Rate

BAB 4

Spiritual Completed 1139

Aku nampaknya semakin berminat untuk mendengar cerita Syed ini. Telinga kupasangkan dengan lebih besar lagi sementara tanganku ligat menulis isi-isi penting.

“Mereka kata Syed gila sebab apa yang Syed buat mustahil. Kami pun tak percayakan Syed . Saya sendiri pun masih ragu-ragu.” Tawa kecilnya kedengaran. “Tapi perkara tersebut tak mematahkan semangat Syed malah menjadikan Syed kuat.”

Aku kembali menyambung taipanku. Semakin menarik nampaknya artikel yang aku tulis ini. Aku tersenyum sendiri.

“Dengan berbekalkan duit yang tak seberapa Syed pergi ke Palestin dengan beberapa orang pelajar yang lain.” Fadli menghembuskan nafasnya seketika.

Aku terkesima seketika. Pandangan tepat kulontarkan ke arah Fadli .

Fadli menyambung kembali bicaranya. “Waktu itu Palestin sedang bergolak. Sangat-sangat teruk keadaan di Palestin tapi dengan semangat yang ada, Syed berjaya jejak di bumi bergolak tu.”

Aku hampir ternganga namun, pantas dapat kukawal. Pen yang aku pegang juga hampir terjatuh.

“Syed bantu umat-umat Islam di sana. Syed tolong apa yang termampu. Syed beri semangat pada mereka semua. Syed tolong padamkan segala kesedihan mereka. Syed tolong tanamkan keberanian dan sifat tidak mudah mengalah pada mereka.” Bicara Fadli terhenti seketika. Dia menundukkan sedikit wajahnya. Aku dengar ada nada sendu di hujung bicaranya tadi namun, kudiamkan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience