Rate

BAB 2

Spiritual Completed 1139

Fadli pantas menggeleng. “Tak. Saya suka encik nak temuramah saya.” Badannya didekatkan dengan meja. “Lagipun… encik nak temuramah saya tentang insan yang luar biasa dan istimewa.” Ada nada gembira sedikit di hujung katanya.

‘Istimewa sangat ke Syed Syuhaib ni?’ Hatiku mula berdetik. Pelbagai persoalan mula bersarang dalam benakku. Enggan melayani persoalan yang tiada jawapannya, aku teruskan dengan maksud kedatanganku.

“Jadi, bolehlah kita mula sekarang?” Seperti biasa aku mengeluarkan sebatang pen dan sebuah buku nota kecil untuk menulis input-input penting semasa sesi temuramah ini.

Fadli kulihat hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

“Syed Syuhaib , dia macam pelajar lelaki biasa di universiti. Pergi ke kelas, balik ke kelas, makan, tidur, belajar, solat.” Fadli memulakan bicara. “Tapi ada satu perkara yang membuatkan dia insan yang luar biasa dan istimewa.” Kulihat ada sedikit senyuman di hujung bibirnya.

“Keberanian.” Satu perkataan tepacul keluar daripada mulutnya. Kemudian, dia terdiam seketika.

Pen yang aku pegang terhenti seketika. Aku menelan liur sambil dahiku berkerut tatkala Fadli yang sedang rancak berbicara tiba-tiba sahaja berhenti. Suasana menghening seketika.

“Keberanian?” Aku mula bertanya untuk mengelakkan suasana terus-terusan menghening. “Keberanian yang bagFadli a?” Sebelah keningku sudah kuangkat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience