BAB 8

Romance Completed 691

Kini sudah 2 bulan berlalu dan esok adalah detik bermulanya peperiksaan
STPM. Bermakna sudah sekian lamanya aku dan Fezal tak bertegur sapa.
Aku hairan, kenapa Fezal masih tidak mempedulikan ku? Setiap kali kami
bertembung, Fezal langsung tak memandang wajah ku seolah tiada apa
yang pernah berlaku antara kami. atau Fezal sedang alami perkara yang
sama seperti aku? Mungkin juga Fezal hanya berpura-pura sewaktu
berbaik dengan ku dulu. Ahh, kalau sudah namanya lelaki..

Natasha menutup buku diarinya lalu bangkit menuju ke anjung rumah dan
duduk di atas bangku kayu. Dia mendongak ke langit. Tapi hambar, langit
malam suram tanpa bintang yang bergemerlapan. Mungkin bintang sedang
terpuruk kerana turut merasa sugul atas perasaannya.

* * * * * * * * * *

Pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam selesai
menduduki hari terakhir Peperiksaan STPM. Sebaik mendapat pelepasan
daripada pengawas peperiksaan, para pelajar berpusu-pusu keluar dari
dewan peperiksaan. Suasana sekitar dewan gamat dengan keterujaan para
pelajar kerana berjaya menamatkan alam persekolahan mereka. Sesekali
kedengaran sahutan beberapa orang pelajar diikuti oleh sorakan
pelajar-pelajar yang lain.

Tapi tidak bagi Natasha . anak matanya melingas ke sekitar perkarangan
dewan peperiksaan mencari kelibat Fezal . Apapun alasannya, dia mesti
jumpa Fezal sebelum masing-masing menapak ke destinasi hidup yang berbeza.

Paapp! Lengan Natasha ditarik seseorang keluar daripada ratusan pelajar.

“Zakh..rul..”. Natasha gugup. Dadanya berdebar-debar. Dihadapannya kini
adalah Fezal ! Pucuk dicita ulam mendatang. Eh, apa kaitan pulak dengan
peribahasa tu? Aahh balun sajalah!

“Jom ikut saya ke sungai”, ajak Fezal .

Natasha hanya menuruti langkah Fezal . Diapun tak pasti, kenapa dia
perlu ikut kata Fezal . Dan yang pelik, asal mamat ni tetiba mesra
dengannya? Serius pelik betul mamat seekor ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience