BAB 11

Romance Completed 691

Assalamualaikum Natasha ..

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf andai kehadiran surat ini
mengundang ketidakselesaan pada hati Natasha . Natasha , sebenarnya saya
sudah lama mencintai awak. walaupun kita tak bertegur sapa, tapi saya
selalu perhatikan awak. dan saya selalu bertanya pada kawan-kawan kita
yang lain tentang awak. mereka sengaja sembunyikan hal ni daripada awak
sebab saya yang suruh. Hehe.. jangan marah!

Dan sebenarnya bukan saya sengaja tak tegur awak lepas kita dah berbaik
dulu. Tapi ada sebabnya. Sebabnya saya tak mahu mengganggu hati awak,
dan tak mahu hati saya terganggu. ye, memang saya rindukan awak hampir
setiap hari, tapi itu lebih baik daripada kita berasmaradana. Hehe..

Jadi atas sebab tu saya tahan diri saya sekian lama untuk rapat dengan
awak sebab saya taknak nanti perasaan saya ni dan mungkin perasaan awak
juga mengganggu fokus kita pada STPM. saya taknak kegagalan saya dalam
SPM terulang dalam STPM. maaf sebab buat awak salah sangka.

Andai awak sudi menerima saya dalam hidup awak, insyaallah saya akan
masuk meminang awak sebelum saya menyambung pelajaran. Dan selepas habis
study, insyaallah kalau ada jodoh saya nak jadi yang halal buat awak.
saya akan tunggu awak. buat masa ni biarlah kita mengejar impian kita.
Sekian..

“Yaahhhuuu!!”, Natasha melonjak kegirangan bagai beruk mendapat bunga.
Huh, tak senonohnya perangai!

Ternyata selama ini mereka memendam rasa antara satu sama lain. Tak
sangka lelaki yang dahulunya digelar ‘mamat berlagak’ sekarang ini
adalah lelaki yang menjadi penghuni hatinya. Kini, Natasha mula memahami
perasaannya sendiri. Mungkin dia sudah lama menyintai Fezal , tetapi
dinding keegoan membatasi segalanya. Suratan kata benci, tapi siratan
bisik sayang.

Natasha bingkas berlari pulang ke rumah dengan satu semangat. Mulai saat
ini, dia dan Fezal adalah pasangan kekasih yang setia menanti. Benar
kata Fezal , biarlah mereka mengejar impian mereka dahulu. Kalau sudah
jodoh tak ke mana. Usah bersandiwara dengan cinta, kerana kelak impian
mereka terkubur macam itu saja. Antara cita dan cinta, biarlah dia
dahulukan cita.

“Fezal , sebenarnya aku cinta. Aku kan tetap menanti mu..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience