Rate

BAB 3

Spiritual Completed 1139

Perlahan-lahan Fadli menghirup kopi yang masih panas itu. Enak terasa dalam tekakku. Aku pula yang kecur air liur apabila melihat kopi panas tersebut perlahan-lahan masuk ke dalam kerongkongnya. Namun, kutahankan sahaja.

Cawan tersebut diletakkan semula. Kemudian, jejaka tersebut memandangku. “Dia…” Biacaranya terhenti seketika di situ. Dia menundukkan sedikit pandangannya.

AKU membuka komputer riba milikku sambil sebelah lagi tanganku erat memegang secawan kopi yang kubancuh sebentar tadi. Artikel tentang Insan Luar Biasa itu harus kusiapkan dengan segera. Cawan kopi tadi kuletak elok di sebelah komputer ribaku. Sebagai peneman di kala dingin malam mula mencengkam tulang.

Jari-jemariku laju menari di atas papan kekunci. Satu per satu cerita tentang anak muda bernama Syed Syuhaib itu aku taip. “Menarik.” Aku mula tersenyum herot sambil kopi yang masih berasap itu perlahan-lahan aku hirup.

“Bagi Syed keberanian adalah salah satu tanggungjawab.” Tiba-tiba sahaja kata-kata Fadli siang tadi menyusup masuk ke gegendang telingaku. Pantas sahaja aku berhentikan jari-jemariku daripada terus menari di atas papan kekunci.

Aku terdiam seketika. Mengunci mulut untuk berfikir sejenak. Dahi kukerut manakala jari-jemariku mengusap daguku yang mula ditumbuhi janggut itu.

“MULA-mula Syed minta duit daripada pihak universiti tapi mereka hanya beri sedikit. Mereka kata mereka perlukan duit untuk hal lain.” Fadli mula bercerita. “Syed tak mengalah. Dia cuba minta pihak lain macam badan bukan kerajaan, NGO. Dia dapat tapi masih belum mencukupi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience