Bab 9

Humor Series 37839

“Jom lah,Dah lama diaorang tunggu kat luar tu,”ujar Rezza lalu terus melangkah meninggalkan Zara yang terkulat-kulat di situ.Sebenarnya apa permintaan Rezza ye.Ah,pening lah otak aku ni.Kenapalah asyik fikirkan Rezza.Rezza.Rezza.Tak ada orang lain ke.

“Hoi,mak cik.Nak balik ke tak nak?”tegur Rezza.Serta merta Zara berlari mendapatkan Rezza.

Mereka terus ke tempat asal mereka iaitu sekolah yang banyak menjadi kenangan di dalam ingatan pelajar-pelajar tingkatan 6 atas 9 tahun lalu.

“Em,Dilah.Kau balik dulu lah k.Aku akan hantar Zara,”selamber Rezza berbicara.

“Hah,bila masa aku cakap aku nak balik dengan kau?”soalan Zara hanya dibalas dengan senyuman manis dari Rezza.Aduhai,kacaknya.

“Boleh aje.Kebetulan Adhwa nak hantar aku,Ok lah Zara.Have a nice day,”bicara Dilah sebelum masuk ke dalam kereta milik Adhwa.

“Gila betul minah ni.Dah lah tinggalkan aku dengan Rezza.Boleh pulak kata Have a nice Day.Apa maksudnya,”sekali lagi Zara bermonolog sendiri.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apa kena mamat ni dari tadi pandang aku semacam je.Seramlah pulak.Dahlah aku berdua aje dalam kereta dia.

“Oi,pak cik.Boleh tak kalau nak memandu tu pandang kat depan.Mana ada orang drive pandang kiri kanan.Pelik betul aku,macam mana lah kau boleh dapat lesen memandu macam ni,”ujar Zara bersahaja.

“Aku dah terer drive,tak kisahlah nak drive macam mana pun.Lain lah kau,bawak kereta pun tak reti.Entah-entah kereta sorong pun tak reti kot,”jawab Rezza membuatkan Zara marah.

“Hoi,cakap jangan sebarang cakap.Kereta kebal pun aku pandai bawak.Siapa yang cakap dekat kau yang aku tak pandai drive,”soal Zara marah.Memandai je menuduh.Tau lah memang betul.

“Dilah cakap,”Rezza serius memandu.Kurang asam jawa betul Dilah ni.Berani dia cakap macam tu pada Rezza.Siap kau Dilah,aku sumbat kau dalam peti sejuk nanti.

“Ala,Dilah tu gurau je……

“Nur Hazara binti Amzi,sudi tak kau datang ke rumah aku malam esok,”pinta Rezza serius tanpa memandang wajah Zara.Eh,dia ajak aku ke rumah dia?Buat apa?

“Ada apa kat rumah kau.Wajib ke aku pergi?”

“Wajib.Aku nak kenalkan kau dengan kakak dan abang ipar aku.Esok birthday kakak aku.Ini adalah permintaan aku yang pertama,”kata Rezza penuh harapan supaya Zara hadir malam esok.

“Dah tu,aku ada pilihan lain ke?”ujar Zara..

“Thanks Zara.Esok aku ambik kau pukul 8 ok,”kata Rezza dengan senyuman di bibir tanda gembira dengan persetujuan aku untuk ke rumahnya esok.Ah,gementarnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience