Rate

BAB 1

Spiritual Completed 1139

“Encik Fadli ?” Aku bertanya semula pada jejaka yang duduk di hadapanku cuba memastikan kalau dia memaksudkan nama yang aku tanya tadi.

Fadli kulihat mula mendongak wajahnya. Serentak itu dia memandang wajahku. Pantas sahaja anggukan menjadi jawapan buat soalanku sebentar tadi sambil bibirnya yang masih basah dengan air milo yang diminumnya.

Aku pantas sahaja tersenyum. “Alhamdulillah.” Terlebih dahulu aku mengucap syukur ke Hadrat Illahi kerana telah mempermudahkan urusanku hari ini. Tangan kanan kuhulur terlebih dahulu sebagai tanda perkenalan dengan jejaka muda di hadapanku ini.

“Saya, Hussain, Abdullah Hussain Wartawan dari Majalah Sinar Islam.” Aku terlebih dahulu memperkenalkan diriku kepada jejaka yang berbaju kemeja biru muda ini.

Fadli menyambut huluran tanganku dengan senang sekali. Sambil membetulkan kaca matanya dia berkata, “Fadli Akraby .” Bibirnya memang tidak lekang daripada senyuman.

Aku pantas mengambil tempat duduk di hadapan pemuda ini setelah dipersilakannya. “Jadi, inilah rakan karib Saudara Syed Syuhaib ?” Aku bertanya sambil tanganku ligat mengeluarkan segala peralatanku daripada beg galasku ini.

Fadli hanya mengangguk kecil. Kemudian dia diam seketika.

Aku hairan melihat jejaka ini. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Aku pula yang terlebih peramah. “Saudara tak suka ke saya temuramah saudara?” Aku sengaja meneka isi hati jejaka yang berkulit sawo matang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience