamatkan hubungan kami. Then, selepas itu aku nak teruskan misi untuk mencari bapa kandung aku. Itu pesanan terakhir arwah mama sebelum dia meninggal dunia dulu.”

Jesrina memandang ke wajah Alyka. Terbit rasa simpati di sudut hatinya terhadap gadis itu. Alyka pernah ceritakan apa yang berlaku terhadap keluarganya suatu ketika dahulu. Dia dan arwah mamanya ditinggalkan oleh sang bapa sedari kecil. Dia tidak pernah kenal siapa dan di mana lelaki itu berada. Namun, titipan pesanan arwah mamanya sentiasa berada di dalam ingatan Alyka.

“Aku harap kau akan berjumpa semula dengan ayah kandung kau suatu hari nanti, Sara.” Jesrina memaut erat bahu temannya seakan memberi semangat.

“Insya-Allah. Thanks, Jes. Walaupun kita tak begitu rapat, tapi kau banyak tolong aku selama ni. So, till we met again ya.” Alyka menghulurkan tangan untuk berjabat.

Jesrina menyambut huluran tangan itu. “Sure. Till we met again.”

Seusai pertemuan itu, maka berakhirlah perjanjian yang dimeterai antara mereka. Masing-masing sudah mendapat apa yang diinginkan.

Alyka tidak menunggu lama apabila berlalu pergi tidak lama kemudian. Dia punya urusan penting lain yang perlu diuruskan.

SEBAIK kelibat bayang tubuh Alyka tidak kelihatan lagi di aras rooftop berkenaan, Jesrina menghubungi seseorang melalui panggilan telefon. Panggilan kepada seseorang yang istimewa.

“Sayang, I dah dapat information yang you nak. Nanti I pass to you ya.” Dalam lentok suara manja Jesrina memaklumkan kepada orang yang dihubungi.

“Wow. Great! Thanks, baby. I knew I can trust you. So, come to my house tonight?” Suara di sebelah sana menyambut dalam nada amat ceria.

“Sure. I datang rumah you malam ni ye. Lagipun, I rindukan you. Dah banyak hari tak jumpa.” Rengek Jesrina lagi sambil memintal-mintal hujung rambut panjangnya.

“I rindukan you juga, baby. I tunggu you datang. I will prepare something special for you.”

“Aww apa yang special tu? Can’t wait! See you there, sayang!”

“See you, baby.”

Panggilan berkenaan tamat. Senyuman di bibir Jesrina meleret. Lalu dia mengatur langkah kaki jinjangnya yang tersarung stilleto meninggalkan aras rooftop berkenaan. Tak sabar nak bertemu si cinta hatinya malam ini. Apa sahaja sanggup dilakukan untuk lelaki itu.

SEMENTARA itu di sebuah lokasi lain, Umar melorek senyuman lebar. Tak sia-sia dia ‘pergunakan’ Jesrina untuk mendapatkan apa yang dihajatkan selama ini.

Rencana pertama yang dia aturkan agar Jesrina menggoda Ian Khalif dahulu telah gagal. Lelaki itu meninggalkan Jesrina setelah puas meniduri gadis itu. Mungkin kerana Jesrina tidak menepati ciri-ciri wanita idaman lelaki itu.

Tak mengapa. Lantas rencana kali kedua dirancang serta dilaksanakan. Dan kali ini Jesrina menggunakan teman baiknya pula untuk menggoda Ian sekaligus mendapatkan segala maklumat sulit berkaitan lelaki itu. Mengejutkan apabila rencana tersebut berjalan lancar.

Pertemuan yang berlangsung bersama Ian Khalif di sebuah hotel suatu ketika dahulu juga hanyalah sebuah lakonan yang dipersembahkan. Dia sanggup berpura-pura kononnya menyamar sebagai bekas kekasih Alyka Sara. Hakikatnya memang dia yang merancang agar semua momen itu berlaku.

Umar tertawa sendiri sebaik mengingatkan semua rencana jahatnya. Dia yakin Ian Khalif benar-benar bakal tersungkur tidak lama lagi. Dan itulah yang ditunggu-tunggu selama ini.

Pandangan Umar kemudian tertancap pada foto yang melatari skrin telefon pintar. Dia merenung dalam-dalam foto dirinya bersama seorang gadis manis itu.

“I’m sorry, Sara. Aku terpaksa ‘pergunakan’ kau juga.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience