BAB 3

Romance Completed 153546

Nayla membuka matanya perlahan. Nayla melihat sekeliling. Kat mana ni? Tubuhnya masih lemah itu mencuba untuk bangun. Amirul yang baru lepas ke kantin tadi muncul di hadapan muka pintu bilik hospital. Amirul terus meluru ke arah Nayla apabila menyedari Nayla cuba untuk bangun.

Amirul bantu Nayla untuk bangun. Nayla bersandar di kepala katil hospital. Kepalanya masih sakit. “Mi, aku kat mana ni Mi?” Tanya Nayla sambil memengang kepalanya yang sakit.

“Kau kat hospitallah. Kau apasal tak makan? Kan dah pengsan. Nasib baik aku ada. Kalau tak, mati kebulur kau kat rumah.” Jawap Amirul sambil membuka nasi bungkus yang di beli dari kantin hospital untuk Nayla makan.

“Kenapa kau tak biar aku mati je kat rumah tu?” tanya Nayla yang membuatkan tangan Amirul yang lincah menyediakan makanan untuk Nayla terhenti.


“Astaghfirullahalazim, apa kau cakap ni Ila!” geleng kepala Amirul dibuatnya.


“Ami, Wan dah ceraikan aku Mi! Dia kahwin lain tanpa pengetahuan aku Mi! Dia tinggalkan aku sebab aku tak boleh mengandung. Aku kecewa Mi. Banyak pengorbanan yang aku buat untuk dia. Kenapa dia tinggalkan aku Mi. Hampir sembilan tahun aku hidup dengan dia. Dia buang aku macam sampah Mi!” air mata Nayla mula mengalir deras.


Amirul terus bawa Nayla kepelukannya untuk menenangkan perasaan Nayla. Tiada kata yang mampu Amirul katakan. Dia turut rasai kekecewaan yang Nayla rasakan. Hatinya sakit bila melihat keadaan Nayla begini. Memang selama ini dia ada perasaan lagi pada Nayla, tapi dia sendiri mendoakan kebahagiaan Nayla.

* * * * * * * * * * * * * * *


Beberapa kali Amirul melepaskan keluhan. Sungguh matanya sakit melihat Nayla seperti ini. Wajahnya Nayla masih suram tidak bermaya itu ditenung. Makanan yang terhidang hanya di kais-kais oleh Nayla. Nayla termenung jauh seperti memikirkan sesuatu.


“Ila, makanlah.”


“Aku tak ada selera, Ami.”


“Aku suap nak?” Nayla geleng kepala. Amirul mendengus. Sudu yang Nayla pegang di rampas sedikit kasar oleh Amirul. Makanan tadi disuakan ke mulut Nayla. Nayla geleng kepala. Lagi sekali Amirul mendengus kasar.


“Sampai bila kau nak seksa diri kau macam ni? Sampai bila aku nak tanya kau?” Suara Amirul agak meninggi membuatkan Nayla berkecil hati. Air mata mula mengalir.


“Kalau aku susahkan kau tak apalah Ami. Kau baliklah. Biar aku kat sini.” Nayla mula tersedu-sedan. Amirul mula menggelabah. Tiada niat nak buat Nayla menangis kembali.


“Tak. Kau tak susahkan aku. Aku cuma marah sebab kau seksa diri kau untuk orang yang tak hargai kau untuk apa, Ila? Untuk apa kau buat semua ni. Hei Safwan tu tengah syok dengan bini baru dia. Kau kat sini meratap, menangis untuk dia buat apa?” Amirul lembutkan tuturnya untuk memujuk Nayla. Orang tengah depression harus dipujuk dengan lembut. Amirul menyeka air mata Nayla.


“Kau tak faham, Ami. Aku cuma ada dia sorang dalam hidup aku. Mak Long dah benci aku, Ami. Aku sorang-sorang Ami.”


“Siapa kata kau sorang-sorang? Kau ada aku, Ila. Kau masih ada aku dan Allah S.W.T. Kau tak boleh cakap macam tu! Allah sedang uji kau. Ada sebab kenapa jodoh kau dengan Safwan tak panjang. Mungkin Allah nak bagi kau kehidupan yang lebih baik lepas ni. Kau kena belajar redha dengan apa yang jadi dalam hidup kau.”


Nayla masih menangis. Namun dia masih menghadam kata-kata dari Amirul.


“Ila, Aku janji aku tak akan tinggalkan kau lagi. Aku minta maaf sebab sebelum ni aku tak ada untuk kau. Tapi lepas ni aku janji, aku tak akan tinggalkan kau.”


“Kenapa kau tak benci aku, Ami?”


“Kenapa aku perlu bencikan kau?”


“Sebab sebelum ni aku pernah lukakan hati kau, Ami.”


“Tak. Kau tak pernah lukakan hati aku, Ila. Aku redha yang kau bukan jodoh aku dulu. Dah jangan cakap macam tu. Aku tak nak dengar lagi kau cakap kau keseorangan. Sebab kau ada aku. Lepas ni, aku akan selalu ada untuk kau.”


“Kenapa kau baik sangat pada aku, Ami? Dah macam-macam aku buat pada kau.” Nayla rasa bersalah yang menebal.


“Dah lah. Kau makan dulu. Lagi lambat kau makan, lagi lambat kau kena makan ubat. Kau makan ya? Kalau makanan hospital ni tak sedap. Kau bagi tahu aku. Aku keluar beli makanan untuk kau.” Amirul mula menyuakan makanan ke mulut Nayla. Perlahan Nayla buka mulut. Amirul tersenyum. Nak kena pujuk baru nak makan.


“That’s my girl.” Amirul mengusap ubun-ubun Nayla.


Licin makanan tu Nayla makan. Amirul ucap syukur dalam hati. Selepas makan ubat. Nayla tidur. Amirul menatap wajah Nayla. Wajah yang sudah lama dia rindukan selama ini. Adakah aku masih berpeluang untuk memiliki kau, Ila. Cinta aku pada kau tak pernah padam walaupun bertahun-tahun aku cuba lupakan kau.


Amirul menarik selimut menutup tubuh Nayla. Dia harus pergi selesaikan urusan. Sebelum dia pergi satu kucupan di hadiahkan di dahi Nayla. Safwan kau takkan terlepas. Kau harus tanggung setiap perbuatan kau pada Ila. Kau harus bayar setiap inci kesakitan yang Nayla tanggung ketika bersama kau Safwan! Dalam diam dendam disemat dalam hati Amirul.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Sarah meletakkan bayinya dalam stroller. Sarah tersenyum bahagia melihat senyuman bayinya. Cepat saja masa berlalu, harini Irfan perlu divaksin.


“Semoga anak mama sihat selalu okey.” Ucapnya pada Irfan.


“Mana pula papa Irfan ni? Lambat pula harini.” Sarah mengerling jam di tangannya. Takut lambat pula.


Sarah tersentak apabila ada sebuah kereta mewah berhenti di perkarangan rumahnya. Macam kenal. Sarah tersenyum. Amirul datang nak ngorat aku ke? Amirul keluar dari perut kereta mewahnya berjalan ke arah Sarah. Amirul mendekati Sarah. Langkah Amirul berhenti di depan stroller Irfan. Amirul hanya memerhatikan setiap inci wajah Irfan.

“Comelkan anak I. Rugi you tak kahwin dengan I. By the way, you datang rumah I ni kenapa Ami? Do you miss me?” Dengan tak malu Sarah memaut lengan Amirul. Namun, Amirul menolak Sarah dengan kasar sehingga tubuh Sarah terdorong ke belakang hampir nak terjatuh.


“Sarah… Sarah… Sarah, kau dari zaman sekolah tak pernah berubah. Masih lagi murah!” Bukan Amirul tidak tahu siapa Sarah. Satu kampung asyik ke hulu ke hilir dengan berlainan lelaki. Sampai sekarang Amirul tidak faham. Apa yang Safwan pandang pada Sarah ni sampai sanggup tinggalkan Nayla yang jauh lebih baik dari Sarah.

Sarah mengetap bibirnya. “Kau nak apa datang rumah aku?” Hilang terus kata-kata menggodanya. Sakit hatinya apabila dirinya dihina sedemikian walaupun itu adalah hakikat. Soalan Sarah seperti angin yang berlalu.

“Hebat kau ya.” Amirul memulakan bicaranya

“Apa masalah kau ni?” marah Sarah

“Tak! Tak ada masalah. Atau kau yang bermasalah? Saja aku datang nak melawat..” Jari telunjuk Amirul menunjukkan ke arah Sarah kemudian di tuju ke arah Irfan di dalam stroller. “Hurmm.. comel juga budak ni.” Puji Amirul. “Ni hasil hubungan jalang kau dengan siapa?” tanya Amirul.


Mendidih darah Sarah mendengar pertanyaan keji Amirul. “Anak aku dengan Safwanlah. Soalan bodoh apa yang kau tanya ni!” Bidas Sarah. Naik turun dadanya menahan amarah.

“Betul ke?” Amirul mengangkat keningnya lalu wajahnya mendekat dengan muka Irfan. “Tak ada iras muka Wan pun? Muka kau pun tak ada.”

“Dia kecil lagi mana nampak. Kalau kau datang sini nak cari pasal dengan aku, kau baliklah!” marah Sarah.

“Kau tak payah halau aku balik pun aku tahu nak balik. Kau dengar sini ya. Mungkin Wan tu bodoh boleh percaya bulat-bulat pada kau. Tapi aku, aku tak bodoh macam Wan. Kau jangan ingat aku tak kenal kau. Aku tahu kau siapa. Kaulah perempuan yang paling sundal dan murah yang pernah aku jumpa. Kau jangan ingat aku tak tahu kau kerja apa kat KL dulu!” bidas Amirul.


“Kau… Kau tahu?” Menggeletar tubuh Sarah. Tergagap-gagap dia. Mati mulutnya untuk berkata-kata. “Ma..cam.. ma..na kau tahu?”


Amirul tersenyum sinis. “Well, dunia ni kecil aje. Kau tak payah tahu aku tahu dari mana. Kau jangan ingat kau boleh hidup tenang dengan kehidupan kau sekarang. Sebab bala yang akan menimpa kau lebih besar dari apa yang kau dah buat pada Nayla. Kau ingat tu.”


Amirul tersenyum apabila melihat kelibat Safwan yang sedang berjalan ke arah mereka. Sarah mula kecut perut. Adakah perkahwinannya dengan Safwan akan berakhir hari ini? Sarah mahu pengsan, tersangkut segala nafasnya.


“Kau buat apa kat sini?” tanya Safwan dalam keadaan marah. Dia dapat rasakan kehadiran Amirul seperti ada petanda buruk.


“Saja aku nak datang melawat pengantin baru, yalah kahwin tak jemput. Lepas tu baru beberapa bulan kahwin ada anak pula. Cepat ya korang buat anak? Macam semudah ABC.” Perlian pedas dilepaskan oleh Amirul.


“Kalau kau datang sini nak cari pasal baik kau bla bro sebelum angin aku naik.” Safwan beri amaran.


Amirul ketawa. Amaran Safwan langsung tidak menakutkannya. Amaran tu dengan budak kecil bolehlah. “Hahahaha. Aku memang nak balik sebelum tu aku nak bagi hadiah untuk perkahwinan kau.” Amirul kembali tersenyum sinis. Amirul mendekati Safwan.


Buk! Satu tumbukan padu Amirul dilepaskan pada perut Safwan. Safwan menahan kesakitan. “Ini untuk kau sakitkan hati Ila.” Buk! Satu tumbukan dilepaskan lagi di muka Safwan. “Ini untuk kau sia-siakan Ila.” Safwan terjelepuk ke lantai. Tak puas lagi Amirul bertindak menendang perut Safwan. Safwan mengaduh kesakitan.

Sarah hanya menyaksikan saja. Takut jika Amirul buka mulut berkenaan Irfan. Amirul memerhatikan sekeliling, boleh tahan cantik rumah ni. Hatinya begitu sakit melihat rumah yang tersergam indah.


“Ohh! Bila kau hidup dengan perempuan tak guna ni, boleh pula kat dirikan rumah banglo yang cantik macam ni, tapi selama sembilan tahun kau hidup dengan Ila, kau hanya mampu sewa rumah kecil je untuk dia sedangkan kau mampu untuk beri dia rumah yang lebih baik!”


“Kau sedar tak kesenangan kau datang dari mana?” tanya Amirul sambil menunjal dahi Safwan. “Kesenangan kau datang dari harta keluarga aku!” jerit Amirul. “Kau sedar tak? Kalau Ila tak jual tanah pusaka arwah mak dia, kau tu sampai sekarang jadi balaci orang!”


“Bila kau dah senang, terima kasih pun tak ada. Malah kau sia-siakan hidup Ila lagi! Hei kalau kau tu balaci orang. Perempuan jalang ni pun tak nak kat kau lah! Dasar jantan tak guna!” bidas Amirul.


“Ami, dah lah tu.” Sarah yang terdiam dari tadi akhirnya bersuara.


“Jangan paggil aku Ami! Hanya ahli keluarga aku je yang boleh panggil aku Ami. Aku jijik dengar nama aku disebut oleh manusia hina macam korang ni.” Bidas Amirul. Lepas saja Amirul melepaskan amarahnya..


“By the way bro, thanks sebab tinggalkan Ila untuk aku. Aku cau lu.” Amirul sempat kenyitkan mata pada Safwan dan tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience