Bab 4

Humor Series 37839

Sekarang sudah lama perkara itu berlalu. Agaknya itulah kali pertama dan terakhir Rezza dan Zara berbual baik seperti itu.Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing.Mungkin Rezza dah berkahwin.Eh,awalnya.Takkan lah.Aku masih hidup gembira dengan Dilah sebab dapat sewa satu rumah dengan dia.Dilah pun dah bertunang.Dengan siapa lagi kalau bukan kawan baik Rezza,Adhwa.Ni lagi satu nasib malang yang menimpa.Kenapalah kawan-kawan aku ni gatal-gatal nak buat reunion.Katanya jumpa kawan-kawan lama.Kalau nak jumpa kawan sekelas tak ape lah.Ni nak jumpa geng-geng pengawas sekolah dan pengawas library pulak.Pelik dari yang lain.Tau jelah aku dulu gaduh besar pasal geng pengawas ni.Siapa lagi ketua pengawas kalau bukan Si Rezza tu.Ah,malasnya nak pergi.Rungut hati Zara melihat kad jemputan ke majlis reunion tu nanti.

“Errr…Dilah,kau nak pergi ke reunion tu nanti?”soal Zara ketika melihat Dilah leka memilih baju untuk diperagakan untuk ke pejabat.

“Pergi agaknya.Kenapa?”

“Kalau aku tak nak pergi,boleh tak?”tanya Zara.

“Gila kau.Mana boleh lah.Kan semua orang wajib hadir.Mesti lah kau kena pergi,”Dilah menekankan perkataan WAJIB tu.Ah,malasnya nak pergi.Dah lah buat dekat sekolah.Tak romantik langsung.Idea siapa lah ni.

“Tapi aku betul-betul tak nak pergi,”rungut Zara sendirian.

“Alah Zara.Pergilah.Kau temankanlah aku.Aku nak jumpa Adhwa.Kalau kau tak datang tak best lah,”pujuk rayu Dilah.

“Hai,aku ada pilihan lain ke Dilah selain ke sana,”ujar Zara lemah.Malu lah aku nak pergi sana.Dilah yang tak famous waktu sekolah dulu pun dah bertunang dengan Adhwa.Orang lain mesti ramai dah berpunya.Tapi aku.Umur dah 27 tapi single lagi.Kalau ada boyfriend ok lah lagi.Aku ni,bukan sahaja tunang,boyfriend pun tak de.Alahai sedihnya hidup aku ni.

“Hai”keluh Zara buat kali yang ke-1001 setelah mendapat kad jemputan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience