BAB 7

Romance Completed 691

Natasha menguap panjang sambil berjalan ke kelas 6 atas. Ini semua
gara-gara menonton filem Tentang Dia sampai ke dinihari. Tapi tak
apalah, anggap saja hari ini sebagai satu permulaan yang baru sebab
bermula kelas hari ini, bermakna tiada sebab lagi untuk dia dan Fezal
tak bertegur. Natasha tersenyum sendirian. Lantas derap kasutnya laju
mengatur langkah memasuki kelas.

“good morning you all. Have a nice day?”, ucap Natasha pada beberapa
rakan sekelasnya yang sedang kusyuk berborak.

“eh, ceria betul kau pagi ni? agak kau mimpi apa malam tadi?”. Zara
musykil akan keceriaan yang terserlah pada wajah kawan baiknya itu.

Natasha tersengih. “mana ada apa-apa. Yelah, takkan hari-hari nak badmood
je. Macamlah kau tak pernah tengok aku ceria”.

“tapi ceria kali ni lain sikit aku tengok”.

“alaa kau ni. badmood salah. Ceria salah”. Natasha tarik muka masam.

“Hei Zack! Lambat kau hari ni!”, teriak Aryan yang berdiri dibelakang kelas.

Natasha menoleh ke arah pintu dan matanya berpaut pada renungan Fezal .
Entah kenapa dada dia terus berdebar-debar. sebolehnya dia mahu
mengucapkan selamat pagi, tapi lidahnya seakan terkunci untuk
melontarkan ucapan itu, dan dia mengharapkan ucapan itu akan terbit dari
mulut Fezal . Tapi hambar, Fezal terus ke tempat duduknya bagai tiada
apa yang berlaku di antara mereka semalam. Atau jangan-jangan semalam tu
hanya klon Fezal je, atau mungkinkah dia bermimpi lagi? Ahh, bencinya
perasaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience