Bab 3

Humor Series 37839

“Kan betul.Dia memang betul-betul tak ada dekat sini.Rezza….. kau dekat mana.Eh,apasal aku beria sangat ni.Bukan ke aku benci kat Rezza.Kenapa tiba-tiba pulak nak rasa serba salah.Arghhh…Gila aku ni,”Zara bermonolog sendiri.

“Aduh,”Zara menjerit kecil apabila sebijik bola terkena tepat di kepalanya.Hish,budak bertuah mana yang baling bola ni.Memang saja nak cari nahas dengan aku.

“Hoi.Tak nampak ke ada manusia dekat sini.Suka-suki je baling bola.Bengkak kepala aku tau tak,”marah Zara lalu berpaling mecari gerangan yang membuatkannya sakit jiwa tu.

“Aku saja je nak sedarkan kau dari lamunan.Macam orang gile je cakap sorang-sorang.Ada skru hilang ke?”soal Rezza sambil mengetuk perlahan kepala Zara dengan botol air miliknya.

“Sakitlah.Suka hati akulah nak cakap sorang-sorang ke tak.Yang kau sibuk tu kenapa?”Zara menggosok-gosok kepalanya.

“Apa kau buat dekat sini?Cari aku ke?”Rezza cuba meneka.Gelanggang bola keranjang bukanlah tempat yang Zara akan tujui kerana Zara biasanya akan mengelak untuk bertembung dengannya.Hish,Ahli nujum ke mamat ni,macam tau-tau aja aku cari dia.

“Buat apa aku nak cari kau?Dari cari kau lebih baik aku cari abang kantin yang buat air tu.Boleh jugak minum air free,”ujar Zara menafikan kebenaran.

“Tak apa lah kalau macam tu.Pergilah cari dia.Aku nak balik,”kata Rezza sambil melangkah pergi.

“Err…Rezza.Tunggu,”panggil Zara apabila Rezza sudah jauh darinya.

“Ada apa hal?”soal Rezza berpaling kembali ke arah Rezza.

“Aku nak minta maaf kat kau,”kata Zara perlahan.

“Hah,apa kau cakap?”Rezza berpura-pura tak dengar.

“Aku nak minta maaf ,”ujar Zara menaikkan nada bicaranya.

“Kau cakap apa ni Zara.Aku betul-betul tak dengarlah,”Rezza ingin menguji kesabaran Zara,

“Aku nak mintak maaf dekat kau!!!”jerit Zara membuatkan hampir satu dewan yang menjadi tempat gelanggang bola keranjang bergema.Nasib baik tak ada orang lain selain mereka berdua.

“Oh,pergilah mintak maaf.Buat apa nak mintak izin dari aku pulak,”ujar Rezza selamber.

“Hah?”Zara tidak memahami kata-kata Rezza.

“La,tadi kau kata nak mintak maaf dekat cow(lembu) kan.Pergilah.Kat sini tak ada lembu.Banyak kat bendang je,”kata Rezza lagi membuatkan Zara hilang kata-kata.

“Rezza,kau ni kan.Aku serius lah!”marah zara lalu memukul Rezza dengan buku rujukannya yang setebal 2 inci.

“Sakitlah.Ok lah.Aku tak kisah pun pasal hal semalam tu.Fatin dah bagitahu kat kau ye?”kata Rezza masih lagi berdiri menghadap Zara.

“Ha’ah,”

“Macam ni lah.Aku maafkan kau tapi ada 1 syarat,”ujar Rezza sambil tersengih-sengih.Eh..eh sengih pulak dia.Ingat macho sangat la tu.Kacak lagi katak bawah rumah aku tu.Bersyarat-syaratlah pulak.Ngada betul mamat ni.

“Kalau kita gaduh lagi kau jangan tampar aku dah ek.Sakit woooo….Dahlah tangan kau tu tulang je yang banyak.Mau rosak pipi aku yang kacak ni kena penangan kau,”pinta Rezza.

“Ok lah.Aku janji tak tampar kau dah tapi aku pasti akan sepak,terajang,tendang ataupun lambung kau tinggi-tinggi kalau kau buat hal lagi dengan aku,”Zara memberi amaran pada Rezza.

“Jangan lah.Aku tak kahwin lagi.Kalau kau nak kahwin dengan aku tak pe lah,”Rezza cuba mengusik Zara.

“Ah,tak ingin aku.Lebih baik aku kahwin dengan…

“Abang kantin yang jual air,”sambung Rezza.

“Weh,kau tak nak blah ke?”soal Rezza pada Zara.

“Apasal pulak?”soal Zara kembali dengan riak hairan.

“Kau ni memang tak sedar-sedar kan.Kau tau tak yang dalam dewan ni tinggal kita berdua aje,”kata Rezza menyedarkan Zara.

“Hah?Apasal kau tak cakap awal-awal,”tergesa-gesa Zara mengambil buku rujukannya dan melangkah dari situ.

“Girl ni betul-betul pelik lah,”Rezza bermonolog sendiri sambil memerhati Zara melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience