Bab 7

Humor Series 37839

“Apa yang aku dapat kalau aku main hari ni?”soal Rezza.Menyerah kalah aje lah Zara.Lepas kemalangan 2 tahun lepas aku dah tak berani nak main bola keranjang lagi.Doktor pun dah larang.Kaki aku bukan secergas dulu.Maafkan aku Zara.

“Aku akan tunaikan 1 permintaan kau,”kata Zara serius.Biar betul minah ni.Sanggup buat apa sahaja asalkan aku main hari ni?Nak ke tak nak ye.Biarlah ini kali yang terakhir.

“Betul?”soal Rezza untuk mendapatkan kepastian.

“Betullah,”ujar Zara sambil tersenyum manis.Hai,tenangnya.Tak apalah.Kali ni aje.Bisik hati Rezza lalu berpatah semula ke arah dewan.

1,2,3..PWEEETTT.wisel ditiup bermakna permainan bermula.

“Ah,kacaknya dia.Sebenarnya aku dah jatuh hati pada dia sejak kami kenal dekat rumah jiran aku tu.Waktu tu aku dan Rezza sama-sama baru habis SPM.Waktu tu dia kacak sangat.Sikap dia yang bertanggungjawab dan rajin tolong Mak Teh nya membuatkan aku jatuh cinta.Tapi disebabkan dia aku gaduh dengan sahabat baik aku.Shiela.Sejak itu aku benci pada dia.Mana aku tau Shiela tu sepupu dan peminat fanatik Rezza.Sejak tu,aku tak pernah jumpa Shiela,”

“Weh Zara.Tengoklah tu Rezza nak menjaringkan bola tu.Kalau dia lepas,menanglah dia,”ujar Shikin kepada Zara.Selepas sahaja Rezza menjaringkan bola.Tiba-tiba….

Rezza…….Semua orang berkerumun di sekeliling Rezza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience