BAB 2

Romance Completed 691

Natasha melangkah lesu menghampiri kelas 6 atas. Kalau ikutkan hati mahu
saja dia berpatah balik. Masakan tidak, kejap lagi pasti mulut si Zara
berceloteh atas kelewatannya.

“Ina! Ooii.. cepatlah!! Hari ni kau bertugas tau tak..!!”, teriak Zara
yang dah tercegat di hadapan pintu kelas. Natasha mempercepatkan langkah.
Malu wei! Jatuhlah saham dia bila kelas lain dengar teriakan Zara tu.
yang Zarapun satu, tak payahlah terjerit-jerit! dia buakannya pekak.

“asal lambat?. Mesti bangun lambatkan. Nasib baik cikgu tak masuk lagi”,
omel Zara.

Natasha menggaru kepala yang tak gatal. Kalaulah ada seletip, dah lama
diseletip mulut si Zara, banyak bunyik pulak!

“sorrylah. Bukan sengajapun”, balas Natasha sambil tersengih.

Pap! Bahunya ditepuk perlahan dengan buku laporan kelas. Natasha menoleh,
entah bila agaknya Fezal tercegat di sisi sambil menghulurkan buku
laporan kelas. Lagi satu, sesuka hati je mamat berlagak ni nak lepuk
bahu dia dengan buku!

Natasha merenung tajam seraya merentap kasar buku laporan dari tangan
Fezal . Dan Fezal terus berlalu pergi tanpa sepatah kata. Pelik,
selalunya mulut Fezal lah yang paling lancang!

“ish kau ni tak baik tau buat Fezal macam tu. kalau ya pun tak payah
lah rentap-rentap macam tu”, nasihat Zara.

Natasha tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience