BAB 3

Romance Completed 691

“kau tau tak, si Fezal tu yang ambil kedatangan pagi ni. dah kau
takde. Kalau aku jangan haraplah nak tolong”, ujar Zara seraya berlalu
pergi.

Natasha mengerutkan dahi. Rasanya ada sesuatu yang tak kena hari ni. Tapi
apa ya? Hah! Bukan ke pagi tadi dia mimpi mamat berlagak tu cium dahi
dia. aarrgghh, asal kena ingat mimpi tu pulak! Tak mungkinlah bibir
Fezal akan menyentuh dahi sucinya! Tak, takkan sesekali dia tega
membiarkan dahi licin ini dicemari!

Lagipun Fezal mesti sakit hati sebab terpaksa mengambil alih tugasnya.
Selain daripada tugasan kelas, Fezal tak pernah bercakap dengannya.
Mungkin Fezal benar-benar menyampah dengannya. Tapi atas sebab apa?
Sampai sekarangpun dia tak pernah tahu.

“aahh.. suka hati kau lah nak menyombong dengan aku! Aku pun boleh buat
bodoh je dengan kau lah!”, desis Natasha .

Pagi tu guru tidak masuk ke kelas kerana menghadiri mesyuarat. Maka
bersuka rialah penghuni kelas 6 atas walaupun Peperiksaan STPM tinggal
dua bulan saja lagi. Tapi lain halnya dengan Natasha . Dia rajin sikit,
sebab lebih suka duduk di sudut bacaan sambil menulis diari. Ceh, tulis
diari tak membantu dalam STPM lah!

Di bawah terik mentari nan menyilau, di tepian pantai yang berombak
kecil, ku biarkan dia mengucup dahi ku. Terasa betapa hangatnya kasih
sayang yang terlimpah..

Kenapa aku mesti bermimpikan dia?

Aahh.. tidak!! Adakah mimpi itu adalah suara hati aku yang kesunyian!
Tak! Tak mungkin! Tapikan aku mana pernah ada calon suami? Adduuuhh apa
aku mengarut ni! wake up Natasha , wake up! Lagi 2 bulan je nak STPM. Ini
bukan masanya kau fikirkan soal mimpi ke, soal calon suami lagilah!
Lagipun tak mungkin kau akan berhubungan intim dengan mamat berlagak tu!

“Takkan!!”, tegas Natasha tanpa sedar suaranya separuh menjerit.

“apa yang takkan Natasha . boleh share dengan saya”, sampuk satu suara.
dia seakan kenal pemilik suara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience