Rate

BAB 5

Spiritual Completed 1139

Tubir mataku mula berkaca-kaca. Tubuhku mula menggeletar. Terasa semangat Syed masuk ke dalam tubuhku sewaktu aku menaip artikel tentang dirinya. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum aku menyambung taipanku semula.

“Selama hampir sebulan di Palestin, Syed tak pernah menitiskan air mata di hadapan mereka semua. Syed tidak pernah tunjukkan riak wajah sedihnya pada mereka. Syed sentiasa tersenyum walaupun susah. Syed tak mahu mereka lemah. Syed mahu mereka tahu yang kita semua ada untuk mereka.”

Jantungku terus sahaja berdegup kencang. Bagai ada petir menyambar diriku.

Fadli menyeka air matanya. “Kami semua tidak menyangka Syed mempunyai keberanian yang luar biasa.”

“Ya, memang. Syed memang insan luar biasa.” Aku bermonolog sendirian sambil artikel yang kutulis itu hampir ke coretan yang terakhir.

“Doa sahaja tidak memadai. Kita harus buktikan dengan keberanian. Tahukah umat-umat Islam di sana perlukan kita. Mereka tanggungjawab kita bersama. Bantu seadanya. Bantu mereka untuk kuat dan tak mudah mengalah, bantu mereka bangkit smeula dari kejatuhan.”

AKU menghela nafas seketika. Artikel yang kutulis hampir menemui penghujungnya. Sambil jari-jemariku leka menaip aku mula berfikir tentang diri Syed Syuhaib ini. Dia memang seorang insan yang istimewa seperti yang diperkatakan oleh Fadli .

Mencoret ceritera tentangnya membuatkan aku banyak reflex pada diri sendiri, bermuhasabah sambil menikmati keindahan senja yang menggamit kalbu. Betapa selama ini aku begitu leka dengan kesenangan hidup di dunia. Dia telah banyak menyedarkanku. Syed Syuhaib semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya dan mendapat darjat yang tinggi di Illahi dan semoga pemergian MU dalam keadaan Khusnul Khotimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience